Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik-PUSPEN Benta

Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik-PUSPEN Benta Terletak di Batu 13, Jalan Lama Benta-Kuala Lipis. Asalnya adalah Kem PGA, sebelum ditukar fungsi menjadi Pusat Serenti Benta pada tahun 1996.
(4)

Page ini adalah sebagai wadah perantara secara elektronik antara Jabatan atau Agensi Kerajaan yang lain dan masyarakat luar dengan CCRC Benta.

Operating as usual

Maulidur Rasul yang disambut pada 12 Rabiulawal setiap tahun adalah bagi meraikan  keputeraan baginda Rasulullah s.a.w y...
28/10/2020

Maulidur Rasul yang disambut pada 12 Rabiulawal setiap tahun adalah bagi meraikan keputeraan baginda Rasulullah s.a.w yang lahir pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571.

Di Malaysia, sambutan ini juga dikenali sebagai Maulid Nabi yang merupakan cuti umum di setiap negeri dalam Malaysia.

Tema untuk sambutan Maulidur Rasul ialah “Ummah Rabbani, Negara Harmoni”.

Seluruh warga kerja PUSPEN Benta mengucapkan Salam Maulidur Rasul.

Sempena sambutan Hari Integriti peringkat AADK 2020, kami selaku warga AADK terutamanya kakitangan PUSPEN Benta akan sen...
16/10/2020

Sempena sambutan Hari Integriti peringkat AADK 2020, kami selaku warga AADK terutamanya kakitangan PUSPEN Benta akan sentiasa memegang amanah, kuasa dan tanggungjawab yang digalas dengan penuh berintegriti. Kami tahu bahawa segala elemen itu tidak boleh disalahgunakan untuk kepentingan diri sendiri, keluarga, saudara mara ataupun kawan. Setiap penyalahgunaan kuasa serta unsur rasuah akan dilaporkan kepada pihak berwajib bagi menjaga imej dan tunggak organisasi yang kami cintai. Dengan ini ianya dapat memupuk nilai-nilai murni dikalangan penjawat awam terutama warga AADK amnya dan khususnya seluruh kakitangan PUSPEN Benta.
"Selamat menyambut Hari Integriti 2020"

Tanggal 07 Oktober 2020 bersamaan 19 Safar 1442H merupakan hari yang bersejarah buat 16 orang klien PUSPEN Benta kerana ...
07/10/2020

Tanggal 07 Oktober 2020 bersamaan 19 Safar 1442H merupakan hari yang bersejarah buat 16 orang klien PUSPEN Benta kerana berjaya menamatkan program rawatan dan pemulihan.. Semoga pembebasan pada kali ini sedikit sebanyak memberi peluang klien untuk bersama dengan keluarga masing-masing..Seluruh warga kerja PUSPEN Benta mengucapkan selamat maju jaya..
#KepulihanAndaBermulaDisini
#StaySafe
#KitaJagaKita

07/10/2020

PENANGGUHAN LAWATAN KELUARGA PUSPEN BENTA

Salam dan Salam Sejahtera..

Untuk makluman pihak keluarga klien PUSPEN Benta, Pihak pengurusan PUSPEN Benta telah memutuskan bahawa lawatan keluarga ditangguhkan bermula 08 Oktober 2020 sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan nanti. Ini berikutan dengan peningkatan kes Covid-19. Selaras dengan arahan Kerajaan bagi membendung penularan Covid-19, pihak pengurusan mengambil langkah untuk menangguhkan lawatan keluarga buat sementara waktu.Pihak keluarga disarankan untuk menghubungi pegawai kes masing-masing bagi mendapatkan maklumat terkini status klien di talian seperti berikut 09-3230408. Segala kerjasama daripada pihak keluarga amatlah kami hargai dan ucapan terima kasih diatas sokongan kepada klien sepanjang klien berada di PUSPEN Benta ini.. Sekian Terima Kasih.
#KitaJagaKita
#HapuskanCovid-19
#PerangiDadahHabisHabisan
#KemakmuranDanKesejahteraanBersama

Salam dan Salam Sejahtera..Untuk makluman pihak keluarga klien PUSPEN Benta, Pihak pengurusan PUSPEN Benta telah memutus...
06/10/2020

Salam dan Salam Sejahtera..

Untuk makluman pihak keluarga klien PUSPEN Benta, Pihak pengurusan PUSPEN Benta telah memutuskan bahawa lawatan keluarga dari keluarga yang berasal dari negeri-negeri yang mempunyai kadar peningkatan kes Covid-19 adalah tidak dibenarkan melawat klien buat sementara waktu sehingga dimaklumkan semula berdasarkan kepada situasi semasa Covid-19. Negeri- negeri terlibat adalah Kedah, Terengganu, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Pihak keluarga disarankan untuk menghubungi pegawai kes masing-masing bagi mendapatkan maklumat terkini status klien di talian seperti berikut 09-3230408. Segala kerjasama daripada pihak keluarga amatlah kami hargai dan ucapan terima kasih diatas sokongan kepada klien sepanjang klien berada di PUSPEN Benta ini.. Sekian Terima Kasih.
#KitaJagaKita
#HapuskanCovid-19
#PerangiDadahHabisHabisan
#KemakmuranDanKesejahteraanBersama

Tanggal 01 Oktober 2020 bersamaan 13 Safar 1442H merupakan hari yang bersejarah buat 15 orang klien PUSPEN Benta kerana ...
01/10/2020

Tanggal 01 Oktober 2020 bersamaan 13 Safar 1442H merupakan hari yang bersejarah buat 15 orang klien PUSPEN Benta kerana berjaya menamatkan program rawatan dan pemulihan.. Semoga pembebasan pada kali ini sedikit sebanyak memberi peluang klien untuk bersama dengan keluarga masing-masing..Di kesempatan ini juga, Tuan Tawfik Teow Bin Abdullah dan Puan Farah Hanani Binti Hishamudin sempat memberi amanat terakhir kepada semua klien yang akan dibebaskan pada hari ini..Seluruh warga kerja PUSPEN Benta mengucapkan selamat maju jaya..
#KepulihanAndaBermulaDisini
#StaySafe
#KitaJagaKita

Tahniah diucapkan kepada penerima Anugerah Pekerja Terbaik PUSPEN Benta bagi Bulan September 2020.. Tahniah diucapkan ke...
30/09/2020

Tahniah diucapkan kepada penerima Anugerah Pekerja Terbaik PUSPEN Benta bagi Bulan September 2020.. Tahniah diucapkan kepada

1) Encik Zainal Abidin Bin Abdul Gani
2) Encik Lawrance Francis
3) Encik Kamarudin Bin Ariffin
4) Encik Nik Muhamad Zaini Bin Nik Ismail
5) Cik Norfarahana Binti Abdullah

Sekitar Majlis Perpisahan Encik Mohd Nor Izman Bin Mokhtar dan Encik Mohd Nor Hisam Bin Mazuki, Pembantu Antidadah (S19)...
30/09/2020

Sekitar Majlis Perpisahan Encik Mohd Nor Izman Bin Mokhtar dan Encik Mohd Nor Hisam Bin Mazuki, Pembantu Antidadah (S19) Unit Hal Ehwal Klien dan Unit Latihan Kemahiran Vokasional pada 25 September 2020 yang akan bertukar keluar ke PUSPEN Sungai Ruan, Pahang dan AADK Kuantan,Pahang..Turut diraikan ialah Cik Nurul Annis Binti Anuar, Pekerja Sambilan Harian (PSH) Unit Pentadbiran..seluruh warga kerja PUSPEN Benta mengucapkan selamat maju jaya..terima kasih atas kerjasama sepanjang berkhidmat di PUSPEN Benta..

Tampak dari Tanjung Agas
Menggamit rindu datang ke mari
Rinduan kami tetap berbekas
Kenangan bersama memahat memori

bunga kemboja putih berseri
putihnya melur diujung dahan
atas hubungan kerja serta pertolongan yang diberi
puji syukur serta terimakasih kami ucapkan.

bila menjemur papan panjang
baik disusun tegak berdiri
bila lah ada umur panjang
insya allah kita kan bersua lagi.

Tanggal 24 September 2020 bersamaan 06 Safar 1442H merupakan hari yang bersejarah buat 19 orang klien PUSPEN Benta keran...
24/09/2020

Tanggal 24 September 2020 bersamaan 06 Safar 1442H merupakan hari yang bersejarah buat 19 orang klien PUSPEN Benta kerana berjaya menamatkan program rawatan dan pemulihan.. Semoga pembebasan pada kali ini dapat memberi ruang dan peluang untuk klien membuat perubahan dan menyumbang kembali kepada keluarga dan masyarakat..dalam masa yang sama mampu mengekalkan kepulihan sepanjang hayat..Seluruh warga kerja PUSPEN Benta mengucapkan selamat maju jaya..
#KepulihanAndaBermulaDisini
#StaySafe
#KitaJagaKita

Jom bersama-sama dengan kami sempena Hari Terbuka AADK dan perasmian PUSPEN Seri Iskandar.
23/09/2020

Jom bersama-sama dengan kami sempena Hari Terbuka AADK dan perasmian PUSPEN Seri Iskandar.

Assalamualaikum & Salam SejahteraSeluruh warga kerja  PUSPEN Benta mengucapkan selamat datang  kepada 05 orang kakitanga...
15/09/2020

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Seluruh warga kerja PUSPEN Benta mengucapkan selamat datang kepada 05 orang kakitangan baharu yang melapor diri pada 14 September 2020 yang lepas sebagai Pembantu Antidadah.

Semoga dengan kehadiran 05 orang kakitangan baharu ke PUSPEN Benta dapat meningkatkan lagi perkhidmatan rawatan dan pemulihan kepada masyarakat dan klien AADK.

Selamat Datang diucapkan kepada :

EN. ABDUL BASIT BIN CHE RAZALI

EN. MUHAMAD IRFAN BIN MARSAM

EN. MOHAMAD HAKIMI BIN MOHAMED SALLEH

EN. SYED MUHAMMAD HAKIM BIN SYED OTHMAN

PN.NOR FAZLIN BINTI IBRAHIM

Tanggal 09 September 2020 bersamaan 21 Muharram 1442H merupakan hari yang bersejarah buat 05 orang klien PUSPEN Benta ke...
15/09/2020

Tanggal 09 September 2020 bersamaan 21 Muharram 1442H merupakan hari yang bersejarah buat 05 orang klien PUSPEN Benta kerana berjaya menamatkan program rawatan dan pemulihan.. Semoga pembebasan pada kali ini dapat memberi ruang dan peluang untuk klien membuat perubahan dan menyumbang kembali kepada keluarga dan masyarakat..dalam masa yang sama mampu mengekalkan kepulihan sepanjang hayat..Seluruh warga kerja PUSPEN Benta mengucapkan selamat maju jaya..
#KepulihanAndaBermulaDisini
#StaySafe
#KitaJagaKita

Assalamualaikum & Salam SejahteraKami warga PUSPEN Benta mengucapkan SELAMAT DATANG kepada PUAN FARAH HANANI BINTI HISHA...
17/08/2020

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kami warga PUSPEN Benta mengucapkan SELAMAT DATANG kepada PUAN FARAH HANANI BINTI HISHAMUDIN selaku TIMBALAN PENGARAH PUSPEN BENTA yang baharu serta CIK NUR HAFIZAH BT HERMAN SHAH sebagai PEMBANTU TADBIR N19 ke PUSPEN Benta.

Semoga dengan kehadiran Puan Farah & Cik Hafizah ke PUSPEN Benta dapat meningkatkan lagi perkhidmatan rawatan dan pemulihan kepada masyarakat dan klien AADK.

08/08/2020

Salam dan Salam Sejahtera..

Untuk makluman semua keluarga klien PUSPEN Benta.. lawatan keluarga untuk hari Khamis pada 20 Ogos 2020 jatuh pada cuti umum sempena Awal Muharram.. sehubungan dengan itu TIADA LAWATAN KELUARGA dibenarkan pada 20 Ogos 2020.

Sekian Terima Kasih

Tanggal 08 Julai 2020 bersamaan 16 Zulkaedah 1441H merupakan hari yang bersejarah buat 03 orang klien PUSPEN Benta keran...
08/07/2020

Tanggal 08 Julai 2020 bersamaan 16 Zulkaedah 1441H merupakan hari yang bersejarah buat 03 orang klien PUSPEN Benta kerana berjaya menamatkan program rawatan dan pemulihan.. Semoga pembebasan pada kali ini sedikit sebanyak memberi peluang klien untuk bersama dengan keluarga masing-masing..Seluruh warga kerja PUSPEN Benta mengucapkan selamat maju jaya..
#KepulihanAndaBermulaDisini
#StaySafe
#KitaJagaKita

Tanggal 08 Julai 2020 merupakan bermulanya jawatankuasa baharu apabila 35 sahabat dengan jayanya telah dilantik dengan j...
08/07/2020

Tanggal 08 Julai 2020 merupakan bermulanya jawatankuasa baharu apabila 35 sahabat dengan jayanya telah dilantik dengan jawatan dan posisi dalam Lantikan Posisi siri ke 3/2020.

Perwujudan jawatan dan posisi dalam kalangan klien PUSPEN Benta adalah bertujuan:
1) membantu staff dari segi memudah cara perlaksanaan aktiviti dan program.
2) menjadi roll model di kalangan sahabat lain.
3) menjadi mata dan telinga kepada staff dari segi menjaga disiplin dan perlaksanaan peraturan-peraturan dlm puspen.
4) bertanggungjawab menjalankan sesi dan menghidupkan tool yg berkaitan dengan Therapeutic Community (TC).

Banyak manfaat yang diperolehi oleh para sahabat apabila berjawatan dalam posisi yang diperkenalkan terutamanya dalam proses Rawatan dan Pemulihan dan membantu mereka untuk lebih bertanggungjawab.

Tahniah kepada yang dipilih. Semoga dengan lantikan baharu ini mampu membantu sahabat-sahabat lain dan diri sendiri untuk kekal pulih.

Assalamualaikum wbt & Salam SejahteraAlhmdulillah. Berlangsunglah sudah pagi tadi, Pertandingan Kawad Kaki Antara Asrama...
30/06/2020

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Alhmdulillah. Berlangsunglah sudah pagi tadi, Pertandingan Kawad Kaki Antara Asrama Peringkat PUSPEN Benta 2020 yang melibatkan penyertaan kesemua asrama penghuni. Tahniah diucapkan kepada pemenang. Semoga menjadi pemangkin kepada kepulihan.

Program ini adalah merupakan anjuran Unit Keselamatan PUSPEN Benta yang mana objektif utamanya adalah bagi melatih para pelatih supaya lebih berdisiplin.

Terima kasih atas kerjasama kesemua pihak dalam menjayakan program yang cukup bermanfaat ini.

#puspenbenta #dadahterkawal2025 #pkpp #kitajagakita

29/06/2020

Salam dan Salam Sejahtera..

Untuk makluman semua keluarga klien PUSPEN Benta.. lawatan keluarga untuk hari Khamis pada 30 Julai 2020 jatuh pada cuti kelepasan am Negeri Pahang iaitu Hari Keputeraan Sultan Pahang.. sehubungan dengan itu TIADA LAWATAN KELUARGA dibenarkan pada 30 Julai 2020.

Sekian Terima Kasih

Salam dan Salam Sejahtera..Untuk makluman semua keluarga klien PUSPEN Benta.. Lawatan keluarga hanya dibenarkan bermula ...
24/06/2020
BORANG PERMOHONAN TEMUJANJI BAGI LAWATAN KELUARGA PUSPEN BENTA

Salam dan Salam Sejahtera..

Untuk makluman semua keluarga klien PUSPEN Benta.. Lawatan keluarga hanya dibenarkan bermula 02 JULAI 2020 dan mohon semua ahli keluarga yang ingin melawat klien untuk mengisi borang tempahan lawatan melalui link Google Form https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSewsT3gnDtusitiNVG9JwRbyRhrRD627MsJV-AjAIeXv8fHKw/viewform
atau melalui panggilan telefon di talian 09-3230408 untuk membuat tempahan..

Kegagalan berbuat demikian tiada lawatan dibenarkan.

Sekian,terima kasih

Semua pelawat perlu mematuhi segala SOP dan peraturan yang sedang berkuatkuasa. Kegagalan mematuhi SOP dan peraturan yang berkuatkuasa boleh mengakibatkan lawatan keluarga ditamatkan serta - merta.

Tanggal 24 Jun 2020 bersamaan 02 Zulkaedah 1441H merupakan hari yang bersejarah buat 16 orang klien PUSPEN Benta kerana ...
24/06/2020

Tanggal 24 Jun 2020 bersamaan 02 Zulkaedah 1441H merupakan hari yang bersejarah buat 16 orang klien PUSPEN Benta kerana berjaya menamatkan program rawatan dan pemulihan.. Semoga pembebasan pada kali ini sedikit sebanyak memberi peluang klien untuk bersama dengan keluarga masing-masing..Seluruh warga kerja PUSPEN Benta mengucapkan selamat maju jaya..
#KepulihanAndaBermulaDisini
#StaySafe
#KitaJagaKita

LAWATAN KELUARGA KLIEN DIBENARKANUntuk makluman kepada semua ahli keluarga klien PUSPEN Benta, lawatan keluarga klien te...
17/06/2020

LAWATAN KELUARGA KLIEN DIBENARKAN

Untuk makluman kepada semua ahli keluarga klien PUSPEN Benta, lawatan keluarga klien telah dibenarkan bermula pada 02 Julai 2020. Namun selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), lawatan keluarga klien akan dibenarkan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-

1. Para pelawat diminta untuk membuat tempahan melalui Google Form https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSewsT3gnDtusitiNVG9JwRbyRhrRD627MsJV-AjAIeXv8fHKw/viewform
atau melalui panggilan telefon. Kegagalan berbuat demikian tiada lawatan dibenarkan.

2. Hanya dua (2) pelawat (ahli keluarga terdekat) sahaja dibenarkan sepanjang lawatan.

3. Warga emas dan kanak-kanak di bawah 12 tahun TIDAK DIBENARKAN melawat.

4. Para pelawat tidak dibenarkan sama sekali bersalaman atau menyentuh klien.

5. Para pelawat dikehendaki mengisi maklumat diri di Balai Pengawal atau mengimbas dengan aplikasi MySejahtera,saringan suhu badan, wajib memakai penutup muka dan hidung, cecair pembasmi kuman dan mematuhi penjarakan sosial dengan klien.

6. Tempoh lawatan keluarga adalah 30 minit sahaja.

7. Lawatan keluarga hanya dibenarkan pada setiap hari Selasa dan Khamis sahaja dan dibenarkan melawat sekali sahaja bagi setiap dua (2) minggu.

8. Sebarang bentuk makanan dan barangan hendaklah diserahkan kepada polis bantuan yang menyelia lawatan keluarga untuk diperiksa sebelum diserahkan kepada klien.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi hubungi kami di talian berikut: 09-3230408

17/06/2020

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Untuk makluman semua, talian telefon PUSPEN Benta 09-3239017 telah mengalami kerosakan dan masih dalam proses pembaikan dari pihak TM. Sebarang masalah pihak keluarga boleh menghubungi pihak pentadbiran melalui nombor 09-3230408. Keprihatinan dan kerjasama daripada pihak anda semua amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih..

-Admin-

11/06/2020

Salam dan Salam Sejahtera..

Pihak PUSPEN Benta masih dalam peringkat memperhalusi SOP berkaitan lawatan keluarga. Jadi mohon kepada semua keluarga klien agar dapat bersabar sedikit masa lagi sehingga pihak kami selesai menyediakan garis panduan berkaitan lawatan keluarga.. Kerjasama daripada pihak tuan-tuan, puan-puan amat kami hargai..

Terima Kasih

Dirgahayu Tuanku......Daulat Tuanku.(Daripada warga kerja PUSPEN BENTA, Pahang Darul Makmur)
08/06/2020

Dirgahayu Tuanku......Daulat Tuanku.
(Daripada warga kerja PUSPEN BENTA, Pahang Darul Makmur)

Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik-PUSPEN Benta's cover photo
02/05/2020

Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik-PUSPEN Benta's cover photo

Tanggal 29 April 2020 merupakan hari yang bersejarah buat 06 orang klien PUSPEN Benta kerana berjaya menamatkan program ...
02/05/2020

Tanggal 29 April 2020 merupakan hari yang bersejarah buat 06 orang klien PUSPEN Benta kerana berjaya menamatkan program rawatan dan pemulihan.. Pembebasan pada kali ini agak istimewa kerana pihak pentadbiran PUSPEN Benta telah menghantar sendiri klien ini ke pangkuan keluarga masing-masing berikutan dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berkuatkuasa.. Semoga pembebasan pada kali ini sedikit sebanyak memberi peluang klien untuk bersama dengan keluarga masing-masing..Seluruh warga kerja PUSPEN Benta mengucapkan selamat maju jaya..
#KepulihanAndaBermulaDisini
#StaySafe
#KitaJagaKita

Selamat menyambut Hari Pekerja buat semua warga kerja PUSPEN Benta..“Pekerja Tunjang Kelestarian Negara
30/04/2020

Selamat menyambut Hari Pekerja buat semua warga kerja PUSPEN Benta..

“Pekerja Tunjang Kelestarian Negara

Salam Ramadhan 1441H.. ikhlas dari Pengarah dan warga kerja PUSPEN Benta.
23/04/2020

Salam Ramadhan 1441H.. ikhlas dari Pengarah dan warga kerja PUSPEN Benta.

Saksikan Wawancara bersama YDh CP Dato' Sri Zulkifli Bin Abdullah, Ketua Pengarah  Agensi Antidadah Kebangsaan dalam slo...
03/04/2020

Saksikan Wawancara bersama YDh CP Dato' Sri Zulkifli Bin Abdullah, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan dalam slot Selamat Pagi Malaysia di RTM1, akan bersiaran pada 5 April 2020 (Ahad) jam 10.00 pagi dengan tajuk "Cabaran AADK dalam menangani masalah penyalahgunaan dadah sepanjang Covid 19"

#KemakmurandanKesejahteraanBersama

Lipis, 25 Mac 2020 - Sekitar lawatan YDh. CP Dato' Sri Zulkifli Abdullah, Ketua Pengarah AADK ke PUSPEN Benta, Pahang ba...
26/03/2020

Lipis, 25 Mac 2020 - Sekitar lawatan YDh. CP Dato' Sri Zulkifli Abdullah, Ketua Pengarah AADK ke PUSPEN Benta, Pahang bagi memantau SOP Social Distancing dan gerak kerja Pegawai AADK dalam menjalankan tugas di Pusat Pemulihan dalam suasana wabak Covid-19.

Dalam pertemuan bersama pegawai dan kakitangan YDh Dato Sri menitipkan kata kata semangat dan motivasi kepada warga kerja Puspen dalam menghadapi suasana sekarang.

#kemakmurandankesejahteraanbersama
#LawatanPuspenBenta

Credit to : Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia

Tanggal 18 Mac 2020 merupakan hari yang bersejarah buat 08orang klien PUSPEN Benta kerana berjaya menamatkan program raw...
19/03/2020

Tanggal 18 Mac 2020 merupakan hari yang bersejarah buat 08orang klien PUSPEN Benta kerana berjaya menamatkan program rawatan dan pemulihan.. Semoga pembebasan pada hari ini sedikit sebanyak memberi sinar baharu kepada mereka..perjalanan yang masih jauh bermula dengan satu langkah serta matlamat ke arah kepulihan dapat dikekalkan.. Seluruh warga kerja PUSPEN Benta mengucapkan selamat maju jaya..

17/03/2020

Salam dan Salam Sejahtera

Untuk makluman semua keluarga klien PUSPEN Benta,dengan ini dimaklumkan bahawa sebarang lawatan keluarga adalah dibekukan serta merta bermula 18 Mac 2020 sehingga dimaklumkan semula berikutan penularan wabak Corona Virus Covid 19.Ini susulan daripada pengumuman daripada YAB Perdana Menteri yang mana kawalan pergerakan dikuatkuasakan bagi membendung serta mencegah penularan daripada terus berlaku.Kami daripada pihak PUSPEN Benta memohon maaf diatas segala kesulitan yang berlaku dan sebarang pertanyaan boleh berhubung terus kepada pihak pentadbiran. Sekian terima kasih.

Hari ini 11 Mac 2020 merupakan hari yang bersejarah buat 06 orang klien PUSPEN Benta kerana berjaya menamatkan program r...
11/03/2020

Hari ini 11 Mac 2020 merupakan hari yang bersejarah buat 06 orang klien PUSPEN Benta kerana berjaya menamatkan program rawatan dan pemulihan.. Semoga pembebasan pada hari ini sedikit sebanyak memberi sinar baharu kepada mereka..perjalanan yang masih jauh bermula dengan satu langkah serta matlamat ke arah kepulihan dapat dikekalkan.. Seluruh warga kerja PUSPEN Benta mengucapkan selamat maju jaya..

Address

Batu 13, Landasan Terbang Benta, Jalan Lama Benta-Kuala Lipis
Benta
27300

Sekiranya menaiki bas: Menaiki bas syarikat Lin Siong dari Terminal Pekeliling dan berhenti di Terminal Akasia Benta. Kemudian menaiki bas Lipis-Benta untuk ke CCRC Benta. Sekiranya menaiki bas Transnasional Kuala Lipis-Kuala Lumpur, bas hanya akan berhenti di Terminal Kuala Lipis.

General information

VISI Masyarakat Malaysia Bebas Dari Dadah MISI Agensi Utama Memerangi Dadah OBJEKTIF Mencegah seseorang dari terlibat dengan dadah Merawat dan memulih penagih dadah Mencegah penagihan semula Membanteras bekalan, pengedaran dan penyalahgunaan dadah STRATEGIK Menghapuskan permintaan dan bekalan dadah dalam negara melalui: Pencegahan Rawatan dan Pemulihan Penguatkuasaan Kerjasama Antarabangsa KOD ETIKA 1. Mendukung visi dan misi Agensi Antidadah Kebangsaan sebagai satu amanah 2. Menolong penagih dadah secara profesional berlandaskan keperluan sebagai insan yang mempunyai maruah dan harga diri 3. Peka terhadap perkembangan masalah dadah semasa dan memastikan pembangunan diri secara berterusan 4. Berkerjasama dan berurusan secara profesional dan 5. Menghormati dan mematuhi arahan dengan jujur dan ikhlas

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6093239017

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik-PUSPEN Benta posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Nearby government services


Other Government Organizations in Benta

Show All