12/08/2026
Huh!! Abah dapat suprise birthday tahun ni.
Si bongsu lelaki saya, nama Suhail , lain sikit dari abang-abang dan kakaknya. Pendiam sungguh, sepatah tanya, sepatah dia jawab, selalu serius ja, payah nak senyum apatah lagi bergelak ketawa. Tak tau la lagu mana dia dengan kawan-kawannya kat sekolah tu...😅
Petang tadi balik kerja ajak makan kat luar. Dia kata tak nak, nak tapau jer. Bila balik, tengok dia sibuk kat dapur. Pelik jugak apa la yang dia buat.
Saya masuk bilik, tak lama ada orang ketuk bilik...rupa- rupanya....
Tada........
Suhail masuk dengan sebijik kek harijadi buatan sendiri untuk abah dia..❤️❤️
Aiseyman...terharulah pulak😍.
Keknya tak la ada rupa sangat..🤣🤣🤣tapi lembut, gebu dan sedap. Tak sampai seminit habis dibelasah dek abang-abangnya....🤣
Apapun, terima kasih buat isteri dan anak-anak, yang sentiasa jadi tulang belakang saya.
Juga buat semua rakyat DUN Selinsing yang sambut hari lahir 12 Ogos, semoga umur yang telah lalu diampuni dan umur berbaki dirahmati Allah SWT hendaknya.
Ucapan ribuan terima kasih buat yang menghantar ucapan dan mendoakan saya sempena hari lahir saya ini. Saya ❤️ anda semua kerana Allah...inshaAllah.