16/06/2026
🎉❤️ 米那务固村委会双亲节感恩活动圆满举行 ❤️🎉
米那务固村委会于2026年6月15日成功举办“双亲节感恩活动”,并在温馨、欢乐及充满爱的氛围中圆满落幕。
本次活动获得村民们的热烈响应,大家携同父母及家人踊跃参与,共同度过一个意义非凡的夜晚。活动现场除了享用丰盛的自助餐外,也进行了幸运抽奖环节,为大家带来无限欢乐与惊喜。
在此,米那务固村委会谨向所有出席的村民、长者及家属致以最诚挚的谢意。感谢大家的支持与参与,让活动得以顺利举行。同时,也感谢所有赞助商、筹委会成员及义工伙伴们的无私付出与辛勤筹备,大家齐心协力,成就了一场温馨而成功的社区活动。
双亲节不仅是表达感恩的日子,更提醒我们珍惜亲情、孝敬父母。希望透过此次活动,能够进一步促进家庭和谐,增进邻里情谊,共同营造一个充满关爱与温暖的社区。
最后,再次感谢大家的支持与参与。让我们继续携手努力,为米那务固打造一个更团结、更和谐、更美好的家园。
❤️ 感恩有您,一路同行!
—— 米那务固村委会 敬上 ——
📅 2026年6月16日
🎉❤️ Majlis Penghargaan Hari Ibu Bapa Kampung Baru Minyak Beku Berlangsung Dengan Jayanya ❤️🎉
Jawatankuasa Kampung Baru Minyak Beku ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah hadir dan memberikan sokongan kepada Majlis Penghargaan Hari Ibu Bapa 2026, yang telah berlangsung dengan meriah, penuh kemesraan dan kasih sayang.
Majlis ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk kampung yang hadir bersama ibu bapa dan ahli keluarga masing-masing. Selain menikmati jamuan bufet yang disediakan, para hadirin juga turut memeriahkan acara cabutan bertuah yang membawa kegembiraan dan kenangan manis kepada semua.
Pihak jawatankuasa ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu, penduduk kampung, para penaja, ahli jawatankuasa serta sukarelawan yang telah memberikan kerjasama, sokongan dan sumbangan dalam menjayakan program ini. Tanpa komitmen dan semangat kebersamaan daripada semua pihak, majlis ini tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan begitu lancar dan berjaya.
Semoga sambutan ini dapat terus menyemai nilai kasih sayang, hormat-menghormati dan penghargaan terhadap jasa ibu bapa, di samping mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan silaturahim dalam komuniti kita.
Sekali lagi, terima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis ini.
❤️ Terima Kasih Atas Sokongan Anda. Bersama Kita Memupuk Kasih Sayang dan Keharmonian Komuniti.
Jawatankuasa Kampung Baru Minyak Beku
📅 16 Jun 2026