Sallehuddin Abdullah

Sallehuddin Abdullah Ini adalah halaman rasmi Ahli Dewan Negeri N12 Selinsing, Ustaz Sallehuddin Abdullah

13/05/2026

Semalam kami sempat menziarahi serta menyampaikan sumbangan katil pesakit kepada Saudara Syafiq yang menghidap penyakit kencing manis dan menjalani rawatan dialisis.

Keadaan kesihatannya menyebabkan beliau terpaksa berhenti kerja dan kini lebih banyak terlantar di rumah ibu bapanya. Ujian yang berat untuk dipikul pada usia muda.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar beliau diberikan kekuatan, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kesembuhan yang baik, insya-Allah.

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Pertubuhan Isyraqiah Bagan Serai yang sudi membantu menyediakan katil pesakit ini untuk kami.

“Ya Allah Sejahterakanlah Rakyat DUN Selinsing”

Ilmu tak mengenal usia!Terinspirasi sungguh dengan salah seorang yang hadir ke pejabat kami hari ini.Puan Fitrah yang be...
13/05/2026

Ilmu tak mengenal usia!

Terinspirasi sungguh dengan salah seorang yang hadir ke pejabat kami hari ini.

Puan Fitrah yang berasal dari Teluk Medan ini akan menyambung pelajaran untuk persijilan Diploma Kemahiran Malaysia bagi urutan tradisional (postnatal).

Sijil DKM bukan sekadar segulung kertas, ia bukti kelayakan yang diiktiraf secara rasmi, memberi keyakinan kepada pelanggan bahawa pengamal telah melalui latihan yang betul dan menepati piawaian.

Dalam bidang urutan postnatal khususnya, sijil yang diiktiraf penting untuk memastikan keselamatan ibu dan bayi berada dalam tangan yang benar-benar terlatih.

Tak banyak yang dapat kami beri, tapi semoga dapat membantu sedikit sebanyak buat perjalanan pendidikan puan.

Selamat maju jaya puan!

"Ya Allah sejahterakanlah rakyat DUN Selinsing"



12 Mei setiap tahun, kita ambil masa untuk menghargai mereka yang sering kali bekerja di balik tabir, di hospital dan kl...
12/05/2026

12 Mei setiap tahun, kita ambil masa untuk menghargai mereka yang sering kali bekerja di balik tabir, di hospital dan klinik, para jururawat yang tanpa jemu menjaga, merawat dan memberi ketenangan kepada pesakit.

Tugas ini bukan sekadar kerjaya, ia juga adalah ibadah berpanjangan.

Semoga setiap titik peluh dan senyuman yang diberikan oleh para jururawat kita dikira sebagai amal yang tidak putus pahalanya.

Terima kasih kerana memilih untuk kekal kuat, walaupun hari-hari itu terasa berat.

Our Nurses. Our Future. Empowered Nurses Save Lives.

Selamat Hari Jururawat!



10/05/2026

Minggu lalu kami turun menziarahi Saudara Zahari yang ditimpa musibah apabila rumahnya dilanda angin kuat sehingga menyebabkan bumbung di bahagian belakang diterbangkan.

Keadaan tersebut tentunya memberi kesan dan kesukaran buat beliau sekeluarga, lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang tidak menentu kebelakangan ini.

Kami hadir menghulurkan sedikit bantuan seadanya sebagai tanda sokongan dan keprihatinan. Semoga urusan beliau dipermudahkan dan segala kerosakan dapat dibaiki dengan segera, insya-Allah.

“Ya Allah Sejahterakanlah Rakyat DUN Selinsing”

09/05/2026

Sedikit perkongsian gerak kerja kami pada Jumaat semalam, sebelum menunaikan solat Jumaat.

Kami sempat ke beberapa lokasi bagi melihat aduan berkaitan pokok yang berlubang, memenuhi jemputan kenduri serta menziarahi beberapa buah rumah penduduk.

Selagi diberi kekuatan oleh Allah, kami cuba hadir dan turun padang ke tempat-tempat yang memerlukan perhatian.

Semoga setiap langkah kecil ini membawa manfaat buat masyarakat sekeliling, insya-Allah.

“Ya Allah Sejahterakanlah Rakyat DUN Selinsing”

07/05/2026

Kelmarin kami sempat menziarahi ibu kepada salah seorang penduduk di Parit Haji Tahir yang sedang mengalami masalah kesihatan melibatkan bahagian perutnya.

Walaupun dalam keadaan kurang sihat, beliau masih kuat melayan dan berbual bersama kami dengan penuh mesra. Melihat keadaannya benar-benar menyentuh hati.

Keesokan harinya kami kembali semula untuk menyerahkan bantuan berupa katil bagi memudahkan urusan dan memberi sedikit keselesaan buat beliau.

Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesembuhan, insya-Allah.

“Ya Allah Sejahterakanlah Rakyat DUN Selinsing”

06/05/2026

Beberapa hari lalu saya menghadiri program sesi libat urus dan taklimat keselamatan di Empangan Bukit Merah.

Turut hadir YB Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin selaku Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Negeri Perak, Encik Asnor Muizan Ishak, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak, YB Noor Azman Ghazali, ADN Alor Pongsu dan ketua-ketua jabatan di peringkat daerah serta wakil penduduk sekitar empangan.

Dalam sesi tersebut, kami dimaklumkan bahawa keadaan paras air kini agak kritikal, khususnya memberi kesan kepada para petani dan pesawah. Sehubungan itu, kami turut menggesa agar usaha pembenihan awan diteruskan serta kelulusan bagi projek pemindahan air (water transferring) dapat dipercepatkan bagi memastikan bekalan air mencukupi.

Semoga langkah segera dapat diambil demi kelangsungan sektor pertanian dan kebajikan para pesawah di kawasan ini.

“Ya Allah Sejahterakanlah Rakyat DUN Selinsing”

04/05/2026

Alhamdulillah, 5 emas dan 7 perak!

Jumaat lepas kami sempat menyantuni pesilat-pesilat daripada Persatuan Seni Silat Lintau Daerah Kerian di Dewan Isyraqiah yang menyertai Pertandingan Silat A2D Fighter di Kubang Semang, Pulau Pinang selama tiga hari.

Tidak puas rasanya bertemu mereka pada sebelah malam, kami turut mengiringi mereka sekali lagi pada pagi sebelum bertolak. Semangat dan kesungguhan mereka benar-benar membanggakan.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kemenangan pada masa akan datang serta mengharumkan nama daerah dan negeri.

“Ya Allah Sejahterakanlah Rakyat DUN Selinsing”

2.5.26, cantik tarikh ni kan?Ditambah p**a dengan cuti Hari Pekerja pada hari Jumaat tu, maka ramai yang ambil kesempata...
03/05/2026

2.5.26, cantik tarikh ni kan?

Ditambah p**a dengan cuti Hari Pekerja pada hari Jumaat tu, maka ramai yang ambil kesempatan untuk melansungkan hari bahagia pada tarikh cantik tersebut.

Alhamdulillah, saya dan isteri sempat meraikan 5 majlis menyatuan hati, 2 kenduri doa selamat untuk bakal Duyufurrahman dan pada sebelah malamnya, saya juga sempat merasmikan mesyuarat cawangan.

Antara kenangan yang sempat kami abadikan sempena tarikh cantik ini

Semoga yang baru memulakan hidup berumahtangga, kekal bahagia hingga ke Jannah dan kepada bakal Duyufurrahman, semoga selamat semuanya dan dipermudahkan segala urusan.

"Ya Allah sejahterakanlah rakyat DUN Selinsing"



Selamat Hari Pekerja buat semuaHari ini kita meraikan usaha, keringat dan pengorbanan setiap insan yang bekerja demi kel...
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja buat semua

Hari ini kita meraikan usaha, keringat dan pengorbanan setiap insan yang bekerja demi keluarga, masyarakat dan negara.

Dalam Islam, kerja bukan sekadar mencari rezeki, tetapi satu ibadah jika dilakukan dengan niat yang betul dan cara yang halal.

Firman Allah SWT:
"Dan katakanlah: Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaan kamu, begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang mukmin." (Surah At-Taubah: 105)

Rasulullah SAW juga bersabda:
"Sesungguhnya Allah mencintai seseorang yang apabila dia melakukan sesuatu pekerjaan, dia melakukannya dengan itqan (bersungguh-sungguh dan terbaik)." (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

Justeru, marilah kita bekerja dengan amanah, ikhlas dan penuh tanggungjawab. Setiap usaha kita, walau sekecil mana pun, jika diniatkan kerana Allah, akan menjadi pahala yang berterusan.

Semoga kita semua menjadi pekerja yang cemerlang di dunia dan mendapat ganjaran di akhirat.

Selamat Hari Pekerja!

"Ya Allah sejahterakanlah rakyat Dun Selinsing"



Ingat tak lagi cerita pau Selinsing dan keenakannnya?Saya diberitahu bahawa pemilik perusahaan pau selinsing, Yang Berba...
30/04/2026

Ingat tak lagi cerita pau Selinsing dan keenakannnya?

Saya diberitahu bahawa pemilik perusahaan pau selinsing, Yang Berbahagia Tuan Haji Muhammad Ariffin atau lebih mesra disapa sebagai Abang Pin sedang dirawat di Hospital Taiping.

Petang tadi, saya sempat melawat Abang Pin di Hospital Taiping. Sebak rasa hati, melihat insan yang amat baik hati dan pemurah ini terlantar di katil hospital.

Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah memberikan kesembuhan yang segera kepada Abang Pin dan dipermudahkan segala urusan beliau sekeluarga.

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقْمًا

Maksudnya: "Ya Allah, Tuhan bagi seluruh manusia, hilangkanlah penyakit ini, sembuhkanlah. Engkaulah Yang Maha Menyembuhkan. Tiada kesembuhan melainkan kesembuhan daripada-Mu, iaitu kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit".

"Ya Allah sejahterakanlah rakyat DUN Selinsing"



Address

1st Floor, No 2A, Lintang Baiduri, Taman Serai Baiduri
Bagan Serai
34300

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:30
Tuesday 09:00 - 16:30
Wednesday 09:00 - 16:30
Thursday 09:00 - 16:30
Friday 09:00 - 16:30

Telephone

+601126422342

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sallehuddin Abdullah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share