Pas Dun Bertam

Pas Dun Bertam Pas Dun Bertam , penggerak di bawah parti politik, Parti Islam Se-malaysia(PAS)

28/09/2023

SALAM MAULIDUR RASUL 1445H 💚

Sebagai Muslim, kita dituntut untuk mencintai Rasulullah S.A.W. Cinta kepada junjungan Rasul tentu bukan hanya sekadar melafazkan kata cinta pada bibir sahaja. Namun, buktikanlah cinta tersebut dengan melaksanakan perintah Rasulullah S.A.W, serta menjauhi segala larangannya.

Antara bukti mencintai Rasulullah S.A.W:

1. Menghayati, menyebar dan memperjuangkan sunnah Rasulullah S.A.W.

Jika kita mengaku mencintai Rasulullah, maka tegakkanlah Sunnahnya. Semakin kita mencintai Sunnah, semakin kita akan berusaha untuk menerapkannya dalam kehidupan kita.

Jika ada sesuatu yang dicontohkan Rasul maka kerjakanlah, namun sebaliknya jika ada sesuatu yang bertentangan dengan Sunnahnya maka tinggalkanlah.

Sunnah Rasul p**a mencakup seluruh segmen kehidupan insan. Dari bangun tidur, masuk ke tandas, berpakaian, bekerja, bermasyarakat hinggalah memerintah negara.

2. Mempelajari Sirah Nabawiyah.

Setiap Muslim mesti mempelajari biografi Rasul S.A.W. Ini kerana, jika kita mempelajari perjalanan hidup Rasul maka kita akan mengetahui bagaimana kasih sayang, cinta, dedikasi, ketulusan, karakter mulia, perhatiannya terhadap umat ini. Biar difahami dengan jelas apa yang Rasul S.A.W lakukan untuk menyampaikan Islam ke seluruh dunia.

Bagaimana mungkin, jika kita mengaku mencintai Rasul, namun kita tidak mengetahui biografi dan latar belakang hidupnya?

3. Sering mendoakan Rasul S.A.W.

Jika benar kita mencintai Rasul S.A.W, maka janganlah lupa mendoakannya. Doa untuk Rasul ialah dengan membanyakkan selawat, setiap satu selawat untuk Rasul diganjari p**a sepuluh rahmat Allah untuk kita.

Doa untuk Rasul juga dengan memohon agar Allah kurniakan kedudukan yang tinggi dan wasilah kepada Baginda sepertimana kandungan doa sesudah laungan azan dan iqamah. Ganjaran untuk kita ialah jaminan syafaah dari Rasulullah.

Semakin banyak kita kirimkan doa kepada Rasul S.A.W, maka kita akan semakin dekat kepada Baginda di hari kiamat.

4. Menyukai perkara yang Nabi Muhammad sukai dan mencintai orang-orang yang dicintainya.

Cinta kita kepada Rasul S.A.W boleh juga dibuktikan dengan menyukai amalan yang Nabi Muhammad sukai. Contohnya Rasul menyukai anak yatim, fakir miskin, menyantuni tetamu, maka itulah juga sepatutnya menjadi amalan yang kita sukai.

Selain itu, kita juga harus mencintai orang-orang yang dicintai Nabi S.A.W, seperti Saidina Abu Bakar, Umar bin Khattab, Utsman bin Affan, Ali bin Abi Thalib dan seluruh keluarga Nabi S.A.W serta para Sahabat pada umumnya.

5. Mengingati Rasul S.A.W dan ingin bertemu dengannya.

Ketika mencintai seseorang, maka kita sering memikirkan mengenai individu tersebut, sehingga kita berharap untuk bertemu dengannya. Oleh karena itu, semakin kita mencintai Rasulullah S.A.W maka kita merasa rindu untuk bertemu dengannya.

Mengingatinya dengan membaca Sirah Nabawiyah, memperbanyak doa dan membaca selawat untuk beliau, hingga kita berharap kepada Allah S.W.T agar dipertemu dan dikumpulkan bersama dengan Nabi S.A.W di akhirat kelak.

YB SENATOR USTAZ AHMAD YAHAYA
Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah

Sumber : https://harakahdaily.net/index.php/2022/10/04/cinta-rasulullah-s-a-w/





📣 KHAS BUAT WARGA PULAU PINANG...➡️Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Pulau Pinang akan meng...
21/09/2023

📣 KHAS BUAT WARGA PULAU PINANG...

➡️Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan:

JUALAN RAHMAH BERGERAK 2023

⏩Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan BARANGAN KEPERLUAN HARIAN pada HARGA RUNTUH yang sangat BERPATUTAN dan RENDAH daripada biasa!

Pelbagai barangan keperluan harian seperti ayam minyak masak, gula, beras, sayuran serta barangan proses dengan harga sehingga 10% - 30% lebih rendah daripada harga pasaran setempat.

❗❗PAKAT MAI ramai-ramai ke PROGRAM JUALAN RAHMAH BERGERAK 2023 DI LOKASI YANG DITETAPKAN❗

😷 Jom kita berbelanja dengan BIJAK

———————————————






Sumber : KPDN Pulau Pinang

Jom saksikan Ameerah Chit-Chat Kepala Batas, Sabtu ini di Tiktok 😀
13/06/2023

Jom saksikan Ameerah Chit-Chat Kepala Batas, Sabtu ini di Tiktok 😀

🍮🍝🌮🍭🥨🥐🥘🍿🍩🧃🍜🍫🍪
Makanan viral merupakan makanan yang kerap menjadi buruan ramai. Daripada makanan yang dipenuhi salutan coklat, lelehan keju, sehinggalah air manis yang dipenuhi karamel 🤤🧋Fuhh..Sedapnyerr..

Namun, tahukah anda bahawa makanan viral ini juga boleh memberikan kemudaratan kepada kesihatan kita?

Jom sertai kami bagi membincangkan isu ini dalam :

✨ AMEERAH CHIT CHAT : " Makanan Viral : Kesan Kepada Kesihatan Wanita" ✨

Tarikh/Hari : 17 Jun 2023 (Sabtu)
Masa : 10.00 - 11.30 Pagi
Tempat : Tiktok
Panel : Puan Nur Fatin Nadirah (Pegawai Dietetik)
Moderator : Puan Aini Ezzati

🎁🎊 Anda juga berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah🎊🎁

Jom saksikan!


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=493122172841675&id=100064316904670https://instagram.com/sitimasturamuhammad?...
04/11/2022

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=493122172841675&id=100064316904670

https://instagram.com/sitimasturamuhammad?igshid=YmMyMTA2M2Y=
▪️https://www.facebook.com/kepalabatassejahtera

▪️https://vt.tiktok.com/ZSR7HHMPY/

▪️https://twitter.com/usitimas?t=bRvLHHIIpmIQJ8LAYw9HSw&s=08

MOHON PAKAT LIKE | SHARE | COMMENT

supaya ramai follow page calon kita.
Terima kasih 🌷

Saya dengan rendah hati memperkenalkan diri sebagai calon Parlimen Kepala Batas P041, Pulau Pinang.

Terima kasih saya ucapkan kepada barisan kepimpinan Kawasan, Negeri dan Pusat atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk mewakili Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-15 ini.

Mohon semua dapat LIKE SHARE & COMMENT di media sosial berikut:

https://instagram.com/sitimasturamuhammad?igshid=YmMyMTA2M2Y=

https://www.tiktok.com/?_t=8X42fnuY35l&_r=1

https://twitter.com/usitimas?t=bRvLHHIIpmIQJ8LAYw9HSw&s=08

https://www.facebook.com/kepalabatassejahtera






**aupinang

Semoga Allah berikan kekuatan pada semua
02/11/2022

Semoga Allah berikan kekuatan pada semua

PAS HANTAQ SIAPA PI JADI CALON BERTANDING PRU 15 NI DI PENANG?

Berikut merupakan 3 wakil dari PAS yang akan berentap di gelanggang PRU 15.

💚Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan | P044 | Permatang Pauh

💚Ustazah Dr Siti Mastura Mohammad | P041 | Kepala Batas

💚 Steven Koh Tien Yew | P045 | Bukit Mertajam

Ayuh turun undi, dan undilah kump**an yang Bersih dan Stabil

Address

Bertam
Bertam
13200

Telephone

+601119709463

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pas Dun Bertam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share