SMK Jengka 12

SMK Jengka 12 SMK JENGKA 12 OFFICIAL

๐ŸŒธ MAJLIS RUNDING CARA PELAJAR TINGKATAN 4 ๐ŸŒธAlhamdulillah, telah berlangsung Majlis Runding Cara Pelajar Tingkatan 4 iait...
27/08/2026

๐ŸŒธ MAJLIS RUNDING CARA PELAJAR TINGKATAN 4 ๐ŸŒธ

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Runding Cara Pelajar Tingkatan 4 iaitu:

๐Ÿ—“๏ธ 27 Ogos 2026 (Khamis)
๐Ÿ•› 9.00 pagi

Majlis ini menjadi ruang yang sangat bermakna untuk membincangkan perkembangan, pencapaian serta hala tuju pelajar bersama ibu bapa dan guru. Semoga pertemuan ini dapat memperkukuh kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa demi memastikan kecemerlangan serta kejayaan anak-anak.

๐Ÿ’ Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Robiah Jusoh YDP PIBG, ibu bapa yang hadir, para guru, kakitangan sekolah serta semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

๐Ÿค Kerjasama erat, perhatian dan sokongan semua pihak merupakan kunci kejayaan anak-anak.

Semoga usaha yang dilaksanakan ini terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pelajar SMK Jengka 12. ๐ŸŒŸ

๐ŸŒบ PROGRAM SENAMROBIK & PLOGGING FUN WALK MERDEKA Semangat patriotik disemarakkan dengan aktiviti Senamrobik dan Plogging...
27/08/2026

๐ŸŒบ PROGRAM SENAMROBIK & PLOGGING FUN WALK MERDEKA

Semangat patriotik disemarakkan dengan aktiviti Senamrobik dan Plogging Fun Walk Merdeka yang berlangsung pada:

๐Ÿ—“๏ธ 26 Ogos 2026 (Rabu)
๐Ÿ•› 7.40 hingga 9.40 pagi

Aktiviti berjalan santai sambil mengutip sampah di sekitar FELDA Jengka 12bukan sahaja menyihatkan tubuh badan, malah memupuk kesedaran menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar. ๐ŸŒฟ๐Ÿ’ช

๐ŸŒธSihat Badan, Bersih Persekitaran, Semarak Merdeka!๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

26/08/2026
๐Ÿ“ธ Lensa gotong - royong MADANI 2026
26/08/2026

๐Ÿ“ธ Lensa gotong - royong MADANI 2026

๐Ÿ“š MAJLIS RUNDING CARA TINGKATAN 1 & 2 ๐Ÿ“šAlhamdulillah, telah berlangsung Majlis Runding Cara Tingkatan 1 & 2 pada:๐Ÿ“… 21 Og...
26/08/2026

๐Ÿ“š MAJLIS RUNDING CARA TINGKATAN 1 & 2 ๐Ÿ“š

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Runding Cara Tingkatan 1 & 2 pada:

๐Ÿ“… 21 Ogos 2026 (Jumaat)
โฐ 8.00 pagi
๐Ÿ“ Dewan Ibnu Khaldun, SMK Jengka 12

Majlis ini menjadi wadah penting bagi ibu bapa, guru dan murid untuk berkongsi pandangan, membincangkan perkembangan akademik serta sahsiah murid, di samping merancang langkah terbaik demi kecemerlangan anak-anak.

๐Ÿค Kerjasama erat antara ibu bapa dan pihak sekolah merupakan kunci kejayaan murid.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Robiah Jusoh ,YDP PIBG yang sentiasa menyokong, para ibu bapa yang hadir dan memberikan komitmen, serta guru-guru yang bertungkus-lumus menjayakan Majlis Runding Cara Tingkatan 1 & 2. ๐Ÿคโค๏ธ

Kehadiran dan sokongan semua menjadi bukti bahawa kejayaan anak-anak adalah tanggungjawab kita bersama.

๐Ÿ’ PIBG menyokong, ibu bapa hadir, guru berbakti โ€” bersama kita membina masa depan anak-anak!

Semoga jalinan kerjasama yang erat ini terus menjadi kekuatan dalam membimbing anak-anak SMK Jengka 12 menuju kecemerlangan. ๐ŸŒŸ

๐ŸŒท PELUNCURAN PROGRAM SISTEM KELUARGA ASRAMA (SISKA) 2026๐ŸŒทAlhamdulillah, telah berlangsung Peluncuran Program Sistem Kelu...
26/08/2026

๐ŸŒท PELUNCURAN PROGRAM SISTEM KELUARGA ASRAMA (SISKA) 2026๐ŸŒท

Alhamdulillah, telah berlangsung Peluncuran Program Sistem Keluarga Asrama (SISKA) 2026 di SMK Jengka 12, yang telah dirasmikan oleh Pengetua, MOHD HANIF SAHOR BIN KAMALUDDIN.

๐Ÿ—“๏ธ 20/8/2026-RABU
๐Ÿ•› 5.00 petang

Program SISKA 2026 merupakan satu inisiatif bagi membina suasana asrama yang lebih kondusif, penyayang dan berteraskan nilai kekeluargaan. ๐Ÿกโค๏ธ

Melalui program ini, setiap guru akan diberikan tiga orang pelajar asrama sebagai anak angkat. Guru berperanan sebagai pembimbing, penjaga dan tempat rujukan kepada anak-anak angkat mereka, di samping membantu membentuk sahsiah, disiplin dan kesejahteraan pelajar.

Semoga SISKA 2026 menjadi wadah untuk melahirkan warga asrama yang saling menyayangi, menghormati, prihatin dan sentiasa mengamalkan semangat kekeluargaan.

โœจ Satu keluarga, satu hati, satu matlamat.*
SISKA 2026 โ€“ Asrama Kondusif, Keluarga Penyayang, Pelajar Gemilang.** ๐Ÿ’™

๐Ÿ“ธ Lensa Majlis Runding Cara dan Ceramah Motivasi Pelajar SPM 2026.Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Runding Cara d...
25/08/2026

๐Ÿ“ธ Lensa Majlis Runding Cara dan Ceramah Motivasi Pelajar SPM 2026.

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Runding Cara dan Ceramah Motivasi Pelajar SPM 2026 yang turut melibatkan para pelajar bersama ibu bapa/penjaga.

๐ŸŽค Ceramah motivasi telah disampaikan oleh Puan Anne, dengan pengisian yang menyentuh hati serta memberi semangat kepada calon SPM untuk menghadapi peperiksaan dengan penuh keyakinan dan kesungguhan.

Antara pengisian yang sangat bermakna ialah sesi memohon restu dan doa daripada ibu bapa, di samping bermaaf-maafan antara anak dan ibu bapa. Suasana penuh sebak dan menyentuh hati apabila para pelajar memohon keampunan, restu serta doa daripada insan yang sentiasa berada di belakang mereka.

๐Ÿ’– Semoga restu dan doa ibu bapa menjadi penguat langkah anak-anak dalam menghadapi SPM 2026.

โ€œDi sebalik kejayaan seorang anak, ada doa ibu bapa yang tidak pernah putus.โ€ ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Semoga semua calon SPM 2026 dipermudahkan urusan, diberikan ketenangan, kekuatan dan dikurniakan kejayaan yang cemerlang. Aamiin Ya Rabbal โ€˜Alamin. ๐ŸŒธ

๐Ÿ•ฏ๏ธ KELAS DIY LILIN PENGHALAU NYAMUKBerkreativiti sambil menimba ilmu dalam Kelas DIY Lilin Penghalau Nyamuk bersama Cikg...
25/08/2026

๐Ÿ•ฏ๏ธ KELAS DIY LILIN PENGHALAU NYAMUK

Berkreativiti sambil menimba ilmu dalam
Kelas DIY Lilin Penghalau Nyamuk bersama Cikgu Melur, pengasas Melur Spa Beauty & Wellness Jengka.

Peserta berpeluang mempelajari cara menghasilkan lilin penghalau nyamuk sendiri dengan bahan-bahan yang sesuai, mudah dan menarik. ๐ŸŒฟ๐Ÿ•ฏ๏ธ

Terima kasih Cikgu Melur, pengasas Melur Spa Beauty and Wellness Jengka atas perkongsian ilmu, tunjuk ajar dan pengalaman yang sangat bermanfaat. Semoga program ini memberi inspirasi kepada semua peserta untuk terus berkreativiti dan mencuba sesuatu yang baharu. ๐Ÿ’

Ilmu dikongsi, kreativiti berkembang!๐ŸŒŸ

Terima Kasih atas Sumbangan & Sokongan ๐Ÿค๐ŸSetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang tel...
25/08/2026

Terima Kasih atas Sumbangan & Sokongan ๐Ÿค๐Ÿ

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang dan memberikan sokongan kepada Ameera Sabreen binti Amiruddin Sabri,pelajar Tingkatan 2, SMK jengka 12 iaitu Generasi Ke-3 Jengka 8, yang telah terpilih mewakili Negeri Pahang ke Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dalam acara bola jaring.

Jutaan terima kasih kepada:

๐ŸŒท Warga Jengka 8
๐ŸŒท Wira Teladan SMK Jengka 12
๐ŸŒท Nawwarah Travel
๐ŸŒท Pengerusi Masjid Jengka 8

atas sumbangan dan keprihatinan yang diberikan bagi membantu Ameera dalam mengharumkan nama Negeri Pahang.

Tidak dilupakan, setinggi-tinggi penghargaan buat Puan Robiah Jusoh , YDP PIBG SMK Jengka 12 yang telah bertungkus-lumus mencari dana dan mengusahakan pelbagai sumber bantuan demi memastikan perjalanan Ameera ke kejohanan ini dipermudahkan.

Terima kasih juga kepada guru-guru dan para jurulatih atas segala sokongan, dorongan, bimbingan dan doa yang tidak pernah putus.

Semoga segala jasa, sumbangan dan kebaikan semua pihak mendapat ganjaran yang berlipat ganda. ๐Ÿคฒ

Terus melangkah, Ameera!

Address

Bandar Jengka
26400

Telephone

+6094864312

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Jengka 12 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share