PPUC Padang China

PPUC Padang China *PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN PADANG CHINA*
Bahagian : 025
Nombor Pendaftaran : 02521017

Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Padang China.No Pendaftaran : 02521017.Bahagian :025

🌸🕌 SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 🕌🌸12 Rabiul Awal 1447H / 05 September 2025 Masihiاَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا ...
04/09/2025

🌸🕌 SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 🕌🌸
12 Rabiul Awal 1447H / 05 September 2025 Masihi

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah yang paling banyak berselawat kepadaku."
[Hadis Riwayat Al-Nasai & Ibnu Hibban]

Dengan penuh takzim,
MOHD NOOR SHAHRUL AFIZAN BIN ISMAIL
Ketua Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Padang China

🔥🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KE-76 PEMUDA UMNO MALAYSIA! 🇲🇾🔥Semoga obor perjuangan Pemuda UMNO terus membara, menja...
04/09/2025

🔥🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KE-76 PEMUDA UMNO MALAYSIA! 🇲🇾🔥

Semoga obor perjuangan Pemuda UMNO terus membara, menjadi benteng utama parti serta kekal sebagai nadi kekuatan bangsa dan negara.

Dengan semangat juang yang tidak pernah luntur, marilah kita terus mara ke hadapan demi agama, bangsa dan tanah air tercinta! ✊✨

Ikhlas daripada,
MOHD NOOR SHAHRUL AFIZAN BIN ISMAIL
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Cawangan Padang China

‎إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ“Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali.”14 April 2025 - ...
14/04/2025

‎إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ

“Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali.”

14 April 2025 - Kami ingin mengucapkan salam takziah buat seluruh ahli keluarga dan menzahirkan rasa dukacita yang amat mendalam atas pemergian Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke-5 dan Presiden UMNO ke-6 di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 7.10 malam tadi.

Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar buat negara. Allahyarham pastinya akan dikenang sebagai seorang negarawan berjiwa luhur, tenang dalam kepimpinan, dan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.

Sumbangan serta jasa beliau dalam membentuk asas pentadbiran berteraskan integriti dan prinsip Islam Hadhari akan terus terpahat dalam lipatan sejarah negara.

Semoga Allah SWT menerima segala amal bakti Allahyarham dan menempatkan beliau di dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta beroleh ganjaran syurga.

‎أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

➣ بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِیْنَ(1) الرَّحْمٰنِ الرَّحِیْمِ(2) مٰلِكِ یَوْمِ الدِّیْنِﭤ(3) اِیَّاكَ نَعْبُدُ وَ اِیَّاكَ نَسْتَعِیْنُﭤ(4) اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِیْمَ(5) صِرَاطَ الَّذِیْنَ اَنْعَمْتَ عَلَیْهِمْ ﴰ غَیْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَیْهِمْ وَ لَا الضَّآلِّیْنَ(7)

DOA MEMOHON KEBAIKAN DI DUNIA DAN AKHIRATِرَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَ...
24/03/2025

DOA MEMOHON KEBAIKAN DI DUNIA DAN AKHIRAT

ِرَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa api neraka.”

(Surah al-Baqarah: 201)

Selamat Pulang Anak-Anak Perantau Padang China & Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1 Syawal 1446H.




🌙✨ 10 MALAM TERAKHIR RAMADAN 1446H/2025 ✨🌙  Ramadan semakin menuju ke penghujungnya, dan inilah saat terbaik untuk kita ...
20/03/2025

🌙✨ 10 MALAM TERAKHIR RAMADAN 1446H/2025 ✨🌙

Ramadan semakin menuju ke penghujungnya, dan inilah saat terbaik untuk kita memperbanyakkan amal ibadah serta mencari malam yang penuh keberkatan, Lailatul Qadr.

Seperti yang telah dijanjikan oleh Allah SWT, malam ini lebih baik daripada seribu bulan, dan hanya mereka yang bersungguh-sungguh dalam beribadah akan meraih keutamaannya.

Rasulullah ﷺ bersabda :

"Carilah Lailatul Qadr pada malam ganjil dalam sepuluh malam terakhir bulan Ramadan."

(Hadis Riwayat Bukhari, No. 2017 dan Muslim, No. 1169)

Jadikan detik-detik terakhir Ramadan ini sebagai peluang keemasan untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan solat, membaca al-Quran, berzikir, berdoa, dan memperbanyakkan istighfar.

Jangan biarkan Ramadan berlalu tanpa kita berusaha mendapatkan rahmat dan keampunan-Nya.

💫 Mari kita perbanyakkan doa ini :

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan menyukai keampunan, maka ampunilah aku."

Ikhlas daripada :
Keluarga PPUC Padang China



Tarikh-tarikh penting Persidangan UMNO Cawangan, Mesyuarat Perwakilan UMNO  Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO bagi tah...
20/03/2025

Tarikh-tarikh penting Persidangan UMNO Cawangan, Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO bagi tahun 2025



Kempen Jom daftar Ahli Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Padang China.SYARAT-SYARAT :1.Warganegara Malaysia2.Bermastautin ...
20/03/2025

Kempen Jom daftar Ahli Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Padang China.

SYARAT-SYARAT :

1.Warganegara Malaysia
2.Bermastautin di Parlimen Bachok
3.Berumur 18 hingga 40 tahun



Kempen Jom daftar Ahli Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Padang China.OBJEKTIF :-Pertambahan ahli disebabkan ramai ahli pm...
20/03/2025

Kempen Jom daftar Ahli Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Padang China.

OBJEKTIF :

-Pertambahan ahli disebabkan ramai ahli pmuda telah melepasi had umur

-Menarik minat anak muda daftar ahli umno dan menjadi penggerak parti

-Platform untuk anak muda menyertai politik

-Pemudah cara bagi anak muda yang tidak tahu cara untuk daftar sebagai ahli umno



𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡 𝟭𝟰𝟰𝟲𝗛
20/03/2025

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡 𝟭𝟰𝟰𝟲𝗛



Jom daftar Ahli Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Padang China.
20/03/2025

Jom daftar Ahli Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Padang China.



KENYATAAN MEDIAMesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung pada 12 Mac 2025 bersamaan 11 Ramadan 1446H ...
12/03/2025

KENYATAAN MEDIA

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung pada 12 Mac 2025 bersamaan 11 Ramadan 1446H telah mengadakan perbincangan dan memperincikan perkara-perkara berikut:

1. UMNO memandang serius perkembangan semasa yang melibatkan isu-isu berkaitan sensitiviti keagamaan, perkauman dan Institusi Raja-Raja Melayu hingga mencetuskan kegelisahan dan ketidak-tenteraman di dalam masyarakat Malaysia yang berbilang agama dan kaum.

2. UMNO menyeru supaya seluruh rakyat Malaysia kekal mempertahankan prinsip Rukun Negara dan keluhuran Perlembagaan sebagai asas penting yang membina negara bangsa sejak merdeka. Keindukan Islam dan Melayu-Bumiputera dalam sifat kemajmukan Malaysia mesti terus dipelihara.

3. UMNO tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mempertikai, meremeh ataupun mencabar asas-asas penting yang menjadi teras kestabilan negara terutamanya kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, keistimewaan Melayu-Bumiputera tanpa sesekali menafikan hak kebebasan beragama dan berbudaya yang dijamin Perlembagaan.

4. UMNO akan menggerakkan jentera dari seluruh Malaysia untuk membantu parti dalam Pilihan Raya Kecil N48 DUN Ayer Kuning Perak.

5. Mesyuarat telah memutuskan tarikh-tarikh untuk mengadakan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan, Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO bagi tahun 2025 adalah seperti berikut:

(i) Persidangan UMNO Cawangan: 7 April hingga 25 Mei 2025
(ii)Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian: 9 Jun hingga 27 Julai 2025
(iii)Perhimpunan Agung UMNO: 20 Ogos hingga 23 Ogos 2025

Dr. Asyraf Wajdi Bin Dusuki
Setiausaha Agung UMNO

Address

Bachok

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PPUC Padang China posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PPUC Padang China:

Share