28/02/2023
Lawatan bersepadu MPKj
Lawatan bersepadu ini bermula seawal jam 9.00 pagi bermula di Kg. Teras Jernang diikuti kawasan penjaja sekitar Seksyen 4 BBB bagi mengatasi aduan seperti isu penjaja tanpa permit, cadangan penempatan tapak baharu penjaja, pengurusan sampah, lambakan kereta-kereta buruk yang ditinggalkan, pembinaan struktur kekal tanpa kebenaran, masalah kebersihan dan lain-lain lagi.
Lawatan sebelah petang p**a, berkesempatan untuk meninjau masalah yang dihadapi oleh penduduk BGR Fasa 1 seperti penempatan warga asing, banjir kilat, semak samun, binatang berbisa, pokok-pokok tidak diselenggara yang boleh mengundang bahaya kepada penduduk, pengurusan sampah dan lain-lain perkara yang menimbulkan ketidakselesaan kepada penduduk.
Lawatan selesai pada lewat petang dengan lanjutan perbincangan sambil minum petang di Club House BGR.
Jutaan terima kasih kepada pihak yang terlibat terutama kepada pengarah jabatan yang turut turun padang seperti
Jabatan Pengurusan Harta, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran Dan Kesihatan, Jabatan Perlesenan Dan Penjaja, Jabatan Landskap Dan Rekreasi, Jabatan Penguatkuasaan, KDEB, Ketua Kg. Teras Jernang, wakil-wakil penjaja, Persatuan Penduduk BGR Fasa 1 dan wakil pengurusan BGR.