Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Beluran

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Beluran Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Beluran, Public Service, Angkatan Pertahanan Awam Beluran, Rumah Kuartes AB 6&7 (JKR 11189) Jalan Pekan Beluran, Beluran.

π—§π—”π—žπ—₯π—œπ—™ π—£π—˜π—₯𝗧𝗔𝗛𝗔𝗑𝗔𝗑 𝗔π—ͺ𝗔𝗠

Maksud mengikut Akta Pertahanan Awam 1951(Akta 221) terbahagi kepada dua keadaan iaitu:

π—¦π—˜π— π—”π—¦π—” π—£π—˜π—£π—˜π—₯π—”π—‘π—šπ—”π—‘
Bermaksud apa-apa jua langkah yang tidak melibatkan penggunaan senjata bagi menghadapi serangan permusuhan samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas masa serangan musuh.

π’π„πŒπ€π’π€ π€πŒπ€π
Bermaksud apa-apa jua langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan har

ta benda samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas sesuatu bencana. Berdasarkan Akta 221 tersebut dapat difahami bahawa Pertahanan Awam itu berfungsi dalam masa aman, masa peperangan dan mangsa bencana dengan mengambil apa-apa jua langkah bagi menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta kerosakan ke atas harta benda penduduk awam.

π——π—”π—¨π—Ÿπ—”π—§ π—§π—¨π—”π—‘π—žπ—¨Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Du...
01/06/2026

π——π—”π—¨π—Ÿπ—”π—§ π—§π—¨π—”π—‘π—žπ—¨

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Patik sekalian daripada seluruh warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sabah dengan penuh takzim menzahirkan doa ke hadrat Allah SWT semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan, umur yang panjang serta terus berada dalam lindungan dan rahmat-Nya dalam memayungi rakyat serta memimpin negara dengan penuh kebijaksanaan dan kewibawaan.

Sesungguhnya, kepimpinan Tuanku menjadi lambang perpaduan, kestabilan dan kedaulatan negara yang sentiasa disanjung tinggi oleh seluruh rakyat Malaysia.
Patik sekalian turut mendoakan agar institusi Raja Berperlembagaan terus kekal utuh sebagai payung penyatuan rakyat dan kemakmuran negara.
Ikhlas daripada

π—¦π—˜π—Ÿπ—¨π—₯𝗨𝗛 π—ͺ𝗔π—₯π—šπ—”
π—”π—‘π—šπ—žπ—”π—§π—”π—‘ π—£π—˜π—₯𝗧𝗔𝗛𝗔𝗑𝗔𝗑 𝗔π—ͺ𝗔𝗠 π— π—”π—Ÿπ—”π—¬π—¦π—œπ—” (𝗔𝗣𝗠) π—‘π—˜π—šπ—˜π—₯π—œ 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛
π——π—”π—¨π—Ÿπ—”π—§ π—§π—¨π—”π—‘π—žπ—¨
π——π—”π—¨π—Ÿπ—”π—§ π—§π—¨π—”π—‘π—žπ—¨
π——π—”π—¨π—Ÿπ—”π—§ π—§π—¨π—”π—‘π—žπ—¨

  π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ π–π„π’π€πŠ 2026 | 31 πŒπ„πˆ 2026, 𝐀𝐇𝐀𝐃Seluruh warga APM Beluran mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua penga...
31/05/2026




π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ π–π„π’π€πŠ 2026 | 31 πŒπ„πˆ 2026, 𝐀𝐇𝐀𝐃

Seluruh warga APM Beluran mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha yang meraikannya.

Semoga sambutan Hari Wesak pada tahun ini membawa kedamaian, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua. Semoga nilai-nilai murni seperti kasih sayang, toleransi, keharmonian dan saling menghormati terus dipupuk dalam kehidupan bermasyarakat.

Marilah bersama-sama memperkukuh perpaduan dan semangat kebersamaan demi kesejahteraan negara yang tercinta.


β€œπ’π„πƒπˆπ€. 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐒. ππ„π‘πˆππ“π„π†π‘πˆπ“πˆ.”

πŸ“² Ikuti semua saluran media sosial rasmi APM Beluran untuk maklumat terkini dan sahih. Jangan lupa Like πŸ‘, Komen πŸ“ dan Share ➑️

πŸ”Ή Facebook: APM Beluran
πŸ”Ή Instagram:
πŸ”Ή TikTok: APM Beluran

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia – APM Negeri Sabah
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia













  π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ 𝐏𝐄𝐒𝐓𝐀 πŠπ€π€πŒπ€π“π€π 2026 & π‡π€π‘πˆ π†π€π–π€πˆ πƒπ€π˜π€πŠ 2026πŸ—“ Pesta Kaamatan30 Mei 2026 | SabtuπŸ—“ Hari Gawai Dayak01 J...
31/05/2026




π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ 𝐏𝐄𝐒𝐓𝐀 πŠπ€π€πŒπ€π“π€π 2026 & π‡π€π‘πˆ π†π€π–π€πˆ πƒπ€π˜π€πŠ 2026

πŸ—“ Pesta Kaamatan
30 Mei 2026 | Sabtu

πŸ—“ Hari Gawai Dayak
01 Jun 2026 | Isnin

Seluruh warga APM Beluran mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai Dayak kepada seluruh masyarakat yang meraikannya.

Semoga sambutan perayaan menuai pada tahun ini terus menjadi lambang kesyukuran, perpaduan, keharmonian serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan budaya di Malaysia.

🌾 Tema Pesta Kaamatan 2026:
β€œKaamatan: Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian”
β€œKaamatan: Mongomot Pisompuruan, Mamaramai Piunungan”

🌾 Tema Hari Gawai Dayak 2026:
β€œSegulai Sejalai”
(Bersama dalam perpaduan dan kebersamaan)

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan!
Gayu Guru Gerai Nyamai! ❀️


β€œπ’π„πƒπˆπ€. 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐒. ππ„π‘πˆππ“π„π†π‘πˆπ“πˆ.”

πŸ“² Ikuti semua saluran media sosial rasmi APM Beluran untuk maklumat terkini dan sahih. Jangan lupa Like πŸ‘, Komen πŸ“ dan Share ➑️

πŸ”Ή Facebook: APM Beluran
πŸ”Ή Instagram:
πŸ”Ή TikTok: APM Beluran

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia – APM Negeri Sabah
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

















  ππ„ππ˜π„π‘π€π‡π€π π’πˆπ‰πˆπ‹ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 πŠπ„ππ€πƒπ€ π„π‚πŽ 𝐆𝐑𝐄𝐄𝐍 πŒπ€ππ”π…π€π‚π“π”π‘π„π‘ 𝐒𝐃𝐍. 𝐁𝐇𝐃. | 28 πŒπ„πˆ 2026, πŠπ‡π€πŒπˆπ’APM Beluran telah melaksanak...
28/05/2026




ππ„ππ˜π„π‘π€π‡π€π π’πˆπ‰πˆπ‹ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 πŠπ„ππ€πƒπ€ π„π‚πŽ 𝐆𝐑𝐄𝐄𝐍 πŒπ€ππ”π…π€π‚π“π”π‘π„π‘ 𝐒𝐃𝐍. 𝐁𝐇𝐃. | 28 πŒπ„πˆ 2026, πŠπ‡π€πŒπˆπ’

APM Beluran telah melaksanakan penyerahan sijil penghargaan kepada Eco Green Manufacturer Sdn. Bhd. sebagai tanda penghargaan atas segala sumbangan dan sokongan berterusan yang diberikan sepanjang tahun lalu sehingga kini.

πŸ“Œ Maklumat penyerahan:
πŸ—“ Tarikh: 28 Mei 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 1550H

Sumbangan yang diberikan telah banyak membantu serta meringankan beban pengoperasian APM Beluran, khususnya dalam menyokong keperluan anggota dan pelaksanaan tugasan harian.

Pihak APM Beluran merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kerjasama yang terjalin, serta berharap hubungan baik ini akan terus diperkukuhkan pada masa akan datang.


β€œπ’π„πƒπˆπ€. 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐒. ππ„π‘πˆππ“π„π†π‘πˆπ“πˆ.”

πŸ“² Ikuti semua saluran media sosial rasmi APM Beluran untuk maklumat terkini dan sahih. Jangan lupa Like πŸ‘, Komen πŸ“ dan Share ➑️

πŸ”Ή Facebook: APM Beluran
πŸ”Ή Instagram:
πŸ”Ή TikTok: APM Beluran

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia – APM Negeri Sabah
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia













  π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π€πƒπ‡π€ 1447𝐇 | 27 πŒπ„πˆ 2026, 𝐑𝐀𝐁𝐔 | 10 π™π”π‹π‡πˆπ‰π‰π€π‡ 1447𝐇Seluruh warga APM Beluran mengucapkan Selama...
26/05/2026




π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π€πƒπ‡π€ 1447𝐇 | 27 πŒπ„πˆ 2026, 𝐑𝐀𝐁𝐔 | 10 π™π”π‹π‡πˆπ‰π‰π€π‡ 1447𝐇

Seluruh warga APM Beluran mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam yang meraikannya.

Semoga Aidiladha pada tahun ini membawa keberkatan, memperkukuh nilai pengorbanan, keikhlasan serta semangat kebersamaan dalam kehidupan bermasyarakat.

Semoga segala amal ibadah dan pengorbanan yang dilakukan diterima serta dirahmati oleh Allah SWT.


β€œπ’π„πƒπˆπ€. 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐒. ππ„π‘πˆππ“π„π†π‘πˆπ“πˆ.”

πŸ“² Ikuti semua saluran media sosial rasmi APM Beluran untuk maklumat terkini dan sahih. Jangan lupa Like πŸ‘, Komen πŸ“ dan Share ➑️

πŸ”Ή Facebook: APM Beluran
πŸ”Ή Instagram:
πŸ”Ή TikTok: APM Beluran

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia – APM Negeri Sabah
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia













25/05/2026




π‹π€π“πˆπ‡π€π πŠπ„π‚π„π‘π†π€π’π€π π…πˆπ™πˆπŠπ€π‹ | 22 πŒπ„πˆ 2026, π‰π”πŒπ€π€π“

Latihan kecergasan fizikal telah dilaksanakan melalui aktiviti badminton dan brisk walk bagi meningkatkan tahap kecergasan, ketahanan fizikal serta kesejahteraan anggota APM Beluran.

Aktiviti ini turut membantu memperkukuh semangat kerjasama, disiplin dan gaya hidup sihat dalam kalangan anggota agar sentiasa bersedia menghadapi tugasan serta operasi di lapangan.
β€œπ’π„πƒπˆπ€. 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐒. ππ„π‘πˆππ“π„π†π‘πˆπ“πˆ.”

πŸ“² Ikuti semua saluran media sosial rasmi APM Beluran untuk maklumat terkini dan sahih. Jangan lupa Like πŸ‘, Komen πŸ“ dan Share ➑️
πŸ”Ή Facebook: APM Beluran
πŸ”Ή Instagram:
πŸ”Ή TikTok: APM Beluran

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia – APM Negeri Sabah
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia














 πŸ“… MEI 2026πŸŽ‰ π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ 𝗛𝗔π—₯π—œ π—¨π—Ÿπ—”π—‘π—š 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗑 π—žπ—˜π—Ÿπ—”π—›π—œπ—₯𝗔𝗑 πŸŽ‰πŸ“Œ 05 MEI 2026πŸ”Ή PBT. (PA) BRANDON BRYAN JACKSON ANDREWπŸ“Œ 13 MEI 2026πŸ”Ή PBT...
25/05/2026



πŸ“… MEI 2026

πŸŽ‰ π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ 𝗛𝗔π—₯π—œ π—¨π—Ÿπ—”π—‘π—š 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗑 π—žπ—˜π—Ÿπ—”π—›π—œπ—₯𝗔𝗑 πŸŽ‰

πŸ“Œ 05 MEI 2026
πŸ”Ή PBT. (PA) BRANDON BRYAN JACKSON ANDREW

πŸ“Œ 13 MEI 2026
πŸ”Ή PBT. (PA) ABD KHAIRUL FAIZI BIN ABD MUTALIB

πŸ“Œ 24 MEI 2026
πŸ”Ή PBT. (PA) RAY ADRIAN SARIUS

πŸ“Œ 25 MEI 2026
πŸ”Ή PBT. (PA) RADZUAN SHAH BIN YUSOF

Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan dalam setiap langkah kehidupan.

✨ Ikhlas daripada seluruh warga
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Beluran.

π’π„πƒπˆπ€. 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐒. ππ„π‘πˆππ“π„π†π‘πˆπ“πˆ.

πŸ“² Jangan lupa untuk follow dan sokong saluran media sosial rasmi APM Beluran
πŸ‘ Like | πŸ“ Komen | ➑️ Share

Dapatkan segala info dan hebahan terkini melalui:
πŸ”Ή Facebook : APM Beluran
πŸ”Ή Instagram :
πŸ”Ή TikTok : APM Beluran















  π‘Ίπ’‚π’“π’‚π’π’ˆ 𝑻𝒆𝒃𝒖𝒂𝒏 π‘«π’†π’Œπ’‚π’• π‘«π’†π’˜π’‚π’ π‘²π’‚π’Žπ’‘π’–π’π’ˆ, 𝑨𝑷𝑴 𝑩𝒆𝒍𝒖𝒓𝒂𝒏 π‘©π’†π’“π’•π’Šπ’π’…π’‚π’Œ 𝑷𝒂𝒏𝒕𝒂𝒔 π‘·π’‚π’”π’•π’Šπ’Œπ’‚π’ π‘²π’†π’”π’†π’π’‚π’Žπ’‚π’•π’‚π’ π‘·π’†π’π’…π’–π’…π’–π’ŒBELURAN, 18 Mei 2026 – An...
20/05/2026




π‘Ίπ’‚π’“π’‚π’π’ˆ 𝑻𝒆𝒃𝒖𝒂𝒏 π‘«π’†π’Œπ’‚π’• π‘«π’†π’˜π’‚π’ π‘²π’‚π’Žπ’‘π’–π’π’ˆ, 𝑨𝑷𝑴 𝑩𝒆𝒍𝒖𝒓𝒂𝒏 π‘©π’†π’“π’•π’Šπ’π’…π’‚π’Œ 𝑷𝒂𝒏𝒕𝒂𝒔 π‘·π’‚π’”π’•π’Šπ’Œπ’‚π’ π‘²π’†π’”π’†π’π’‚π’Žπ’‚π’•π’‚π’ π‘·π’†π’π’…π’–π’…π’–π’Œ

BELURAN, 18 Mei 2026 – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Beluran telah menerima satu panggilan kecemasan berhubung penemuan sarang tebuan yang berada berhampiran tingkap dewan Kampung Jaya Bakti, tengah hari tadi.

Laporan diterima selepas orang awam menyedari kehadiran sarang serangga berbisa tersebut yang berpotensi mengancam keselamatan penduduk serta pengguna dewan sekiranya tidak ditangani segera.

Susulan itu, seramai empat (4) anggota APM Beluran daripada Skuad Bravo telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi pemusnahan sarang serangga. Pasukan tiba di lokasi dan terus melaksanakan tindakan kawalan dan pemusnahan dengan langkah keselamatan yang terkawal.

Operasi berjaya diselesaikan sepenuhnya dan sarang tebuan berjaya dimusnahkan tanpa sebarang insiden tidak diingini. Tiada kecederaan dilaporkan melibatkan penduduk sepanjang operasi dijalankan.

Pasukan kemudiannya kembali ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Beluran dalam keadaan selamat dengan semua anggota serta peralatan mencukupi.

APM sentiasa komited dalam memastikan keselamatan nyawa masyarakat serta mewujudkan persekitaran komuniti yang selamat demi kesejahteraan penduduk setempat.

β€œπ’π„πƒπˆπ€. 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐒. ππ„π‘πˆππ“π„π†π‘πˆπ“πˆ.”

Ikuti semua saluran media sosial rasmi APM Beluran untuk maklumat terkini dan sahih. Jangan lupa Like, Komen dan Share!

πŸ”Ή Facebook: APM Beluran
πŸ”Ή Instagram:
πŸ”Ή TikTok: APM Beluran

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia – APM Negeri Sabah
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia













  (MEI) π‹π€π“πˆπ‡π€π 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 (πŒπ„πˆ) & π‹π€π“πˆπ‡π€π 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 π€π†π„ππ’πˆ ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 π‡πˆπƒπ”ππ€π π‹πˆπ€π‘ 𝐆𝐔𝐀 π†πŽπŒπ€ππ“πŽππ† | 16 πŒπ„πˆ 2026, 𝐒𝐀𝐁𝐓𝐔 | ...
20/05/2026


(MEI)


π‹π€π“πˆπ‡π€π 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 (πŒπ„πˆ) & π‹π€π“πˆπ‡π€π 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 π€π†π„ππ’πˆ ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 π‡πˆπƒπ”ππ€π π‹πˆπ€π‘ 𝐆𝐔𝐀 π†πŽπŒπ€ππ“πŽππ† | 16 πŒπ„πˆ 2026, 𝐒𝐀𝐁𝐓𝐔 | πŸ“π†π”π€ π†πŽπŒπ€ππ“πŽππ†, πŠπˆππ€ππ€π“π€ππ†π€π

APM Beluran telah melaksanakan Latihan Bulanan (Mei) serta Latihan Antara Agensi bersama Pejabat Hidupan Liar Gua Gomantong sebagai usaha memperkukuh kesiapsiagaan, pengetahuan lapangan serta kerjasama strategik antara agensi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Pejabat Hidupan Liar Gua Gomantong atas kerjasama dan perkongsian ilmu berkaitan bentuk muka bumi fizikal kawasan, keadaan semula jadi dan topografi, sejarah serta sosioekonomi persekitaran kawasan tersebut yang turut didiami masyarakat orang asal.

Daripada pihak APM Beluran p**a, latihan yang diberikan kepada pihak PHLGG dan orang awam di sana telah melibatkan beberapa silibus kecemasan dan praktikal operasi seperti berikut:

πŸ“Œ Silibus 1: Luka & Balutan
πŸ‘¨β€πŸ« Jurulatih / Standby Medic:
β€’ Pbt. (PA) Rochelle Rosman

πŸ“Œ Silibus 2: Usungan
πŸ‘¨β€πŸ« Jurulatih:
β€’ L/KPL. (PA) Macklond Fred

Selain memantapkan kesiapsiagaan dari aspek teori dan praktikal kecemasan, anggota APM Beluran turut menjalankan aktiviti riadah fizikal melalui pendakian trek Gua Gomantong yang terkenal dengan 508 anak tangga. Aktiviti ini bukan sahaja menguji ketahanan fizikal anggota, malah memberi pengalaman berharga dengan keindahan alam semula jadi kawasan tersebut.

Latihan ini diharapkan dapat terus meningkatkan tahap kompetensi, kerjasama berpasukan serta kesiapsiagaan anggota dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan di lapangan.


β€œπ’π„πƒπˆπ€. 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐒. ππ„π‘πˆππ“π„π†π‘πˆπ“πˆ.”

πŸ“² Ikuti semua saluran media sosial rasmi APM Beluran untuk maklumat terkini dan sahih. Jangan lupa Like πŸ‘, Komen πŸ“ dan Share ➑️

πŸ”Ή Facebook: APM Beluran
πŸ”Ή Instagram:
πŸ”Ή TikTok: APM Beluran

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
















Address

Angkatan Pertahanan Awam Beluran, Rumah Kuartes AB 6&7 (JKR 11189) Jalan Pekan Beluran
Beluran
90107

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Beluran posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share