PAS Parlimen Jempol

Website Contact the organization

PAS Parlimen Jempol Page ini dikendalikan untuk PAS Kawasan Jempol

Doa senjata mukmin..
24/09/2026

Doa senjata mukmin..

JENTERA PAS JEMPOL TURUN PADANG DI DUN TABOH NANINGAlhamdulillah, jentera PAS Kawasan Jempol telah turun padang ke DUN T...
13/09/2026

JENTERA PAS JEMPOL TURUN PADANG DI DUN TABOH NANING

Alhamdulillah, jentera PAS Kawasan Jempol telah turun padang ke DUN Taboh Naning, Melaka bagi membantu gerak kerja dan membuat persiapan awal menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Selain menyusun gerak kerja, kami turut berkesempatan menziarahi serta bertemu penduduk setempat. Kunjungan dari rumah ke rumah ini membuka ruang untuk mendengar pandangan rakyat, bertanya khabar dan mengeratkan hubungan silaturahim.

Semangat kerjasama serta sambutan mesra daripada penduduk dan jentera tempatan menjadi suntikan kekuatan untuk kami terus berkhidmat. Semoga segala usaha ini dipermudahkan Allah SWT dan membawa kebaikan kepada rakyat Melaka, khususnya masyarakat di DUN Taboh Naning.

Jauh perjalanan bukan penghalang, perjuangan dan persaudaraan terus diperkukuhkan.

Alhamdulillah, hari ini min  mewakili PAS Kawasan Jempol menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil Arwah buat Allahyarhamah...
12/09/2026

Alhamdulillah, hari ini min mewakili PAS Kawasan Jempol menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil Arwah buat Allahyarhamah Hjh Rasmah dan Allahyarham Hj Alwi, serta Doa Selamat yang diadakan di No. 89, Kg. Bayai Lama (Rumah Arwah).

Semoga kehadiran kita bersama-sama memeriahkan majlis yang penuh keberkatan ini, di samping mendoakan agar roh kedua-dua arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Majlis seperti ini juga menjadi ruang untuk mengeratkan silaturahim, memperkukuh ukhuwah dan menyuburkan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

Semoga segala bacaan dan doa yang dipanjatkan diterima serta mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Al-Fatihah. ๐Ÿคฒ

TAHNIAH YB USTAZ MOHD FAIRUZ BIN MOHD ISAPAS Kawasan Jempol  merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Ustaz Mohd Fai...
07/08/2026

TAHNIAH YB USTAZ MOHD FAIRUZ BIN MOHD ISA

PAS Kawasan Jempol merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Ustaz Mohd Fairuz bin Mohd Isa atas pelantikan beliau sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan.

Pelantikan ini merupakan satu penghormatan dan amanah besar dalam meneruskan khidmat kepada rakyat serta membangunkan Negeri Sembilan ke arah yang lebih makmur, sejahtera dan diberkati.

Kami mendoakan agar YB Ustaz Fairuz sentiasa dikurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan kesihatan yang baik dalam melaksanakan setiap tanggungjawab. Semoga beliau terus memimpin dengan penuh amanah, adil dan berintegriti serta sentiasa mengutamakan kebajikan seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan latar belakang.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah. Semoga Allah SWT mempermudah segala urusan serta memberkati setiap khidmat yang dicurahkan.

Ikhlas daripada:
PAS Kawasan Jempol

Alhamdulillah, Tahniah atas kejayaan Ustaz Fairuz Isa di N05 Serting. Sirru Ala barakatillah
02/08/2026

Alhamdulillah, Tahniah atas kejayaan Ustaz Fairuz Isa di N05 Serting.

Sirru Ala barakatillah


Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala limpah rahmat dan izin-Nya.

Terima kasih kepada seluruh rakyat yang telah memberikan kepercayaan dan amanah ini. Kemenangan ini bukan milik saya seorang, tetapi milik kita semua.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh jentera, para sukarelawan, penyokong, sahabat-sahabat perjuangan serta semua pihak yang telah berkorban masa, tenaga dan doa sepanjang perjalanan ini.

Setiap usaha, sekecil mana sekalipun, amat besar nilainya dan menjadi sebahagian daripada kemenangan ini.

Insya-Allah, amanah yang diberikan akan saya pikul dengan penuh rasa tanggungjawab, ikhlas dan rendah hati.

Kini, masa untuk kita melangkah ke hadapan bersama. Saya akan menjadi wakil kepada seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang, demi membawa suara, menjaga kebajikan dan mengusahakan yang terbaik untuk kesejahteraan kita semua.

Insya-Allah, dengan semangat adat yang menjunjung muafakat dan hormat sesama kita, marilah kita melangkah seiring membina masa depan yang lebih baik.

Saya dengan rasa rendah hati ingin memohon doa daripada semua agar saya diberikan kekuatan, keikhlasan dan kebijaksanaan dalam memikul amanah ini dengan sebaik-baiknya.

Jika ada kebaikan, itu daripada Allah. Jika ada kekurangan, saya mohon ditegur dan dibimbing. Insya-Allah, saya akan turun meneruskan bakti khidmat saya untuk rakyat, mendengar, membantu dan berusaha sedaya upaya demi kebajikan dan masa depan N.05 Serting.

Semoga Allah SWT memimpin setiap langkah kita, memberkati usaha ini dan mengurniakan kesejahteraan buat negeri yang kita cintai.

Ustaz Fairuz Isa
Adun Serting

SENARAI KERUSI BERTANDING PERIKATAN NASIONAL (PN) PRN NEGERI SEMBILANPASโ€ข N.05 Serting โ€“ Us. Mohd Fairuz bin Mohd Isaโ€ข N...
16/07/2026

SENARAI KERUSI BERTANDING PERIKATAN NASIONAL (PN) PRN NEGERI SEMBILAN

PAS
โ€ข N.05 Serting โ€“ Us. Mohd Fairuz bin Mohd Isa
โ€ข N.14 Ampangan โ€“ Dr. Rafie bin Abd Malek
โ€ข N.11 Lobak โ€“ PgR (B) Dr. Kumar Al Paramasivam
โ€ข N.25 Paroi โ€“ Hj Kamarul Ridzuan bin Mohd Zin
โ€ข N.31 Bagan Pinang โ€“ Us. Hj Abd Fatah bin Zakaria

PARTI WAWASAN NEGARA (PWN)
โ€ข N.04 Klawang โ€“ Danni Rais
โ€ข N.13 Sikamat โ€“ Datuk Razali bin Abu Samah
โ€ข N.23 Mambau โ€“ Eric Michael
โ€ข N.34 Gemas โ€“ Ridzuan bin Ahmad

GERAKAN
โ€ข N.21 Bukit Kepayang โ€“ Lee Boon Shian

MIPP
โ€ข N.30 Lukut โ€“ Sathes Kumar Nilameham

12 .7.2026 | Ahad | Kuala PilahMin bersama ARC Nismilan ride hijau. YDP PAS Jempol,  Ustaz Fairuz Isa / ustaz Mohd Fairu...
13/07/2026

12 .7.2026 | Ahad | Kuala Pilah
Min bersama ARC Nismilan ride hijau. YDP PAS Jempol, Ustaz Fairuz Isa / ustaz Mohd Fairuz merasmikan program pada pagi tersebut. Alhamdulillah.. Terus bergerak ke gerbang jasa.๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช

Menyantuni Ummah, Memperkukuh UkhuwahAlhamdulillah, malam ini kami bersama penduduk Kampung Serting Ilir menghadiri jemp...
04/07/2026

Menyantuni Ummah, Memperkukuh Ukhuwah

Alhamdulillah, malam ini kami bersama penduduk Kampung Serting Ilir menghadiri jemputan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Lan sekeluarga atas jemputan dan layanan yang begitu mesra. Semoga Allah SWT melimpahkan keberkatan kepada tuan rumah.

Allah SWT berfirman:

๏ดฟูˆูŽุชูŽุนูŽุงูˆูŽู†ููˆุง ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู’ุจูุฑูู‘ ูˆูŽุงู„ุชูŽู‘ู‚ู’ูˆูŽู‰๏ดพ

"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan dalam mengerjakan kebajikan dan ketakwaan."
(Surah Al-Ma'idah: 2)

Semoga setiap langkah menyantuni masyarakat terus mengeratkan ukhuwah, memperkukuh saf perjuangan dan menyuburkan dakwah. Insya-Allah, bersama melangkah, bersama membawa manfaat untuk ummah.



Alhamdulillah! Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Jempol Kali Ke-41 telah berjaya disempurnakan.Kini, medan perjuangan ...
04/07/2026

Alhamdulillah! Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Jempol Kali Ke-41 telah berjaya disempurnakan.
Kini, medan perjuangan sebenar bermula. Sebagai abnฤ'ul harakah, setiap ahli memikul amanah untuk memperkukuhkan saf, menggerakkan dakwah, menyantuni masyarakat dan memperkemaskan jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-16.
Firman Allah SWT:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolong kamu dan meneguhkan pendirianmu."
(Surah Muhammad: 7)
Ayat ini menjadi janji Allah kepada para pejuang. Kemenangan bukan sekadar di peti undi, tetapi kemenangan apabila dakwah terus disebarkan, amar makruf nahi mungkar ditegakkan, dan Islam semakin dekat di hati masyarakat.
Marilah kita memperbaharui tekad, mempererat ukhuwah, memperbanyak pengorbanan dan melaksanakan gerak kerja dengan penuh disiplin, ikhlas serta istiqamah. Semoga setiap langkah menjadi amal soleh, setiap usaha menjadi asbab hidayah, dan setiap pengorbanan dihitung sebagai ibadah di sisi Allah SWT.
Bersatu dalam saf, teguh dalam perjuangan, istiqamah dalam dakwah, dan bersedia menuju kemenangan Islam.



๐ŸŽ‰ SURPRISE BIRTHDAY FOR FIRST TIME VOTER ๐ŸŽ‚Alhamdulillah, hari ini  Team Pas kawasan Jempol mewakili Ustaz Fairuz Isa tel...
28/06/2026

๐ŸŽ‰ SURPRISE BIRTHDAY FOR FIRST TIME VOTER ๐ŸŽ‚
Alhamdulillah, hari ini Team Pas kawasan Jempol mewakili Ustaz Fairuz Isa telah mengadakan kunjungan istimewa bagi meraikan sambutan hari lahir pengundi muda (First Time Voter) sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang kepada anak muda yang bakal mencorakkan masa depan negara.
Semoga kejutan kecil ini menjadi kenangan yang indah serta menyemarakkan semangat anak muda untuk terus menjadi warganegara yang prihatin, bertanggungjawab dan berbakti kepada agama, bangsa serta tanah air.
Doa Hari Lahir:
ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุฃูŽุทูู„ู’ ุนูู…ู’ุฑูŽู‡ู ูููŠ ุทูŽุงุนูŽุชููƒูŽุŒ ูˆูŽุจูŽุงุฑููƒู’ ู„ูŽู‡ู ูููŠ ุนูู…ูุฑูู‡ู ูˆูŽุฑูุฒู’ู‚ูู‡ูุŒ ูˆูŽุฃูŽู„ู’ุจูุณู’ู‡ู ุซูŽูˆู’ุจูŽ ุงู„ุตู‘ูุญู‘ูŽุฉู ูˆูŽุงู„ู’ุนูŽุงูููŠูŽุฉูุŒ ูˆูŽุงุฌู’ุนูŽู„ู’ ุนูŽุงู‚ูุจูŽุฉูŽ ุฃูŽู…ู’ุฑูู‡ู ุฎูŽูŠู’ุฑู‹ุง.
Maksudnya: "Ya Allah, panjangkanlah usianya dalam ketaatan kepada-Mu, berkatilah umurnya dan rezekinya, kurniakanlah kepadanya kesihatan dan kesejahteraan, serta jadikanlah pengakhiran urusannya dalam sebaik-baik keadaan."
๐ŸŽ‚ Selamat Hari Lahir!
Semoga dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, diluaskan rezeki, dipelihara iman dan istiqamah dalam melakukan kebaikan.
"Anak muda hari ini adalah pemimpin masa hadapan. Semoga setiap langkah yang diambil sentiasa berpaksikan nilai, integriti dan kasih sayang kepada masyarakat."



Address

Muassasah Darul Suada, Batu 35 1/2, Jalan Bahau
Bahau

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Parlimen Jempol posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PAS Parlimen Jempol:

Shortcuts

Share