21/06/2020
Alhamdulillah..
Terbaik buat semua, seluruh rakyat Malaysia dari Kerajaan PN.
Elektrik percuma 3 bulan bagi 4 juta pengguna dengan bil bawah RM77
PETALING JAYA: Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Shamsul Anuar Nasarah mengumumkan 4 juta pengguna elektrik domestik tidak melebihi 300kWj atau bil berjumlah RM77 ke bawah akan menikmati bekalan percuma selama 3 bulan mulai April lalu.
Katanya, 7.66 juta pengguna elektrik domestik di Semenanjung Malaysia akan menikmati manfaat di bawah Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan berjumlah RM942 juta untuk mengurangkan beban kewangan rakyat susulan kenaikan bil elektrik sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan pada 18 Mac lalu.
Beliau berkata, pengguna domestik yang menggunakan elektrik lebih 300kWj akan diberikan diskaun RM77 selama 3 bulan mulai April hingga bulan ini.
“Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan akan disalur melalui bil elektrik Julai 2020,” katany dipetik Bernama.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/06/20/elektrik-percuma-3-bulan-bagi-4-juta-pengguna-dengan-bil-bawah-rm77/