Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Daerah Kinabatangan

  • Home
  • Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Daerah Kinabatangan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Daerah Kinabatangan Facebook Rasmi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Daerah Kinabatangan

Ayuh bersama-sama memeriahkan Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Sabah dengan pengisian ilmiah dan kerohanian yang p...
13/06/2026

Ayuh bersama-sama memeriahkan Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Sabah dengan pengisian ilmiah dan kerohanian yang penuh manfaat.

Tazkirah Khas
🗓️ 16 Jun 2026 (30 Zulhijjah 1447H)
🕔 5.00 Petang
📍 Masjid Negeri Sabah, Kota Kinabalu

Ceramah Khas
🗓️ 17 Jun 2026 (1 Muharram 1448H)
🕢 7.30 Pagi
📍 Dewan Sa’adah, Wisma MUIS, Kota Kinabalu

Penceramah Undangan:
Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Haji Badli Shah Bin Alauddin
(Timbalan M***i Negeri Pahang)

Marilah kita menyambut kedatangan tahun baharu Hijrah dengan memperkukuhkan azam, meningkatkan keimanan serta mempererat ukhuwah sesama umat Islam.

“Madani Dihayati, Ummah Diberkati”







Temubual khas sempena sambutan Ma’al Hijrah 1448H/2026M yang disiarkan secara langsung menerusi stesen radio Sabah FM be...
12/06/2026

Temubual khas sempena sambutan Ma’al Hijrah 1448H/2026M yang disiarkan secara langsung menerusi stesen radio Sabah FM bersama Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), YBhg. Datuk Ustaz Malai Ali bin Malai Ahmad.

Semoga perkongsian yang disampaikan menjadi inspirasi kepada masyarakat dalam menghayati makna hijrah serta memperkukuhkan keimanan dan perpaduan ummah.

“Madani Dihayati, Ummah Diberkati”







MAJLIS SAMBUTAN MA’AL HIJRAH 1448H/2026M PERINGKAT NEGERI SABAH     “Madani Dihayati, Ummah Diberkati”Majlis Kesyukuran ...
11/06/2026

MAJLIS SAMBUTAN MA’AL HIJRAH 1448H/2026M PERINGKAT NEGERI SABAH

“Madani Dihayati, Ummah Diberkati”

Majlis Kesyukuran Akhir Tahun 1447H dan Awal Tahun Hijrah 1448H

📅 Tarikh: 16 Jun 2026 (Selasa)
🕢 Masa: 5.00 Petang
📍 Tempat: Masjid Negeri Sabah, Kota Kinabalu

Himpunan Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Sabah 1448H

📅 Tarikh: 17 Jun 2026 (Rabu) / 1 Muharam 1448H
🕢 Masa: 7.30 pagi
📍 Tempat: Dewan Sa’adah, Wisma MUIS, Kota Kinabalu

Pelbagai program pengisian telah diatur sempena sambutan Ma’al Hijrah sebagai wadah memperkukuh ukhuwah, meningkatkan penghayatan Islam serta menyemarakkan semangat hijrah ke arah kehidupan yang lebih baik.

Marilah kita bersama-sama menghayati makna hijrah dan memperbaharui azam dalam membina masyarakat yang berilmu, berakhlak dan diberkati Allah SWT.

Orang ramai dijemput hadir.






Khutbah Jumaat Minggu ini
11/06/2026

Khutbah Jumaat Minggu ini

Bagi pihak warga pejabat JHEAINS Kinabatangan dengan ini mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidila...
26/05/2026

Bagi pihak warga pejabat JHEAINS Kinabatangan dengan ini mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam khususnya warga Kinabatangan.

Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS menjadi inspirasi dalam memperkukuhkan iman serta ukhuwah sesama kita.

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kamu dua hari yang lebih baik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.”
(Riwayat Imam Ahmad, No. 12362)

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan rahmat buat kita semua.




01/05/2026

Salam Hari Jumaat & Selamat Hari Pekerja 2026.

Alhamdulillah, Kursus Pra Perkahwinan Islam Siri 1 Daerah Kinabatangan telah berjaya dilaksanakan pada 29–30 April denga...
01/05/2026

Alhamdulillah, Kursus Pra Perkahwinan Islam Siri 1 Daerah Kinabatangan telah berjaya dilaksanakan pada 29–30 April dengan lancar.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang telah hadir serta menunjukkan komitmen tinggi dalam menimba ilmu sebagai persediaan menuju alam perkahwinan. Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam membina keluarga yang sakinah, mawaddah dan rahmah.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Perpustakaan Cawangan Kinabatangan yang menyediakan tempat bagi penganjuran kursus Pra Perkahwinan untuk siri kali ini. Kerjasama dan kemudahan yang diberikan amatlah dihargai. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada Para penceramah dan urusetia serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kursus ini.



Pada 21 April 2026, Penyelaras dan urusetia kursus kahwin daripada JHEAINS Kinabatangan telah menghadiri bengkel Latihan...
30/04/2026

Pada 21 April 2026, Penyelaras dan urusetia kursus kahwin daripada JHEAINS Kinabatangan telah menghadiri bengkel Latihan Penggunaan Sistem Kursus Pra Perkahwinan Islam yang bertempat di Bilik Hijrah Wisma Muis. Bengkel tersebut bertujuan untuk memberikan pengenalan dan latihan Sistem Permohonan Penganjuran Kursus Pra Perkahwinan Islam. Bengkel berkenaan turut dihadiri oleh penyelaras dan urusetia kursus kahwin daerah-daerah lain di seluruh Sabah.

Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta telah diberi tunjuk ajar secara praktikal serta berpeluang berkongsi pandangan dan pengalaman bagi memperkukuhkan lagi pelaksanaan kursus di peringkat daerah dan negeri. Semoga usaha ini dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan serta memperkasakan pengurusan Kursus Pra Perkahwinan Islam demi kesejahteraan institusi kekeluargaan di negeri Sabah.



Khutbah Jumaat minggu ini 😊
30/04/2026

Khutbah Jumaat minggu ini 😊

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri JHEAINS Kinabatangan berlangsung dengan penuh kemeriahan dan suasana penuh ukhuwah....
16/04/2026

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri JHEAINS Kinabatangan berlangsung dengan penuh kemeriahan dan suasana penuh ukhuwah.

Turut memeriahkan majlis ialah kehadiran Yang Berhormat Datuk Mohd Kurniawan Naim, yang bersama-sama meraikan hari kemenangan ini dengan warga JHEAINS serta jabatan-jabatan kerajaan yang berada di sekitar pekan Bukit Garam.

Kami di JHEAINS Kinabatangan turut mengambil kesempatan untuk meraikan persaraan Imam Kariah kami iaitu Imam Abduraman Kadir, Imam Masjid Al Mubarak Kampung Sg Lokan Kinabatangan.

Semoga Aidilfitri kali ini terus mengeratkan silaturahim, memupuk perpaduan serta membawa keberkatan kepada kita semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Address


Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Daerah Kinabatangan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share