Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan

Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Beriltizam Menjadi Institusi M***i Yang Berwibawa Dalam Memartabatkan Syariat Islam.

๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐€๐“๐€๐ ๐“๐„๐๐“๐€๐๐† ๐”๐Œ๐”๐‘ ๐ˆ๐๐’๐€๐๐”๐Œ๐”๐‘ ๐๐„๐‘๐“๐€๐Œ๐€:Dari sejak Allah mencipta Nabi Adam dan dibekalkan zuriat pada tulang punggung...
14/08/2026

๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐€๐“๐€๐ ๐“๐„๐๐“๐€๐๐† ๐”๐Œ๐”๐‘ ๐ˆ๐๐’๐€๐

๐”๐Œ๐”๐‘ ๐๐„๐‘๐“๐€๐Œ๐€:
Dari sejak Allah mencipta Nabi Adam dan dibekalkan zuriat pada tulang punggungnya. Di antara mereka ada yang berbahagia dan ada yang celaka. Zuriat itu berpindah dari tulang sulbi lelaki ke dalam rahim wanita sehingga lahirlah tiap-tiap orang antara ayah dan ibunya.

๐”๐Œ๐”๐‘ ๐Š๐„๐ƒ๐”๐€:
Dari sejak lahirnya manusia sehingga kewafatannya (inilah umur yang paling penting kerana masa untuk kita beriman dan beramal soleh).

๐”๐Œ๐”๐‘ ๐Š๐„๐“๐ˆ๐†๐€:
Sejak dicabut nyawanya sehingga ditiup sangkakala iaitu masa menunggunya manusia di alam barzakh.

๐”๐Œ๐”๐‘ ๐Š๐„๐„๐Œ๐๐€๐“:
Sejak manusia keluar dari kuburnya pada hari kebangkitan sehingga menerima kitab amalan masing-masing.

๐”๐Œ๐”๐‘ ๐Š๐„๐‹๐ˆ๐Œ๐€:
Dari kemasukan ahli syurga dan ahli neraka ke tempat yang kekal abadi yang tiada penghujungnya.

๐˜™๐˜ถ๐˜ซ๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ: ๐˜—๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ ๐˜›๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜œ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ณ ๐˜๐˜ฏ๐˜ด๐˜ข๐˜ฏ, ๐˜’๐˜ข๐˜ณ๐˜บ๐˜ข ๐˜ข๐˜ญ-๐˜˜๐˜ถ๐˜ต๐˜ฃ ๐˜ข๐˜ญ-๐˜๐˜ณ๐˜ด๐˜บ๐˜ข๐˜ฅ ๐˜ข๐˜ญ-๐˜๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜ˆ๐˜ฃ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ธ๐˜ช ๐˜ข๐˜ญ-๐˜๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฅ

Ulasan:
Dr. Shuhadak Mahmud al-Jakfari,
Syeikh Tariqat al-Jaโ€™fariyah al-Ahmadiah al-Muhammadiah
Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan

__________________

Ikuti media sosial Jabatan M***i Kerajaan Negeri Sembilan:
Laman sesawang : https://muftins.gov.my/
Linkt.ree : https://linktr.ee/jabmuftins
__________________



Hukum Bagi Wanita Yang Mengalami Istihadhah Melewatkan Solatnya.Soalan:Assalamualaikum , nak bertanya apakah hukum seora...
13/08/2026

Hukum Bagi Wanita Yang Mengalami Istihadhah Melewatkan Solatnya.

Soalan:

Assalamualaikum , nak bertanya apakah hukum seorang wanita yang dalam keadaan istihadhah tidak menyegerakan solat seperti selepas wanita tersebut mengambil wudhuk, wanita tersebut pergi mengangkat kain diampaian?

Jawapan:

Diwajibkan bagi wanita yang mengalami istihadhah untuk segera menunaikan solat selepas berwudhuk. Namun jika dilewatkan dengan melakukan perkara selain maslahah solat dengan kadar tempoh masa yang singkat(kadar kurang 2 rakaat) maka ia dimaafkan dan tidak perlu mengulangi wudhuknya.

Disebutkan perkara ini dalam Busyra al Karim muka surat 165:

)ยซ ูˆุชุจุงุฏุฑ) ูˆุฌูˆุจุงู‹ ุนู‚ุจ ู…ุง ู…ุฑ (ุจุงู„ุตู„ุงุฉ) ูˆู„ูˆ ู†ูู„ุงู‹ุ› ุชู‚ู„ูŠู„ุงู‹ ู„ู„ุญุฏุซุŒ ู„ูƒู† ู„ุง ูŠุถุฑ ุงู„ูุตู„ ุจุฏูˆู† ุฑูƒุนุชูŠู† ุฎููŠูุชูŠู† (ูุฅู† ุฃุฎุฑุช) ุฒุงุฆุฏุงู‹ ุนู„ู‰ ุฐู„ูƒ (ู„ุบูŠุฑ ู…ุตู„ุญุฉ ุงู„ุตู„ุงุฉ) ูƒุฃูƒู„ ( .. ุงุณุชุฃู†ูุช) ุฌู…ูŠุน ู…ุง ู…ุฑ ูˆุฌูˆุจุงู‹ ูˆุฅู† ู„ู… ุชุฒู„ ุงู„ุนุตุงุจุฉ ุนู† ู…ุญู„ู‡ุงยป

Terjemahan: โ€œDan wajib segera menunaikan solat selepas apa yang telah disebut (bersuci), walaupun solat sunat, untuk mengurangkan hadas. Namun tidak memudaratkan jika ada selang masa sekadar kurang dua rakaat ringan. Maka jika dia melewatkan lebih daripada itu tanpa kepentingan solat seperti makan, wajib dia mengulangi semua (yang telah disebut), walaupun balutan itu masih pada tempatnya.โ€

Kesimpulan:

Wajib segera solat selepas bersuci bagi orang berhadas berterusan atau istihadhah boleh selang seketika sekadar dua rakaat ringan, namun jika dilengah tanpa sebab berkaitan solat maka batal dan wajib ulang semua.

___________
Ikuti media sosial Jabatan M***i Kerajaan Negeri Sembilan:
Laman sesawang : https://muftins.gov.my/
Linkt.ree : https://linktr.ee/jabmuftins



๐—›๐—จ๐—ž๐—จ๐—  ๐—จ๐—ฃ๐—”๐—–๐—”๐—ฅ๐—” ๐—”๐—ž๐—”๐—— ๐—ก๐—œ๐—ž๐—”๐—› ๐——๐—œ ๐— ๐—”๐—ฆ๐—๐—œ๐—— ๐—ฆ๐—ผ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป:Kami bakal melangsungkan pernikahan dan merancang untuk bernikah di masjid.  A...
07/08/2026

๐—›๐—จ๐—ž๐—จ๐—  ๐—จ๐—ฃ๐—”๐—–๐—”๐—ฅ๐—” ๐—”๐—ž๐—”๐—— ๐—ก๐—œ๐—ž๐—”๐—› ๐——๐—œ ๐— ๐—”๐—ฆ๐—๐—œ๐——

๐—ฆ๐—ผ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป:
Kami bakal melangsungkan pernikahan dan merancang untuk bernikah di masjid. Apakah hukum melakukan upacara akad nikah di masjid?

๐—๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป:
Secara umumnya, majlis akad nikah boleh dilaksanakan sama ada di rumah, surau, masjid atau tempat-tempat lain yang bersesuaian. Untuk majlis akad nikah di masjid, Islam sememangnya membenarkan amalan ini kerana Nabi SAW pernah menikahkan seorang perempuan di dalam masjid sebagaimana sabda Baginda SAW:

ุฃูŽุนู’ู„ูู†ููˆุง ู‡ูŽุฐูŽุง ุงู„ู†ู‘ููƒูŽุงุญูŽ ุŒ ูˆูŽุงุฌู’ุนูŽู„ููˆู‡ู ูููŠ ุงู„ู’ู…ูŽุณูŽุงุฌูุฏู ุŒ ูˆูŽุงุถู’ุฑูุจููˆุง ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุจูุงู„ุฏู‘ููููˆูู

Maksudnya: โ€œHebahkanlah akan pernikahan ini dan lakukanlah ia di masjid, dan palulah (raikannya) dengan memukul gendang (di luar masjid).โ€ [Hadis Riwayat al-Tirmizi]

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 07/2014 yang bersidang pada 27 Ogos 2014 bersamaan 01 Zu al-Qaโ€™dah 1435H telah bersetuju memutuskan bahawa :

1. Jumhur Ulamaโ€™ telah memperakukan bahawa upacara akad nikah ๐—ฑ๐—ถ๐—ฏ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ป untuk dilaksanakan di masjid. Bahkan ulamaโ€™ Mazhab Syafiโ€™i berpendapat adalah ๐—ฆ๐—จ๐—ก๐—”๐—ง dan ๐—ฑ๐—ถ๐—ด๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐—ธ๐—ฎ๐—ป untuk melaksanakan akad nikah di masjid.

2. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa melakukan upacara akad nikah di masjid atau surau adalah ๐—ฆ๐—จ๐—ก๐—”๐—ง untuk mendapat keberkatan. Walaubagaimanapun, kedua-kedua pihak bagi pengantin lelaki dan perempuan yang turut menyertai upacara akad nikah tersebut ๐—ต๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ด๐—ฎ ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฏ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ต๐—ถ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป semasa berada di dalam masjid atau surau berkenaan.

________
Ikuti media sosial Jabatan M***i Kerajaan Negeri Sembilan:
Laman sesawang : https://muftins.gov.my/
Linkt.ree : https://linktr.ee/jabmuftins,

06/08/2026

Qaul Muktamad Mazhab Syafie & Masalah Talfiq

Host: Ustaz HAZA
Panel:Dr. Ahmad Azlan Raihan

6 Ogos 2026
Masjid Syeikh Haji Ahmad, Sri Sendayan
Selepas Maghrib

Semalam merupakan sesi lapor diri pegawai & kakitangan baru di Jabatan M***i Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan dan kesemu...
05/08/2026

Semalam merupakan sesi lapor diri pegawai & kakitangan baru di Jabatan M***i Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan dan kesemuanya ditempatkan di Bahagian Pentadbiran Jabatan ini.

1) NUR NADIA BINTI ROMZI (PENOLONG PEGAWAI TADBIR - N5)
2) AIN FARHANI BINTI AHMAD AZAM (PEMBANTU TADBIR P/O - N1)
3) MUHAMMAD AKMAL FALIK ABD MALEK (PEMBANTU TADBIR KEWANGAN - W1)
4) INTAN NURSHAFIRA BINTI ISHAK (JURUTEKNIK KOMPUTER - FT1)

Selamat datang dan menjalankan tugas baru dengan cemerlang.

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐๐ข๐ง๐š ๐ˆ๐ฆ๐š๐ง ๐Ÿ๐ŸLENGGENG, 27 sehingga 31 Julai 2026 - Bahagian Rundingcara Aqidah Jabatan M***i Kerajaan Negeri, Neg...
04/08/2026

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐๐ข๐ง๐š ๐ˆ๐ฆ๐š๐ง ๐Ÿ๐Ÿ

LENGGENG, 27 sehingga 31 Julai 2026 - Bahagian Rundingcara Aqidah Jabatan M***i Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan telah menjalankan Program Bina Iman Siri ke 11 di Arawana Resort, Lenggeng. Program ini bertujuan untuk membimbing serta memperkukuhkan kefahaman peserta terhadap Islam, di samping memberi pendedahan mengenai asas-asas agama melalui pendekatan bimbingan, pendidikan dan penghayatan secara berterusan.

Program ini pada asalnya disasarkan kepada tiga orang peserta, namun hanya dua orang peserta lelaki yang telah menghadiri program tersebut. Sepanjang program berlangsung, para peserta dibimbing oleh empat orang fasilitator yang berperanan memberikan bimbingan, sokongan dan pemantauan secara menyeluruh bagi memastikan setiap peserta memperoleh manfaat.

Pelbagai slot pengisian telah disusun sepanjang program, antaranya slot Mengenal Allah dan Nabi Muhammad, Toharah, Solat, dan Qiamullail yang memberi penekanan kepada pengukuhan aqidah serta amalan ibadah dalam kehidupan seharian. Sepanjang 4 hari 3 malam program berlangsung, para peserta telah menunjukkan sikap yang proaktif serta memberikan kerjasama yang sangat baik dalam setiap slot dan aktiviti yang dijalankan.

____________
Ikuti media sosial Jabatan M***i Kerajaan Negeri Sembilan:
Laman sesawang : https://muftins.gov.my/
Linkt.ree : https://linktr.ee/jabmuftins


๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐Œ๐ž๐ง๐š๐ง๐๐š๐ญ๐š๐ง๐ ๐š๐ง๐ข ๐๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ง๐ฃ๐ข๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ค๐ก๐ข๐๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐’๐ข๐ฌ๐ญ๐ž๐ฆ ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐๐ž๐ฆ๐จ๐ก๐จ๐ง ๐Š๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ ๐ˆ๐ฌ๐ฅ๐š๐ฆ (๐’๐ˆ๐’๐“๐€๐ƒ)SEREMBAN, 3 Ogo...
04/08/2026

๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐Œ๐ž๐ง๐š๐ง๐๐š๐ญ๐š๐ง๐ ๐š๐ง๐ข ๐๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ง๐ฃ๐ข๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ค๐ก๐ข๐๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐’๐ข๐ฌ๐ญ๐ž๐ฆ ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐๐ž๐ฆ๐จ๐ก๐จ๐ง ๐Š๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ ๐ˆ๐ฌ๐ฅ๐š๐ฆ (๐’๐ˆ๐’๐“๐€๐ƒ)

SEREMBAN, 3 Ogos 2026โ€“ Jabatan M***i Kerajaan Negeri Negeri Sembilan dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mengadakan Majlis Menandatangani Perjanjian Perkhidmatan Pembangunan Sistem Pengurusan Pemohon Keluar Islam (SISTAD) pada jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan M***i Kerajaan negeri Negeri Sembilan.

Majlis ini merupakan satu langkah penting dalam memperkukuhkan kerjasama strategik antara Jabatan M***i Kerajaan Negeri Negeri Sembilan dan UniSZA dalam usaha membangunkan sistem pengurusan yang lebih sistematik, cekap dan efisien bagi menguruskan permohonan keluar Islam. Pembangunan SISTAD dijangka dapat memperkemaskan proses pengurusan kes, penyimpanan rekod serta memudahkan pemantauan terhadap setiap permohonan yang dikendalikan oleh Bahagian Rundingcara Aqidah.

Perjanjian perkhidmatan tersebut telah ditandatangani oleh Sahibus Samahah Dato' Dr. Faudzinaim bin Badaruddin, M***i Kerajaan Negeri Negeri Sembilan, sebagai wakil Jabatan M***i Kerajaan Negeri Negeri Sembilan. Turut hadir memeriahkan majlis Sahibul Fadhilah Tuan Mohd Raizalani bin Mohd Rais, serta Ketua Penyelidik UniSZA, En. Muhammad Hafizi bin Rozali, bersama para pegawai Jabatan M***i Kerajaan Negeri Negeri Sembilan dan wakil daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Kerjasama strategik ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada pengukuhan sistem penyampaian perkhidmatan Jabatan M***i Kerajaan Negeri Negeri Sembilan melalui pendigitalan pengurusan kes. Inisiatif pembangunan SISTAD turut mencerminkan komitmen kedua-dua institusi dalam memperkasa inovasi digital serta meningkatkan kecekapan, ketelusan dan keberkesanan pengurusan permohonan keluar Islam selaras dengan keperluan semasa.

_________
Ikuti media sosial Jabatan M***i Kerajaan Negeri Sembilan:
Laman sesawang : https://muftins.gov.my/
Linkt.ree : https://linktr.ee/jabmuftins

MAKLUMAN KADAR CAJ PERKHIDMATAN PENENTUAN DAN PENGESAHAN ARAH KIBLAT NEGERI SEMBILANJabatan M***i Kerajaan Negeri, Neger...
04/08/2026

MAKLUMAN KADAR CAJ PERKHIDMATAN PENENTUAN DAN PENGESAHAN ARAH KIBLAT NEGERI SEMBILAN

Jabatan M***i Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan ingin memaklumkan bahawa berkuat kuasa mulai 25 Ogos 2026, semua urusan penentuan dan pengesahan arah kiblat di Negeri Sembilan adalah tertakluk kepada kadar caj perkhidmatan yang telah diselaraskan seperti berikut:

Premis Awam
Masjid, surau, tanah perkuburan, sekolah, premis kerajaan, rumah kebajikan dan lain-lain premis berkaitan adalah dikecualikan daripada bayaran.

Premis Swasta โ€” RM200
Meliputi kedai, hotel, kilang, stesen minyak, pusat beli-belah, tapak ekspo, karnival dan premis swasta lain. Caj ini termasuk tiga pelekat arah kiblat.

Pensijilan Semula โ€” RM100
Meliputi pertukaran nama premis, penambahan sijil arah kiblat dan semakan semula. Caj ini termasuk dua pelekat arah kiblat.

Caj tambahan sebanyak RM20 dikenakan bagi setiap tambahan satu pelekat arah kiblat, kecuali bagi premis awam.

Pihak berkaitan disarankan supaya mendapatkan perkhidmatan penentuan serta pengesahan arah kiblat melalui Jabatan M***i Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan bagi memastikan arah kiblat ditentukan dengan tepat dan disahkan secara rasmi.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

๐ŸŒ muftins.gov.my
โœ‰๏ธ [email protected]
โ˜Ž๏ธ 06-765 2426
๐Ÿ“  06-765 2427

๐“๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š ๐Š๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐ƒ๐š๐ญ๐จ' ๐’๐ž๐ซ๐ข ๐”๐ญ๐š๐ฆ๐š ๐€๐ฆ๐ข๐ง๐ฎ๐๐๐ข๐ง ๐›๐ข๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ฎ๐ง ๐š๐ญ๐š๐ฌ ๐ฌ๐ž๐ ๐š๐ฅ๐š ๐ฃ๐š๐ฌ๐š ๐๐š๐ง ๐›๐š๐ค๐ญ๐ข ๐ฆ๐ž๐ง๐ž๐ซ๐š๐ฃ๐ฎ๐ข ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐’๐ž๐ฆ๐›๐ข๐ฅ๐š๐ง.Semoga terus siha...
03/08/2026

๐“๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š ๐Š๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐ƒ๐š๐ญ๐จ' ๐’๐ž๐ซ๐ข ๐”๐ญ๐š๐ฆ๐š ๐€๐ฆ๐ข๐ง๐ฎ๐๐๐ข๐ง ๐›๐ข๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ฎ๐ง ๐š๐ญ๐š๐ฌ ๐ฌ๐ž๐ ๐š๐ฅ๐š ๐ฃ๐š๐ฌ๐š ๐๐š๐ง ๐›๐š๐ค๐ญ๐ข ๐ฆ๐ž๐ง๐ž๐ซ๐š๐ฃ๐ฎ๐ข ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐’๐ž๐ฆ๐›๐ข๐ฅ๐š๐ง.

Semoga terus sihat dan istiqamah berbakti untuk negeri tercinta.

Ikhlas daripada,
SS M***i Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan
dan Warga Kerja Jabatan M***i Kerajaan Negeri,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

________________________
Ikuti media sosial Jabatan M***i Kerajaan Negeri Sembilan:
Laman sesawang : https://muftins.gov.my/
Linkt.ree : https://linktr.ee/jabmuftins,

๐๐Ž๐ƒ๐‚๐€๐’๐“ ๐€๐‹ ๐๐€๐˜๐€๐Qaul Muktamad Mazhab Syafie & Masalah TalfiqBersama:Dr. Ahmad Azlan RaihanUstaz Hafiz al-Za'farani - HAZ...
03/08/2026

๐๐Ž๐ƒ๐‚๐€๐’๐“ ๐€๐‹ ๐๐€๐˜๐€๐

Qaul Muktamad Mazhab Syafie & Masalah Talfiq

Bersama:
Dr. Ahmad Azlan Raihan
Ustaz Hafiz al-Za'farani - HAZA

๐Ÿ—“๏ธ 6 Ogos 2026 (Khamis)
โฐ Selepas Maghrib
๐Ÿ•Œ Masjid Syeikh Haji Ahmad, Sri Sendayan

Muslimin & Muslimat Dijemput Hadir

Anjuran & Kerjasama:
Jabatan M***i Kerajaan Negeri Sembilan
Darul Fitri Resources
HAZA Media

Address

Aras 15, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga
Ampangan
70100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share