Akademi Perundangan Negara - APN

Akademi Perundangan Negara - APN Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Akademi Perundangan Negara - APN, Government Organization, Lot 5, Persiaran Universiti, Seksyen 15, bandar baru bangi.

PENAFIAN:Kerajaan Malaysia dan APN tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

KURSUS MEMBINA PSIKOLOGI POSITIF DI TEMPAT KERJAAKADEMI PERUNDANGAN NEGARA TAHUN 202617 OGOS 20268.30 PAGI HINGGA 4.30 P...
16/08/2026

KURSUS MEMBINA PSIKOLOGI POSITIF DI TEMPAT KERJA
AKADEMI PERUNDANGAN NEGARA TAHUN 2026

17 OGOS 2026
8.30 PAGI HINGGA 4.30 PETANG
BILIK KULIAH 1, ARAS 3, BANGUNAN PENGURUSAN APN

Tajuk: Seminar Pindaan Perlembagaan Persekutuan: Prinsip, Isu dan Cabaran SemasaMedium: Secara dalam TalianTarikh: 11 Og...
13/08/2026

Tajuk: Seminar Pindaan Perlembagaan Persekutuan: Prinsip, Isu dan Cabaran Semasa
Medium: Secara dalam Talian
Tarikh: 11 Ogos 2026

Seminar Pindaan Perlembagaan Persekutuan: Prinsip, Isu dan Cabaran Semasa merupakan kursus berjadual di bawah Program Perundangan dan telah dijalankan dengan jayanya secara dalam talian pada 11 Ogos 2026. Seminar ini telah dihadiri oleh 31 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai jabatan seperti Jabatan Peguam Negara (AGC), Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Bantuan Guaman (JBG), Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) dan beberapa Universiti Awam termasuk Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Seminar ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pegawai undang-undang dan tenaga pengajar berkaitan dengan perkara-perkara yang perlu diketahui berkenaan dengan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan; memberi kefahaman mengenai tatacara dan institusi yang terlibat dalam pindaan Perlembagaan Persekutuan dan menjelaskan perbezaan antara pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan dengan pindaan kepada undang-undang Persekutuan yang lain.

Jutaan terima kasih ditujukan buat barisan penceramah yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan Bahagian Gubalan, AGC, Fakulti Undang-Undang, UiTM dan Pejabat Penasihat Undang-Undang, Parlimen Malaysia.

Semoga Seminar ini dapat memperkaya ilmu pengetahuan serta meningkatkan kompetensi para peserta agar dapat diaplikasikan secara lebih berkesan dalam pelaksanaan tugas harian.




CERAMAH MAULIDUR RASUL 1448H/2026"ETIKA PERGAULAN BERTERASKAN SUNNAH: MENELADANI AKHLAK RASULULLAH SAW DALAM KERJAYA PRO...
13/08/2026

CERAMAH MAULIDUR RASUL 1448H/2026

"ETIKA PERGAULAN BERTERASKAN SUNNAH: MENELADANI AKHLAK RASULULLAH SAW DALAM KERJAYA PROFESIONAL"

KURSUS TANDA BACA DALAM TEKS PERUNDANGAN: TAFSIRAN DAN APLIKASIKursus Tanda Baca Dalam Teks Perundangan: Tafsiran dan Ap...
13/08/2026

KURSUS TANDA BACA DALAM TEKS PERUNDANGAN: TAFSIRAN DAN APLIKASI

Kursus Tanda Baca Dalam Teks Perundangan: Tafsiran dan Aplikasi telah diadakan secara dalam talian pada 11 Ogos 2026 dengan penyertaan seramai 26 orang peserta.

Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta tentang penggunaan tanda baca yang betul dalam teks perundangan, khususnya dalam memastikan penyampaian maksud dan tafsiran sesuatu peruntukan perundangan dapat difahami dengan tepat.

Sesi ceramah telah disampaikan oleh Puan Sara Zuriati binti Zaharifudin, Penolong Kanan Penggubal Undang-Undang Parlimen, Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam Negara.

Kursus ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman peserta mengenai kepentingan penggunaan tanda baca yang tepat dalam penyediaan dan penulisan teks perundangan.

MAJLIS PELANCARAN JOM SIHAT AKADEMI PERUNDANGAN NEGARA  Majlis Pelancaran Jom Sihat Akademi Perundangan Negara (Majlis) ...
11/08/2026

MAJLIS PELANCARAN JOM SIHAT AKADEMI PERUNDANGAN NEGARA

Majlis Pelancaran Jom Sihat Akademi Perundangan Negara (Majlis) anjuran bersama pihak PUSPANITA dan Kelab Sukan dan Kebajikan Akademi Perundangan Negara telah berjaya dilaksanakan pada 3 Ogos 2026 di Dewan Serbaguna . Majlis yang penuh bermakna ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Ketua Pengarah Akademi Perundangan Negara, YBrs. Puan Rozina binti Ayob. Penganjuran program ini mencerminkan komitmen padu pihak pengurusan dalam menyokong inisiatif kesejahteraan secara menyeluruh bagi memastikan warga kerja kekal proaktif dan cergas.

Objektif utama pelaksanaan program ini adalah untuk menggalakkan tabiat sihat di pejabat dalam kalangan pegawai dan kakitangan, seterusnya memupuk kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan biarpun sibuk dengan tugasan harian. Sejurus selepas majlis perasmian, satu sesi brisk walking (berjalan pantas) telah diadakan sebagai acara simbolik bermulanya kempen kecergasan tersebut. Sesi riadah ini telah diketuai oleh Timbalan Pendaftar, Puan Joyce Melai Chan Yuen Ling, serta mendapat sambutan dan penyertaan yang amat menggalakkan daripada semua hadirin.

Bagi menyuntik semangat dan memeriahkan lagi suasana, majlis ini turut diserikan dengan penganjuran pertandingan dan siri aktiviti kesukanan yang akan melibatkan penyertaan warga kerja APN. Majlis kemudiannya diakhiri dengan sesi cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik, sekali gus merapatkan lagi ukhuwah dan semangat berpasukan dalam kalangan warga jabatan. Secara keseluruhannya, Majlis ini telah mencapai matlamatnya dan diharapkan menjadi titik tolak kepada pembudayaan gaya hidup aktif secara berterusan di persekitaran tempat kerja.






TRAINING OF TRAINERS : BENGKEL PENGGUBALAN DASAR KEPADA PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG ANJURAN PROGRAM PEMBANGUNAN KERJAYA DAN...
11/08/2026

TRAINING OF TRAINERS : BENGKEL PENGGUBALAN DASAR KEPADA PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG ANJURAN PROGRAM PEMBANGUNAN KERJAYA DAN PENTADBIRAN, AKADEMI PERUNDANGAN NEGARA

Akademi Perundangan Negara (APN) telah melaksanakan Training of Trainers : Bengkel Penggubalan Dasar kepada Peruntukan Undang-Undang (“Bengkel”) pada 6 hingga 8 Ogos 2026, bertempat di Royale Chulan Damansara, Petaling Jaya. Bengkel ini telah disertai oleh 23 orang peserta yang merupakan pegawai undang-undang di APN.

Pelaksanaan Bengkel ini adalah manifestasi kepada agenda pemerkasaan berterusan yang diselaraskan Program Inisiatif Pemerkasaan Kompetensi Tenaga Pengajar Institut Latihan Awam (IMPAK). Matlamat Bengkel adalah memastikan penyampaian perkhidmatan dan kemahiran pegawai-pegawai selaku tenaga pengajar agar sentiasa berdaya saing menerusi latihan kompetensi khusus.

Tajuk dan isi kandungan Bengkel antaranya bertujuan untuk pegawai-pegawai memahami keseluruhan rantaian pembangunan dasar kepada perundangan secara komprehensif; bermula dari fasa perancangan dan sesi libat urus melalui proses Regulatory Impact Analysis (RIA), Regulatory Impact Statement (RIS), peringkat penyediaan Memorandum Jemaah Menteri, penggubalan undang-undang sehinggalah ke pewartaan dan penguatkuasaan.

Barisan penceramah yang terlibat antaranya daripada Bahagian Kabinet, Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam Negara (AGC). Turut terlibat sebagai penyampai ialah Ketua-Ketua Delegasi APN yang menyampaikan perkongsian berkenaan dengan Kursus IMPAK Luar Negara 2026 iaitu P.E.A.C.E Model Investigative Interviewing Executive Masterclass dan 2026 National Institute Trial Advocacy (NITA) National Public Service Program.

Semoga segala ilmu yang ditimba di Bengkel ini menjadi pemangkin kepada para pegawai APN untuk memajukan lagi prestasi kendiri sebagai pendidik perundangan yang berwibawa.





Tajuk: Kursus Pendakwaan LanjutanTempat: Hotel Grandis Kota Kinabalu, SabahTarikh: 1 hingga 4 Ogos 2026KURSUS PENDAKWAAN...
06/08/2026

Tajuk: Kursus Pendakwaan Lanjutan
Tempat: Hotel Grandis Kota Kinabalu, Sabah
Tarikh: 1 hingga 4 Ogos 2026

KURSUS PENDAKWAAN LANJUTAN APN – JABATAN PEGUAM BESAR NEGERI SABAH (SAGC)

Akademi Perundangan Negara (APN) dengan kerjasama Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah (SAGC) telah menganjurkan Kursus Pendakwaan Lanjutan pada 1 hingga 4 Ogos 2026, bertempat di Hotel Grandis, Kota Kinabalu, Sabah.

Kursus ini disertai oleh seramai 30 orang peserta daripada enam jabatan dan agensi, iaitu Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Hidupan Liar Sabah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Suruhanjaya Tenaga Sabah, Taman-Taman Sabah serta Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah.

Dua orang penceramah daripada APN, iaitu Puan Nur Azzuin Abdul Moati dan Puan Nor Raihan binti Rithwan, telah mengendalikan kursus tersebut. Pengisian kursus memberikan tumpuan kepada persediaan pegawai pendakwa dalam mengendalikan sebutan dan perbicaraan kes, termasuk meningkatkan kemahiran advokasi serta keyakinan peserta ketika menjalankan pendakwaan di mahkamah.

Sepanjang kursus berlangsung, para peserta telah menunjukkan penyertaan yang sangat memberangsangkan melalui perbincangan aktif serta pelbagai soalan berkaitan isu dan cabaran dalam pengendalian kes pendakwaan.

Kursus ini diakhiri dengan sesi pascanilai (post-mortem) serta ucapan penutup oleh Tuan Mohd Faizal Izuddin bin Mohd Hanan, Ketua Bahagian Pendakwaan, SAGC.

Kursus ini merupakan program kerjasama kedua antara APN dan SAGC yang dilaksanakan pada tahun 2026. Hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak telah terjalin sejak sebelum tahun 2022 dan diharapkan dapat diteruskan serta diperkukuh melalui pelaksanaan lebih banyak program pembangunan kompetensi pada masa akan datang.




Tahniah atas penganjuran julung kalinya Kursus Persediaan Saksi Pakar anjuran bersama Akademi Perundangan Negara (APN) d...
05/08/2026

Tahniah atas penganjuran julung kalinya Kursus Persediaan Saksi Pakar anjuran bersama Akademi Perundangan Negara (APN) dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) yang telah berlangsung dengan jayanya pada 27 hingga 31 Julai 2026 yang lalu.

Kursus perintis ini memberikan pendedahan komprehensif kepada para peserta dalam memantapkan peranan mereka sebagai saksi pakar bermula daripada fasa awal menerima permohonan analisis sehinggalah ke peringkat memberikan keterangan di dalam mahkamah.

Antara slot yang paling mencuri tumpuan adalah sesi mock trial. Para peserta dilihat amat teruja apabila berpeluang merasai sendiri 'bahang' dan cabaran ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) serta peguam bela, seolah-olah berada dalam situasi perbicaraan sebenar!

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan penceramah telah yang banyak berkongsi ilmu dan pengalaman:
• YBrs. Tuan Jailani bin Rahman, Timbalan Ketua Pengarah APN;
• Tuan Nuraswan bin Aminuddin, Ketua Unit Penyelidikan dan Inovasi APN; dan
• Tuan Mohd Firdaus bin Abu Hanipah, Ketua Penolong Pengarah APN.

Sesi kali ini turut berseri dan bermakna dengan kehadiran YBrs. Puan Rozina binti Ayob, Ketua Pengarah APN yang berkesempatan menyampaikan kata-kata semangat serta amanat sebagai bekal berharga buat para peserta.

Semoga penganjuran kursus ini menjadi titik permulaan kukuh bagi kerjasama dan kolaborasi berterusan antara APN dan JMG pada masa akan datang.

BENGKEL PENGGUBALAN DAN PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG BAGI PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG: TEKNIK DAN PROSES21 hingga 23 Jula...
27/07/2026

BENGKEL PENGGUBALAN DAN PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG BAGI PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG: TEKNIK DAN PROSES
21 hingga 23 Julai 2026

Bengkel Penggubalan dan Penyemakan Undang-Undang bagi Penolong Pegawai Undang-Undang: Teknik dan Proses telah diadakan dengan jayanya pada 21 hingga 23 Julai 2026. Bengkel ini telah dijalankan secara fizikal di Bilik Adat, Bangunan Perdana, APN dengan kehadiran peserta yang terdiri daripada Penolong Pegawai Undang-undang dari pelbagai jabatan dan agensi termasuklah Jabatan Peguam Negara (AGC), Mahkamah, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan lain-lain.

Objektif Bengkel ini adalah bagi memberikan pendedahan kepada Penolong Pegawai Undang-undang berkenaan skop tugas dalam penggubalan undang-undang, proses semakan, cetakan semula, terjemahan dan perluasan undang-undang, proses kajian undang-undang lapuk dan pembaharuan undang-undang.

Barisan penceramah adalah terdiri daripada Bahagian Gubalan dan Bahagian Penyemakan dan Pembaharuan Undang-undang, AGC.

Bahagian Gubalan, AGC:
1) Puan Izza Munirah binti Mansor
2) Encik Muhammad Hyqal Aiman bin Abdullah
3) Encik Mohammed Khairul Fareez bin Hanafi
4) Encik Ahmad Ridhwan bin Mat Zain
5) Encik Mohamad Badrulzaman bin Mohamad

Bahagian Penyemakan dan Pembaharuan Undang-undang, AGC:
1) Puan Farhatun binti Abdull Samat
2) Puan Ida Adiba binti Md Razali
3) Puan Muzila binti Mohamed Arsad
4) Puan Noor Ezwanee binti Mohammad

Penyelaras bagi Bengkel ini ialah Cik Siti Zubaidah binti Helmaterlidi yang dibantu oleh Puan Tuan Ainul Hayati binti Tuan Mat selaku urus setia.

MESYUARAT PENYELARASAN KURSUS SIASATAN ANJURAN JABATAN INTEGRITI, TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB) DENGAN KERJASAMA AKADEMI ...
26/07/2026

MESYUARAT PENYELARASAN KURSUS SIASATAN ANJURAN JABATAN INTEGRITI, TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB) DENGAN KERJASAMA AKADEMI PERUNDANGAN NEGARA (APN)

16 Julai 2026

Satu mesyuarat telah diadakan pada 16 Julai 2026 (Khamis) di Menara TNB Platinum, Bangsar, Kuala Lumpur bagi membincangkan kursus kerjasama di antara Jabatan Integriti TNB dan APN. Jabatan Integriti TNB berhasrat untuk menganjurkan Kursus Siasatan bagi memberikan pendedahan dan latihan kepada pegawai yang menjalankan tugas penyiasatan bagi kesalahan melibatkan perbuatan salah laku pekerja di TNB dengan memberikan fokus kepada penambahbaikan proses sedia ada.

Semasa mesyuarat tersebut, delegasi APN telah diketuai sendiri oleh Ketua Pengarah iaitu Puan Rozina binti Ayob. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah iaitu Tuan Jailani bin Rahman, Pengarah Program Litigasi iaitu Puan Suzarika binti Sahak serta beberapa pegawai yang lain.

Pihak Jabatan Integriti TNB p**a diketuai oleh Encik Ahmad Petra Firdaus bin Abdullah (Chief Integrity Development Officer). Turut hadir di pihak TNB ialah Encik Kamaruddin bin Omar (Head (Operation)), Encik Shamsul bin Md Rashid (Manager (Investigation) dan beberapa pegawai yang lain.

Diharap kursus ini akan diadakan dengan jayanya dan memberikan manfaat kepada peserta dalam menjalankan tugas.

Address

Lot 5, Persiaran Universiti, Seksyen 15
Bandar Baru Bangi
43650

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60389243400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Perundangan Negara - APN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Akademi Perundangan Negara - APN:

Shortcuts

Share