Komuniti Madani Parlimen Kulai

  • Home
  • Komuniti Madani Parlimen Kulai

Komuniti Madani Parlimen Kulai Jambatan antara kerajaan & rakyat di Parlimen Kulai, menyelaras dasar demi kemajuan & kesejahteraan komuniti.

Assalamualaikum dan Selamat SejahteraProgram kedua Komuniti Madani Parlimen Kulai bersama masyarakat Kulai ialah Sambuta...
02/01/2026

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Program kedua Komuniti Madani Parlimen Kulai bersama masyarakat Kulai ialah Sambutan Hari Kebangsaan Hari Malaysia bermula di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai dan Sekolah Kebangsaan Bandar Putra diiringi pasukan Japen Daerah Kulai. Sepanjang laluan ke tempat yangyang dituju lagu Patriotik berkumandang bagi menzahirkan rasa cinta kepada negara selain menyemarakkan Bulan Kebangsaan. Destinasi terakhir ialah ceramah berkaitan Cintakan Tanah Air yang bertempat di Surau Al Ikhlas Taman Desa Idaman diadakan selepas solat maghrib.

https://www.facebook.com/share/p/1DW1Np4oHV/

03/08/2025
PROGRAM JIWA KOMUNITI MADANI PARLIMEN KULAI : JELAJAH KOMUNITI MADANI SEMPENA HKHM 2024📍 SMK Senai, SK Bandar Putra & Su...
03/08/2025

PROGRAM JIWA KOMUNITI MADANI PARLIMEN KULAI : JELAJAH KOMUNITI MADANI SEMPENA HKHM 2024

📍 SMK Senai, SK Bandar Putra & Surau Al-Ikhlas, Taman Desa Idaman
📅 8 September 2024 (Ahad)

Sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 (HKHM 2024), Program Jiwa Komuniti MADANI Parlimen Kulai diteruskan bersama pelajar di SMK Senai dan SK Bandar Putra.

Program ini bukan sahaja menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar, malah turut mengukuhkan nilai perpaduan dan cintakan negara sejak di bangku sekolah lagi. 💖🇲🇾

Turut hadir bersama, YB Wong Bor Yang, ADUN Senai bagi menyempurnakan sesi edaran bendera.

🌟 Terima kasih kepada pihak sekolah dan semua yang terlibat dalam menjayakan sesi ini. Komuniti MADANI Parlimen Kulai komited untuk terus mendukung nilai perpaduan, kesejahteraan demi pembangunan komuniti masa hadapan.

📸 Saksikan detik-detik penuh semangat dalam gambar yang dikongsikan.






PROGRAM JIWA KOMUNITI MADANI PARLIMEN KULAI📅 21 Julai 2024📍 Balai Raya Cemara, Bandar Putra, KulaiProgram Jiwa Komuniti ...
03/08/2025

PROGRAM JIWA KOMUNITI MADANI PARLIMEN KULAI

📅 21 Julai 2024
📍 Balai Raya Cemara, Bandar Putra, Kulai

Program Jiwa Komuniti Madani Parlimen Kulai yang diadakan buat julung-julung kalinya hari ini telah berlangsung dengan jayanya di Balai Raya Cemara, Bandar Putra, Kulai. Program ini merupakan anjuran bersama Komuniti Madani Parlimen Kulai dan KRT Jalan Cemara Bandar Putra, dengan objektif memperkukuh semangat perpaduan, kebersamaan dan kerjasama dalam kalangan penduduk setempat.

Antara pengisian program termasuk:
✅ Senamrobik
✅ Pameran agensi kerajaan
✅ Saringan kesihatan percuma
✅ Pemeriksaan Mata percuma
✅ Kaunter Perkeso
✅ Ceramah gangguan seksual daripada pihak PDRM dan Pejabat Kesihatan Daerah Kulai

Majlis telah disempurnakan oleh Encik Muhammad Fitri Bin Abd Razak, wakil rasmi kepada YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Kulai. Turut hadir, Puan Hajah Norasilah Ibrahim, Pegawai Penerangan Daerah Kulai, Insp. Khairi Rosli, Ketua Polis Balai Kulai, Dr. Nur Adlin Adnan, Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Daerah Kulai,Puan Ang Jun Mei, Ketua Komuniti Madani Parlimen Kulai dan Encik Jamil Md Nin, Pengerusi KRT Zon JIn Cemara & Merbau

Pihak Komuniti Madani Parlimen Kulai merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Diharapkan program ini dapat menggalakkan semangat kebersamaan dan kerjasama yang berterusan dalam kalangan komuniti Kulai.



Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Komuniti Madani Parlimen Kulai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share