08/09/2024
PROGRAM JELAJAH KAMI PEMIMPIN PENDIDIKAN MADANI
Program Jelajah Kami Pemimpin Pendidikan MADANI (KPPM) merupakan satu inisiatif menyeluruh yang dilaksanakan oleh Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha memastikan nilai-nilai teras berkaitan kenegaraan dan gagasan Malaysia MADANI dihayati dan diterapkan oleh pemimpin pendidikan dalam organisasi masing-masing.
Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Aminuddin Baki akan menganjurkan majlis peluncuran program yang akan disempurnakan oleh Pengarah Institut Aminuddin Baki secara lintas langsung (live streaming) disertai secara serentak oleh 1,200 pemimpin pendidikan dari enam zon iaitu:
- Zon Sabah (PPD Kota Kinabalu dan PPD Penampang)
- Zon Sarawak (PPD Kuching dan PPD Samarahan)
- Zon Selatan (PPD Kluang dan PPD Batu Pahat)
- Zon Timur (PPD Hulu Terengganu dan PPD Marang)
- Zon Tengah (PPD Klang dan PPD Petaling Perdana)
- Zon Utara (PPD Kota Setar dan PPD Kubang Pasu)
Semua dijemput menyertai majlis peluncuran seperti ketetapan berikut:
Tarikh:
9 SEPTEMBER 2024 (ISNIN)
Masa:
8.45 PAGI
Kaedah Pelaksanaan:
YOUTUBE Live Streaming:
https://www.youtube.com/watch?v=MbQvZMYAyxE
Sekian, terima kasih.
Key Note Speech and Officiating Remarks for Jelajah Kami Pemimpin Pendidikan MADANI programme by the Director of Aminuddin Baki Institute, Ministry of Educat...