MARA Negeri SABAH

MARA Negeri SABAH Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen.

03/09/2026
Selamat Hari Merdeka ke-69! Semoga semangat kemerdekaan ini terus mekar dalam jiwa kita.
31/08/2026

Selamat Hari Merdeka ke-69! Semoga semangat kemerdekaan ini terus mekar dalam jiwa kita.

27/08/2026
26/08/2026
MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN PENDIDIKAN PROGRAM BUDI MARAKota Kinabalu, 24 Ogos 2026 (Isnin) – Pejabat MARA Negeri Sabah ...
24/08/2026

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN PENDIDIKAN PROGRAM BUDI MARA

Kota Kinabalu, 24 Ogos 2026 (Isnin) – Pejabat MARA Negeri Sabah pada hari ini telah menganjurkan Majlis Penyerahan Sumbangan Pendidikan di bawah Program BUDI MARA yang bertempat di Pejabat MARA Negeri Sabah.

Sumbangan berjumlah RM10,000.00 telah disampaikan oleh Pengarah Urusan Daya Throne Engineering, Encik Abd Sare bin Abd Rahim, melalui penyerahan replika cek kepada Pengarah MARA Negeri Sabah, Dr. Shahrizin bin Abdul Sarhadat.

Program BUDI MARA merupakan satu inisiatif bantuan pendidikan yang bertujuan menyokong kelangsungan pendidikan pelajar daripada golongan B40 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Sumbangan yang dizahirkan oleh Encik Abd Sare bin Abd Rahim merupakan satu usaha murni yang amat dihargai dan mencerminkan keprihatinan sektor keusahawanan terhadap pembangunan pendidikan generasi muda.

Inisiatif ini bukan sahaja memberi manfaat secara langsung kepada pelajar yang memerlukan, malah turut mencerminkan keberhasilan ekosistem keusahawanan MARA dalam melahirkan usahawan yang berdaya saing, prihatin dan mempunyai kesedaran tanggungjawab sosial yang tinggi.

Komitmen ini membuktikan bahawa kejayaan dalam bidang keusahawanan bukan sekadar diukur melalui pencapaian perniagaan, bahkan mampu diterjemahkan kepada sumbangan bermakna kepada masyarakat, khususnya dalam memperluas akses kepada pendidikan dan membantu golongan yang memerlukan.

Sebagai tanda penghargaan atas sokongan dan komitmen terhadap pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat (CSR), MARA Negeri Sabah turut menyampaikan Surat Penghargaan kepada Daya Throne Engineering pada penghujung majlis.

MARA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Daya Throne Engineering, khususnya Encik Abd Sare bin Abd Rahim, atas sumbangan yang amat bermakna ini. Semoga inisiatif murni ini menjadi pemangkin kepada lebih ramai usahawan untuk bersama-sama menyokong agenda pemerkasaan pendidikan serta pembangunan generasi masa hadapan yang berilmu, berdaya saing dan berpotensi tinggi.







24/08/2026

"Salam Maulidur Rasul 1448H. Marilah kita perbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta mencontohi akhlak mulia Baginda."




17/08/2026

π—žπ—˜π—¨π—¦π—”π—›π—”π—ͺ𝗔𝗑𝗔𝗑 | Bumiputera 2035: Menguasai Ekonomi Masa Depan.

Ke mana hala tuju usahawan Bumiputera menuju 2035?

Konvensyen Usahawan Bumiputera 2035 bakal menghimpunkan usahawan, pemain industri dan pemegang taruh bagi membincangkan masa depan serta transformasi ekonomi Bumiputera.

27 Ogos 2026 | Raia Hotel, Kepala Batas, Kedah

Klik untuk mendaftar : https://tinyurl.com/ye266jey

KUB 2035 β€” pentas mencetuskan idea, membuka peluang dan membentuk hala tuju usahawan Bumiputera menuju ekonomi masa depan.

Address

PEJABAT MARA NEGERI SABAH , TINGKAT 1, 2 & 3 , BLOK J, RUANG SINGGAHMATA 4
Asia City
88609

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088211011

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MARA Negeri SABAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MARA Negeri SABAH:

Shortcuts

Share