PGRS - Gagasan Rakyat N.48 Sugut

PGRS - Gagasan Rakyat N.48 Sugut Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PGRS - Gagasan Rakyat N.48 Sugut, Political organisation, Beluran.

Kita ketepikan politik sementara waktu.Sempena Majlis Perasmian Bangunan KDCA Paitan dan Majlis Perasmian Sambutan Peray...
11/05/2026

Kita ketepikan politik sementara waktu.
Sempena Majlis Perasmian Bangunan KDCA Paitan dan Majlis Perasmian Sambutan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Paitan, pada 14/5/2026 bertempat di bangunan KDCA Paitan.

Dengan hormat dan sukacitanya. Seluruh masyarakat sama ada tinggal di dalam ataupun di luar Daerah Paitan. Dialu-alukan hadir sama bagi memeriahkan lagi Majlis tersebut. Kehadiran anda amatlah dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih.

22/02/2026

Majlis Berbuka Puasa YB Datuk James Ratib Bersama Mangsa Terjejas Banjir Di PPS Bangunan SMK Simpangan Paitan, Anjuran Pergerakan Beliawanis Pgrs Sugut.

Syabas Dan Tahniah Cik Nurul Syafinah James Ketua Pergerakan Beliawanis Dan Pergerakan Beliawanis Bahagian Serta Kerjasama Cik Ema Aslimah Naib Ketua Pergerakan Wanita PGRS Sugut Dan Pihak Guru SMK Simpangan Paitan.

Selain Itu. Cik Nurul Syafinah Yang Juga EXCO Pergerakan Beliawanis PGRS Sabah. Menyumbangkan 100 Tapau Kepada Mangsa Terjejas Banjir Di PPS Kg Sungai-Sungai Sugut Dan Di Beberapa PPS Yang Terbabit.

"Kepimpinan Melalui Taladan"



Bukan ambil kesempatan meneguk di air yang keroh dalam kolam rawa-rawa pergolakan dalaman pn yang kini terlihat semacam ...
13/02/2026

Bukan ambil kesempatan meneguk di air yang keroh dalam kolam rawa-rawa pergolakan dalaman pn yang kini terlihat semacam keriktikal, seolah kaca pecah menunggu retak. Dia calon pn-bersatu di Sugut yang terlalu banyak guna line internet menyebarkan kempen indada ketentuan di alam maya semasa PRN-17. Dia satu-satunya calon berjawatan tinggi dalam partinya selaku naib presiden bersatu Malaysia merangkap pengerusi pn Sabah. Tetapi dia kalah bergaya ditumbangkan oleh YB Datuk James Ratib. Berpandukan kenyataan Admin FB DemiRakyat Channel, memang ngam dia letak jawatan.

Walaupun dia kalah PRN-17, dia masih yb yang wajib bertanggungjawab terhadap masalah rakyat meskipun dia di blok pembangkang. Banjir gelombang pertama melanda beberapa buah Kampung khususnya di Sugut Paitan, baru-baru ini. Seperti tahun-tahun sebelum ini batang hidungnya indada kenampakan melawat mangsa terjejas banjir.

Semua YB memang sibuk dengan komitmen masing-masing. Tetapi dia lebih menyibukkan diri berpolitik di seberang sana, daripada menjalankan amanah selaku wakil rakyat di kawasannya. Indada juga Rakyat Sugut terkejut kalau dekat-dekat bubar PRU-16 baru dia muncul. Sebab dia Yb tegar bermusim paling manang.



https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1501185828679593&id=100063645696979

SHAH ALAM – Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Ronald Kiandee, digesa meletakkan jawatan susulan kegagalannya mengetuai Badan Pimpinan Negeri (BPN) Sabah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz, berkata prestasi buruk Bersatu di Sabah tidak boleh dipisahkan daripada kelemahan kepimpinan Ronald yang didakwa gagal menyediakan perancangan strategik dan gerak kerja pilihan raya lebih awal.

Menurut beliau, sehingga kini Ronald juga masih belum mengemukakan laporan pasca pilihan raya (post-mortem) secara bertulis, meskipun keputusan PRN Sabah menunjukkan kegagalan ketara calon-calon Bersatu di negeri itu.

“Lebih memburukkan keadaan, Setiausaha BPN Sabah yang merupakan lantikan Ronald bersama beberapa pemimpin negeri cuba mengalihkan kesalahan kepada Presiden parti,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Tun Faisal menegaskan bahawa dakwaan kononnya Presiden Bersatu campur tangan dalam urusan pilihan raya Sabah adalah tidak berasas, memandangkan autonomi penuh telah diberikan kepada kepimpinan negeri.

Beliau menjelaskan bahawa persiapan jentera pilihan raya Sabah berada sepenuhnya di bawah tanggungjawab Pengarah Pilihan Raya Negeri Sabah, Hamzah Zainudin, serta Ronald sendiri selaku Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, tanpa sebarang campur tangan Presiden, Muhyiddin Yassin.

Kenyataan Tun Faisal hadir selepas Ronald sebelum ini secara terbuka menggesa Muhyiddin melepaskan jawatan sebagai Presiden Bersatu, dengan alasan kegagalan mengurus krisis dalaman parti.

Mengulas lanjut, Tun Faisal turut menolak dakwaan bahawa tindakan Lembaga Disiplin Bersatu bersifat menekan atau membungkam suara pimpinan tertentu. Sebaliknya, beliau berkata ramai berpandangan tindakan disiplin sepatutnya diambil lebih awal terhadap individu yang berulang kali melanggar perlembagaan dan keputusan parti.

“Lembaga Disiplin mempunyai kuasa jelas di bawah perlembagaan parti untuk menguatkuasakan disiplin. Jika tindakan tegas dibuat lebih awal, kumpulan yang mencabar keputusan parti tidak akan berani bertindak berulang kali,” katanya.

Tambah beliau, sebagai Naib Presiden parti, Ronald sepatutnya memainkan peranan mengekang pemimpin dan penyokong di Sabah daripada terus melanggar disiplin parti, namun perkara itu gagal dilakukan.

“Ironinya, Ronald kini tampil bukan mempertahankan perlembagaan parti, tetapi mempertahankan mereka yang secara konsisten menentang keputusan parti,” katanya.

3 Februari 2026 | Selasa.Setiausaha Bahagian (SUB) Tuan Abdul Kadir Cdo bersama Puan Rimah Doing PSU Pergerakan Wanita, ...
03/02/2026

3 Februari 2026 | Selasa.
Setiausaha Bahagian (SUB) Tuan Abdul Kadir Cdo bersama Puan Rimah Doing PSU Pergerakan Wanita, Sdra Jaidin Doing PSU Pergerakan Pemuda dan Cik Siti Hajar Azalan AJK Pergerakan Beliawanis mewakili Puan Christina Dil PSU Pergerakan Beliawanis Bahagian PGRS N.48 Sugut. Menghadiri mesyuarat SUB Dan PSU Pergerakan SAYAP-SAYAP Bahagian Negeri Sabah ZON 9, bertempat di bilik mesyuarat Ibu Pejabat PGRS Negeri Sabah Kota Kinabalu, jam 11:00am.

Selepas mesyuarat tersebut dan selesai makan tengahari di ruang makan Pejabat KPSTI Negeri Sabah. Tuan SUB mengadakan mesyuarat Khas SUB bersama PSU Pergerakan SAYAP-SAYAP Bahagian Sugut bertempat di Pejabat KPSTI Negeri Sabah Kota Kinabalu, jam 3:00pm.





Syabas dan tahniah Tuan Justinus J Inus Ketua Pergerakan Pemuda dan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Bahagian PGRS Su...
03/10/2025

Syabas dan tahniah Tuan Justinus J Inus Ketua Pergerakan Pemuda dan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Bahagian PGRS Sugut.
Terbaik👍

Semoga dipermudahkan segala urusan, Aamiin🤲

https://www.facebook.com/share/p/1FsUNxMs7d/

Sempena kesibukan pendaftaran Perwakilan Bahagian dan pendaftaran Perwakilan Pergerakan Sayap-Sayap Bahagian ke Persidan...
25/07/2025

Sempena kesibukan pendaftaran Perwakilan Bahagian dan pendaftaran Perwakilan Pergerakan Sayap-Sayap Bahagian ke Persidangan Agung Tahunan (PAT) PGRS Kali Ke-3/2025, pada hari ini 25 julai 2025.
1. YB Datuk James Ratib telah mengadakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Bahagian PGRS N.48 Sugut.
2. Dalam mesyuarat itu YB Datuk James Ratib telah melantik Tuan Marius Samain sebagai Pegawai Khas Kepada ADUN Sugut merangkap Menteri KPMKR Negeri Sabah.
3. Dalam mesyuarat itu juga YB Datuk James Ratib menerima penyertaan Tuan Marius Samain Mantan Timbalan Ketua Bahagian Warisan Beluran menyertai PGRS, berkuat kuasa serta merta.

Yang menjadi sejarah. Tiga agenda seperti yang dinyatakan diatas, YB Datuk James Ratib adakan serentak di bilik mesyuarat Pejabat barunya.

Alhamdulillah. Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah YB Datuk James Ratib kerana ada Pejabat baru yang lebih selesa dan pelantikan Tuan Marius Samain sebagai Pegawai Khas. Tahniah Tuan Marius Samain. Selamat menjalankan tugas dan selamat bergabung ke Keluarga PGRS Sugut.



20/07/2025

Selamat bergabung ke Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Sugut, Tuan Karis Bin Nanau Mantan Timbalan Ketua Bahagian Perikatan Nasional Beluran.

"Melepaskan Sesuatu Berharga, Demi Mendapatkan Sesuatu Yang Lebih Bermanfaat Kepada Rakyat. Itulah Tindakan Terbaik"

Terbaik YB Datuk James Ratib, Tahniah Tuan Karis Bin Nanau.



WANTED BY RAKYAT DJRKesalahan Terbesar DJR Pada Masa Ini Kejayaannya Menaiktaraf Paitan Ke DAERAH PENUH @ DAERAH PAITAN....
18/06/2025

WANTED BY RAKYAT DJR
Kesalahan Terbesar DJR Pada Masa Ini Kejayaannya Menaiktaraf Paitan Ke DAERAH PENUH @ DAERAH PAITAN.
Menduniapun Cerita Diputar Alam. Sekalipun Ditolak Dicampur Didarab Dibahagi Alasan. Hakikatnya DJR Berjaya Mengubah Landskap Pembangunan DAERAH PAITAN Lebih Mantap.
Confirnlah, Rakyat Akan Hukum Dengan MENGUNDI DJR PRN-17, In Shaa Allah..Aamiin.

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera Dan Salam Gagasan Rakyat Rumah Kita.Dengan Takzim Dan Sukacitanya, Semua Perwakilan...
16/06/2025

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera Dan Salam Gagasan Rakyat Rumah Kita.
Dengan Takzim Dan Sukacitanya, Semua Perwakilan PGRS Sugut, Pemimpin Parti Kompunen GRS Dan PH, Tetamu Jemputan Dan Pemerhati Adalah Dijemput Hadir Ke PTB PGRS Sugut Kali Ke-3 / 2025.






~ Admin ~
Abdul Kadir Cdo
SUB PGRS N.48 Sugut.

Address

Beluran

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PGRS - Gagasan Rakyat N.48 Sugut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share