03/10/2021
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam pagi Isnin
04 Oktober 2021M
27 Safar 1443H
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
Ya Arhamar Rohimin 3x
Ya Allah, kami bersyukur kerana Engkau telah melanjutkan usia kami hingga kehari ini.
*Ya Allah, semoga awal pagi ini membawa rahmah, pertengahan hari ini memberi nikmat dan akhirnya dipenuhi berkat.*
Ya Allah, indahkan pagi hari ini dengan syukur, ceriakanlah hati kami dengan senyuman, semoga kami dapat jalani hari ini dengan keikhlasan dan semoga segala urusan kami berjalan dengan lancar.
*Ya Allah, jadikan pagi ini pembuka pintu rezeki dan kebarkahan, pintu kebaikan dan nikmat, pintu kesabaran dan kekuatan, pintu kesihatan dan keselamatan dan pintu syurga bagi kami.*
Ya Allah, redailah dan rahmatilah kami, permudahkanlah urusan kami, lapangkanlah jiwa dan perasaan kami dan lindungilah semua insan yang kami sayangi.
*Ya Allah, kami cinta dan memerlukan Mu, bersihkanlah hati kami dengan kuasa Mu. lindungilah rumah kami, keluarga kami dan orang2 yang kami sayangi.*
Ya Allah, sihatkanlah badan kami, terangilah hati kami, tetapkanlah iman kami, luaskanlah rezeki kami, dekatkanlah kami kepada kebaikan, jauhkanlah kami dari kejahatan dan tunaikanlah hajat kami, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa di atas setiap perkara.
Ya Allah, jadikanlah kami berguna untuk masyarakat dengan ilmu yang Engkau kurniakan kepada kami dan tambahkan pengetahuan yang berguna kepada kami.
*Ya Allah, sebagaimana Engkau telah cantikan rupa kami, maka cantikkanlah juga akhlak kami.*
Ya Allah, muliakanlah kami, bahagiakanlah kami, berkatilah setiap rezeki kami, berjayakanlah setiap kerjaya kami, kayakanlah kami dengan harta yang halal, kuatkanlah iman kami
*Ya Allah, kurniakanlah kami rezeki yg halal, rumahtangga yang bahagia, zuriat yang soleh dan solehah, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar serta keselamatan dan kesejahteraan dunia dan akhirat.*
Ya Allah, Engkau ampunilah segala salah silap kami, ibubapa dan mentua kami, dosa isteri serta anak2 dan ahli keluarga kami, sahabat handai dan jiran2 kami serta rakan taulan kami, mukminin dan mukminat seluruh nya.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami *Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam* serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji pujian hanya untuk Mu Ya Allah.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ
Sila share.َ