MINDA UKM

MINDA UKM MINDA-UKM berfungsi selaku institut pemikir dan penggerak polisi awam di Malaysia.
(1)

14 OGOS - Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan baru-baru ini sekali lagi memperlihatkan wajah sebenar pol...
14/08/2026

14 OGOS - Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan baru-baru ini sekali lagi memperlihatkan wajah sebenar politik Malaysia.

Di sebalik kemenangan dan kekalahan parti-parti politik, mesej dihantar oleh rakyat sebenarnya jauh lebih mendalam daripada sekadar memilih kerajaan.

Pengundi sedang menghantar isyarat bahawa mereka mahukan kehidupan yang lebih baik, tetapi dalam masa sama mereka masih mengundi berdasarkan rasa takut, kebimbangan terhadap identiti dan persepsi ancaman terhadap komuniti masing-masing.

Inilah paradoks politik Malaysia hari ini. Di Johor, kemenangan Barisan Nasional (BN) banyak disumbangkan oleh kekuatan organisasi, jentera akar umbi dan mobilisasi pengundi yang lebih berkesan. Sebahagian pengundi bukan Melayu p**a tidak keluar mengundi dalam jumlah yang diharapkan. Di Negeri Sembilan, kerjasama BN-PN (Perikatan Nasional) terus mengukuhkan sokongan Melayu melalui naratif mempertahankan agama dan bangsa.

Namun, membaca keputusan ini hanya melalui angka adalah satu kesilapan. Apa yang sedang berlaku sebenarnya ialah perubahan psikologi pengundi. Mereka tidak lagi mengundi semata-mata kerana manifesto atau calon, tetapi kerana siapa yang mampu memberikan keyakinan terhadap masa depan mereka.

Bagi ramai pengundi Melayu, persoalannya ialah sama ada kedudukan politik Melayu, Islam dan peluang ekonomi bumiputera akan terus terpelihara. Bagi masyarakat Cina p**a, kebimbangan mereka lebih tertumpu kepada masa depan sebuah negara yang sederhana, kepelbagaian budaya dan kebebasan beragama. Masyarakat India p**a masih bergelut dengan isu yang jauh lebih asas – kemiskinan, pendidikan, pekerjaan dan mobiliti sosial yang masih belum diberikan perhatian sewajarnya.

Di sinilah pemikiran Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin mengenai kesepaduan sosial dan bangsa idaman menjadi sangat relevan. Shamsul mengingatkan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara memang telah terbentuk, tetapi pembinaan sebuah bangsa yang mempunyai rasa kebersamaan masih merupakan suatu proses yang belum selesai. Dalam erti kata lain, kita sudah mempunyai negara Malaysia, tetapi pembinaan Bangsa Malaysia masih merupakan suatu work-in-progress.

Ironinya, walaupun kebimbangan setiap komuniti berbeza, keperluan mereka sebenarnya hampir sama. Semua mahukan kos sara hidup yang lebih rendah, peluang pekerjaan lebih baik, pendidikan berkualiti, perumahan mampu milik, perkhidmatan awam cekap dan sebuah kerajaan berintegriti.

Malangnya, isu-isu inilah yang sering tenggelam apabila pilihan raya bertukar menjadi pertandingan siapa yang lebih berjaya menimbulkan ketakutan.

Politik identiti bukanlah sesuatu yang asing dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia. Setiap komuniti mempunyai sejarah, budaya dan aspirasi yang perlu dihormati. Namun politik identiti menjadi berbahaya apabila ia dijadikan senjata untuk meyakinkan rakyat bahawa keselamatan sesuatu kaum hanya boleh dicapai jika kaum lain ditewaskan.

Apabila naratif ini berulang tanpa henti, rakyat akhirnya mengundi bukan kerana yakin kepada dasar, tetapi kerana takut kepada kemungkinan yang belum tentu berlaku.

Lebih membimbangkan, jika pola pengundian di Johor dan Negeri Sembilan dijadikan petunjuk, kecenderungan ini berpotensi berulang di negeri-negeri lain.

Malaysia tidak mampu membiarkan keadaan ini berterusan. Semua parti politik perlu berani melakukan anjakan paradigma. Persaingan politik mesti beralih daripada mempertahankan sentimen kaum kepada pertandingan menawarkan penyelesaian terbaik kepada masalah rakyat.

Masa depan Malaysia tidak boleh dibina di atas politik yang memecah-belahkan rakyat. Negara memerlukan satu naratif baharu yang berasaskan kepercayaan, keadilan dan tadbir urus baik. Politik seharusnya menjadi wadah menyelesaikan masalah, bukannya mencipta musuh. Pemimpin p**a perlu berhenti menjual ketakutan dan mula menawarkan harapan yang boleh dibuktikan melalui prestasi.

PRN Johor dan Negeri Sembilan seharusnya menjadi titik muhasabah kepada semua pihak. Kemenangan yang diperoleh melalui sentimen mungkin memberikan kuasa untuk lima tahun, tetapi hanya politik yang berteraskan integriti, kompetensi dan kepercayaan mampu menjamin kestabilan negara untuk beberapa dekad akan datang.

*Datuk Dr Anis Yusal Yusoff ialah Felo Utama di KITA, UKM dan Felo Bersekutu MINDA-UKM. Beliau pernah menjadi Presiden Institut Integriti Malaysia dan Timbalan Ketua Pengarah GIACC, JPM

14/08/2026

Jadi, sampai bila ?

13/08/2026

Apa puncanya?

13 OGOS - Warga pendidik diminta supaya kekal bertenang dan memberi ruang kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) u...
13/08/2026

13 OGOS - Warga pendidik diminta supaya kekal bertenang dan memberi ruang kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memperincikan pelaksanaan Polisi Perlindungan Murid Sekolah yang mencetuskan kegusaran ramai pihak baru-baru ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menjelaskan bahawa dasar yang dirangka menerusi Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) bertarikh 1 Julai lepas ini bertujuan memberikan perlindungan menyeluruh. Kebijakan ini mengutamakan aspek keselamatan murid, guru, serta seluruh warga sekolah yang berurusan dengan murid.

Menurut beliau, polisi tersebut turut menyediakan panduan terperinci berhubung tanggungjawab semua pihak dan tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku sebarang insiden di sekolah.

Satu sesi khas bersama pemegang taruh juga telah dianjurkan menerusi Ketua Pengarah Pendidikan dan Penasihat Undang-Undang KPM. Sesi ini diadakan bagi menjawab serta meneliti setiap kebimbangan yang dizahirkan oleh para guru. Langkah ini membuktikan komitmen KPM untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat secara teliti dan bertanggungjawab.

Untuk rekod, SPI berkenaan menggariskan lima fokus utama reformasi pendidikan, iaitu kesihatan mental, pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial, pencegahan keganasan seksual kanak-kanak dan bahan terlarang, polisi perlindungan murid, serta kebajikan guru dan suara murid.

Pelaksanaan polisi ini mewajibkan warga sekolah dan pihak luar yang mempunyai urusan dengan sekolah menandatangani Surat Aku Kepatuhan Polisi Perlindungan Murid Sekolah sebagai bukti komitmen terhadap keselamatan murid.

Walau bagaimanapun, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berpendapat keperluan menandatangani Aku Janji berkenaan adalah kurang wajar. Setiausaha Agung NUTP, Fouzi Singon menyatakan arahan itu seolah-olah menidakkan usaha berterusan guru selama ini, selain berisiko mendedahkan warga pendidik kepada tindakan saman sivil pada masa hadapan.

Walaupun NUTP menyokong penuh usaha KPM memastikan murid selamat dan dilindungi, pihak kesatuan kini berusaha mengadakan rundingan supaya kehendak menandatangani Aku Janji tersebut ditarik balik dan digantikan dengan elemen lain yang lebih profesional.

MINDA BERTANYA: SEJAUH MANA AGENDA REFORMASI PENDIDIKAN NEGARA TERLAKSANA?Pelaksanaan agenda reformasi pendidikan negara...
11/08/2026

MINDA BERTANYA: SEJAUH MANA AGENDA REFORMASI PENDIDIKAN NEGARA TERLAKSANA?

Pelaksanaan agenda reformasi pendidikan negara kini berada di fasa penting bagi memastikan keberkesanan sistem pendidikan kita, di mana pandangan serta input anda amat penting untuk menilai sejauh mana agenda ini telah berjaya terlaksana. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama anda untuk melengkapkan tinjauan ringkas ini sebelum atau pada 14 Ogos 2026 melalui pautan di ruangan komen di bawah yang mana segala maklum balas yang diberikan adalah sulit dan terima kasih atas masa serta keprihatinan anda terhadap institusi pendidikan negara. Majukan kepada rakan-rakan yang lain. Ini tentang kita.

11 OGOS - Kunjungan hormat Pengarah Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan - INSPEK, UMK - LAMAN RASMI, Dr. Ahm...
11/08/2026

11 OGOS - Kunjungan hormat Pengarah Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan - INSPEK, UMK - LAMAN RASMI, Dr. Ahmad Fahme bin Mohd Ali pada pagi ini ke MINDA UKM menandakan satu langkah strategik dalam memperkukuh wacana pembasmian kemiskinan negara. Ketibaan beliau disambut oleh Pengarah MINDA-UKM, Prof. Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Azlan Ghazali bersama Timbalan Pengarah, Dr. Anuar Ahmad.

Pertemuan ini memberi tumpuan kepada ikhtiar memahami kerencaman realiti kemiskinan di lapangan yang tidak lagi wajar dinilai menerusi paras pendapatan semata-mata. Latar belakang kemiskinan hari ini mempamerkan pelbagai wajah yang dinamik: daripada kerentanan warga emas dan masa depan kanak-kanak, tekanan hidup petani dan nelayan, cabaran pekerja gig, rintihan penjawat awam, hinggalah keberadaan komuniti Orang Asli di pelbagai pelosok daerah dan negeri. Ketepatan intervensi menuntut pemetaan data yang jitu mengikut konteks setempat.

Bagi menterjemahkan kefahaman ini kepada syor dasar yang ampuh, MINDA-UKM dan InsPeK UMK bersetuju menggembleng kepakaran menerusi penganjuran Policy Roundtable berasaskan bukti (evidence-based policy) secara berkala serta pelaksanaan kajian kohort (cohort study). Pendekatan kajian kohort berkala ini penting untuk menjejak corak perubahan hidup isi rumah rentan dari semasa ke semasa. Langkah ini memastikan dasar awam yang digubal benar-benar berakar pada fakta lapangan, berimpak nyata, dan berdaya tahan.

11 OGOS – Pakar pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga Timbalan Pengarah Institut Pembangunan da...
11/08/2026

11 OGOS – Pakar pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga Timbalan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA UKM), Dr. Anuar Ahmad berpandangan pakaian sekolah sepatutnya turut dikategorikan sebagai barangan kawalan harga.

Menurut beliau, langkah ini penting bagi memastikan harga baju sekolah tidak meningkat setiap kali tibanya musim pembukaan sekolah.

“Kawal harga baju sekolah adalah tindakan yang wajar dan membantu rakyat.

“Tentunya kerajaan perlu bina mekanisme dan garisan panduan yang jelas untuk kawal harga baju sekolah sebab baju sekolah pun ada kualiti kain yang berbeza,” katanya menerusi kenyataan di Facebook beliau, hari ini.

Pandangan ini diutarakan susulan kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek semalam mengenai inisiatif pembelian pakaian seragam sekolah secara ansuran menerusi ‘Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Mahir’ bagi meringankan beban ibu bapa yang membuat persediaan persekolahan anak-anak.

Dr. Anuar menegaskan bahawa beliau menyokong penuh apa jua usaha yang diambil kerajaan untuk meringankan beban kewangan ibu bapa bagi tujuan pendidikan anak-anak. Inisiatif membeli baju sekolah secara ansuran tersebut disifatkan sebagai usaha yang baik, selagi harganya dijamin masih sama atau lebih murah berbanding harga baju sekolah di pasaran.

Namun, beliau menggariskan pendirian berbeza sekiranya kaedah pembiayaan tersebut menambah beban pengguna. Sekiranya harga pakaian sekolah menjadi lebih mahal walaupun sedikit disebabkan bayaran secara ansuran, idea berkenaan tidak patut dilaksanakan.

Membandingkan situasi ini dengan fenomena persediaan perayaan, beliau menjelaskan bahawa corak permintaan barangan persekolahan adalah serupa dengan keperluan asas lain.

“Saya punya pandangan yang berbeza. Beli baju sekolah anak-anak ini macam kita beli ayam, daging, minyak masak atau tepung sebelum raya.

“Bila tiba musim perayaan, permintaan meningkat, maka harga biasanya akan juga meningkat. Sebab itu kita ada undang-undang kawalan harga barangan asas supaya tidak membebankan rakyat.

“Baju sekolah pun sama. Bila tiba musim sekolah dibuka, ibu bapa akan mula membeli. Pembelian begini meningkatkan permintaan secara mendadak. Harga berkemungkinan besar akan ikut meningkat,” jelas beliau.

Sehubungan itu, Dr. Anuar menekankan bahawa pelaksanaan kawalan harga secara ketat ke atas pakaian sekolah adalah pendekatan yang jauh lebih mampan dan bertanggungjawab dari sudut kebajikan masyarakat.

“Ini jauh lebih baik dari didik rakyat berhutang untuk tujuan berbelanja pakai habis,” katanya.

6 OGOS - Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Tan Sri ...
06/08/2026

6 OGOS - Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Azlan Ghazali bersama barisan perunding MINDA UKM telah menyempurnakan pembentangan Laporan Interim bagi Penyediaan Laporan Ekonomi Negeri Johor 2025/2026 kepada Kerajaan Negeri Johor di Kota Iskandar. Sesi strategik ini dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Kerajaan Negeri Johor, Yang Berhormat Tuan Lee Ting Han, serta Setiausaha Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor, Dr. Amirul Haffiz bin Ariff.

Sebagai pasukan perunding, MINDA-UKM mencerakinkan dinamik makroekonomi, kecekapan pasaran tenaga kerja, keupayaan menarik pelaburan strategik, serta penandaarasan daya saing yang menjadi premis penting dalam mengukur kesediaan Johor. Menerusi pembentangan Laporan Interim ini, keupayaan Johor dimanfaatkan bukan sekadar untuk meneruskan pertumbuhan sedia ada, malah meletakkan negeri ini pada landasan kualitatif untuk bertindak sebagai hab pertumbuhan ekonomi baharu Malaysia. Kehadiran kerangka Maju Johor 2030 dan Johor Economic Transformation Plan, berasaskan sinergi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura serta pemerkasaan modal insan berkemahiran tinggi, mewujudkan landskap baharu yang berupaya merapatkan jurang pembangunan antara daerah dan menterjemahkan angka pelaburan kepada nilai kualiti hidup rakyat.

Penyerahan dapatan ini menegaskan peranan MINDA-UKM dalam menawarkan cadangan berasaskan bukti untuk menyokong pembuat dasar Kerajaan Negeri Johor. Usaha berterusan ini mencerminkan iltizam MINDA UKM dalam memperkukuh daya tahan ekonomi negara melalui perancangan struktur negeri yang berpandangan jauh, terangkum, dan berdaya saing di peringkat serantau.

4 OGOS - Kerangka Ekonomi MADANI digesa agar tidak sekadar berpuas hati dengan pencapaian statistik di peringkat makro, ...
04/08/2026

4 OGOS - Kerangka Ekonomi MADANI digesa agar tidak sekadar berpuas hati dengan pencapaian statistik di peringkat makro, sebaliknya perlu melangkaui angka berkenaan bagi menyentuh realiti sebenar kehidupan rakyat di peringkat akar umbi.

Profesor Kehormat Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr. Denison Jayasooria berkata, meskipun petunjuk ekonomi negara di peringkat makro menunjukkan prestasi yang positif, pemerhatian di peringkat mikro mendedahkan realiti berbeza yang masih dihadapi sebahagian rakyat.

Menurut beliau, penggubal dasar dan ahli ekonomi kerap terikat dengan laporan angka makro, manakala realiti di lapangan memperlihatkan tekanan hidup yang berbeza, terutamanya bagi penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman.

"Pengamal ekonomi selalunya menekankan isu-isu makro. Dari segi data dan statistik makro, semuanya nampak cantik. Namun apabila kita turun padang ke kawasan kampung dan akar umbi, kita dapat lihat penderitaan rakyat yang jelas. Di sini apa yang penting adalah data cerakinan (disaggregated data)," kata beliau.

Mengulas mengenai kadar pengangguran nasional yang berada pada paras rendah iaitu sekitar 2.7 hingga 2.9 peratus, Dr. Denison menegaskan bahawa angka purata tersebut tidak menggambarkan situasi sebenar. Apabila data dicerakin mengikut wilayah dan kawasan, kadar pengangguran serta ketidakstabilan ekonomi di kawasan pedalaman didapati jauh lebih tinggi.

Beliau mendedahkan bahawa di peringkat mikro, ramai golongan belia di pedalaman dan luar bandar masih berdepan masalah tiada pekerjaan, terpaksa berhijrah ke bandar, atau tersangkut dalam pekerjaan berpendapatan rendah.

Dalam pada itu, beliau turut mengkritik kecenderungan penggubal dasar yang terlalu bergantung kepada pengelasan umum seperti T20, M40, dan B40. Pengelasan sebegitu disifatkan telah menghilangkan identiti serta keperluan spesifik pelbagai kelompok manusia di peringkat akar umbi.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar agenda Ekonomi MADANI mengalihkan fokus daripada sekadar bantuan kebajikan semata-mata kepada pembangunan terancang untuk kelompok sasaran khusus, termasuk masyarakat Orang Asli di Semenanjung, komuniti Bumiputera di pedalaman Sabah dan Sarawak, serta kelompok pekerja ladang.

4 OGOS - Walaupun Malaysia semakin menghampiri status negara berpendapatan tinggi berdasarkan peningkatan Pendapatan Neg...
04/08/2026

4 OGOS - Walaupun Malaysia semakin menghampiri status negara berpendapatan tinggi berdasarkan peningkatan Pendapatan Negara Kasar (GNI) per kapita, manfaat pertumbuhan ekonomi tersebut dilaporkan masih belum dirasai secara menyeluruh oleh rakyat.

Pengarah Penyelidikan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), Dr. Suraya Ismail menegaskan bahawa keadaan semasa menunjukkan wujudnya jurang yang jelas antara pencapaian ekonomi negara di peringkat makro dengan realiti kehidupan yang dihadapi oleh sebahagian besar masyarakat.

Menurut beliau, data semasa mengesahkan bahawa kira-kira 70 peratus isi rumah di Malaysia tidak merasai limpahan kekayaan negara seperti yang digambarkan menerusi angka pertumbuhan ekonomi.

"Di sini kita bercakap mengenai golongan berpendapatan tinggi dan negara berpendapatan tinggi, yang mana golongan B70 tidak merasainya. 70 peratus isi rumah di Malaysia tidak merasai kekayaan yang dikatakan kita ada, dan perkara ini sangat jelas daripada data," kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam program forum Bicara Persada: "3 Tahun Ekonomi MADANI: Menilai Pencapaian, Memacu Masa Hadapan" anjuran MINDA UKM di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

Mengulas lanjut, Dr. Suraya menjelaskan bahawa petunjuk purata ekonomi tidak sentiasa mencerminkan kedudukan sebenar rakyat, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Kajian KRI mendapati masih ramai isi rumah yang bergelut untuk menampung keperluan asas bulanan akibat jurang antara pendapatan dan kos perbelanjaan.

Beliau turut mendedahkan bahawa kekurangan pendapatan untuk menampung perbelanjaan harian memaksa sesetengah isi rumah bergantung kepada kemudahan pembiayaan berasaskan hutang.

"Apabila kita tolak perbelanjaan bulanan dengan pendapatan bulanan, mereka mengalami kekurangan sebanyak RM250 sebulan. Bila kekurangan RM250 sebulan, mereka gunakan apa? Buy Now Pay Later (BNPL). Maka mereka menjadi kump**an yang berhutang," jelas beliau.

Sehubungan itu, beliau berpendapat tumpuan utama kerajaan dan pihak berkepentingan perlu dialihkan kepada usaha meningkatkan kadar pendapatan serta kualiti pekerjaan, agar manfaat pertumbuhan ekonomi negara dapat dinikmati secara lebih adil dan saksama oleh seluruh lapisan rakyat.

Address

Institut Pembangunan Dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA-UKM), Bangunan Makmal Penyelidikan Bahasa, Media Dan STEM
Bangi
43600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60380942001

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MINDA UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MINDA UKM:

Shortcuts

Share