Polis Daerah Batu Gajah

Polis Daerah Batu Gajah Batu Gajah, Perak merupakan sebuah bandar di Negeri Perak.

Bandar Batu Gajah terletak berhampiran dengan bandaraya Ipoh, Tanjung Tualang, Tronoh, Keledang, Simpang Pulai dan lain-lain. BALAI DI DALAM DAERAH BATU GAJAH

-BALAI POLIS BATU GAJAH
-BALAI POLIS PUSING
-BALAI POLIS TANJUNG TUALANG
-BALAI POLIS TRONOH
https://www.facebook.com/Balai-Polis-Tronoh-1091651187675788

SIARAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH BATU GAJAH : TANGKAPAN SATU LELAKI INDIA TERLIBAT KES PECAH RUMAH DI BATU GAJAH
14/08/2026

SIARAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH BATU GAJAH : TANGKAPAN SATU LELAKI INDIA TERLIBAT KES PECAH RUMAH DI BATU GAJAH

๐Ž๐๐’ ๐’๐„๐๐€๐ƒ๐” ๐ˆ๐๐ƒ ๐๐€๐“๐” ๐†๐€๐‰๐€๐‡ Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui IPD Batu Gajah akan melaksanakan Ops Sepadu dengan member...
11/08/2026

๐Ž๐๐’ ๐’๐„๐๐€๐ƒ๐” ๐ˆ๐๐ƒ ๐๐€๐“๐” ๐†๐€๐‰๐€๐‡

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui IPD Batu Gajah akan melaksanakan Ops Sepadu dengan memberi tumpuan kepada usaha mencegah jenayah serta meningkatkan tahap keselamatan masyarakat dan harta benda di seluruh kawasan pentadbiran Batu Gajah.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan meningkatkan tahap keselamatan diri, kediaman serta harta benda.

๐Ÿ”น Pastikan pintu, tingkap dan pagar dikunci sebelum meninggalkan rumah.
๐Ÿ”น Elakkan meninggalkan barangan berharga di dalam kenderaan.
๐Ÿ”น Pastikan kenderaan dikunci dengan sempurna dan diletakkan di kawasan yang selamat.
๐Ÿ”น Peka terhadap kehadiran individu atau kenderaan yang mencurigakan.
๐Ÿ”น Laporkan segera sebarang kejadian atau aktiviti mencurigakan kepada pihak polis.

Kerjasama dan keprihatinan masyarakat amat penting dalam usaha membendung kejadian jenayah.

"๐‘ท๐‘ถ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘บ ๐‘ซ๐‘จ๐‘ต ๐‘ด๐‘จ๐‘บ๐’€๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ป ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘น๐‘ท๐‘ฐ๐‘บ๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ป๐‘ฐ๐‘จ๐‘ซ๐‘จ"

๐Ÿ“ฑ Hotline IPD Batu Gajah: 05-362 9050
โ˜Ž๏ธ Nombor Telefon IPD Batu Gajah: 05-362 9222

๐‘ฝ๐‘ถ๐‘ณ๐‘ผ๐‘ต๐‘ป๐‘ฌ๐‘ฌ๐‘น ๐‘บ๐‘ด๐‘จ๐‘น๐‘ป๐‘ท๐‘ฏ๐‘ถ๐‘ต๐‘ฌ ๐‘ท๐‘จ๐‘ป๐‘น๐‘ถ๐‘ณ (๐‘ฝ๐‘บ๐‘ท)๐Ÿš“ ๐‘ฝ๐’๐’๐’–๐’๐’•๐’†๐’†๐’“ ๐‘บ๐’Ž๐’‚๐’“๐’•๐’‘๐’‰๐’๐’๐’† ๐‘ท๐’‚๐’•๐’“๐’๐’ (๐‘ฝ๐‘บ๐‘ท) ialah aplikasi rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) y...
11/08/2026

๐‘ฝ๐‘ถ๐‘ณ๐‘ผ๐‘ต๐‘ป๐‘ฌ๐‘ฌ๐‘น ๐‘บ๐‘ด๐‘จ๐‘น๐‘ป๐‘ท๐‘ฏ๐‘ถ๐‘ต๐‘ฌ ๐‘ท๐‘จ๐‘ป๐‘น๐‘ถ๐‘ณ (๐‘ฝ๐‘บ๐‘ท)

๐Ÿš“ ๐‘ฝ๐’๐’๐’–๐’๐’•๐’†๐’†๐’“ ๐‘บ๐’Ž๐’‚๐’“๐’•๐’‘๐’‰๐’๐’๐’† ๐‘ท๐’‚๐’•๐’“๐’๐’ (๐‘ฝ๐‘บ๐‘ท) ialah aplikasi rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dibangunkan bagi menggalakkan kerjasama antara masyarakat dan pihak polis dalam mewujudkan komuniti yang lebih selamat, aman dan sejahtera.

โœจ ๐…๐ฎ๐ง๐ ๐ฌ๐ข ๐”๐ญ๐š๐ฆ๐š ๐•๐’๐

๐Ÿ“ 1. ๐‡๐š๐ง๐ญ๐š๐ซ ๐€๐๐ฎ๐š๐ง ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐Œ๐š๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐š๐ญ ๐‰๐ž๐ง๐š๐ฒ๐š๐ก

Pengguna boleh menyalurkan laporan berkaitan jenayah atau isu keselamatan kepada pihak polis dengan cepat, mudah dan berkesan.

๐Ÿ“ธ 2. ๐Œ๐ฎ๐š๐ญ ๐๐š๐ข๐ค ๐†๐š๐ฆ๐›๐š๐ซ, ๐•๐ข๐๐ž๐จ & ๐‹๐จ๐ค๐š๐ฌ๐ข ๐†๐๐’

Pengguna boleh melampirkan gambar, video serta lokasi kejadian bagi membantu pihak polis menjalankan siasatan dengan lebih tepat dan efisien.

๐Ÿšจ 3. ๐๐ฎ๐ญ๐š๐ง๐  ๐๐š๐ง๐ข๐ค (๐๐š๐ง๐ข๐œ ๐๐ฎ๐ญ๐ญ๐จ๐ง)

Butang panik membolehkan pengguna mendapatkan bantuan polis segera ketika berlaku kecemasan.

๐Ÿ  4. ๐๐จ๐ญ๐ข๐Ÿ๐ข๐ค๐š๐ฌ๐ข ๐๐š๐ฅ๐ข๐ค ๐Š๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐ 

Pengguna boleh memaklumkan perjalanan balik kampung kepada pihak polis supaya rondaan keselamatan dapat dilakukan di kawasan kediaman yang ditinggalkan.

๐Ÿ‘ฅ 5. ๐Œ๐š๐ญ๐š & ๐“๐ž๐ฅ๐ข๐ง๐ ๐š ๐Œ๐š๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ค๐š๐ญ

VSP menggalakkan masyarakat memainkan peranan aktif dalam membantu polis mencegah jenayah dan meningkatkan tahap keselamatan komuniti.

๐ŸŒŸ ๐Œ๐š๐ง๐Ÿ๐š๐š๐ญ ๐•๐’๐

โœ… Memudahkan komunikasi dengan pihak polis.
โœ… Membantu mempercepatkan tindakan balas terhadap aduan.
โœ… Meningkatkan kesedaran dan kerjasama komuniti.
โœ… Mewujudkan persekitaran yang lebih selamat dan harmoni.

๐Ÿ“Œ ๐‚๐š๐ซ๐š ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ค๐š๐ง ๐•๐’๐

1๏ธโƒฃ ๐ƒ๐š๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ ๐€๐ค๐š๐ฎ๐ง

Daftar menggunakan maklumat peribadi yang sah dan lengkap.

2๏ธโƒฃ ๐‡๐š๐ง๐ญ๐š๐ซ ๐Œ๐š๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐š๐ญ

Pilih kategori aduan atau maklumat serta lengkapkan butiran yang diperlukan.

3๏ธโƒฃ ๐‹๐š๐ฆ๐ฉ๐ข๐ซ & ๐‡๐š๐ง๐ญ๐š๐ซ

Muat naik gambar, video dan lokasi GPS sebelum menghantar laporan kepada pihak polis.

4๏ธโƒฃ ๐“๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š ๐Œ๐š๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฆ ๐๐š๐ฅ๐š๐ฌ

PDRM akan menyemak laporan yang diterima dan memberikan maklum balas kepada pengguna.

๐Ÿ“ฒ ๐Œ๐ฎ๐š๐ญ ๐“๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ง ๐€๐ฉ๐ฅ๐ข๐ค๐š๐ฌ๐ข

Aplikasi VSP boleh dimuat turun secara percuma melalui:

๐Ÿ“ฅ Google Play Store
๐Ÿ“ฅ Apple App Store

๐Ÿš” ๐๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐š๐ง ๐Š๐ž๐œ๐ž๐ฆ๐š๐ฌ๐š๐ง

Dalam situasi kecemasan, pengguna boleh menekan Butang Panik untuk mendapatkan bantuan segera daripada pihak polis.

โ€œ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’”๐’‚๐’Ž๐’‚ ๐‘ด๐’†๐’Ž๐’ƒ๐’‚๐’๐’•๐’– ๐‘ท๐’๐’๐’Š๐’” ๐‘ซ๐’†๐’Ž๐’Š ๐‘ฒ๐’†๐’”๐’†๐’๐’‚๐’Ž๐’‚๐’•๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’๐’Ž๐’–๐’๐’Š๐’•๐’Šโ€

โ€œ๐‘ฒ๐’†๐’”๐’†๐’๐’‚๐’Ž๐’‚๐’•๐’‚๐’ ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’Ž๐’–๐’๐’‚ ๐‘ซ๐’‚๐’“๐’Š๐’‘๐’‚๐’…๐’‚ ๐‘ฒ๐’Š๐’•๐’‚โ€

"๐‘ท๐‘ถ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘บ ๐‘ซ๐‘จ๐‘ต ๐‘ด๐‘จ๐‘บ๐’€๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ป ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘น๐‘ท๐‘ฐ๐‘บ๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ป๐‘ฐ๐‘จ๐‘ซ๐‘จ"

SIARAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH BATU GAJAH : KES SAMUN MENDATANGKAN KECEDERAAN
09/08/2026

SIARAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH BATU GAJAH : KES SAMUN MENDATANGKAN KECEDERAAN

SIARAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH BATU GAJAH : KES KECURIAN BEKALAN ELEKTRIK BAGI AKTIVITI PERLOMBONGAN BITCOIN DAN TANGKA...
30/07/2026

SIARAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH BATU GAJAH : KES KECURIAN BEKALAN ELEKTRIK BAGI AKTIVITI PERLOMBONGAN BITCOIN DAN TANGKAPAN DUA LELAKI TEMPATAN

PERHIMPUNAN BULANAN IPD BATU GAJAH JULAI 2026Batu Gajah, 29 Julai 2026 (Rabu) โ€“ IPD Batu Gajah telah mengadakan Perhimpu...
29/07/2026

PERHIMPUNAN BULANAN IPD BATU GAJAH JULAI 2026

Batu Gajah, 29 Julai 2026 (Rabu) โ€“ IPD Batu Gajah telah mengadakan Perhimpunan Bulanan bagi Bulan Julai 2026 bertempat di Dataran Situasi IPD Batu Gajah.

Perhimpunan ini telah dihadiri oleh YDH Supt. Rasyidi bin Harun, Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Gajah serta semua Ketua Bahagian, pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan pegawai awam.

Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Sang Saka Biru, bacaan doa serta lafaz ikrar Rukun Negara dan Taat Setia. Turut berlangsung penyampaian Sijil Kenaikan Pangkat daripada N1 ke N2 dan Surat Penghargaan kepada penerima yang layak, diikuti ucapan dan amanat oleh YDH Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Gajah.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima Sijil Kenaikan Pangkat serta Surat Penghargaan. Semoga pengiktirafan yang diterima menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang, berintegriti dan berdedikasi kepada pasukan serta masyarakat.

OPS LAKAR DIRAJA โ€“ KAWALAN KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM SEMPENA KEBERANGKATAN DYMM RAJA PERMAISURI PERAK DARUL RIDZ...
24/07/2026

OPS LAKAR DIRAJA โ€“ KAWALAN KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM SEMPENA KEBERANGKATAN DYMM RAJA PERMAISURI PERAK DARUL RIDZUAN, TUANKU ZARA SALIM KE PUSAT KOREKSIONAL BATU GAJAH

Batu Gajah, 24 Julai 2026 (Jumaat) โ€“ IPD Batu Gajah telah melaksanakan Ops Lakar Diraja sempena keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim ke Pusat Koreksional Batu Gajah, Perak bagi memastikan kawalan keselamatan dan ketenteraman awam berada pada tahap terbaik sepanjang program berlangsung.

Penugasan diketuai oleh YDH ACP Md Noor Aehawan bin Mohammad, Ketua Polis Daerah Batu Gajah selaku Pegawai Pemerintah, dibantu YDH Supt. Rasyidi bin Harun, Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Gajah selaku Penolong Pegawai Pemerintah. Turut terlibat ialah ASP Nor Atikah binti Ab. Rahman sebagai Pegawai Medan, ASP Nor Azman bin Nawi @ Ismail sebagai Pegawai Penyelaras dan Insp. Lukman bin Ismail sebagai Penolong Pegawai Penyelaras.

Seramai 72 pegawai dan anggota PDRM, melibatkan 11 Pegawai Kanan Polis (PKP) dan 61 Pegawai Rendah Polis (PRP) telah ditugaskan bagi melaksanakan kawalan keselamatan, kawalan lalu lintas, tugas am, Team Cantas, Cawangan Khas dan Light Strike Force (LSF).

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Datoโ€™ Ab. Wahab bin Datoโ€™ Seri Azizul Hassan, Orang Besar Jajahan Kinta, Datoโ€™ Salbiah binti Mohamed, Exco Kerajaan Negeri Perak, Rosoman bin Abu Bakar Che Din, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara Malaysia, Fayroz bin Ahmad Zawawi, Pengarah Penjara Negeri Perak, Zulhisham bin Ahmad Shukori, Pegawai Daerah Kinta, S. Tanabal A/L Socklingam, Pengarah Pusat Koreksional Batu Gajah dan Mohd. Razif bin Ramli, Yang Dipertua Majlis Daerah Batu Gajah.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan Ops Lakar Diraja telah berjalan dengan lancar, baik dan terkawal tanpa sebarang insiden keselamatan atau gangguan ketenteraman awam, sekali gus mencerminkan komitmen PDRM dalam memastikan keselamatan DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim serta kelancaran majlis.

Address

Batu Gajah

Telephone

+6053629222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Batu Gajah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share