Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Kedah

Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Kedah Laman Facebook Rasmi Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Kedah

Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Kedah mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-6...
30/08/2026

Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Kedah mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.
Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, menghargai erti kemerdekaan serta mengenang jasa dan pengorbanan para pejuang terdahulu dalam membentuk sebuah negara yang aman dan berdaulat.

Semoga semangat Malaysia MADANI terus menyatukan kita dalam memelihara keharmonian, memperkukuh perpaduan serta memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya, seni dan warisan.




26/08/2026

๐—ฆ๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ถ-๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ถ ๐˜๐—ฎ๐—ต๐—ป๐—ถ๐—ฎ๐—ต

๐—ฌ๐—•๐—ฟ๐˜€. ๐——๐—ฟ. ๐—๐—ผ๐—ต๐—ป๐—ป๐˜† ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ธ ๐—”๐—ป๐—ฑ๐—ฟ๐—ฒ๐˜„
Setiausaha Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan Pelancongan MOTAC

sempena Sambutan Hari Jadi ke-77 Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang Di-Pertua Negeri Melaka

atas kurniaan atas penganugerahan ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐—ต ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ (๐——.๐—ฆ.๐— .)

pada 24 Ogos 2026

๐—œ๐—ธ๐—ต๐—น๐—ฎ๐˜€ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐˜„๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐— ๐—ข๐—ง๐—”๐—–




25/08/2026

๐—ฆ๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ถ-๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ถ ๐˜๐—ฎ๐—ต๐—ป๐—ถ๐—ฎ๐—ต

๐—˜๐—ป๐—ฐ๐—ถ๐—ธ ๐—–๐—ต๐˜‚๐—ฎ ๐—ฌ๐—ผ๐—ป๐—ด ๐—ช๐—ฒ๐—ถ
Setiausaha Sulit Kanan kepada YB Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya

sempena Sambutan Hari Jadi ke-77 Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang Di-Pertua Negeri Melaka

atas kurniaan atas penganugerahan ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐—ต ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ (๐——.๐—ฆ.๐— .)

pada 24 Ogos 2026

๐—œ๐—ธ๐—ต๐—น๐—ฎ๐˜€ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐˜„๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐— ๐—ข๐—ง๐—”๐—–




25/08/2026

๐—ฆ๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ถ-๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ถ ๐˜๐—ฎ๐—ต๐—ป๐—ถ๐—ฎ๐—ต

๐—ฃ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—๐—ผ๐—ฎ๐—ป๐—ป๐—ฎ ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ธ ๐—๐—ผ๐—ต๐—ป๐—ถ๐—ฐ๐—ฎ๐—น ๐—ฅ๐—ฎ๐˜†๐—ผ๐—ป๐—ด
Pegawai Tugas-Tugas Khas (III) kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya

sempena Sambutan Hari Jadi ke-77 Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang Di-Pertua Negeri Melaka

atas kurniaan atas penganugerahan ๐—•๐—ถ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ž๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฝ๐˜‚๐—ท๐—ถ (๐—•.๐—ž.๐—ง.)

pada 24 Ogos 2026

๐—œ๐—ธ๐—ต๐—น๐—ฎ๐˜€ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐˜„๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐— ๐—ข๐—ง๐—”๐—–




๐ŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL ๏ทบ 1448HPejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Kedah mengucapkan Selamat ...
24/08/2026

๐ŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL ๏ทบ 1448H

Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Kedah mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul ๏ทบ 1448H kepada seluruh umat Islam.

Sempena Maulidur Rasul pada tahun ini, marilah kita bersama-sama menghayati perjuangan dan keperibadian mulia junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta menjadikan akhlak dan sunnah Baginda sebagai pedoman dalam kehidupan seharian.

Semoga kita terus memperkukuhkan ukhuwah, memperbanyakkan selawat dan sentiasa mengamalkan nilai kasih sayang, amanah serta ihsan dalam setiap urusan.




OPERASI PEMANTAUAN DAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH AIP 1992Operasi Pemantauan dan Penguatkuasaan di bawah AIP 1992 telah dil...
24/08/2026

OPERASI PEMANTAUAN DAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH AIP 1992

Operasi Pemantauan dan Penguatkuasaan di bawah AIP 1992 telah dilaksanakan pada 21 hingga 23 Ogos 2026 di beberapa lokasi strategik di Negeri Kedah. Operasi ini bertujuan melaksanakan pemantauan, pemeriksaan dan penguatkuasaan terhadap kenderaan pelancongan, khususnya van persiaran dan bas persiaran, bagi memastikan pengoperasian sentiasa mematuhi peruntukan perundangan yang berkuat kuasa. Pemantauan turut dilaksanakan di lokasi-lokasi tumpuan pelancong bagi memastikan aktiviti berkaitan pelancongan dijalankan mengikut ketetapan dan peraturan yang telah ditetapkan.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan operasi ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam memastikan pematuhan terhadap perundangan berkaitan pengoperasian kenderaan pelancongan, di samping membantu menjamin aspek keselamatan serta kepentingan pelancong.




Pada 16 Ogos 2026 (Ahad), Pejabat MOTAC Negeri Kedah telah mengadakan Operasi Pemantauan dan Penguatkuasaan Pelancongan ...
18/08/2026

Pada 16 Ogos 2026 (Ahad), Pejabat MOTAC Negeri Kedah telah mengadakan Operasi Pemantauan dan Penguatkuasaan Pelancongan di Daerah Kota Setar. Operasi ini dilaksanakan bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan dan perundangan berkaitan industri pelancongan, khususnya melibatkan penggunaan kenderaan persiaran serta perkhidmatan pemandu pelancong (TG).

Operasi pemantauan telah dilaksanakan di sekitar kawasan tumpuan pelancongan di Daerah Kota Setar, melibatkan beberapa lokasi iaitu Muzium Padi, Pusat Sains Negara, Gunung Keriang, Aman Central, Masjid Zahir, Pekan Rabu dan Rumah Kelahiran Tun Mahathir. Pemeriksaan turut memberi tumpuan kepada kenderaan persiaran yang membawa pelancong ke lokasi-lokasi berkenaan.

Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak empat (4) kenderaan telah diperiksa, terdiri daripada satu (1) kenderaan persiaran, dua (2) bas persiaran dan satu (1) bas persendirian. Pemeriksaan yang dilaksanakan turut memfokuskan kepada aspek penggunaan pemandu pelancong (TG) bagi memastikan perkhidmatan yang disediakan adalah mematuhi ketetapan dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Secara keseluruhannya, operasi ini merupakan salah satu usaha berterusan MOTAC dalam melaksanakan pemantauan serta penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan dalam kalangan pengusaha dan pengendali industri pelancongan, di samping memastikan keselamatan dan keselesaan pelancong yang berkunjung ke destinasi-destinasi pelancongan di Daerah Kota Setar sentiasa terpelihara.




18/08/2026
LAWATAN PEMANTAUAN STATUS DAN PROGRES PROJEK | TAMAN EKO RIMBA PUNCAK JANING16 Ogos 2026 | Taman Eko Rimba Puncak Janing...
16/08/2026

LAWATAN PEMANTAUAN STATUS DAN PROGRES PROJEK | TAMAN EKO RIMBA PUNCAK JANING

16 Ogos 2026 | Taman Eko Rimba Puncak Janing, Padang Terap, Kedah

Satu lawatan pemantauan telah dilaksanakan di Taman Eko Rimba Puncak Janing bagi meneliti status semasa dan progres pelaksanaan projek Menaiktaraf Kemudahan Pelancongan di Taman Eko Rimba Puncak Janing di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Lawatan ini memberi tumpuan kepada penilaian kemajuan sebenar projek di tapak serta meneliti faktor yang mempengaruhi jadual pelaksanaan, di samping mengenal pasti tindakan susulan yang bersesuaian bagi memastikan projek dapat dilaksanakan dengan lancar.

Sebagai salah satu produk pelancongan berasaskan alam semula jadi, penambahbaikan kemudahan di Taman Eko Rimba Puncak Janing diharap dapat memperkukuh pengalaman pengunjung serta meningkatkan keselesaan dan kualiti kemudahan yang disediakan.




LAWATAN KERJA TOURISM MALAYSIA KE PEJABAT MOTAC NEGERI KEDAHPada 6 Ogos 2026, Tourism Malaysia telah mengadakan lawatan ...
06/08/2026

LAWATAN KERJA TOURISM MALAYSIA KE PEJABAT MOTAC NEGERI KEDAH

Pada 6 Ogos 2026, Tourism Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Kedah susulan proses penstrukturan semula pejabat negeri yang sedang dilaksanakan oleh pihak Tourism Malaysia. Lawatan kerja tersebut diadakan bagi membincangkan dengan lebih lanjut keperluan pejabat serta perkara-perkara berkaitan yang perlu diberi perhatian dalam memastikan kelancaran operasi selepas penstrukturan semula dilaksanakan.

Lawatan kerja ini diketuai oleh Bahagian Sumber Manusia (BSM) Tourism Malaysia dan turut disertai oleh wakil daripada Bahagian Pentadbiran (BPT), Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) serta Pejabat Tourism Malaysia Wilayah Utara. Turut hadir ialah Puan Azlinda binti Mat Sanin, Unit Infrastruktur & Keselamatan ICT, Bahagian Pengurusan Maklumat, MOTAC Ibu Pejabat. Kehadiran wakil-wakil berkaitan adalah bagi membolehkan perbincangan dan penelitian dibuat terhadap keperluan pejabat, khususnya dari aspek pentadbiran, kemudahan serta infrastruktur dan sokongan teknologi maklumat.

Lawatan kerja ini diharapkan dapat memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai keperluan pejabat serta menjadi platform perbincangan antara pihak Tourism Malaysia dan Pejabat MOTAC Negeri Kedah dalam menyokong pelaksanaan penstrukturan semula pejabat secara teratur dan berkesan.




Address

Alor Setar
Alor Setar
05000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:00
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share