Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Penchala, Petaling Jaya

  • Home
  • Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Penchala, Petaling Jaya

Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Penchala, Petaling Jaya Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Penchala
46050 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-77728144

“Keselamatan bukan pilihan, tetapi keutamaan.”
14/05/2026

“Keselamatan bukan pilihan, tetapi keutamaan.”

TAHNIAH SELFIRE SELANGOR !👏🏆
10/05/2026

TAHNIAH SELFIRE SELANGOR !👏🏆

10/05/2026

Kenangan Bersama..
Selesai keluar baris, Pegawai Bomba Bantuan MUHD SHARUL NIEZAM BIN NASRIN terus diraikan dengan tradisi balai… terbang masuk kolam 😂🤣😆

Terima kasih atas segala jasa, komitmen dan kenangan sepanjang hampir 1 tahun 4 bulan bertugas bersama kami. Tahniah kerana berjaya melangkah sebagai anggota bomba tetap di pelabuhan..
Semoga terus maju jaya dan sentiasa sukses walau di mana bertugas.


10/05/2026
10/05/2026
07/05/2026

Menyaanyikan Lagu Negaraku sebagai tanda cinta dan taat setia kepada negara tercinta 🇲🇾

KEBAKARAN BANGUNAN BARANGAN KITAR SEMULA
04/05/2026

KEBAKARAN BANGUNAN BARANGAN KITAR SEMULA

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Bank Rakyat atas sumbangan kek sempena Sambutan Hari Bomba...
04/05/2026

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Bank Rakyat atas sumbangan kek sempena Sambutan Hari Bomba Sedunia 2026. Sumbangan ini amat bermakna sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada warga bomba yang sentiasa komited, berani dan berdedikasi dalam menjalankan tugas demi keselamatan masyarakat.

Daulat Tuanku 🙏
04/05/2026

Daulat Tuanku 🙏

YANG DI-PERTUAN AGONG ZAHIR UCAPAN SELAMAT HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA 2026

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan Selamat Hari Anggota Bomba Sedunia 2026 kepada seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Seri Paduka Baginda menzahirkan penghargaan atas jasa, pengorbanan serta komitmen tinggi wira merah yang sentiasa bersedia mempertaruhkan nyawa demi keselamatan rakyat dan kesejahteraan negara.

Sultan Ibrahim turut berkenan menzahirkan rasa bangga terhadap peranan penting yang dimainkan JBPM dalam menghadapi pelbagai situasi kecemasan termasuk kebakaran, bencana alam serta operasi menyelamat.

Seri Paduka Baginda turut mendoakan agar semua pegawai dan anggota bomba sentiasa dilindungi dan dikurniakan keselamatan dalam menjalankan tugas.

“Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada,” titah Seri Paduka Baginda pada hari ini (4 Mei).



Sekitar Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2026 🚒🔥Alhamdulillah, sambutan yang berlangsung hari ini di peringkat Zon 2 ...
04/05/2026

Sekitar Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2026 🚒🔥

Alhamdulillah, sambutan yang berlangsung hari ini di peringkat Zon 2 Petaling telah berjalan dengan lancar dan penuh semangat.

Terima kasih kepada semua anggota dan warga kerja yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Komitmen, kerjasama dan semangat berpasukan yang ditunjukkan amat membanggakan.

Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Zon 2 Petaling, PgKB I Amram bin Jaya.

Semoga semangat kebersamaan ini terus diperkukuhkan dalam menjalankan tugas dan amanah.

“Bomba Tonggak Penyelamat Negara”














Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Penchala, Petaling Jaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Penchala, Petaling Jaya:

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share