01/09/2026
💧 “Dari setitis air, lahir sejuta senyuman.”
MAJLIS PELUNCURAN PROGRAM PEMFLUORIDAAN SEMULA BEKALAN AIR AWAM NEGERI PAHANG TAHUN 2026
1 September 2026 | Selasa
Majlis Peluncuran Program Pemfluoridaan Semula Bekalan Air Awam Negeri Pahang Tahun 2026 telah berlangsung di Loji Rawatan Air Ganchong, Pekan, Pahang dan dirasmikan oleh YB Dato' Ir. Razali bin Kassim, Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Kerja Raya dan Kesihatan Negeri Pahang. Ir. Razali Kassim
Program ini bertujuan memperkukuh usaha pencegahan dan kawalan karies gigi dalam kalangan masyarakat melalui kaedah pemfluoridaan bekalan air awam.
Pelaksanaan ini turut menyokong usaha meningkatkan tahap kesihatan pergigian rakyat secara menyeluruh melalui pendekatan pencegahan yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat tanpa mengira peringkat umur dan latar belakang.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen serta kerjasama strategik antara agensi kesihatan, pengurusan bekalan air dan pihak berkepentingan dalam memastikan aspek kesihatan pergigian terus diberi keutamaan sebagai sebahagian daripada agenda kesejahteraan rakyat Negeri Pahang. Kerajaan Negeri Pahang
Turut hadir Yang Berusaha Dr. Fauziah binti Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Pergigian), Kementerian Kesihatan Malaysia, Yang Hormat Dato' Saiful Zaini bin Mohd Bokhari, Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP); Yang Berusaha Ts. Mohd Arif Fadzli bin Ibrahim, Pengarah Negeri, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Cawangan Pahang; Yang Berusaha Dr. Wan Salina binti Wan Sulaiman, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) Jabatan Kesihatan Negeri Pahang; Yang Dihormati Supt. Mohd Zaidi bin Mat Zi, Ketua Polis Daerah Pekan; Yang Berusaha Tn. Haji Ab. Muhaimin bin Ab. Hamid, Pegawai Pendidikan Daerah Pekan;Timbalan-Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, warga kerja Jabatan Kesihatan Negeri Pahang serta wakil kepimpinan setempat.
Pahang Media
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Program Kesihatan Pergigian KKM