Komunitikemaswilayah

Komunitikemaswilayah Program di bawah KEMAS Wilayah Persekutuan

𝑰𝒏𝒊𝒔𝒊𝒂𝒕𝒊𝒇 𝑩𝒂𝒉𝒂𝒓𝒖 𝑲𝑬𝑴𝑨𝑺 𝑾𝒊𝒍𝒂𝒚𝒂𝒉 𝑷𝒆𝒓𝒔𝒆𝒌𝒖𝒕𝒖𝒂𝒏: 𝑺𝒎𝒂𝒓𝒕 𝑲𝒂𝒃𝒊𝒏 & 𝑪𝒐𝒎𝒎𝒖𝒏𝒊𝒕𝒚 𝑩𝒂𝒓𝒃𝒆𝒓 𝒅𝒊 𝑷𝑲𝑴 𝑲𝒈 𝑺𝒓𝒊 𝑩𝒂𝒕𝒖 KEMAS Wilayah Persekutuan ...
29/04/2025

𝑰𝒏𝒊𝒔𝒊𝒂𝒕𝒊𝒇 𝑩𝒂𝒉𝒂𝒓𝒖 𝑲𝑬𝑴𝑨𝑺 𝑾𝒊𝒍𝒂𝒚𝒂𝒉 𝑷𝒆𝒓𝒔𝒆𝒌𝒖𝒕𝒖𝒂𝒏: 𝑺𝒎𝒂𝒓𝒕 𝑲𝒂𝒃𝒊𝒏 & 𝑪𝒐𝒎𝒎𝒖𝒏𝒊𝒕𝒚 𝑩𝒂𝒓𝒃𝒆𝒓 𝒅𝒊 𝑷𝑲𝑴 𝑲𝒈 𝑺𝒓𝒊 𝑩𝒂𝒕𝒖

KEMAS Wilayah Persekutuan terus melangkah ke hadapan dalam usaha memperkasa komuniti setempat! Terima kasih atas kerjasama yang erat, ruang hadapan PKM Batu kini bakal dimanfaatkan sepenuhnya melalui penyediaan dua buah Smart Kabin yang membawa misi besar.

✨ Smart Kabin Usahawan KEMAS
Satu kabin khas akan memuatkan usahawan minuman dan masakan KEMAS, membuka ruang kepada produk tempatan berkualiti diketengahkan di tengah-tengah komuniti.

💈 Community Barber
Sebuah lagi kabin akan dibentuk sebagai Community Barber — inisiatif yang memberi peluang kepada anak-anak asnaf menceburi bidang kemahiran gunting rambut.

Kedua-dua ruang ini bukan sekadar tempat berniaga, tetapi platform menjana perubahan. Fokus utama adalah menyasarkan anak-anak asnaf untuk menyertai, seterusnya memutuskan rantaian kemiskinan bandar melalui pembangunan kemahiran dan keusahawanan.

📌 Untuk rekod, KEMAS Wilayah Persekutuan juga telah dilantik sebagai ahli Task Force Pembasmian Kemiskinan, sejajar dengan komitmen berterusan membantu golongan yang memerlukan.


🎮🔥 𝐑𝐔𝐑𝐀𝐋 𝐄𝐒𝐏𝐎𝐑𝐓𝐒 𝟐.𝟎 𝐊𝐄𝐌𝐁𝐀𝐋𝐈 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐈𝐌𝐏𝐀𝐊 𝐋𝐄𝐁𝐈𝐇 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑! 🔥🎮 Kunjungan Hormat KEMAS Wilayah ke Spacerubix, ESIProgram Rural...
29/04/2025

🎮🔥 𝐑𝐔𝐑𝐀𝐋 𝐄𝐒𝐏𝐎𝐑𝐓𝐒 𝟐.𝟎 𝐊𝐄𝐌𝐁𝐀𝐋𝐈 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐈𝐌𝐏𝐀𝐊 𝐋𝐄𝐁𝐈𝐇 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑! 🔥🎮
Kunjungan Hormat KEMAS Wilayah ke Spacerubix, ESI

Program Rural eSports 2.0 kini mendapat suntikan semangat baru apabila IMPACT di bawah eSports Integrated (ESI) rasmi menjadi rakan strategik utama bagi menjayakan program ini sempena National Training Week 2025!

📅 Tarikh: 14–16 Jun 2025
📍 Lokasi serentak di 4 venue:
1️⃣ Tapak National Training Week
2️⃣ Spacerubix, ESI
3️⃣ Pusat Kegiatan Masyarakat, Kg Sri Batu
4️⃣ Online platform

💥 Dijangka lebih 1,200 peserta akan bertanding mewakili pasukan masing-masing — menandakan eSports bukan lagi eksklusif bandar, tapi milik semua!

Rural eSports 2.0 bukan sekadar pertandingan, tapi satu platform pencarian bakat baru dari luar bandar, memperkasa komuniti belia dengan peluang dalam dunia digital dan profesional gaming. 🕹️🌍

Nantikan info pendaftaran dan hadiah menarik tak lama lagi! Stay tuned, champions. 💪🎧

🤝✨ 𝙆𝙀𝙈𝘼𝙎 𝙒𝙞𝙡𝙖𝙮𝙖𝙝 𝙋𝙚𝙧𝙨𝙚𝙠𝙪𝙩𝙪𝙖𝙣 𝙓 𝙐𝙋𝙎𝙄 | 𝙋𝙚𝙧𝙗𝙞𝙣𝙘𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙆𝙚𝙧𝙟𝙖𝙨𝙖𝙢𝙖 𝙋𝙚𝙢𝙗𝙖𝙣𝙜𝙪𝙣𝙖𝙣 𝘼𝙄 & 𝙋𝙧𝙤𝙜𝙧𝙖𝙢 𝙆𝙤𝙢𝙪𝙣𝙞𝙩𝙞KEMAS Wilayah Persekutuan ...
29/04/2025

🤝✨ 𝙆𝙀𝙈𝘼𝙎 𝙒𝙞𝙡𝙖𝙮𝙖𝙝 𝙋𝙚𝙧𝙨𝙚𝙠𝙪𝙩𝙪𝙖𝙣 𝙓 𝙐𝙋𝙎𝙄 | 𝙋𝙚𝙧𝙗𝙞𝙣𝙘𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙆𝙚𝙧𝙟𝙖𝙨𝙖𝙢𝙖 𝙋𝙚𝙢𝙗𝙖𝙣𝙜𝙪𝙣𝙖𝙣 𝘼𝙄 & 𝙋𝙧𝙤𝙜𝙧𝙖𝙢 𝙆𝙤𝙢𝙪𝙣𝙞𝙩𝙞

KEMAS Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh Encik Azlan Mohamed telah mengadakan sesi pertemuan bersama Dr. Hariz Othman, Timbalan Dekan Jabatan Meta-Teknologi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Perbincangan ini memberi tumpuan kepada: 📌 Pembangunan pembelajaran berasaskan AI (Artificial Intelligence)
📌 Pelaksanaan Twinning Program menerusi inisiatif SULAM dan Ruang Daya Cipta
📌 Program komuniti digital seperti Pusat Digital & E-Reads KEMAS yang bakal dilaksanakan secara PERCUMA untuk masyarakat!

Kerjasama ini bakal membuka ruang lebih luas untuk masyarakat mendapat akses kepada pendidikan digital dan teknologi semasa. Satu langkah ke hadapan untuk memperkasa komuniti melalui ilmu dan inovasi! 💻🌍


🎉 𝐌𝐄𝐑𝐈𝐀𝐇 & 𝐆𝐄𝐌𝐏𝐀𝐊! 🎉𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐊𝐈𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐑...
27/04/2025

🎉 𝐌𝐄𝐑𝐈𝐀𝐇 & 𝐆𝐄𝐌𝐏𝐀𝐊! 🎉

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐊𝐈𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍

Alhamdulillah, Program Pemerkasaan Masyarakat MADANI bersama Kakitangan KEMAS Wilayah Persekutuan 2025 dan Meriah Raya Negeri Wilayah Persekutuan telah berjaya dilaksanakan dengan penuh gilang-gemilang di Denai Hall, Sri Gombak hari ini! 🌟

Bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang, program ini menghimpunkan seluruh warga KEMAS Wilayah Persekutuan, termasuk Pendidik TABIKA dan Pemaju Masyarakat, dalam satu acara yang penuh dengan semangat kekeluargaan dan muafakat.

Program ini selari dengan aspirasi Malaysia MADANI, dalam membentuk masyarakat berilmu, berdaya saing dan berpekerti tinggi. Ia juga menjadi platform mengeratkan hubungan antara semua warga kerja KEMAS serta memperkukuhkan komitmen ke arah kecemerlangan perkhidmatan untuk rakyat. 🇲🇾✨

Tahniah kepada semua yang terlibat! Semoga kita terus melangkah gagah dalam memartabatkan peranan KEMAS sebagai penggerak komuniti madani. 💪🏼


📚✨ 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐏𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐊𝐔𝐌𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 & 𝐏𝐑𝐎𝐅𝐄𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 ✨📚📍 Hotel Mudzaffar, Melaka (19 April 20...
21/04/2025

📚✨ 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐏𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐊𝐔𝐌𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 & 𝐏𝐑𝐎𝐅𝐄𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 ✨📚
📍 Hotel Mudzaffar, Melaka (19 April 2025)

Kursus ini telah berlangsung dengan jayanya, menghimpunkan barisan kepimpinan kanan dan profesional KEMAS dari seluruh negara dalam usaha memperkasa dan memperkukuhkan tadbir urus organisasi ke arah yang lebih cemerlang dan berintegriti.

Turut hadir adalah pengurusan tertinggi KEMAS Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh Encik Azlan Bin Mohamed, selaku Pengarah KEMAS Wilayah Persekutuan bersama-sama kepimpinan tertinggi KEMAS Malaysia dari pelbagai negeri.

💼 Antara pengisian utama kursus ini termasuk:
🔹 Slot Integriti & Tadbir Urus – membina asas kepimpinan beretika
🔹 Pengurusan Pentadbiran Strategik – mempertingkat sistem kerja
🔹 Santai bersama Mantan Ketua Pengarah KEMAS, Dato’ Hasan Mohd Amin – perkongsian pengalaman penuh inspirasi.

🛠️ 𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐄𝐕𝐄𝐍𝐓 𝟐.𝟎 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 🛠️17 April 2025 – Bagi menyokong ag...
20/04/2025

🛠️ 𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐄𝐕𝐄𝐍𝐓 𝟐.𝟎 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 🛠️

17 April 2025 – Bagi menyokong agenda pendigitalan pengurusan program, KEMAS Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Bengkel Peluasan Sistem Event 2.0 bertempat di dua lokasi iaitu Ruang Daya Cipta Pusat Digital KEMAS PKM Kg Sri Batu dan INFRA Bangi.

Bengkel ini merupakan satu langkah proaktif dalam memperluas penggunaan Sistem Event 2.0, yang dibangunkan untuk meningkatkan kecekapan perancangan, pelaksanaan, dan pelaporan aktiviti-aktiviti KEMAS secara lebih sistematik dan bersepadu.

📌 Antara objektif utama bengkel ini ialah:

💻 peserta kepada fungsi dan ciri-ciri baharu dalam Event 2.0

💻 kemahiran pegawai KEMAS dalam pengendalian sistem digital

💻 keselarasan pelaporan di seluruh Parlimen di Wilayah Persekutuan

💻 ruang latihan praktikal secara langsung bersama panel teknikal

Bengkel ini disertai oleh pegawai-pegawai dari semua peringkat pentadbiran KEMAS Wilayah Persekutuan, termasuk penyelia dan petugas teknikal, yang komited dalam menjayakan transformasi digital KEMAS seiring dengan keperluan semasa.

Dengan pelaksanaan sistem ini, KEMAS bersedia melangkah ke fasa baharu dalam pengurusan program yang lebih efisien, telus dan berimpak tinggi kepada komuniti.

🔥 𝙉𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣𝙖𝙡 𝙏𝙧𝙖𝙞𝙣𝙞𝙣𝙜 𝙒𝙚𝙚𝙠 𝙠𝙚𝙢𝙗𝙖𝙡𝙞 𝙡𝙖𝙜𝙞! 🔥  𝙆𝙤𝙡𝙖𝙗𝙤𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙝𝙚𝙗𝙖𝙩 𝙖𝙣𝙩𝙖𝙧𝙖 𝙆𝙀𝙈𝘼𝙎 𝙒𝙞𝙡𝙖𝙮𝙖𝙝 𝙋𝙚𝙧𝙨𝙚𝙠𝙪𝙩𝙪𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙣 𝙃𝙍𝘿 𝘾𝙤𝙧𝙥𝙤𝙧𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣 𝙗𝙖𝙠𝙖𝙡 𝙢𝙚...
20/04/2025

🔥 𝙉𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣𝙖𝙡 𝙏𝙧𝙖𝙞𝙣𝙞𝙣𝙜 𝙒𝙚𝙚𝙠 𝙠𝙚𝙢𝙗𝙖𝙡𝙞 𝙡𝙖𝙜𝙞! 🔥

𝙆𝙤𝙡𝙖𝙗𝙤𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙝𝙚𝙗𝙖𝙩 𝙖𝙣𝙩𝙖𝙧𝙖 𝙆𝙀𝙈𝘼𝙎 𝙒𝙞𝙡𝙖𝙮𝙖𝙝 𝙋𝙚𝙧𝙨𝙚𝙠𝙪𝙩𝙪𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙣 𝙃𝙍𝘿 𝘾𝙤𝙧𝙥𝙤𝙧𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣 𝙗𝙖𝙠𝙖𝙡 𝙢𝙚𝙢𝙚𝙧𝙞𝙖𝙝𝙠𝙖𝙣 𝙉𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣𝙖𝙡 𝙏𝙧𝙖𝙞𝙣𝙞𝙣𝙜 𝙒𝙚𝙚𝙠 𝟐𝟎𝟐𝟓!! 🎉

Tahun lepas kita berjaya menarik lebih 300,000 pengunjung, dan tahun ini kita sasar lebih besar — 1 JUTA pengunjung! 💥

Pelbagai program menarik menanti anda, antaranya:

🎮 Rural E-Sport – platform untuk bakat gaming luar bandar
⚽ Soccerkids Tournament – semai bakat bola sepak sejak kecil
🙌 Meet & Greet bersama Lagenda Liverpool, Ian Rush dan Gamer Soloz
🍳 Masak bersama Khairul Aming – jumpa idola dapur anda secara live!.. dan banyak lagi kejutan menanti!

📅 Jangan lepaskan peluang untuk turut serta dalam minggu latihan terbesar negara!

|Pencarian Pengacara Cilik Bagi TABICAST ( Program TABIKA Podcast)Hari ini, sebanyak 14 orang pencalonan dari pelbagai P...
18/04/2025

|Pencarian Pengacara Cilik Bagi TABICAST ( Program TABIKA Podcast)

Hari ini, sebanyak 14 orang pencalonan dari pelbagai Parlimen untuk menonjolkan bakat kanak-kanak yang berkemampuan tampil di hadapan mikrofon,mengendalikan sesi temubual serta menyampaikan informasi dengan cara yang menarik dan interaktif.

Sepanjang sesi pencarian tersebut,dapat dilihat kanak-kanak TABIKA bukan sahaja dapat menguasai kemahiran asas 3M (Membaca,Menulis dan Mengira) tetapi dapat melihat keyakinan dan kemahiran komunikasi kanak-kanak yang petah bercakap. Kanak-kanak seawal usia 5 tahun juga mampu untuk tampil di hadapan mikrofon.

Pencarian ini adalah untuk mewujudkan TABICAST ( Program TABIKA Podcast). Rancangan ini bakal dikendalikan oleh kanak-kanak dalam menemubual tokoh-tokoh di Malaysia.

Selain itu,penglibatan ibubapa juga secara tidak langsung memberi peluang kepada ibu bapa dan guru saling berbincang dan berkongsi pendapat mengenai perkembangan anak-anak di rumah atau di sekolah. Ibu bapa dan guru boleh bertukar pandangan yang membina bagi membantu dalam meningkatkan pencapaian kanak-kanak.

Pertemuan santai, hasil yang bermakna..... Satu pertemuan tidak rasmi telah diadakan antara Pengarah KEMAS Wilayah Perse...
16/04/2025

Pertemuan santai, hasil yang bermakna.....

Satu pertemuan tidak rasmi telah diadakan antara Pengarah KEMAS Wilayah Persekutuan, Sdr Azlan Mohamed dan Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia, Sdr Faizal Iqram bagi membincangkan kerjasama dalam memperkasakan program pemugaran jati diri warga kerja dan rakyat Malaysia secara keseluruhan.

Hasil perbincangan ini, KEMAS akan mula menyerap elemen kenegaraan dalam program-program anjurannya, sebagai usaha berterusan memupuk semangat cinta akan tanah air dalam kalangan rakyat, khususnya di Wilayah Persekutuan.


🔥𝑷𝑹𝑶𝑮𝑹𝑨𝑴 𝑷𝑬𝑴𝑩𝑨𝑵𝑮𝑼𝑵𝑨𝑵 𝑩𝑶𝑳𝑨 𝑺𝑬𝑷𝑨𝑲 𝑨𝑲𝑨𝑹 𝑼𝑴𝑩𝑰 (𝑺𝑶𝑪𝑪𝑬𝑹 𝑲𝑰𝑫) 𝑲𝑬𝑴𝑨𝑺 𝑾𝑰𝑳𝑨𝒀𝑨𝑯 𝑷𝑬𝑹𝑺𝑬𝑲𝑼𝑻𝑼𝑨𝑵 𝑪𝑰𝑷𝑻𝑨 𝑺𝑬𝑱𝑨𝑹𝑨𝑯 𝑩𝑨𝑹𝑼🔥15 April 2025 – Satu...
15/04/2025

🔥𝑷𝑹𝑶𝑮𝑹𝑨𝑴 𝑷𝑬𝑴𝑩𝑨𝑵𝑮𝑼𝑵𝑨𝑵 𝑩𝑶𝑳𝑨 𝑺𝑬𝑷𝑨𝑲 𝑨𝑲𝑨𝑹 𝑼𝑴𝑩𝑰 (𝑺𝑶𝑪𝑪𝑬𝑹 𝑲𝑰𝑫) 𝑲𝑬𝑴𝑨𝑺 𝑾𝑰𝑳𝑨𝒀𝑨𝑯 𝑷𝑬𝑹𝑺𝑬𝑲𝑼𝑻𝑼𝑨𝑵 𝑪𝑰𝑷𝑻𝑨 𝑺𝑬𝑱𝑨𝑹𝑨𝑯 𝑩𝑨𝑹𝑼🔥

15 April 2025 – Satu lagi langkah signifikan dalam pembangunan modal insan negara telah dilakar melalui Program Pembangunan Bola Sepak Akar Umbi (Soccer Kid) yang dilaksanakan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Wilayah Persekutuan. Program ini bakal menyaksikan penubuhan Akademi Bola Sepak Akar Umbi Liverpool FC (Malaysia) – sebuah inisiatif yang menggabungkan sukan dan pendidikan melalui pendekatan menyeluruh dan inklusif.

Akademi ini akan menggunakan modul kurikulum yang diiktiraf antarabangsa, iaitu Football Smart Intelligent, yang menekankan pembangunan teknikal, taktikal, kecerdasan permainan dan sahsiah diri anak-anak muda. Dengan sokongan dan peranan aktif KEMAS dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebagai anchor agency, projek ini akan dilaksanakan melalui pendekatan "bottom-up", dari masyarakat untuk masyarakat.

Akademi ini menyasarkan penyertaan aktif daripada 13 Parlimen di Wilayah Persekutuan, sebagai permulaan kepada gelombang pembangunan sukan akar umbi yang lebih menyeluruh dan mampan.

Penubuhan akademi ini menandakan akademi keempat hasil aspirasi dan usaha gigih penggerak utama inisiatif ini, selepas:

⚽️ Muzik Orang Asli di Damansara Damai

⚽️ Sukan Orang Asli di Putra Asli, Terengganu

Penubuhan akademi-akademi ini adalah sebahagian daripada visi jangka panjang dalam membina generasi masa depan yang seimbang dari segi rohani, jasmani dan emosi.Program ini juga membawa semangat , di mana elemen pendidikan dan kemahiran teknikal digabungkan dalam bidang sukan, sejajar dengan hasrat negara untuk melahirkan atlet dan warganegara yang berpengetahuan, berdisiplin dan berdaya saing di peringkat global.

Akhir kata, Program Soccer Kid bukan hanya sekadar platform pembangunan sukan ia adalah benih harapan yang bakal membentuk masa depan generasi Malaysia.

14 April 2025 bersamaan 15 Syawal 1446HSeluruh rakyat Malaysia berdukacita menerima perkhabaran bahawa Perdana Menteri M...
14/04/2025

14 April 2025 bersamaan 15 Syawal 1446H

Seluruh rakyat Malaysia berdukacita menerima perkhabaran bahawa Perdana Menteri Malaysia ke-5 , Tun Abdullah Ahmad Badawi yang telah kembali ke Rahmatullah pada jam 7.10 petang tadi di IJN.
‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
"Dari Allah kita datang dan kepadaNya jua kita kembali"
‎اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ

وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّار
"Ya Allah, ampunlah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dgn air, salji dan air sejuk. Bersihkannya drp kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dgn rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka."
‎الفاتحة
‎بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
‎◄.اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ
عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْن

Warga Jabatan KEMAS Wilayah Persekutuan turut merakamkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham.

Semoga diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan yang besar ini.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Address

Pusat Kegiatan Masyarakat Kg Sri Batu
Batu
51100,KUALALUMPUR

Telephone

+60362500459

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Komunitikemaswilayah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Komunitikemaswilayah:

Share