Pejabat FELDA Parit Haji Idris

Pejabat FELDA Parit Haji Idris Kami tak ramai tapi kami ada.

*MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI GENERASI FELDA JOHOR DI PERANTAUAN TAHUN 2026*Assalamualaikum dan Salam Maju Johor...
04/04/2026

*MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI GENERASI FELDA JOHOR DI PERANTAUAN TAHUN 2026*

Assalamualaikum dan Salam Maju Johor.

Kepada anak-anak dan generasi FELDA Johor perantuan, terutamanya yang berada di sekitar Lembah Klang atau Kuala Lumpur, *Kerajaan Negeri Johor akan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Generasi FELDA Johor Di Perantauan bersama YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi*, sebagaimana ketetapan berikut:

πŸ“… Tarikh: *26 April 2026 (Ahad)*
πŸ•™ Masa: *10.00 pagi*
πŸ“ Tempat: *The MINES International Exhibition & Convention Centre (MIECC), Sri Kembangan Selangor*

πŸ‘‰ *Penyertaan adalah terhad, mohon tuan/puan SEGERA untuk membuat pendaftaran kehadiran melalui pautan berikut (Link V2):*
https://forms.gle/FeAVxFp3ktuYZZvA9

Yok seluruh *anak dan generasi FELDA Johor* di perantauan, kita sama-sama memeriahkan sambutan Hari Raya dalam suasana penuh kemesraan, mengeratkan ukhuwah walau di mana jua kita berada. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, tuan/puan boleh hubungi *Cik Anis Hammani (Urusetia) di talian 017-7511531* .

Semoga majlis ini menjadi platform untuk memperkukuh hubungan, memperluas jaringan dan menyatukan anak FELDA Johor di perantauan.

----

*SEKRETARIAT MUAFAKAT FELDA NEGERI JOHOR*




19/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Semua Warga FELDA dan Selamat Kembali ke kampung halaman kepada semua warga FELDA yang berada di perantauan. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan dan perjalanan balik anda. Ikhlas dari YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi (Menteri Besar Johor)

β€οΈπŸ’™

07.03. 2026 I 17 Ramadan 1447H Majlis Penyampaian Amanat dan Berbuka Puasa YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Joho...
17/03/2026

07.03. 2026 I 17 Ramadan 1447H

Majlis Penyampaian Amanat dan Berbuka Puasa YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor Bersama Kepimpinan Akar Umbi FELDA Negeri Johor.

Seramai 5 orang wakil FELDA Parit Haji Idris yang terdiri daripada JKKR, GPW yang hadir ke majlis tersebut, turut serta hadir Tuan Pengurus Felda En Shahnaz Bin Abdul Rahim serta petugas FELDA Parit Haji Idris.

Dalam majlis tersebut, Kerajaan Negeri Johor mengumumkan peruntukan RM12.3 juta bantuan khas sempena Aidilfitri kepada warga FELDA di seluruh negeri. Antaranya termasuk Geran Aidilfitri kepada JKKR dan GPW, bakul makanan kepada setiap Ketua Isi Rumah peneroka serta kakitangan FELDA, bantuan renovasi pejabat rancangan, kemudahan kuota haji dan pinjaman pendidikan YPJ, serta bantuan RM200,000 kepada Sekretariat Muafakat FELDA.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Johor dalam menjaga kebajikan warga Felda.




πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„ππ˜π„π‘π€π‡π€π 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 πŠπ€π’πˆπ‡ π‰πŽπ‡πŽπ‘ πŠπ„ππ€πƒπ€ πŠπ„π“π”π€ ππ‹πŽπŠ π‹π„π‹π€πŠπˆ 𝐃𝐀𝐍 π–π€ππˆπ“π€ 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀 𝐃𝐀𝐍 πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„π‘ππ”πŠπ€ 𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐔𝐍 GAMBIR.Teri...
16/03/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„ππ˜π„π‘π€π‡π€π 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 πŠπ€π’πˆπ‡ π‰πŽπ‡πŽπ‘ πŠπ„ππ€πƒπ€ πŠπ„π“π”π€ ππ‹πŽπŠ π‹π„π‹π€πŠπˆ 𝐃𝐀𝐍 π–π€ππˆπ“π€ 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀 𝐃𝐀𝐍 πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„π‘ππ”πŠπ€ 𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐔𝐍 GAMBIR.

Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato' Onn Hafiz Ghazi (Menteri Besar Johor) dan Kerajaan Negeri Johor atas sumbangan, pengiktirafan dan penghargaan kepada Ketua-ketua Blok Lelaki dan Wanita seluruh FELDA di Negeri Johor.

Hari ini berlangsung majlis penyerahan sumbangan tersebut untuk FELDA DUN GAMBIR yang disampaikan oleh Tn Sahrihan bin Jani (ADUN DUN GAMBIR).

Terima kasih YAB Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Johor atas inisiatif, peruntukan dan pelbagai lagi sumbangan yang dikurniakan kepada Warga FELDA Seluruh Negeri Johor.





16/03/2026

Terima kasih MB Johor.

Terima kasih MB Johor, Alhamdulillah 🀲.
09/03/2026

Terima kasih MB Johor, Alhamdulillah 🀲.

08/10/2025

Pusat Mengumpul Getah FELDA Parit Haji Idris.

Majlis Penyerahan Insentif Memperkasa Komuniti FELDA Negeri JohorTarikh: 20 September 2025 (Sabtu)Masa: 10.00 pagiTempat...
26/09/2025

Majlis Penyerahan Insentif Memperkasa Komuniti FELDA Negeri Johor

Tarikh: 20 September 2025 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Pejabat FELDA Parit Haji Idris, Bukit Gambir

Majlis ini turut menyaksikan penyerahan simbolik Mock Cheque kepada dua badan di FELDA Parit Haji Idris:
RM10,000 kepada JKKR
RM5,000 kepada GPW

Selain itu, turut berlangsung penyerahan Bakul Makanan Bantuan Kasih Johor di bawah Program Insentif Memperkasa Komuniti FELDA Negeri Johor kepada seluruh peneroka FELDA Parit Haji Idris.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada:
YB Sahrihan Bin Jani yang sudi menyempurnakan penyerahan bakul makanan.
YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor.
Sekretariat Muafakat Felda Negeri Johor serta semua pihak yang terlibat menjayakan majlis ini.

Semoga usaha ini terus memperkukuh kebajikan serta kesejahteraan komuniti FELDA.


Alhamdulillah 🀲
21/09/2025

Alhamdulillah 🀲

Alhamdulillah…Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada KERAJAAN NEGERI JOHOR dibawah pimpinan YAB Dato...
22/08/2025

Alhamdulillah…

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada KERAJAAN NEGERI JOHOR dibawah pimpinan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi diatas inisiatif Pemerkasaan Warga FELDA negeri Johor bernilai RM4.62 Juta yg telah diumumkan pada 29 JUN 2025, sempena HARI PENEROKA FELDA MADANI NEGERI JOHOR 2025..

Terima kasih juga kepada YB Datuk Zahari Sarip (Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor)

Address

Bukit Gambir
84800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat FELDA Parit Haji Idris posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share