Pendaftar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Pendaftar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Official Facebook Account of Registrar / Chief Operating Officer, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Tahniah Penerima Anugerah Hari Pentadbir Universiti Awam Malaysia 2026 dari Universiti Tun Hussein Onn MalaysiaSetinggi-...
23/08/2026

Tahniah Penerima Anugerah Hari Pentadbir Universiti Awam Malaysia 2026 dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada warga pentadbir UTHM atas pencapaian membanggakan dalam Hari Pentadbir Universiti Awam Malaysia (HPUA) 2026 yang berlangsung pada 20 hingga 22 Ogos 2026 di Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD), UiTM, Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

HPUA yang diperkenalkan oleh Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) merupakan platform tahunan bagi meraikan kecemerlangan pentadbir universiti awam, di samping memperkukuh hubungan kerjasama, mengiktiraf pencapaian serta meningkatkan kecekapan dan kemahiran pengurusan dalam kalangan pentadbir.

Dengan tema “Menyulam Aspirasi, Menjulang Profesionalisme Pentadbir”, HPUA 2026 turut memberi penekanan kepada pengiktirafan kecemerlangan, peningkatan kemahiran pengurusan serta galakan terhadap inovasi baharu dalam mendepani cabaran semasa pendidikan tinggi.

Antara program utama HPUA ialah Konvensyen Pentadbir Universiti Awam Malaysia (KPUA), Anugerah Pentadbir Gemilang Universiti Awam Malaysia, Pameran Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia serta Program Tanggungjawab Sosial Universiti Awam Malaysia (VCORE).

Dalam edisi tahun ini, sebanyak 15 anugerah berprestij ditawarkan yang merangkumi tiga kategori utama, iaitu Anugerah Perdana Pentadbir Universiti Awam, Anugerah Persatuan Pentadbir Universiti Awam dan Anugerah Pentadbir Terbilang Universiti Awam.

Tahniah diucapkan kepada:

Dr. Noraishah binti Daud
🥉 Anugerah Gangsa – Anugerah Pentadbir Unggul
🥈 Anugerah Perak – Anugerah Penulisan Sains Sosial

Encik Ahmad Khirul Nizam bin Ali
🥇 Anugerah Emas – Anugerah Khidmat Komuniti dan Kesukarelawanan
🥉 Anugerah Gangsa – Anugerah Penyelidikan Sains Sosial

Encik Ahmad Shah bin A. Rahim
🥉 Anugerah Gangsa – Anugerah Khidmat Komuniti dan Kesukarelawanan

Ts. Mohd Fadlullah bin Gimat
💎 Penarafan Diamond – Pembentangan Amalan Terbaik Universiti Awam

Puan Hawa binti Omar
🥇 Penarafan Emas – Pembentangan Amalan Terbaik Universiti Awam

Puan Suhailah binti Muhammad Philip
🥇 Penarafan Emas – Pembentangan Amalan Terbaik Universiti Awam

Encik Kasni bin Kasbullah
🥇 Penarafan Emas – Pembentangan Amalan Terbaik Universiti Awam

Persatuan Pegawai Pentadbir dan Ikhtisas (PENTAS) UTHM
🥇 Tempat Pertama – Anugerah Pameran Terbaik, Kategori Aktiviti Persatuan
Pembentang: Encik Anuar Raze bin Abd. Rahim
Penyedia Bahan Pembentangan Encik Reeza bin Abd Patah dan Encik Khairul Akmal Rahimi bin Ahmad Kamil

Lebih membanggakan, Ts. Mohd Fadlullah bin Gimat berjaya mengekalkan penarafan selama tiga tahun berturut-turut, iaitu pada 2022, 2024 dan 2026, sekali gus mencerminkan konsistensi kecemerlangan dalam mengetengahkan amalan terbaik universiti awam.

Pencapaian ini bukan sahaja menjadi kebanggaan kepada UTHM, malah mencerminkan profesionalisme, kompetensi, kreativiti dan komitmen warga pentadbir dalam memperkukuh pengurusan serta tadbir urus universiti.

Tahniah dan syabas kepada semua penerima. Semoga pengiktirafan ini terus menyemarakkan aspirasi untuk meningkatkan kecekapan, memperkasa inovasi dan menjulang profesionalisme pentadbir demi kecemerlangan UTHM.





21 Ogos 2026 | Penyampaian Watikah Kenaikan Pangkat Staf UTHMPendaftar / Ketua Pegawai Operasi UTHM, YBrs. Puan Shereen ...
21/08/2026

21 Ogos 2026 | Penyampaian Watikah Kenaikan Pangkat Staf UTHM

Pendaftar / Ketua Pegawai Operasi UTHM, YBrs. Puan Shereen Sabrina binti Abd Shukor telah menyempurnakan Penyampaian Watikah Kenaikan Pangkat kepada staf UTHM yang menerima kenaikan pangkat dalam pelbagai skim dan gred.

Kenaikan pangkat bukan sekadar pengiktirafan terhadap pencapaian dan sumbangan yang telah diberikan, tetapi turut hadir bersama tanggungjawab, amanah dan ekspektasi yang lebih besar.

Seiring dengan perubahan peranan, semua staf yang dinaikkan pangkat juga perlu bersedia untuk mengubah cara kerja, meningkatkan profesionalisme, memperkukuh kepimpinan serta memberikan nilai tambah yang lebih tinggi kepada PTJ dan universiti.

Tahniah kepada semua penerima. Semoga amanah baharu ini dilaksanakan dengan penuh integriti dan komitmen demi kecemerlangan UTHM.




20 Ogos 2026 | Majlis Sambutan Hari Pentadbir Universiti Awam Malaysia 2026Pendaftar / Ketua Pegawai Operasi UTHM, YBrs....
20/08/2026

20 Ogos 2026 | Majlis Sambutan Hari Pentadbir Universiti Awam Malaysia 2026

Pendaftar / Ketua Pegawai Operasi UTHM, YBrs. Puan Shereen Sabrina binti Abd Shukor telah hadir ke Sambutan Hari Pentadbir Universiti Awam Malaysia (HPUA) 2026 yang berlangsung di Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) UiTM, Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

Sambutan HPUA 2026 yang membawa tema “Menyulam Aspirasi Menjulang Profesionalisme Pentadbir” merupakan wadah bagi menghargai peranan dan sumbangan pentadbir dalam memperkukuh pengurusan serta tadbir urus institusi pendidikan tinggi awam.

Penganjuran sambutan kali Ke-6 ini juga ternyata lebih istimewa kerana ianya selari dengan Sambutan Jubli Perak Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) yang meraikan 25 tahun penubuhan MASTI sebagai platform yang menyatukan komuniti pentadbir universiti awam dalam memperkasa profesionalisme, kepakaran dan jaringan kerjasama.

Majlis telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Muhazam bin Mansor, Pendaftar UPM merangkap Penaung MASTI. Turut hadir bersama dalam majlis ini YBhg. Profesor Dr. Harsh*ta Aini binti Haroon, Pengarah Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), YBrs. Encik Wan Mohd Wazir bin Wan Abdul Wahab, Presiden MASTI, serta YBrs. Puan Hawa binti Omar, Presiden Persatuan Pegawai Pentadbir dan Ikhtisas (PENTAS) UTHM bersama barisan pentadbir universiti awam seluruh Malaysia.

Sambutan ini turut menjadi ruang untuk warga pentadbir berkongsi pengalaman, membina jaringan profesional serta memperkukuh iltizam dalam mendepani landskap pendidikan tinggi yang semakin dinamik dan mencabar.

Tahniah dan syabas turut diucapkan kepada para pentadbir UTHM yang telah menerima pengiktirafan dan anugerah dalam sambutan HPUA 2026. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus menyumbang dengan penuh integriti, profesionalisme dan komitmen dalam memacu kecemerlangan UTHM.

Menyulam aspirasi, menjulang profesionalisme demi memperkukuh peranan pentadbir sebagai penggerak kecemerlangan universiti.







19 OGOS 2026 | SESI PERBINCANGAN MENGENAI TRANSFORMASI SUMBER MANUSIA UTHMYBrs. Puan Shereen Sabrina binti Abd Shukor, P...
20/08/2026

19 OGOS 2026 | SESI PERBINCANGAN MENGENAI TRANSFORMASI SUMBER MANUSIA UTHM

YBrs. Puan Shereen Sabrina binti Abd Shukor, Pendaftar/Ketua Pegawai Operasi UTHM, bersama YBhg. Prof. Ts. Dr. Mas Fawzi bin Mohd Ali, Naib Canselor UTHM, telah menyertai Sesi Perbincangan Mengenai Transformasi Sumber Manusia yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sri Ibrahim bin Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM, di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya.

Sesi ini menjadi ruang strategik untuk membincangkan idea dan pandangan dalam membangunkan kerangka Transformasi Sumber Manusia (HR Transformation) UTHM yang lebih menyeluruh, berstruktur dan selari dengan aspirasi GTU2030.

Inisiatif ini mencerminkan pandangan jauh dan komitmen YBhg. Pengerusi LPU dalam melihat keperluan untuk mentransformasikan pengurusan sumber manusia agar lebih responsif, strategik dan bersedia mendepani perubahan landskap pendidikan tinggi.

Turut bersama dalam sesi perbincangan ialah Pengarah Pejabat Sumber Manusia (PSM) dan Pengarah Pusat Kepimpimpinan dan Kompetensi (PKK) yang memberikan pandangan serta perkongsian berdasarkan bidang kepakaran masing-masing.

Perbincangan ini diharap dapat menjadi asas kepada pembentukan kerangka HR Transformation yang bukan sahaja memperkukuh pengurusan bakat, kompetensi, kesejahteraan dan tadbir urus sumber manusia, malah menyokong aspirasi UTHM dalam melahirkan graduan GTU2030 yang kompeten, professional, berminda usahawan dan berpacukan teknologi. Transformasi sumber manusia yang kukuh mampu menjadi antara pemacu penting dalam membentuk ekosistem universiti yang mampu melahirkan bakat dan graduan yang bersedia menghadapi keperluan masa hadapan serta mendepani perubahan teknologi dan industri.



20 OGOS 2026 | SELAMAT MENYAMBUT HARI PENTADBIR UNIVERSITI AWAM 2026Selamat menyambut Hari Pentadbir Universiti Awam 202...
20/08/2026

20 OGOS 2026 | SELAMAT MENYAMBUT HARI PENTADBIR UNIVERSITI AWAM 2026

Selamat menyambut Hari Pentadbir Universiti Awam 2026 kepada seluruh warga pentadbir di Universiti Awam seluruh negara khususnya di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Tema sambutan pada tahun ini, “Menyulam Aspirasi Menjulang Profesionalisme Pentadbir”, cukup bermakna dalam menggambarkan peranan pentadbir sebagai penggerak utama yang menyokong kelancaran pengurusan, tadbir urus serta penyampaian perkhidmatan universiti.

Semoga warga pentadbir UTHM terus memperkukuh profesionalisme, kompetensi dan integriti dalam melaksanakan amanah, di samping sentiasa bersedia mendepani perubahan serta cabaran pengurusan pendidikan tinggi.

Terus menyulam aspirasi, menjulang profesionalisme dan memberikan yang terbaik demi kecemerlangan UTHM.

Selamat Hari Pentadbir Universiti Awam 2026!





19 OGOS 2026 | MERDEKA RAIL 69Pengurusan dan warga UTHM bersama rakan strategik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memu...
19/08/2026

19 OGOS 2026 | MERDEKA RAIL 69

Pengurusan dan warga UTHM bersama rakan strategik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memulakan perjalanan dari Stesen KTMB Kluang menuju ke Kuala Lumpur sempena Program Sambutan Bulan Kemerdekaan 2026.

Sepanjang perjalanan, warga UTHM turut mengisi masa dengan pengisian patriotik, perkongsian berkaitan perkhidmatan tren serta sesi perbincangan bersama KTMB.

Lebih menarik, perjalanan ini turut menjadi ruang untuk pertukaran idea dan perbincangan kerjasama antara UTHM dan KTMB, yang kemudiannya diteruskan dengan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) UTHM–KTMB di dalam tren.

Semoga perjalanan ini menjadi satu lagi landasan kepada kerjasama yang lebih erat antara UTHM dan KTMB, khususnya dalam memperluas jaringan strategik, perkongsian kepakaran serta membuka lebih banyak peluang untuk manfaat warga universiti dan pembangunan industri pengangkutan rel negara.




19/08/2026
18 OGOS 2026 | GALERI INTERAKTIF TEKNOLOGI KERETA API JOHORYBrs. Puan Shereen Sabrina binti Abd Shukor, Pendaftar/Ketua ...
18/08/2026

18 OGOS 2026 | GALERI INTERAKTIF TEKNOLOGI KERETA API JOHOR

YBrs. Puan Shereen Sabrina binti Abd Shukor, Pendaftar/Ketua Pegawai Operasi UTHM, turut hadir dalam Majlis Perasmian Galeri Interaktif Teknologi Kereta Api Johor yang berlangsung di Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA), UTHM.

Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Ir. Ts. Haji Mohamad Fazli bin Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor, dan turut dihadiri YBhg. Prof. Ts. Dr. Mas Fawzi bin Mohd Ali, Naib Canselor UTHM serta barisan pengurusan universiti.

Semoga inisiatif ini terus menjadi ruang yang menghubungkan sejarah, ilmu dan teknologi, sekali gus memperkaya pengalaman pembelajaran serta memperkukuh hubungan UTHM bersama pemegang taruh dan komuniti.

Kereta api menyusur landasan,
Berhenti sebentar di stesen lama;
Terima kasih atas kesudian,
Merasmikan galeri penuh bermakna.




18 OGOS 2026 | SESI RUNDING CARA KEPERLUAN PERJAWATAN DI BAWAH ABM TAHUN 2027Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ...
18/08/2026

18 OGOS 2026 | SESI RUNDING CARA KEPERLUAN PERJAWATAN DI BAWAH ABM TAHUN 2027

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hari ini menerima kunjungan delegasi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi sesi runding cara keperluan perjawatan di bawah Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Tahun 2027.

Sesi dimulakan dengan lawatan tapak ke Lapangan Terbang Tanjung Laboh dan taklimat berkaitan penempatan projek sebelum delegasi bergerak ke Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA), Kampus Induk untuk sesi runding cara.

Sesi runding cara turut disertai YBhg. Prof. Ts. Dr. Mas Fawzi bin Mohd Ali, Naib Canselor UTHM, YBrs. Puan Shereen Sabrina binti Abd Shukor, Pendaftar/Ketua Pegawai Operasi UTHM serta Encik Abd Ahmad Farid bin Md Said, Pengarah Pejabat Sumber Manusia.

Pertemuan ini menjadi ruang perbincangan dan penelitian bersama berkaitan keperluan perjawatan UTHM, termasuk aspek struktur organisasi dan perancangan sumber manusia bagi memastikan keperluan perjawatan universiti sentiasa selari dengan hala tuju serta keperluan semasa.




17 OGOS 2026 | KUNJUNGAN HORMAT PROVOST UTHM PAGOHYBrs. Puan Shereen Sabrina binti Abd Shukor, Pendaftar / Ketua Pegawai...
17/08/2026

17 OGOS 2026 | KUNJUNGAN HORMAT PROVOST UTHM PAGOH

YBrs. Puan Shereen Sabrina binti Abd Shukor, Pendaftar / Ketua Pegawai Operasi UTHM, telah menerima kunjungan hormat Prof. Ts. Dr. Abdul Mutalib bin Leman, Provost UTHM Pagoh, di Pejabat Pendaftar.

Pertemuan ini menjadi ruang perkongsian dan pertukaran pandangan berkaitan beberapa perkara strategik melibatkan pengurusan sumber manusia, kebajikan warga, pembangunan kemudahan serta perancangan dan hala tuju UTHM Pagoh.

Perbincangan turut menyentuh beberapa inisiatif yang sedang dan akan dilaksanakan bagi memperkukuh persekitaran kerja serta kesejahteraan warga UTHM Pagoh, di samping meneroka peluang untuk memperkasakan pembangunan kampus melalui pendekatan yang lebih mampan, inovatif dan memberi nilai tambah kepada warga universiti serta komuniti setempat.

YBrs. Puan Pendaftar merakamkan penghargaan atas kunjungan tersebut dan berharap hubungan kerjasama antara Pejabat Pendaftar dan UTHM Pagoh terus diperkukuh, khususnya dalam memastikan keperluan warga, kelancaran pengurusan serta agenda pembangunan universiti dapat dilaksanakan secara bersepadu.



Address

Universiti Tun Hussein Onn
Batu Pahat
86400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pendaftar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pendaftar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia:

Shortcuts

Share