30/04/2026
SELAMAT HARI PEKERJA 2026
Di balik siren yang memecah sunyi,
ada jiwa yang tidak pernah lelah berdiri.
Di celah bara dan asap yang membumbung tinggi,
terpahat tekad, setia hingga ke hujung nyawa ini.
Buat semua warga kerja, khususnya wira merah
di seluruh pelusuk negeri yang gagah berbakti,
setiap langkahmu adalah pengorbanan,
setiap keringatmu adalah bukti cinta pada negeri.
Bekerja bukan sekadar mencari rezeki,
tetapi menabur jasa, membina pertiwi.
Walau bahaya menjadi teman setia,
semangat tidak pernah goyah, maruah tetap dijaga.
Hari ini kita raikan tangan-tangan yang berbakti,
yang tidak memilih masa, tidak mengenal erti henti.
Kerana kalian, harapan terus menyala,
kerana kalian, keselamatan sentiasa terpelihara.
Terima kasih, wira-wira negara.
Jasamu dikenang, baktimu disanjung.
Selamat Hari Pekerja.
ikhlas :
JBPM Negeri Selangor