Kospen Tumpat

Kospen Tumpat

29/04/2026

Malam-malam tidur berkerut tahan pedih ulu hati. Rasa dada macam terbakar, tekak rasa kelat pahit, asyik sendawa tapi tak lega-lega. Lepas tu mula lah salahkan angin.

Cuba check balik siang tadi mulut tu mengunyah apa?

Geng gastrik atau GERD ni kena faham, masalah korang bukan setakat sebab lambat makan tau. Punca utama asid perut melimpah naik ke atas esofagus (reflux) adalah sebab injap perut kita dah mula longgar. Dan apa yang buat dia longgar? Makanan yang kita bedal tu lah.

Ini 10 jenis makanan yang geng pedih ulu hati kena blacklist, atau at least kurangkan kalau tak nak merana telan Gaviscon hari-hari:

1. Sambal dan cili - Ini musuh tradisi. Cili tu sendiri merengsakan dinding perut yang memang dah menipis.
2. Kopi dan Teh pekat - Kafein ni memang function buat mata celik, tapi dia juga buat injap perut relax. Bila injap relax, asid senang melimpah naik.
3. Ayam goreng atau makanan berminyak - Lemak buat perut lambat proses makanan. Bila lambat, perut kena pam lebih banyak asid.
4. Limau dan Lemon - Pagi-pagi ingat nak detox minum air lemon, rupanya pergi simbah asid dalam perut yang dah sedia berasid.
5. Coklat - Sedap memang sedap, tapi dia ada bahan yang buat injap esofagus longgar.
6. Air gas - Minum air berkarbonat ni macam kumpul gas dalam perut. Gas tu akan tolak asid naik ke atas.
7. Tomato dan Sos tomato - Nampak harmless, tapi sifat tomato ni sangat berasid.
8. Bawang putih dan bawang merah mentah - Sedap buat cicah atau makan dengan stik, tapi azab untuk perut yang sensitif.
9. Pudina atau Peppermint - Rasa berangin sejuk kat mulut, tapi efek dia melemahkan otot injap perut kita.
10. Makanan proses (Sosej, nugget) - Tinggi pengawet dan susah nak hadam. Perut terpaksa kerja lebih masa.

Ramai pesakit GERD ni buat silap. Makan ubat gastrik ikut jadual, tapi bab makan langsung pantang ke laut. Sama je macam kita balut luka kat tangan, tapi hari-hari pergi simbah air garam.

Siapa kat sini geng pedih ulu hati? Antara 10 makanan kat atas ni, nombor berapa yang paling korang susah gila nak tinggal? Cer komen sikit. Tag sekali member yang asyik mengadu dada ketat tu, suruh dia baca! 👇

29/04/2026
15/04/2026

☕ Pengambilan kafein dalam jumlah yang terkawal dapat memberikan beberapa manfaat seperti meningkatkan daya ingatan dan melegakan keletihan.

Walaubagaimanapun, pengambilan kafein dalam jumlah yang berlebihan boleh memberikan kesan tidak baik kepada kesihatan.

Pastikan anda mengawal jumlah pengambilan kopi sebagai minuman harian demi menjamin kesihatan berterusan.

15/04/2026

🩺Tekanan darah tinggi merujuk kepada kenaikan berterusan bacaan sistolik sama dengan atau melebihi 140mmHg dan/atau bacaan diastolik sama dengan atau melebihi 90mmHg.

Tekanan darah tinggi yang tidak dikawal boleh mengakibatkan komplikasi seperti serangan jantung, strok dan kerosakan buah pinggang.

Oleh itu, orang ramai disarankan untuk mengamalkan tip bagi mencegah tekanan darah tinggi agar tubuh dapat berfungsi dengan efisien.

14/04/2026

Jangan lupa luangkan 10 Minit setiap hujung minggu, lindungi keluarga anda daripada demam denggi.



14/04/2026

💪Jom sasarkan ‘berjalan 10,000 langkah’ setiap hari sebagai budaya hidup sihat anda disamping dapat mengurangkan risiko penyakit kronik dengan melakukan aktiviti sekurang-kurangnya 150 sehingga 300 minit seminggu, dengan intensiti sederhana.

Jangan bertangguh lagi❗️

𝘼𝙮𝙪𝙝 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙢𝙪𝙡𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙎𝙀𝙆𝘼𝙍𝘼𝙉𝙂!

30/03/2026
30/03/2026

Sarapan yang nampak biasa itu kadang-kadang bukan permulaan sihat pun.

Ramai rasa mereka dah buat pilihan baik setiap pagi. Secawan Milo. Oat segera. Kopi 3-dalam-1. Tak minum air gas. Tak makan kek. Tapi hakikatnya, gula boleh datang senyap-senyap dalam rutin yang kita paling percaya.

Masalahnya, gula jarang datang dalam bentuk yang menakutkan. Ia datang dalam bentuk yang nampak praktikal, cepat, dan “oklah untuk sarapan”. Bila pola ini berulang hari demi hari, badan anda dipaksa menghadapi lonjakan gula yang kerap. Lama-lama, risiko berat naik, insulin resistance, dan pra-diabetes mula menghampiri tanpa disedari.

Yang lebih bahaya, ramai orang muda rasa mereka belum perlu risau. Masih boleh kerja, masih boleh berjalan, masih boleh ketawa. Tapi diabetes tidak tunggu umur pencen. Ia s**a bermula secara senyap. Sedikit demi sedikit, dari pilihan kecil yang diulang setiap pagi.

Sarapan sihat bukan bermaksud hambar. Cuma kita kena lebih jujur dengan label. Oat kosong lebih baik daripada oat berperisa. Kopi biasa lebih baik daripada kopi 3-dalam-1. Dan bila minum Milo, sedar bahawa ia tetap menyumbang gula, bukan sekadar “tenaga”.

Kadang masalahnya bukan kita kuat makan manis sangat.
Masalahnya, kita tak sedar betapa awalnya gula sudah masuk ke hidup kita.

03/03/2026

Ramadan bukan alasan untuk abaikan kesihatan!

Sepanjang bulan Ramadan, rutin pemakanan, tidur dan aktiviti harian kita berubah. Perubahan ini boleh memberi kesan kepada tahap kecergasan dan kesihatan jika tidak diurus dengan baik.

Jom muat turun buku digital ini di https://shorturl.at/dDHY2

Buku ini mengandungi panduan lengkap untuk kekal sihat dan cergas pada bulan Ramadan seperti:

✅ Tip kekal cergas
✅ Tip pemilihan makanan sihat & selamat
✅ Tip berhenti merokok
✅ Panduan pengambilan ubat
✅ Amalan penjagaan kesihatan pergigian

Jaga kesihatan, tingkatkan kualiti ibadah.

Jangan lupa kongsikan kepada keluarga dan rakan-rakan!

Address

16200 ​tumpat
​Tumpat

Telephone

+6097255000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kospen Tumpat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share