Pejabat Perikanan Daerah Batu Pahat

Pejabat Perikanan Daerah Batu Pahat Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Perikanan Daerah Batu Pahat, Government Organization, PEJABAT PERIKANAN DAERAH BATU PAHAT, JKR 1444 Jalan Pantai, Batu Pahat.

25/05/2026

PENGUMUMAN CUTI PERISTIWA PADA 25 MEI 2026 (ISNIN) SEMPENA KEJAYAAN KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA'ZIM (JDT) MENJUARAI PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2025/26

22/05/2026

Pindaan Seksyen 27 telah memperluaskan larangan ke atas penyu untuk merangkumi perbuatan seperti membunuh, mengambil, memiliki, menjual, membeli, mengeksport, mengangkut atau menyimpan, termasuklah sebarang bahagian badan penyu.

Kenaikan Maksimum denda daripada RM5 Ribu kepada RM250 Ribu
Nak tahu apa lagi yang dipinda? Rujuk poster di sebelah untuk ringkasan penuh.







21/05/2026

Tilapia Dagu Hitam (Sarotherodon melanotheron) merupakan spesies ikan invasif yang sangat agresif, cepat membiak dan mampu hidup dalam pelbagai habitat termasuk air tawar, paya bakau serta muara sungai. Kehadirannya boleh mengganggu keseimbangan ekosistem dengan menyaingi spesies ikan tempatan dari segi makanan, habitat dan ruang hidup sehingga menjejaskan biodiversiti serta sumber perikanan negara.

Sebagai masyarakat yang prihatin terhadap kelestarian alam, elakkan pelepasan spesies asing ke perairan umum dan laporkan kehadiran Tilapia Dagu Hitam kepada pihak berkuasa sekiranya dikesan. Bersama kita lindungi ekosistem akuatik dan khazanah perikanan negara untuk generasi akan datang.







20/05/2026
20/05/2026
19/05/2026

HENTIKAN AMALAN MENANGKAP IKAN YANG MEMUSNAHKAN!

Tahukah anda? Menangkap ikan menggunakan bahan letupan, racun, pencemar, arus elektrik, atau alat yang dilarang adalah satu kesalahan yang amat serius.

Kini, hukuman yang jauh lebih berat menanti pesalah! Di bawah pindaan Seksyen 26 Akta Perikanan, pesalah boleh didenda maksimum sehingga RM 250,000, atau dipenjara tidak melebihi 5 tahun, atau kedua-duanya sekali.

Ingat, anda bukan sahaja bersalah jika menggunakannya, malah tindakan membawa, menyimpan peralatan berbahaya ini, atau memiliki ikan yang ditangkap melalui cara haram ini juga merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang.

Mari bersama-sama lindungi ekosistem perairan kita daripada kemusnahan!







19/05/2026

๐—–๐—จ๐—ง๐—œ ๐—จ๐— ๐—จ๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ช๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ž & ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—œ-๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—”๐—š๐—ข๐—ก๐—š

Dimaklumkan bahawa sambutan Hari Wesak yang jatuh pada 31 Mei 2026 (Ahad) melayakkan pekerja menerima cuti gantian pada 2 Jun 2026 (Selasa), selaras dengan peruntukan semasa yang berkuat kuasa.

Manakala, Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong pada 1 Jun 2026 (Isnin) merupakan cuti umum wajib yang perlu diberikan kepada pekerja dan tidak boleh digantikan, sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Kerja 1955.

Semoga hebahan ini menjadi panduan kepada semua pihak dalam merancang urusan kerja, perjalanan serta komitmen harian dengan lebih tersusun dan efisien.






abubakar

15/05/2026

Jom jadikan ikan akuakultur sebagai pilihan utama di meja makan anda! Ikan akuakultur bukan sahaja segar dan berkualiti, malah kaya dengan nutrien penting seperti protein, Omega-3, vitamin dan mineral yang baik untuk kesihatan seisi keluarga. Pelbagai spesies seperti tilapia, keli, patin, siakap dan udang putih menawarkan rasa yang enak serta boleh dipelbagaikan dalam pelbagai hidangan harian.

Selain memberikan sumber makanan yang selamat dan berkualiti, pemilihan produk akuakultur juga membantu menyokong kelestarian sumber perikanan negara. Produk akuakultur yang diperakui seperti myGAP dipantau dari aspek kebersihan, keselamatan dan kesegaran bagi memastikan pengguna mendapat hasil yang terbaik. Ayuh bersama-sama menyokong industri akuakultur tempatan demi kesihatan, ekonomi dan kelestarian alam sekitar.







๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—œ๐—•๐—จโ€œKasih ibu membawa ke syurga,pengorbanan ibu tiada nilainya.Terima kasih atas segala kasih sayang, doa d...
10/05/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—œ๐—•๐—จ

โ€œKasih ibu membawa ke syurga,
pengorbanan ibu tiada nilainya.
Terima kasih atas segala kasih sayang, doa dan pengorbanan yang tidak pernah putus.
Semoga semua ibu sentiasa diberikan kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan hidup.โ€

Ikhlas daripada
๐™’๐™–๐™ง๐™œ๐™– ๐™†๐™š๐™ง๐™Ÿ๐™– ๐™‹๐™š๐™Ÿ๐™–๐™—๐™–๐™ฉ ๐™‹๐™š๐™ง๐™ž๐™ ๐™–๐™ฃ๐™–๐™ฃ ๐˜ฟ๐™–๐™š๐™ง๐™–๐™ ๐˜ฝ๐™–๐™ฉ๐™ช ๐™‹๐™–๐™๐™–๐™ฉ

๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ง๐—จ๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ง๐—จ ๐— ๐—”๐—จ๐—ก๐—š, ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐——๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—ง๐—จ๐—๐—จ๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—๐—œ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜ ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—•๐—”...
08/05/2026

๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ง๐—จ๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ง๐—จ ๐— ๐—”๐—จ๐—ก๐—š, ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐——๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—ง๐—จ๐—๐—จ๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—๐—œ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜ ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—•๐—”๐—ง๐—จ ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—”๐—š๐—”๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—”๐—›๐—”๐—š๐—œ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—”๐—ž๐—ง๐—œ๐—ฉ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—•๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—ง๐—œ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ

๐—•๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—Ÿ๐—ฎ๐˜‚๐˜, ๐—ฅ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ถ๐˜, ๐—•๐—ฎ๐˜๐˜‚ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜ | ๐Ÿณ ๐— ๐—ฒ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€“ Institut Penyelidikan Perikanan Batu Maung, Pulau Pinang mengadakan lawatan tapak bagi tujuan kajian kerang bersama bersama Universiti Malaysia Terengganu di kawasan perairan Tapak Lot Bagan Laut, Rengit.

Program tersebut dihadiri oleh Ketua Daerah Perikanan Daerah Batu Pahat (๐—˜๐—ป. ๐—ญ๐—ฎ๐—ธ๐—ถ ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐—”๐—น๐—ถ), Pegawai Pusat Penyelidikan Pentaksiran Impak IPP Batu Maung , Pulau Pinang (๐—˜๐—ป. ๐— ๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ ๐—™๐—ฎ๐—ฟ๐—ผ๐˜‚๐—ธ ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐—ป), Pegawai IPP Gelang Patah (๐—˜๐—ป. ๐—”๐—ฏ๐˜‚ ๐—•๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐—ง๐˜‚๐—บ๐—ถ๐—ป) dan Pensyarah UMT (๐——๐—ฟ. ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ ๐—ก๐—ผ๐—ฟ ๐—”๐˜‡๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐— ๐—ฑ ๐—”๐—ฑ๐—ถ๐—ฏ) serta komuniti Nelayan Bagan Laut, Rengit Batu Pahat.

Lawatan ini bertujuan Mengenal Pasti Parameter Persekitaran Utama Yang Mempengaruhi Taburan Habitat Semula Jadi Dan Pertumbuhan Benih Kerang (Tegillarca Granosa) Di Kawasan Semula Jadi Dan Ternakan.

Program ini telah mendapat kerjasama yang baik daripada komuniti setempat dan dilihat sebagai satu usaha murni yang wajar diteruskan pada masa hadapan demi menjamin kelangsungan sumber rezeki nelayan kerang- kerangan di kawasan tersebut.

DOF Malaysia
Zahari Sarip.
Onn Hafiz Ghazi
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan



Address

PEJABAT PERIKANAN DAERAH BATU PAHAT, JKR 1444 Jalan Pantai
Batu Pahat
83000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Perikanan Daerah Batu Pahat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share