13/08/2026
Tuan Rahim Kasdi mewakili YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor dan Ahli Dewan Negeri Sungai Tua menyampaikan Baucar Jom Shopping Hari Pahlawan Negeri Selangor 2026 kepada 160 veteran ATM dan Polis di DUN Sungai Tua. Inisiatif ini menjadi tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka yang pernah berkhidmat demi keselamatan negara.
Selain itu, bantuan turut disalurkan kepada 45 keluarga yang terjejas akibat bencana di kawasan setempat. Dua bentuk bantuan, satu matlamat yang sama: memastikan mereka yang pernah berbakti dan mereka yang sedang berdepan kesukaran terus disantuni, khususnya dalam komuniti DUN Sungai Tua dan Parlimen Gombak.