14/08/2025
πππππππππ πππππ
ππππππππ ππππ ππππππππ (πππ) πππππππ
ππΊπ π½π¬ππ«ππΉπΌ ππ¨ππ¨ππΊππ¨ π«ππ·πΌπΊπΌπ΅π ππ¬ππ©πΌπ³ππ² : πΌππ¨π πΌπ·ππ²πΌπ΅ πΊππ΅ππ°ππ¬π ππ¨ππ΄ π«πΌπ΅ π¨ππ¨ππ¨
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bintulu menyambut baik tindakan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah membuat siasatan berhubung isu bendera Malaysia yang dipasang secara terbalik selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 serta Seksyen 504 Kanun Keseksaan, jika terbukti terdapat niat untuk menghina makanya mereka yang bersalah wajib menerima hukuman.
Walau bagaimanapun, tindakan gimik politik daripada Pemuda UMNO yang cuba menjadikan isu ini sebagai modal politik menimbulkan rasa sangsi apabila kes pemasangan bendera terbalik dijadikan medan untuk membakar sentimen politik bukannya sebagai ruang untuk memupuk semangat patriotisme yang sihat.
Berhubung perhimpunan di Pulau Pinang yang akan dihadiri oleh Armada, AMK Bintulu berpandangan bahawa perkembangan ini amat tidak sihat terhadap kestabilan politik negara kerana ia memperlihatkan bagaimana isu yang sepatutnya kecil dan boleh diperbetulkan secara aman telah dijadikan pentas untuk mencetuskan perpecahan.
Amalan memasang bendera Malaysia semasa bulan kebangsaan merupakan rutin rakyat Malaysia. Apabila ratusan ribu bendera dipasang di seluruh negara, kemungkinan untuk berlaku satu dua kesilapan teknikal adalah lumrah. Kesilapan sebegini tidak wajar terus dihukum sebagai isu kaum atau tanda tidak patriotik. Sikap pemimpin seharusnya mengajak rakyat untuk memperkukuh semangat patriotisme, bukannya menanam benih perpecahan.
Bagi AMK Bintulu, isu bendera ini tidak wajar dibesar-besarkan sehingga menenggelamkan semangat sebenar bulan kemerdekaan. Kesilapan boleh berlaku di mana-mana malah Pemuda UMNO Terengganu yang begitu lantang bercakap soal patriotisme juga tidak terlepas daripada membuat kesilapan.
Akhir sekali, sempena bulan kemerdekaan ini, AMK Bintulu menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersatu hati, mengenepikan sentimen perkauman dan agama yang memecahbelahkan, serta bersama-sama menyemarakkan semangat kemerdekaan demi Malaysia yang lebih aman dan makmur.
14 Ogos 2025