PAC Batu Gajah

  • Home
  • PAC Batu Gajah

PAC Batu Gajah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PAC Batu Gajah, Library, Jalan Haji Abdul Wahab, Kampung Bendera, .

๐Ÿ“š Baca Terapi Minda Remaja @ PAC Batu Gajah ๐Ÿ“–โœจ13 JUN 2026Perpustakaan Awam Batu Gajah terus menjadi pilihan golongan rem...
13/06/2026

๐Ÿ“š Baca Terapi Minda Remaja @ PAC Batu Gajah ๐Ÿ“–โœจ

13 JUN 2026

Perpustakaan Awam Batu Gajah terus menjadi pilihan golongan remaja untuk menimba ilmu dan mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat. Melalui program ulasan buku, para remaja berpeluang berkongsi pandangan, pendapat serta pengajaran yang diperoleh daripada bahan bacaan yang terdapat di perpustakaan ini.

Aktiviti ini bukan sahaja memupuk budaya membaca dalam kalangan generasi muda, malah meningkatkan keyakinan diri, kemahiran komunikasi dan pemikiran kritis mereka. Setiap buku yang dibaca membuka jendela ilmu, manakala setiap ulasan yang dikongsikan menjadi inspirasi kepada pembaca lain untuk turut meneroka dunia pengetahuan.

**"Membaca Menjana Minda, Mengulas Menyemarakkan Ilmu."** ๐ŸŒŸ

๐Ÿ“šโœจ

๐Ÿ“š ULASAN BUKU PILIHAN ๐Ÿ“š11 JUN 2026โ€œHubungan yang baik hari ini adalah peluang kejayaan pada masa hadapan.โ€Buku From Netw...
13/06/2026

๐Ÿ“š ULASAN BUKU PILIHAN ๐Ÿ“š

11 JUN 2026

โ€œHubungan yang baik hari ini adalah peluang kejayaan pada masa hadapan.โ€

Buku From Network To Net Worth karya Syamsul Amri A Razak membuka perspektif baharu tentang kepentingan jaringan atau networking dalam kehidupan, kerjaya dan organisasi. Buku ini bukan sahaja memberi inspirasi, malah sarat dengan panduan praktikal tentang cara membina hubungan yang berkualiti dan bermakna.

โœจ Antara pengisian menarik:
โœ”๏ธ Kepentingan komunikasi dan adab dalam organisasi
โœ”๏ธ Teknik membina jaringan profesional
โœ”๏ธ Minda penghubung untuk membuka peluang kerjasama
โœ”๏ธ Hubungan sebagai โ€œmodal sosialโ€ kejayaan

Sangat sesuai dibaca oleh pelajar, penjawat awam, pemimpin organisasi dan usahawan yang ingin meningkatkan kemahiran komunikasi serta kepimpinan diri.

๐Ÿ“– Bacaan yang santai, padat dan penuh inspirasi!



INFO SEMASA: CUACA PANAS SEMAKIN MELAMPAU10 JUN 2026โ˜€๏ธ CUACA PANAS SEMAKIN MELAMPAU! โ˜€๏ธJangan ambil mudah kesan cuaca pa...
10/06/2026

INFO SEMASA: CUACA PANAS SEMAKIN MELAMPAU

10 JUN 2026

โ˜€๏ธ CUACA PANAS SEMAKIN MELAMPAU! โ˜€๏ธ

Jangan ambil mudah kesan cuaca panas terhadap kesihatan anda dan keluarga. Pendedahan berterusan kepada haba boleh menyebabkan dehidrasi, strok haba, keletihan melampau dan pelbagai risiko kesihatan lain.

๐Ÿ’ง Minum air secukupnya
๐Ÿงข Elakkan aktiviti luar ketika cuaca terlalu panas
๐ŸŒณ Berteduh di tempat yang sejuk
๐Ÿ‘• Pakai pakaian yang ringan dan sesuai
๐Ÿ‰ Amalkan pemakanan sihat dan berkhasiat

โš ๏ธ Dapatkan rawatan segera sekiranya mengalami:
โŒ Pening melampau
โŒ Suhu badan terlalu tinggi
โŒ Pengsan atau muntah berterusan

Lindungi diri, lindungi keluarga dan sentiasa peka dengan keadaan cuaca semasa.



26/05/2026

โœจ KEMUDAHAN SEWAAN RUANG PPANPkโœจ

Kini dibuka untuk tempahan sempena prapembukaan!

Pelbagai ruang dan kemudahan disediakan untuk kegunaan mesyuarat, perbincangan, latihan, rakaman kreatif, permainan video dan banyak lagi ๐ŸŽฅ๐ŸŽฎ๐Ÿ’ผ

๐Ÿ“Œ Antara kemudahan yang ditawarkan:

โ–ช๏ธ Ruang Diskusi 1/2

โ–ช๏ธ Ruang Eksekutif 2

โ–ช๏ธ Bilik Camellia

โ–ช๏ธ Kubikel Komputer

โ–ช๏ธ Studio Kreatif

โ–ช๏ธ Bilik Quantum Permainan Video PS5

๐Ÿ’ฅ Harga Promosi Sempena Prapembukaan

๐Ÿ“ฑ Imbas kod QR pada poster untuk permohonan sewaan ruang/bilik.

INFO SEMASA: KOPI ATAU MINUMAN DESSERT?23 MEI 2026โ€œSy tak boleh hidup tanpa kopi.โ€โ€œMemang coffee lover.โ€Tapi yang dia or...
23/05/2026

INFO SEMASA: KOPI ATAU MINUMAN DESSERT?

23 MEI 2026

โ€œSy tak boleh hidup tanpa kopi.โ€
โ€œMemang coffee lover.โ€

Tapi yang dia order setiap pagi itu bukan kopi.
Itu minuman dessert.
Spanish Latte yang creamy, manis, susu lebih terasa, gula lebih menyerlah, kadang-kadang rasa kopi cuma jadi latar belakang sahaja.
Ini yang ramai orang tak sedar.

Kita ingat kita craving kopi, padahal badan mungkin sedang mencari rasa manis, lemak susu dan tekstur creamy yang datang sekali dalam cawan itu.
Kopi sebenar biasanya rasa kopinya masih dominan. Ada pahit, ada aroma, ada rasa roasted.

Tapi bila satu cawan itu lebih rasa susu, gula, krim dan sirap berbanding kopi, itu bukan lagi sekadar kopi.
Itu pencuci mulut dalam bentuk air.

Bukan tak boleh minum.
Cuma jangan panggil ia โ€œkopi jeโ€ kalau kandungan dia sudah lebih dekat kepada dessert.

Sekali-sekala tak mengapa. Tapi kalau setiap pagi, mula belajar kurangkan manis.
Sebab yang buat kita rasa โ€œtak boleh hidup tanpa kopiโ€ itu mungkin bukan kopi.

Mungkin gula.

Sumber: Public Health Malaysia



22/05/2026

โœจ ๐’๐š๐ญ๐ฎ ๐‘๐ฎ๐š๐ง๐ , ๐’๐ž๐ซ๐ข๐›๐ฎ ๐Œ๐š๐ค๐ง๐š โœจ

Daripada ruang kecil, lahirnya pelbagai cerita dan inspirasi

Ruang ini bukan sekadar tempat meletak buku, tapi menjadi tempat berkumpul, berkongsi ilmu dan mencipta momen indah bersama keluarga. Dalam suasana yang selesa dan tenang minat membaca dapat dipupuk sejak kecil lagi

Kini giliran anda p**a untuk tampilkan ruang bacaan keluarga yang penuh inspirasi!

Ayuh sertai ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฅ๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—•๐—ฎ๐—ฐ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ dan tunjukkan bagaimana budaya membaca mampu menyatukan keluarga serta mencetuskan inspirasi di rumah anda!

๐Ÿ“š ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—ก๐——๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—จ๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—”๐—–๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐Ÿก ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ yang ingin menjadikan ruang bacaan/perpustakaan di rumah sebagai platform untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan.

๐—ž๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ผ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ฎ๐—ป:
๐Ÿญ) ๐—ฅ๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ต ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ต
๐Ÿฎ) ๐—ฅ๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ต ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜
๐Ÿฏ) ๐—ฅ๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ป๐—ด

๐ŸŽ Hadiah menarik disediakan untuk para pemenang!
*๐—ง๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐— ๐—” ๐Ÿญ๐Ÿฑ๐Ÿฌ๐Ÿฌ.๐Ÿฌ๐Ÿฌ
*๐—ง๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐——๐—จ๐—” ๐—ฅ๐— ๐Ÿญ๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฌ.๐Ÿฌ๐Ÿฌ
*๐—ง๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐—ง๐—œ๐—š๐—” ๐—ฅ๐— ๐Ÿฑ๐Ÿฌ๐Ÿฌ.๐Ÿฌ๐Ÿฌ
*๐Ÿต ๐—ซ ๐—ฆ๐—”๐—š๐—จ๐—›๐—”๐—ง๐—œ ๐—ฅ๐— ๐Ÿฏ๐Ÿฌ๐Ÿฌ.๐Ÿฌ๐Ÿฌ

๐ŸŒŸ Pemenang tempat pertama bagi setiap kategori akan dipertandingkan ke peringkat kebangsaan.

๐Ÿ“Œ ๐—œ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐˜€ ๐—ธ๐—ผ๐—ฑ ๐—ค๐—ฅ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฝ๐—ผ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—ฟ ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜‚ ๐—ธ๐—น๐—ถ๐—ธ ๐—น๐—ถ๐—ป๐—ธ ๐—ฝ๐—ฎ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ณ๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ถ ๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ผ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป https://drive.google.com/file/d/1xTGIGZsGE5ZQD8CsM7juZYd_yRTA_2cJ/view

โณ ๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต ๐˜๐˜‚๐˜๐˜‚๐—ฝ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ฎ๐—ป: ๐Ÿญ๐Ÿฎ ๐—๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
๐—–๐—ถ๐—ธ ๐—ก๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—น ๐—”๐—พ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ต โ€“ ๐Ÿฌ๐Ÿญ๐Ÿฏ-๐Ÿฑ๐Ÿฌ๐Ÿต๐Ÿฌ๐Ÿญ๐Ÿฎ๐Ÿด

INFO KESIHATAN: kebaikan dan Keburukkan Antibiotik20 Mei 2026 โ€œKenapa bila sakit, doktor tak bagi terus antibiotik?โ€Seba...
20/05/2026

INFO KESIHATAN: kebaikan dan Keburukkan Antibiotik

20 Mei 2026

โ€œKenapa bila sakit, doktor tak bagi terus antibiotik?โ€
Sebab bukan semua sakit perlukan antibiotik.

Ramai orang fikir bila demam, batuk, selesema atau sakit tekak, antibiotik itu tanda rawatan yang lebih kuat. Seolah-olah kalau tak dapat antibiotik, rawatan itu tak cukup.
Hakikatnya, banyak penyakit biasa pada peringkat awal berpunca daripada virus. Antibiotik tidak membunuh virus. Jadi kalau antibiotik diberi tanpa sebab yang betul, ia bukan mempercepatkan sembuh pun.

Doktor biasanya akan nilai keadaan pesakit dahulu. Ada sakit yang cukup dengan rehat, minum air, ubat demam, ubat untuk kurangkan simptom dan pemantauan. Bila gejala makin teruk, berlarutan, atau mula ada tanda jangkitan bakteria, barulah antibiotik mungkin diperlukan.
Sebab itu ada pesakit yang tidak diberi antibiotik pada lawatan pertama, tetapi diberi kemudian bila keadaan berubah. Itu bukan rawatan tidak konsisten. Itu rawatan yang disesuaikan dengan keadaan pesakit.

Doktor bukan kedekut ubat.
Doktor sedang cuba elakkan antibiotik digunakan secara salah.

Bila antibiotik diambil sesuka hati, badan boleh mengalami kesan sampingan. Lebih membimbangkan, kuman boleh menjadi kebal. Satu hari nanti, bila kita benar-benar perlukan antibiotik, ubat itu mungkin sudah tidak lagi berkesan.

Jadi bila doktor tidak terus beri antibiotik, jangan terus fikir rawatan itu tidak bagus.
Kadang-kadang rawatan terbaik bukan ubat paling kuat.

Tetapi ubat yang paling tepat untuk punca sebenar sakit kita.
Antibiotik bukan untuk semua sakit.

Yang penting bukan cepat dapat antibiotik.
Yang penting, dapat rawatan yang betul.

Sumber: Public Health Malaysia



Program Lawatan PDK Batu Gajah ke Perpustakaan Awam Cawangan Batu gajah07 MEI 2026Lawatan ini merupakan lawatan rasmi ya...
09/05/2026

Program Lawatan PDK Batu Gajah ke Perpustakaan Awam Cawangan Batu gajah

07 MEI 2026

Lawatan ini merupakan lawatan rasmi yang dibuat oleh pihak PDK Batu gajah ke Perpustakaan Awam Batu Gajah. Seramai 20 orang pelajar OKU dan 5 orang guru pengiring serta beberapa orang ibu bapa telah menyertai lawatan ini.

Antara pengisian aktiviti yang turut diadakan semasa lawatan tersebut berlangsung adalah Promosi Keahlian Perpustakaan bagi semua kategori seperti dewasa serta kanak-kanak OKU dan Permainan dalaman.



AKTIVITI REKA CIPTA ROBO DINO 2026 @ PAC BATU GAJAH02 MEI 2026Aktiviti Robo Dino ini adalah merupakan salah satu aktivit...
09/05/2026

AKTIVITI REKA CIPTA ROBO DINO 2026 @ PAC BATU GAJAH

02 MEI 2026

Aktiviti Robo Dino ini adalah merupakan salah satu aktiviti STEM bagi menanam minat dalam diri kanak-kanak mahupun remaja terhadap subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan Dan Matematik.

Aktiviti ini juga merupakan inisiatif pihak perpustakaan Batu Gajah bagi menggalakkan masyarakat setempat khususnya golongan kanak-kanak Dan remaja untuk datang ke perpustakaan Batu Gajah.



Address

Jalan Haji Abdul Wahab, Kampung Bendera

31000

Opening Hours

Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+60102036395

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAC Batu Gajah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share