21/07/2026
Jika sudah ada tanda tanda penganiayaan di tempat kerja
1. Lakukan damage control- berjumpa dengan penyelia/ pegawai atasan untuk menceritakan situasi sebenar
2. Simpan dan kumpulkan semua bukti- dokumen, email, screen capture, rekod perbualan
3. Kenali dan kenalpasti siapa rakan dan lawan yang sebenar dalam organisasi. Ketahui si talam dua muka dalam organisasi.
4. Bercerita, meluahkan perasaan kepada individu yang anda percayai. Jika anda ada isu kepercayaan, berceritalah dengan orang di luar organisasi yang anda rapat. Contoh ahli keluarga, rakan rapat
5. Anggap sebagai cabaran, lakukan tugas dengan lebih cemerlang. Biar si pelaku terjegil mata
6. Jika berterusan dan tiada tanda tanda positive, mungkin lebih baik pertimbangkan untuk berubah angin.
Di mana mana anda bekerja, rakan sekerja yang toksik, sabotaj dan cemburu sentiasa ada.
Jangan biarkan individu individu toksik ini melemahkan aspirasi anda. Kesihatan mental adalah keutamaan, bercakap lebih baik dari memendam rasa sendirian.
Berjumpalah kaunselor sekiranya perlu dan JANGAN MALU.
Sumber asal: PHM