17/06/2025
𝐇𝐔𝐊𝐔𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐈𝐋𝐈𝐑𝐀𝐍
(𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑)
Giliran kekuasaan Kerajaan Allah seterusnya diberikan kepada Bani Ismail, yakni bangsa Arab dengan memilih Muhammad sebagai Rasul-Nya.
Melalui bimbingan dan kepemimpinan Rasulullah Muhammad, Tuhan Semesta Alam kembali memenangkan din-Nya iaitu menegakkan Kerajaan-Nya di muka bumi.
Allah kembali menjadikan kehidupan umat manusia menjadi kehidupan yang penuh damai dan sejahtera atau 𝑟𝑎ℎ𝑚𝑎𝑡𝑎𝑛 𝑙𝑖𝑙 ‘𝑎𝑙𝑎𝑚𝑖𝑛.
Sepertimana rasul-rasul sebelumnya, Muhammad SAW berserta pengikutnya juga berhasil menegakkan din Allah atau hukum Tuhan Semesta Alam di muka bumi iaitu dalam bentuk dianugerahkan kekuasaan politik di muka bumi oleh Allah Yang Maha Kuasa.
Sejajar dengan tradisi Tuhan Semesta Alam, maka kekuasaan umat nabi Muhammad juga mengalami masa keruntuhan iaitu ketika kekuasaan Abasiyah yang berpusat di Basrah (kini Iraq) dihancurkan oleh bangsa Mongol yang diketuai oleh Genghis Khan pada abad ke-13.
Inilah sebenarnya hari kematian atau ajal bagi umat yang dibangunkan oleh Rasulullah Muhammad.
Akibat dari runtuhnya kekuasaan tersebut, umat nabi Muhammad kembali menjadi umat yang terjajah dan menjadi hamba bangsa-bangsa.
Sekalipun ada kekuasaan yang muncul setelah itu namun hanya bersifat kebangsaan (kerajaan bangsa) bukan bersifat 𝑟𝑎ℎ𝑚𝑎𝑡𝑎𝑛 𝑙𝑖𝑙 ‘𝑎𝑙𝑎𝑚𝑖𝑛 lagi.
Inilah realiti politik yang harus diakui oleh umat Nabi Muhammad.
Umat Islam harus bersedia menerima ketetapan Allah ini dan seterusnya belajar daripada tradisi para Rasul untuk dapat kembali menegakkan din-Nya atau kembali mendapat anugerah kekuasaan dari-Nya.
Hingga saat ini, umat Bani Israel dan Bani Ismail masih berada dalam keadaan dijajah oleh peradaban kekuasaan bangsa-bangsa musyrik yang sememangnya sedang mendapat giliran dari Allah untuk berkuasa di muka bumi.
Persoalannya, sampai bila?
Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya tetapi orang beriman diberikan keupayaan untuk membaca dan melihat tanda-tanda perubahan zaman tersebut.
Pada masa ini, dunia sedang dikuasai oleh peradaban kekuasaan bangsa-bangsa musyrik dengan ideologi masing-masing yang tidak bersumber pada Din Allah.
Secara khusus, dunia hari ini dikuasai oleh dua ideologi besar iaitu ideologi Barat dengan fahaman liberal-kapitalis dan ideologi Timur dengan fahaman sosialis-komunis.
Secara politik, negara-negara yang menjalankan sistem liberal-kapitalis disebut sebagai Blok Barat dan yang menjalankan sistem sosialis-komunis bergabung menjadi negara-negara Blok Timur.
Pergelutan antara Blok Barat dan Blok Timur sesungguhnya selalu ada dalam sejarah kekuasaan bangsa-bangsa di dunia ini sepertimana blok Rumawi (Barat) dan blok Persia (Timur) pada zaman nabi Muhammad.
Bahkan dalam Al-Quran ada satu surah yang disebut surat Ar-Rum (Roma).
Di tempat lain hari ini, negara-negara Islam atau negara dengan rakyat yang majoritinya beragama Islam menjadi negara kelas ketiga, menjadi negara-negara boneka yang berkiblat ke Barat atau ke Timur.
Dalam hal ini, Allah berfirman dalam Al-Quran surah Al-Baqarah (2) ayat 177 seperti berikut:
“𝐵𝑢𝑘𝑎𝑛𝑙𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑛𝑔ℎ𝑎𝑑𝑎𝑝𝑘𝑎𝑛 𝑤𝑎𝑗𝑎ℎ𝑚𝑢 𝑘𝑒 𝑎𝑟𝑎ℎ 𝑡𝑖𝑚𝑢𝑟 𝑑𝑎𝑛 𝑏𝑎𝑟𝑎𝑡 𝑖𝑡𝑢 𝑠𝑢𝑎𝑡𝑢 𝑘𝑒𝑏𝑎𝑗𝑖𝑘𝑎𝑛, 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑡𝑒𝑡𝑎𝑝𝑖 𝑠𝑒𝑠𝑢𝑛𝑔𝑔𝑢ℎ𝑛𝑦𝑎 𝑘𝑒𝑏𝑎𝑗𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑖𝑡𝑢 𝑖𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑏𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ, ℎ𝑎𝑟𝑖 𝑘𝑒𝑚𝑢𝑑𝑖𝑎𝑛, 𝑚𝑎𝑙𝑎𝑖𝑘𝑎𝑡-𝑚𝑎𝑙𝑎𝑖𝑘𝑎𝑡, 𝑘𝑖𝑡𝑎𝑏-𝑘𝑖𝑡𝑎𝑏, 𝑛𝑎𝑏𝑖-𝑛𝑎𝑏𝑖 𝑑𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑒𝑟𝑖𝑘𝑎𝑛 ℎ𝑎𝑟𝑡𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑖𝑐𝑖𝑛𝑡𝑎𝑖𝑛𝑦𝑎 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑘𝑒𝑟𝑎𝑏𝑎𝑡𝑛𝑦𝑎, 𝑎𝑛𝑎𝑘-𝑎𝑛𝑎𝑘 𝑦𝑎𝑡𝑖𝑚, 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔-𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑖𝑠𝑘𝑖𝑛, 𝑚𝑢𝑠𝑎𝑓𝑖𝑟 (𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑚𝑒𝑟𝑙𝑢𝑘𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑟𝑡𝑜𝑙𝑜𝑛𝑔𝑎𝑛) 𝑑𝑎𝑛 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔-𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎-𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎; 𝑑𝑎𝑛 (𝑚𝑒𝑚𝑒𝑟𝑑𝑒𝑘𝑎𝑘𝑎𝑛) ℎ𝑎𝑚𝑏𝑎 𝑠𝑎ℎ𝑎𝑦𝑎, 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑖𝑟𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑜𝑙𝑎𝑡, 𝑑𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑢𝑛𝑎𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑧𝑎𝑘𝑎𝑡; 𝑑𝑎𝑛 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔-𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑛𝑒𝑝𝑎𝑡𝑖 𝑗𝑎𝑛𝑗𝑖𝑛𝑦𝑎 𝑎𝑝𝑎𝑏𝑖𝑙𝑎 𝑖𝑎 𝑏𝑒𝑟𝑗𝑎𝑛𝑗𝑖, 𝑑𝑎𝑛 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔-𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑎𝑏𝑎𝑟 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑘𝑒𝑠𝑒𝑚𝑝𝑖𝑡𝑎𝑛, 𝑝𝑒𝑛𝑑𝑒𝑟𝑖𝑡𝑎𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑝𝑒𝑝𝑒𝑟𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛. 𝑀𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑖𝑡𝑢𝑙𝑎ℎ 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔-𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑏𝑒𝑛𝑎𝑟 (𝑖𝑚𝑎𝑛𝑛𝑦𝑎); 𝑑𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑖𝑡𝑢𝑙𝑎ℎ 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔-𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑏𝑒𝑟𝑡𝑎𝑘𝑤𝑎.”
Allah menegaskan bahawa sistem Barat dan sistem Timur bukanlah sesuatu yang dapat membawa ‘kebaikan’ dalam kehidupan manusia.
Sistem yang dapat membawa manusia ke dalam kehidupan yang penuh kebaikan yang sebenarnya ialah sistem keimanan (kepatuhan) kepada Allah, Tuhan Semesta Alam dengan menjalankan segala kehendak dan perintah-Nya.
Namun demikian, sudah menjadi tradisi Tuhan Semesta Alam bahawa semua sistem kekuasaan itu diberi tempoh oleh Dia untuk berkuasa dan apabila tiba saatnya, sistem kekuasaan yang tadinya berkuasa akan diruntuhkan (dimatikan) oleh-Nya.
Tentu saja, pergiliran antara kekuasaan bangsa-bangsa musyrik dengan ideologinya masing-masing dan kekuasaan Kerajaan Allah dengan ideologi yang ℎ𝑎𝑞 (𝑑𝑖𝑛 𝑎𝑙-ℎ𝑎𝑞) memiliki ‘masa’ dan tempatnya tersendiri.
Ini ialah dua perkara yang tidak boleh bercampur seperti pergiliran waktu antara malam hari dan siang hari.
Namun demikian, setiap kejadian alam selalu ada tanda-tanda awalnya.
Masuknya waktu malam ditandai dengan terbenamnya matahari dan binatang-binatang malam sudah mulai keluar dari sarangnya untuk mencari makan.
Sedangkan masuknya waktu siang ditandai dengan terbitnya fajar di ufuk timur.
Beruntunglah orang-orang yang beriman yang memahami kehendak dan rencana Allah dengan bersilih gantinya giliran kekuasaan Kerajaan Allah terhadap kekuasaan kerajaan bangsa-bangsa musyrik.
Manakala orang-orang yang menyangka diri mereka beriman kepada Allah tetapi tidak boleh menerima hadirnya kekuasaan Kerajaan Allah adalah tergolong di kalangan orang-orang yang rugi. Ini adalah disebabkan mereka gagal mengfungsikan kurniaan akal yang diberikan Allah.
Bersilihnya pergantian siang terhadap gelap malam adalah perumpamaan yang telah ditunjukkan Allah terhadap penglihatan manusia tetapi hanya sedikit di dalam golongan manusia yang mampu untuk mengfungsikan kurniaan akal untuk melihat keilmuan akan hadirnya kekuasaan Kerajaan Allah yang memberikan 'sinar', 'terang' dan 'cahaya' kepada manusia.
Dapatkah anda membaca apa yang akan berlaku pada dunia ini tidak lama lagi?