06/11/2024
𝗡𝗮𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗪𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗡𝗮𝗶𝗯 𝗖𝗮𝗻𝘀𝗲𝗹𝗼𝗿 𝗨𝗧𝗲𝗠: 𝗦𝗲𝗿𝘂𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗠𝗲𝗺𝗶𝗸𝘂𝗹 𝗧𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯
Sebagai Pengarah Hal Ehwal Varsiti Pemuda Parti Tindakan Demokratik Negeri Melaka (DAPSY), saya terpanggil untuk mengulas kenyataan yang dibuat oleh Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Datuk Dr. Massila Kamalrudin yang dianggap tidak wajar. Dalam satu program penyambutan pelajar baru, Massila dilaporkan menyatakan bahawa hubungan romantik antara kakitangan dan pelajar adalah boleh diterima selagi ia tidak berlaku di dalam kampus.
Kenyataan seperti ini menghantar mesej yang salah dan telah menjejaskan kepercayaan serta profesionalisme dalam persekitaran akademik. Institut Pelajaran Tinggi seharusnya menjadi ruang pengajaran dan pembelajaran, bukan tempat untuk kenyataan yang mengaburkan sempadan profesional antara kakitangan dan pelajar.
Adalah penting untuk menunjukkan bahawa ketua-ketua IPT bersedia mengambil tanggungjawab penuh apabila batas profesionalisme dilanggar.
Jikalau pemimpin gagal mengekalkan profesionalisme, peletakan jawatan adalah langkah yang wajar untuk memastikan integriti institusi terus terpelihara dan kepercayaan orang ramai terhadap IPT-IPT kita dikekalkan.
Oleh itu, DAPSY Melaka tegas berpendirian bahawa peletakan jawatan Massila Kamalrudin adalah wajib untuk membuktikan bahawa UTeM mengambil berat isu ini dan berkomited untuk mempertahankan nilai-nilai yang sepatut dipegang tinggi. Tindakan ini akan menjadi teladan bagi pemimpin akademik lain bahawa perangai yang tidak bertanggungjawab tidak akan dibiarkan tanpa akibat. Dengan ini, DAPSY meminta Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) untuk mengambil tindakan tegas dan melancarkan siasatan berhubung insiden ini.
- Hau Jia Juin
Pengarah Hal Ehwal Varsiti DAPSY Melaka
马来西亚技术大学副校长的不当言论:呼吁负起责任
作为马六甲民主行动党社会主义青年团(DAPSY)的大学事务主任,我有必要对马来西亚技术大学(UTeM)副校长玛西拉·卡马鲁丁发表的被认为不当的言论作出评论。据报道,在一次新生欢迎会上,玛西拉表示,只要不在校园内,教职员工与学生之间的浪漫关系是可以接受的。这样的言论传递了错误的信息,并已经损害了学术环境中的信任与专业精神。高等教育机构应是教学与学习的场所,而非发布模糊教职员工与学生之间专业界限的言论的地方。
高等教育机构的领导人必须清楚,当职业操守被违反时,他们必须承担全部责任。
如果校方未能保持专业精神,让改职员辞职是确保大专诚信和维持公众对高等教育机构信任的恰当方式。
因此,马六甲社青团坚决认为玛西拉·卡马鲁丁的辞职是必须的,这才能证明技术大学重视此问题并致力于捍卫应持的高尚价值观。此举将为其他学术领导人树立榜样,因为不负责任的行为是不能被容忍的。因此,我呼吁高等教育部部长(KPT)采取坚决行动并对该事件展开调查。
- 侯迦竣
--