Fajar Biru Muda

Fajar Biru Muda Inisiatif oleh Shaun Kua, calon No. 11 NKAMK. Fajar Biru Muda garap orang-orang kecil dalam KEADILAN untuk renung 25 tahun ke depan.
(1)

22/05/2025

No.11 Shaun Kua - Calon Mustahil
22/05/2025

No.11 Shaun Kua - Calon Mustahil

๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—ฃ๐—” ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ž๐—˜๐—”๐——๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐˜‚๐—ป ๐—ž๐˜‚๐—ฎ, ๐—–๐—ฎ๐—น๐—ผ๐—ป ๐—ก๐—ž๐—”๐— ๐—ž ๐—ก๐—ผ. ๐Ÿญ๐ŸญTQ YB Amin Ahmad kerana share posting saya.Saya teringat seoran...
21/05/2025

๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—ฃ๐—” ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ž๐—˜๐—”๐——๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก
๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐˜‚๐—ป ๐—ž๐˜‚๐—ฎ, ๐—–๐—ฎ๐—น๐—ผ๐—ป ๐—ก๐—ž๐—”๐— ๐—ž ๐—ก๐—ผ. ๐Ÿญ๐Ÿญ

TQ YB Amin Ahmad kerana share posting saya.

Saya teringat seorang brader AMK Balik Pulau.

Ketika itu, di ruang tamu rumah YB Datoโ€™ Dato' Hj Abdul Halim Hussain di Pulau Pinang.

Datoโ€™ mantan Exco kerajaan negeri Pulau Pinang (calon MPP kali ini No. 76). Saya pindah negeri bantu beliau dengan dasar industri & usahawan.

Brader tanya โ€œOxford itu apa?โ€.
โ€”
Ada yang puji saya bijak. Tapi, di Oxford, saya rasa kecil sekali, kerana saya sedar ramai lagi yang lebih bijak dalam dunia ini.

Saya akui: saya sampai ke sini atas nikmat peluang di luar capaian, malah jangkaan, majoriti anak muda. Kerana bernasib baik, bukan sebab bijak.

Saya renung kenapa tujuh tahun saya bersama KEADILAN, tambah setahun lebih dengan INVOKE (sebelum jadi ahli).

KEADILAN sebuah parti terbentuk daripada pelbagai latar belakang & aspirasi.

Melalui parti, saya pernah jumpa mantan Ketua Setiausaha Negeri.

Melalui parti, saya pernah jumpa pelawak sarkas.

Dua-dua orang kecil dalam parti, menyokong dalam diam.

KEADILAN cuba menggapai antara idea dengan tindakan, menara gading dengan jalan raya.

Kadang-kadang tak tercapai, selalunya tak sempurna, tapi begitulah parti mustahil.
โ€”
Rakyat jelata sibuk menyara hidup keluarga tercinta. Kalau ada sedikit kelapangan pun, dimanfaatkan untuk lepak dengan member.

Saya pun begitu, cuma tiada pasangan tercinta :).

โ€œNegaraโ€ mungkin suatu yang abstrak, yang bayangan.

Orang rumah, member, rakan sekerja - semuanya lebih dekat & hakiki, berbanding 30 juta lagi rakyat lain yang tidak kita kenali langsung melangkaui transaksi jual-beli pasaran.

Hampir mustahil saya berkenalan dengan brader AMK itu dalam kehidupan biasa.

Melainkan melalui parti KEADILAN.

Melalui parti, saya mengerti โ€œnegaraโ€.
โ€”
Itu sebab saya bersama KEADILAN.

Ada jugalah sedikit terasa โ€ฆ bila Presiden tegur siswa yang belajar tinggi-tinggi tapi tiada โ€œhabits of the heartโ€.

Ketika parti sekarang tercalit dengan pelbagai tohmahan, harap ini sekadar sedikit suci dalam debu perjuangan.

๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐˜‚๐—ป ๐—ž๐˜‚๐—ฎ
๐—–๐—ฎ๐—น๐—ผ๐—ป ๐—ก๐—ž๐—”๐— ๐—ž ๐—ก๐—ผ. ๐Ÿญ๐Ÿญ

TQ kepada yang buat poster.
21/05/2025

TQ kepada yang buat poster.

18/05/2025

๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—ง๐—œ ๐— ๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—›๐—œ๐—Ÿ & ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—ง๐—œ ๐— ๐—”๐—ฆ๐—” ๐——๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ก
Shaun Kua, Calon NKAMK No. 11

Saya pernah tulis: parti kita lahir dari mustahil.

Bila pernah dikatakan mustahil gerakan rakyat berbilang kaum capai Putrajaya, kita lawan!

Cabaran - atau โ€œkemustahilanโ€ - terbaharu kita adalah untuk menyempurnakan reformasi & visi Anwar Ibrahim, meskipun kesuntukan 25 tahun.
โ€”
๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜€.

Reformasi rentas setiap lapisan dan dimensi masyarakat.

Antara hikmah kita tadbir negara ialah: kerajaan bukan punca segala penindasan.

Ada kemungkinan kerajaan bukan wadah terbaik untuk capai keadilan.

Kekuatan sektor swasta & sosial perlu untuk reformasi penuh akal, budaya dan masyarakat.

Barulah โ€œgerakan reformasi yang menyeluruhโ€! (Deklarasi Permatang Pauh).
โ€”
๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ต๐˜‚๐—ท๐˜‚๐—ป๐—ด.

Selagi wujud ketidakadilan, kerja kita belum selesai!

Jangan lupa, perjuangan kita berliku-liku. Selangkah reformasi ke hadapan, diasak p**a dua langkah ke belakang oleh penguasa.
โ€”
๐—ง๐˜‚๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฅ๐—ฒ๐—ณ๐—ผ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ป๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ถ & ๐—ถ๐—ฑ๐—ฒ๐—ฎ๐—น๐—ถ๐˜€๐—บ๐—ฒ.

Betapa โ€œmustahilnyaโ€ atau tingginya tekad kita kerana murninya & luasnya niat kita. Kerana โ€œterpancar daripada hati nuraniโ€ (Deklarasi PP).

Maksudnya, reformasi lebih besar daripada tajuk-tajuk pemilihan yang hangat baru-baru ini - siapa panglima terbaik menjelang PRU16, siapa perform sebagai menteri ataupun siapa pengganti PMX.

Gelaran โ€œparti masa depanโ€ tidak patut dijadikan retorika ringan atau pemanis kenyataan calon sahaja, kerana jauh lagi โ€œmasa depanโ€ perjuangan, malah keras juga.

Sahutan saya, seorang calon mustahil: biarlah kita maknai gelaran tersebut. Baik kita renung 25 tahun akan datang.

โ€”
Jika ufuk pandangan kita sejauh itu, musuh sebenar kita bukan PAS, bukan koruptor, bukan pelampau kaum.

๐— ๐˜‚๐˜€๐˜‚๐—ต ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ. Masa yang penentu wajah, bentuk & kekuatan musuh kita.

Tidak dinafikan parti terbina atas usaha aktivis tidak yang mengenal erti mustahil. Tapi, sedikit sebanyak, nasib reformasi berlambung tinggi seiring dengan kebangkitan serantau serta gelombang pendemokrasian sedunia.

Sebaliknya p**a, perjuangan terbantut apabila sentimen identiti & perkauman kini membuak-buak.

Pasang surut arus tempatan dan antarabangsa ada tempiasnya kepada timbul atau hilangnya parti KEADILAN.

---
Dari sudut dalaman parti p**a, masa penghakis semangat.

Aktivis muda peristiwa hitam September 1998, dah ada cucu.

Yang pertama kali turun demo semasa BERSIH, dah ada anak remaja.

Parti KEADILAN jadi parti atuk dan bapa, bukan lagi parti โ€œcoolโ€, jauh sekali bukan parti โ€œundergroundโ€

Dalam jargon Emile Durkheim, hilang โ€œcollective effervescenceโ€ dalam parti.

Perubahan menjadi parti arus perdana tidak patut dilihat negatif. Rungutan โ€œKEADILAN zaman saya lainโ€ฆโ€ tidak membantu.

Persoalan yang dibangkitkan Ibn Khaldun tetap perlu dijawab:

Bagaimana parti (sebagai pelopor tamadun) boleh elak sikap lalai & lemah yang akhirnya membawa kepada kehancuran?
โ€”

Demi meneruskan reformasi tanpa batas dan tanpa penghujung dalam kecamuk masa depan, saya kemukakan tiga persoalan untuk pimpinan dalam pemilihan kali ini.

1) ๐—”๐—ฝ๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ด๐—ฎ ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜‚ ๐—บ๐—ฒ๐—ด๐—ฎ-๐˜๐—ฟ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฏ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—น ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ณ๐—ฎ๐—ฎ๐˜๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜‚ ๐—บ๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐˜๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด?

2) ๐—”๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐˜๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ถ) ๐—ฎ๐—ต๐—น๐—ถ, ๐—ถ๐—ถ) ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐˜†๐—ฎ๐˜ & ๐—ถ๐—ถ๐—ถ) ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐˜‚๐˜€๐—ถ๐—ฎ ๐˜€๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐˜ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐˜‚ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐—ฏ๐—ฎ๐—ต?

3) ๐—•๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ถ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐˜€๐—ถ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—บ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ถ ๐—ฏ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฑ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐˜๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป (๐—ฟ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ฒ๐—ป๐˜) ๐—ต๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฐ๐—ฎ๐—บ๐˜‚๐—ธ ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด, ๐—บ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜€ (๐—ฎ๐—ด๐—ถ๐—น๐—ฒ) ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ณ๐—ฎ๐—ฎ๐˜๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚?

Bagi saya calon mustahil dalam parti mustahil, jawapannya bermula dengan orang kecil dalam parti. Nantikan penulisan seterusnya.

๐—ฆ๐—›๐—”๐—จ๐—ก ๐—ž๐—จ๐—”
๐—–๐—ฎ๐—น๐—ผ๐—ป ๐—ก๐—ž๐—”๐— ๐—ž ๐—ก๐—ผ. ๐Ÿญ๐Ÿญ

๐—–๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ก ๐— ๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—›๐—œ๐—ŸShaun Kua, Calon NKAMK No. 11Cuba lihat gambar calon No. 11 Naib Ketua AMK Malaysia. Gambar yang separa te...
18/05/2025

๐—–๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ก ๐— ๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—›๐—œ๐—Ÿ
Shaun Kua, Calon NKAMK No. 11

Cuba lihat gambar calon No. 11 Naib Ketua AMK Malaysia. Gambar yang separa tertutup tu?

Ya, itulah saya.
โ€”
Saya ๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ธ๐—ฒ๐—ฐ๐—ถ๐—น ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ถ, seorang ahli biasa tanpa jawatan. Pencalonan pun minit terakhir. TQ Abang Otai yang jadi jurugambar di kedai mamak.

Soalan standard musim ini, โ€œAwak kem mana?โ€:
Jawapan saya: Saya tiada kem. Jujur. Saya kem anti-kem.

Saya faham, mungkin anda keliru. Kadang-kadang saya ada di INVOKE โ€ฆ (aiks!) tiba-tiba muncul p**a di war-room MPN Pulau Pinang. Begitulah serba perjalanan saya dalam parti.

Mustahil saya bertanding tanpa kem?

โ€”
Parti kita ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ถ ๐—บ๐˜‚๐˜€๐˜๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—น.

Bila dianggap mustahil parti berbilang kaum boleh mekar di Malaysia, kita ๐—น๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป!

Bila disangka mustahil gerakan dari bawah, dari pinggiran, mampu capai Putrajaya, kita ๐—น๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป!

Bila dikatakan mustahil idealisme bertahan dengan gula-gula serta belantan kuasa, kita ๐—น๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป!

Parti kita lahir dari mustahil. Apakah makna โ€œjawatanโ€, โ€œarahanโ€, โ€œkemโ€ atau โ€œfraksiโ€, jika sejak 1998 lagi kita tidak kenal maksud ๐—บ๐˜‚๐˜€๐˜๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—น?

โ€”-
Parti berdepan dengan cabaran atau โ€œkemustahilanโ€ baharu - iaitu menyempurnakan visi nurani seorang sosok luar biasa bernama Anwar Ibrahim, meskipun sudah kesuntukan masa 25 tahun yang lepas.

Perjuangan reformasi tiada batas dan tiada penghujung. Tingginya - โ€œ๐—บ๐˜‚๐˜€๐˜๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—น๐—ป๐˜†๐—ฎโ€ - tekad kita kerana murninya niat kita.

Disebut atau tidak, dugaan ini melatari pertandingan Timbalan Presiden antara dua tokoh yang saya hormati.

Susulan daripada itu, pimpinan parti dikatakan perlu โ€œsejalurโ€, manakala anggota parti perlu โ€œdi-GOTVโ€ menyatakan sokongan terhadap pemimpin.

Dalam usaha โ€œperkemas safโ€, masih wujudkah ruang untuk orang kecil dalam parti?

โ€”
Di manakah ruang selamat untuk tercetusnya idea yang radikal, idea yang menyemarakkan imaginasi rakyat, idea yang *mustahil*? Di manakah tempat itu, kalau bukan di AMK?

Sahutan Presiden merentas generasi. Menzahirkan Nahdah Asia dan Malaysia Madani bukan usaha sepenggal, mahupun dua.

Soalnya lebih besar daripada bagaimana menang saluran 5 dan 6 PRU16 nanti.

Sejak bila suara lantang teruna dari Cherok Tok Kun itu menyebut isu anak muda sahaja?

Jika sekarang bermulanya babak kemuncak perjalanan watak sehebat Nurul Izzah dan Rafizi Ramli setelah 27 tahun, hikmahnya: *๐—”๐— ๐—ž ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐˜‚ ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ป๐˜‚๐—ป๐—ด ๐Ÿฎ๐Ÿณ ๐˜๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐—ธ๐—ฒ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป.*

โ€”
Saya ๐—ฐ๐—ฎ๐—น๐—ผ๐—ป ๐—บ๐˜‚๐˜€๐˜๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—น - mustahil menang.

Antara lawan saya adalah tiga orang YB Ahli Parlimen semasa, seorang nyaris menjadi YB, dan enam lagi cukup potensi sebagai bakal YB.

Saya? Saya orang kecil dalam parti. Saya menawarkan idea untuk penggal 2025-2028, dengan harapan memanfaatkan parti menjelang penggal 2045-2048.

Antara hiruk-pikuk dan damai, kadang-kadang idea juga perlu turun masuk gelanggang.

Demokrasi bukan setakat undi. Pertembungan idea bukan perlawanan campur-tolak (zero-sum).

Daripada minta undi, saya cabar anda fikir.

Jika anda setuju, sila sebarkan mesej saya.
Jika anda minat, sila bersama saya.
Jika anda menang, sila cilok idea saya. Bawa lari terus. Jadikan milik anda, asalkan demi parti.

โ€”-

Adakah ini jalur tengah? Saya lebih cenderung istilah โ€œfajarโ€, kerana fajar merangkumi pelbagai warna, asalkan menghala ufuk biru muda yang sama, walhal setiap jalur terhad oleh batasnya.

Sekiranya gagal, sekurang-kurangnya menambah seri (dan sedikit lawak) pemilihan kali ini.

๐—ฆ๐—›๐—”๐—จ๐—ก ๐—ž๐—จ๐—”
๐—–๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ก ๐—ก๐—ž๐—”๐— ๐—ž ๐—ก๐—ข. ๐Ÿญ๐Ÿญ

Address

35, Jalan Setiakasih 1
Bukit Damansara
50480

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fajar Biru Muda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share