Institut Latihan Islam Malaysia

Institut Latihan Islam Malaysia Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) merupakan institut yang bertanggungjawab menyediakan kursus, seminar dan latihan kepada Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam dari agensi agama Islam seluruh Malaysia. Walaubagaimanapun, tawaran juga dibuka kepada pegawai dan kakitangan dari pelbagai jabatan kerajaan yang berminat. ILIM yang ditubuhkan pada 1 Januari 1997 telah menjalani fasa 1 dan fasa 2 den

gan menyediakan pelbagai kemudahan untuk para pengunjung di atas keluasan tanah 36 ekar di Bangi, Selangor. Bermula 1 November 2018, ILIM telah menjalani penstrukturan semula melalui redeployment JAKIM dengan menempatkan 5 institusi dan pusat latihan Islam di bawah pentadbiran ILIM, Bangi. ILIM kini mempunyai seramai 168 pegawai dan kakitangan dan masing-masing menganjurkan kursus, seminar, muhadharah serta latihan menarik yang disertai oleh para peserta dari Malaysia dan dari luar Negara. Selaras visi untuk menjadi peneraju latihan Islam bertaraf global, ILIM telah mengadakan pelbagai program antarabangsa dan di peringkat serantau seperti Kursus Profesionalisme Imam Negara Maldives dan Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) yang diadakan setiap tahun. Sejajar dengan pertambahan pelawat dan peserta kursus, ILIM telah mengamalkan Amalan Persekitaran Berkualiti dan telah mendapat Anugerah Amalan Persekitaran Berkualiti oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia pada tahun 2009 dan kejayaan diteruskan dengan penerimaan Anugerah Cemerlang Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada tahun 2017. ILIM terus maju melangkah kehadapan dengan menyediakan beberapa program jangka masa panjang dan sederhana melalui penawaran program seperti berikut:-
Diploma Pengurusan Islam

Sijil Pengurusan Islam

Sijil Tinggi Pengajian Sains Dakwah

Sijil Tinggi Muamalat

Sijil Tinggi Bahasa Arab

Sijil Tinggi Falak Syarie

Sijil Tinggi Profesionalisme Imam

Sijil Tinggi Kaunseling Syarie, Runding Cara Kekeluargaan Islam

Sijil Tinggi Penguatkuasa Syarie Malaysia

Sijil Tinggi Pengurusan Fatwa

Sijil Tinggi Pengurusan Harta dan Kewangan Islam

Sijil Tinggi Pengurusan dan Kepemimpinan Islam

Bermula Disember 2018, pusat- pusat latihan Islam berikut telah beroperasi sepenuhnya di bawah pentadbiran dan seliaan ILIM dan kini dikenali sebagai:-

Institut Latihan Islam Malaysia Wilayah Timur (ILTIM) – kini dikenali sebagai ILIM Kampus Besut

Institut Pemahaman dan Perkaderan Akidah Malaysia (IPHAM) – kini dikenali sebagai ILIM Kampus Jelebu

Pusat Latihan Islam Lawas – kini dikenali sebagai ILIM Kampus Lawas

Pusat Latihan Islam Kundasang – kini dikenali sebagai ILIM Kampus Kundasang

Pusat Latihan Islam Lahad Datu – kini dikenali sebagai ILIM Kampus Lahad Datu

Bidang Kepakaran ILIM:

Kampus Utama Bangi - Kecemerlangan Kepemimpinan & Pengurusan Hal Ehwal Islam

Kampus Besut - Teambuilding & Pembangunan Insan, Pengurusan Pejabat

Kampus Jelebu - Pengurusan Kepemimpinan Belia, Aqidah dan Aliran Pemikiran

Kampus Kundasang - Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Asas Bahasa Arab & Perkaderan Dakwah

Kampus Lawas - Pengurusan Keluarga, Komuniti & Program Ukhwah

Kampus Lahad Datu - Profesionalisme Imam dan Pengimarahan Masjid

03/09/2026

🎥 𝐕𝐈𝐃𝐄𝐎 𝐈𝐋𝐈𝐌 𝐎𝐍 𝐓𝐇𝐄 𝐌𝐎𝐕𝐄 | OGOS 𝟐𝟎𝟐𝟔

Sebulan penuh gerak kerja, komitmen dan pencapaian.

Saksikan sorotan program, aktiviti dan detik penting ILIM sepanjang Ogos 2026 yang mencerminkan usaha berterusan dalam memperkasa latihan, membina kompetensi dan memperkukuh kecemerlangan organisasi.

Setiap langkah membawa makna. Setiap program mencipta impak.

𝐈𝐋𝐈𝐌 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐚𝐧𝐚 𝐊𝐞𝐜𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧
Strategik • Holistik • Inovatif

30/08/2026

MERDEKA: BEBAS TANAH AIR, MERDEKA JIWA

Sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-69, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) membawakan sebuah video tazkirah khas bertemakan “Merdeka: Bebas Tanah Air, Merdeka Jiwa”.

Tazkirah ini disampaikan oleh Ustaz Mohd Shahril bin Abd Samat, Penolong Pengarah Kanan, ILIM, yang mengajak kita merenung kembali makna kemerdekaan daripada perspektif Islam.

Kemerdekaan bukan sekadar kebebasan daripada penjajahan. Ia juga merupakan ruang untuk kita bertanya kepada diri sendiri:

Sudahkah jiwa kita benar-benar merdeka?

Kita mungkin telah bebas daripada penjajahan fizikal, tetapi jangan sampai kita dijajah oleh hawa nafsu, ketagihan dunia, kemarahan, kebencian, perpecahan dan perkara-perkara yang menjauhkan kita daripada Allah SWT.

Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini adalah nikmat dan amanah yang perlu disyukuri, dipelihara dan diisi dengan kebaikan.

Merdeka bukan sekadar bebas tanah air, tetapi merdekakan jiwa daripada segala belenggu yang menghalang kita daripada tunduk kepada Allah SWT.

Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan membina diri yang berilmu, berakhlak dan amanah, serta terus menyumbang kepada keharmonian dan kesejahteraan negara.

🇲🇾 Jiwa Merdeka. Rakyat Berakhlak. Malaysia Sejahtera.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia Ke-69.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpadu...
30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan dan menyuburkan rasa cinta kepada tanah air tercinta.

“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”

Semoga Malaysia terus aman, makmur dan sejahtera, dengan rakyat yang bersatu hati serta teguh melangkah menuju masa hadapan.

Salam Hari Kebangsaan Ke-69.

Daripada:
Pengarah Kanan dan Warga Kerja ILIM

Fikrah MADANI: Menyemai Kefahaman, Memperkukuh PenghayatanBangi, 28 Ogos 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) K...
28/08/2026

Fikrah MADANI: Menyemai Kefahaman, Memperkukuh Penghayatan

Bangi, 28 Ogos 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam (PKKI) telah berjaya menganjurkan Kursus Fikrah Madani Siri 2/2026 selama tiga (3) hari bermula 26 hingga 28 Ogos 2026 bertempat di ILIM Kampus Utama Bangi. Kursus ini melibatkan penyertaan Guru KAFA dan Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD) dari Wilayah Persekutuan dan Negeri Selangor.

Kursus Fikrah Madani merupakan inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh ILIM berdasarkan Modul Fikrah Madani yang dibangunkan selaras dengan gagasan Malaysia Madani. Kursus ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh fasilitator ILIM Kampus Utama Bangi. YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Kanan ILIM turut menyampaikan slot bertajuk Impak Madani, seterusnya merasmikan majlis penutup kursus tersebut.

Sepanjang tiga hari pelaksanaan kursus, para peserta telah didedahkan mengenai pelaksanaan Konsep Fikrah Madani serta perkaitannya dengan Maqasid Syariah dan Piagam Madinah.

Diharapkan kursus ini dapat memberi manfaat kepada para guru KAFA dan PPMD dalam memperkukuhkan pemahaman dan penghayatan terhadap Konsep Fikrah Madani, seterusnya mengaplikasikan nilai-nilai Malaysia Madani serta Maqasid Syariah dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran di institusi KAFA.

SEMINAR MANHAJ IMAM AS-SYAFI‘I 2026: MERENTAS ZAMAN, MEMACU KESEJAHTERAANBANGI, 27 Ogos 2026 – Institut Latihan Islam Ma...
27/08/2026

SEMINAR MANHAJ IMAM AS-SYAFI‘I 2026: MERENTAS ZAMAN, MEMACU KESEJAHTERAAN

BANGI, 27 Ogos 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Seminar Manhaj Imam as-Syafi‘i 2026 bertemakan “Merentas Zaman, Memacu Kesejahteraan” bertempat di Dewan Datuk Mohd Shahir, ILIM Kampus Utama Bangi.

Seminar ini mengetengahkan pemikiran, manhaj dan ketokohan Imam al-Syafi‘i serta relevansinya dalam pembinaan masyarakat dan kepimpinan masa kini.

Program ini terbuka kepada penjawat awam pelbagai skim perkhidmatan sebagai platform untuk memperkukuh kefahaman terhadap manhaj fiqh Imam as-Syafi‘i serta menghayati warisan keilmuan beliau dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab perkhidmatan awam.

Dua sesi utama telah disampaikan oleh Dr. Muhammad Adib bin Samsudin, Pensyarah, Pusat Kajian Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membentangkan tajuk “Ketokohan Imam as-Syafi‘i dalam Membina Kepimpinan Berjiwa Ihsan”.

Sementara itu, Prof. Madya Dr. Mohd Hapiz bin Mahaiyadin (A.M.K), Pensyarah Kanan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui tajuk “Kelestarian Fiqh Imam as-Syafi‘i: Warisan Ilmu Membina Masyarakat Lestari”.

Penganjuran seminar ini menjadi wadah penting dalam memperkukuh kefahaman terhadap warisan keilmuan Imam as-Syafi‘i, di samping mengangkat nilai ilmu, kepimpinan dan akhlak sebagai asas dalam mendepani cabaran semasa.

Semoga seminar ini terus menyemarakkan penghayatan terhadap khazanah ilmu Islam serta menyumbang kepada pembentukan masyarakat yang berilmu, berintegriti dan sejahtera.

KURSUS PENGURUSAN BUKU REKOD PERKHIDMATAN Bangi, 27 Ogos 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan...
27/08/2026

KURSUS PENGURUSAN BUKU REKOD PERKHIDMATAN

Bangi, 27 Ogos 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Buku Rekod Perkhidmatan selama dua hari, pada 26 hingga 27 Ogos 2026 bertempat di Bilik Al-Khawarizmi, Aras 1, Blok Akademik B, ILIM Kampus Utama Bangi.

Kursus ini diadakan bagi meningkatkan pengetahuan dan kefahaman peserta berkaitan pengurusan serta pengemaskinian Buku Rekod Perkhidmatan (BRP) dengan betul, teratur dan selaras dengan tatacara pengurusan perkhidmatan. Antara pengisian kursus merangkumi pengenalan BRP, kaedah merekod kenyataan peribadi dan perkhidmatan serta pengenalan dan penyediaan Penyata Perubahan KEW.

Selain penyampaian secara teori, peserta turut diberi pendedahan melalui aktiviti praktikal melibatkan kaedah merekod kenyataan peribadi dan perkhidmatan, kenyataan cuti, lembaran kelakuan serta semakan rekod Buku Rekod Perkhidmatan. Pendekatan ini memberi peluang kepada peserta untuk memahami kaedah pengurusan BRP secara lebih jelas dan mengaplikasikannya dalam tugasan pengurusan perkhidmatan di jabatan masing-masing.

Diharapkan kursus ini dapat meningkatkan kompetensi peserta dalam mengurus dan menyelenggara Buku Rekod Perkhidmatan dengan lebih cekap, tepat dan sistematik. Pengetahuan serta kemahiran yang diperoleh juga diharapkan dapat membantu memperkemas pengurusan rekod perkhidmatan dan memastikan rekod pegawai sentiasa lengkap, kemas kini serta teratur.

SALAM MAULIDUR RASUL SAW 1448H/2026Sempena Maulidur Rasul SAW, marilah kita menyemarakkan kecintaan kepada Rasulullah SA...
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL SAW 1448H/2026

Sempena Maulidur Rasul SAW, marilah kita menyemarakkan kecintaan kepada Rasulullah SAW dengan menghayati sirah, meneladani akhlak dan mengamalkan sunnah Baginda dalam kehidupan.

Semoga kecintaan kepada Baginda menjadi pedoman dalam membina ummah yang beriman, berilmu, berakhlak dan bersatu.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat Baginda.

MADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI.

Ikhlas daripada Pengarah Kanan dan seluruh warga ILIM

24/08/2026

SIARAN LANGSUNG | JUM PODCAST LIVE SEMPENA MAULIDUR RASUL PERINGKAT KEBANGSAAN 1448/2026

JUM Podcast Live “Rasulullah SAW dan Anak Muda : Dipercayai Sebelum Sempurna” dan ikuti kupasan bagaimana Rasulullah SAW memberi ruang, kepercayaan dan amanah kepada generasi muda.

📅 24 Ogos 2026 (Isnin)
⏰ 2.00 – 3.00 petang
📲 LIVE di platform MyJAKIM





JOM SERTAI SEMINAR MANHAJ IMAM AS-SYAFII 2026🕌 “Merentas Zaman, Memacu Kesejahteraan”📅 27 Ogos 2026, Khamis🕗 8.00 pagi h...
21/08/2026

JOM SERTAI SEMINAR MANHAJ IMAM AS-SYAFII 2026

🕌 “Merentas Zaman, Memacu Kesejahteraan”

📅 27 Ogos 2026, Khamis
🕗 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
📍 Dewan Datuk Mohd Shahir, ILIM Kampus Utama Bangi

🎙 AHLI PANEL

👤 Prof. Madya Dr. Mohd Hapiz bin Mahaiyadin (A.M.K)
Kelestarian Fiqh Imam as-Syafii: Warisan Ilmu Membina Masyarakat Lestari
Pensyarah Kanan, Universiti Teknologi MARA, UiTM

👤 Dr. Muhammad Adib bin Samsudin
Ketokohan Imam as-Syafii Dalam Membina Kepimpinan Berjiwa Ihsan
Pensyarah, Pusat Kajian Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM

✨ Hayati warisan keilmuan Imam as-Syafii dalam membina kepimpinan berjiwa ihsan dan masyarakat yang lestari.

🔗 Info lanjut:
https://ilim.islam.gov.my/ms/

📝 Info dan permohonan kursus:
https://itis.islam.gov.my/

Address

Jalan Maktab, Seksyen 12
Bandar Baru Bangi
43650

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30

Telephone

0389218500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Latihan Islam Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Institut Latihan Islam Malaysia:

Shortcuts

Share