13/06/2026
MATLAMAT UTAMA HIDUP
Ramai orang terlalu sibuk mengejar apa yang mereka mahu, sehingga terlupa memikirkan siapa yang sedang mereka jadi.
Kita kejar kedudukan, rumah, kereta, pengaruh dan pujian manusia. Namun satu hari nanti, semua itu akan ditinggalkan.
Yang tinggal hanyalah nilai diri, amal dan kesan yang kita tinggalkan dalam kehidupan orang lain.
Dari sudut psikologi, manusia yang mempunyai tujuan hidup yang jelas lebih kuat menghadapi tekanan, lebih tahan menghadapi kegagalan dan lebih tenang ketika berdepan ujian.
Dari sudut spiritual p**a, hidup bukan sekadar untuk berjaya di dunia, tetapi untuk mengenal Tuhan, memperbaiki diri dan meninggalkan dunia dalam keadaan yang lebih baik daripada ketika kita datang.
Tanya diri malam ini:
โ Jika semua harta dan jawatan diambil daripada aku, apakah yang masih tinggal sebagai makna hidupku? โ
Jangan biarkan usia bertambah, tetapi tujuan hidup semakin kabur.
Kerana pada penghujung perjalanan nanti, kita tidak akan ditanya berapa banyak yang kita miliki.
Tetapi apa yang telah kita lakukan dengan kehidupan yang dipinjamkan ini.
"Jangan jadikan dunia sebagai destinasi. Jadikan ia jambatan menuju destinasi yang abadi."
BAHAGIAN AGAMA DAN KAUNSELING JIPS PDRM