22/12/2025
β¨Assalamualaikum, Salam Sejahtera,
Salam Ilmu, Keikhlasan dan Kecemerlangan UniMAPβ¨
20 DISEMBER 2025
AKTIVITI BERGOTONG-ROYONG DAN MENGECAT MUSOLLA UNICITY
Kadet SISKOR Siri 10 dengan kerjasama Pusat Islam UniMAP serta kelab-kelab lain yang terlibat telah bersama-sama menjayakan aktiviti bergotong-royong dan mengecat Musolla Unicity. Aktiviti ini dilaksanakan bagi memupuk semangat kerjasama, kesukarelawanan serta rasa tanggungjawab dalam menjaga kebersihan dan keselesaan kemudahan ibadah.
Program ini bukan sahaja berjaya menceriakan suasana musolla, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim antara kadet dan ahli kelab melalui semangat kerja berpasukan serta komitmen yang ditunjukkan sepanjang aktiviti berlangsung.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Pusat Islam UniMAP, semua kelab yang terlibat, serta seluruh peserta yang telah menyumbangkan tenaga, masa dan kerjasama bagi memastikan kelancaran program ini. Segala usaha dan sokongan yang diberikan amat dihargai dan menjadi satu pengalaman bermakna buat semua yang terlibat.
Berikut disertakan klip sepanjang aktiviti berlangsung.
Sukarelawan Siswa Siswi Koreksional
Universiti Malaysia Perlis
(SISKOR UniMAP)