Jabatan Pertanian Bahagian Betong

Jabatan Pertanian Bahagian Betong Agriculture Services

BELADIN, 9 SEPTEMBER 2025 - Jabatan Pertanian Sarawak, Bahagian Betong telah menganjurkan Agriculture Community Outreach...
09/09/2025

BELADIN, 9 SEPTEMBER 2025 - Jabatan Pertanian Sarawak, Bahagian Betong telah menganjurkan Agriculture Community Outreach Programme (AgriCOP) Beladin, DUN N.29 Beting Maro pada 8-9 September 2025. Program selama 2 hari ini telah diisi dengan pelbagai aktiviti dan taklimat, demonstrasi masakan dan pertanian. Selain itu, program turut dilengkapkan dengan sesi perkongsian ilmu daripada peserta-peserta bantuan jabatan.

Program AgriCOP yang bertempat di Dataran Temenggung Kadir, Beladin ini menjadi pembuka tirai kepada Karnival Beting Maro 2025 yang diadakan serentak bermula 8 September sehingga 14 September 2025 yang akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik untuk warga Beladin dan Pusa.

Program dua hari ini menghimpunkan seramai 150 peserta dari Beladin, Pusa dan Maludam dengan pelbagai pengisian menarik antaranya:

✅ Taklimat Solusi Pertanian Pintar Penanaman Nanas oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia.
✅Taklimat Tatacara Permohonan Lesen Kolam oleh Pejabat Pertanian Daerah Pusa.
✅Taklimat Penanaman Kelapa dan Penanaman Pisang oleh Pusat Penyelidikan Pertanian (ARC) Semongok.
✅Demonstrasi Hasil Tanaman Nanas (Sos Nanas) oleh Pejabat Pertanian Daerah Pusa.
✅Perkongsian Ilmu oleh Ikon Muda Berjaya – Puan Kamisah Binti Saledin (usahwan tempatan yang mengusahakan tanaman salad sebagai tanaman utama. Selain itu turut mengusahakan tanaman daun sawi dan daun sup.
✅ Perkongsian Ilmu oleh Ikon Muda Berjaya Puan Faryanti Binti Tamin – yang berasal daripada Kampung Tambak, Pusa, yang merupakan pengusaha Pemprosesan Makanan (Kek & Bakeri). Puan Faryanti juga merupakan penerima bantuan daripada Geran Agroprenur Muda.
✅Demonstrasi Cantuman Pokok Buah-buahan oleh Stesen Pertanian Bersepadu Layar.

Majlis Penangguhan Agricop Beladin telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Razaili Bin Haji Gapor, Ahli Dewan Undangan Negeri N.20 Beting Maro. Beliau dalam ucapannya menegaskan bahawa usaha seperti ini penting bagi melengkapkan para petani dengan pengetahuan, kesedaran dan kemahiran untuk meningkatkan produktiviti serta kualiti hasil pertanian.

Tambahnya lagi, kerajaan tetap komited membantu para petani yang benar-benar serius untuk berjaya dalam industri ini dengan mengadaptasi kaedah serta teknologi moden.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pegawai Pertanian Bahagian Betong Encik Leo Toni, wakil Pejabat Daerah Pusa, Anthony Peter Mihe Noel, Penghulu Kampung Beladin, Haji Zakaria Bin Haji Mos serta ketua-ketua masyarakat dari kampung sekitar.

Diharap program AgriCOP seumpama ini akan dapat memberikan pendedahan, kesedaran dan kemahiran kepada golongan sasar khususnya bagi warga Beladin dan seterusnya meningkatkan pengeluaran dan kualiti hasil produk pertanian. Di samping itu juga, diharap pendapatan dan sosioekonomi golongan sasar ditingkatkan dan mengeraakan kerjasama di antara Jabatan Pertanian Sarawak dengan golongan tani dan rakyat secara amnya.



26/07/2025
🎤✨ KONSERT RAKYAT – SPAOH AGROFEST 2025 ✨🎤📅 25 – 26 Julai 2025📍 Waterfront Spaoh, BetongKonsert Rakyat akan menampilkan ...
22/07/2025

🎤✨ KONSERT RAKYAT – SPAOH AGROFEST 2025 ✨🎤
📅 25 – 26 Julai 2025
📍 Waterfront Spaoh, Betong

Konsert Rakyat akan menampilkan barisan artis jemputan yang dibawa khas sempena Spaoh Agrofest 2025! 💃🕺

🎶 Antara artis yang akan memeriahkan pentas Konsert Rakyat:

🎤 Shidi (DATA)
🎤 Dyg Azura, Dyg Mastura & Abg Din – Juh Bermukun!
🎤 Mawat
🎤 Ain – Majlis Seni Sarawak
🎤 Artis-artis tempatan Spaoh

🎉 Ayuh datang berhibur dan raikan kemeriahan Spaoh Agrofest 2025!

📢 Jumpa anda di sana!





🎁 CABUTAN BERTUAH SPAOH AGROFEST 2025! 🎉📍 Waterfront Spaoh | 25–27 Julai 2025Jangan lepaskan peluang untuk menangi hadia...
20/07/2025

🎁 CABUTAN BERTUAH SPAOH AGROFEST 2025! 🎉
📍 Waterfront Spaoh | 25–27 Julai 2025

Jangan lepaskan peluang untuk menangi hadiah-hadiah menarik semasa kunjungan anda ke Spaoh Agrofest 2025!

✨ Antara Hadiah Utama yang menanti anda:
🎁 ATV 110CC
🛵 Motosikal
📺 Hisense 50" Smart TV
🧰 Pelbagai Peralatan Pertanian, Barangan Elektrik & Hamper Menarik!

🎟️ Dapatkan Tiket Cabutan Bertuah anda di Kaunter Urusetia!
📅 Tiket mula dijual 25 hingga 27 Julai 2025 dengan harga RM5.
📌 Tiada had pembelian – terbuka kepada semua pengunjung!
💥 Lagi banyak tiket, lagi cerah peluang untuk menang!

Bawa keluarga & rakan-rakan, dan jom memeriahkan Spaoh Agrofest 2025!



🌾 SPAOH AGROFEST 2025 KEMBALI LAGI! 🌾📅 25 – 27 Julai 2025 (Jumaat - Ahad)📍 Waterfront Spaoh, BetongJom datang beramai-ra...
18/07/2025

🌾 SPAOH AGROFEST 2025 KEMBALI LAGI! 🌾

📅 25 – 27 Julai 2025 (Jumaat - Ahad)
📍 Waterfront Spaoh, Betong

Jom datang beramai-ramai dan meriahkan Spaoh Agrofest 2025 – festival pertanian tempatan penuh warna-warni dan aktiviti menarik menanti anda:

✅ Pameran Agensi
✅ Taklimat dan Ceramah
✅ Demonstrasi Pertanian & Masakan
✅ Jualan Hasil Tani & Produk Industri Asas Tani (IAT)
✅ Spaoh Kitchen – Sajian Masakan Tempatan
✅ Konsert Rakyat bersama Artis Jemputan & Artis Tempatan Spaoh
✅ Jualan RAHMAH Madani & AgroMADANI

🎁 Cabutan Bertuah menanti para pengunjung bertuah dengan hadiah-hadiah menarik!

📢 Jom sertai kami dan jangan lepaskan peluang keemasan ini!

🌱✨ Sama-sama kita raikan kemeriahan, hasil tempatan & semangat komuniti di Spaoh Agrofest 2025!




18/07/2025

🌾 SPAOH AGROFEST 2025 🌾

📣 Untuk warga sekitar Spaoh, Debak dan Betong, Spaoh Agrofest akan kembali menemui anda! Pelbagai aktiviti menarik menan...
25/06/2025

📣 Untuk warga sekitar Spaoh, Debak dan Betong,

Spaoh Agrofest akan kembali menemui anda! Pelbagai aktiviti menarik menanti seperti Pameran, Taklimat dan Demonstrasi , Pertandingan dan peraduan, Jualan, Cabutan Bertuah, Spaoh Kitchen dan Pentas Rakyat.

Jommmm datang beramai-ramai bagi memeriahkan Spaoh Agrofest 2025.

📅 Tarikh : 𝟮𝟱 - 𝟮𝟳 𝗝𝗨𝗟𝗔𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟱
📍 Tempat: 𝗪𝗔𝗧𝗘𝗥𝗙𝗥𝗢𝗡𝗧, 𝗦𝗣𝗔𝗢𝗛, 𝗕𝗘𝗧𝗢𝗡𝗚

Terus layari laman facebook Jabatan Pertanian Betong untuk maklumat dan info acara dan program yang akan berlangsung.

𝗝𝘂𝗺𝗽𝗮 𝗔𝗻𝗱𝗮 𝗱𝗶 𝗦𝗽𝗮𝗼𝗵 𝗔𝗴𝗿𝗼𝗳𝗲𝘀𝘁 𝟮𝟬𝟮𝟱!


09/05/2025
09/05/2025

🎉 PERARAKAN GAWAI DAYAK 2025 BAHAGIAN BETONG 🎉
📅 7 Jun 2025
📍 Kompleks Sukan Betong
Tema: "Mujur Mansang Segulai Sejalai"

Jom sama-sama memeriahkan Perarakan Gawai Dayak Bahagian Betong 2025! 💃🕺
Terbuka kepada penyertaan dari:
🏢 Jabatan Kerajaan & Swasta
🏡 Ketua Kaum / Rumah Panjang / Kampung / NGO / Pekan
🏫 Sekolah Menengah & Sekolah Rendah

🎁 Hadiah Lumayan Menanti!
🏆 Johan: RM3,000
🥈 Naib Johan: RM2,000
🥉 Ketiga: RM1,000
🌟 Pemenang Keseluruhan: RM10,000 + Piala Pusingan!

📌 Setiap pasukan mesti ada 30 orang ahli atau lebih.
📆 Tarikh tutup penyertaan: 15 Mei 2025
💥 PENYERTAAN ADALAH PERCUMA!

📲 Imbas kod QR pada poster untuk daftar segera atau hubungi:
📞 En. Jacky Ronaldo (WhatsApp): 014-589 9397

Mari kita bersatu memeriahkan sambutan Gawai Dayak penuh warna-warni budaya kita! 🌾🎶

Address

Blok B, Tingkat Bawah, Kompleks Kerajaan Negeri, Jalan Setia Raja, Kawasan Bandar Baru
Betong
95700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pertanian Bahagian Betong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Pertanian Bahagian Betong:

Share