JPKK Wakaf Dua

JPKK Wakaf Dua JPKK KAMPUNG WAKAF DUA

"Alhamdulillah, meriah suasana gotong-royong program kacau bubur Asyura hari ni! 🥣✨"Terima kasih mak-mak cik dan semua y...
10/07/2026

"Alhamdulillah, meriah suasana gotong-royong program kacau bubur Asyura hari ni! 🥣✨"

Terima kasih mak-mak cik dan semua yang turun padang bantu menyediakan bahan dari pagi tadi.

Kali ini buat 2 periuk untuk Warga Wakaf Dua. InsyaAllah pukul 12 tengahari dah boleh makan.

Semangat kerjasama macam ni yang kita nak kekalkan. Semoga urusan kita diberkati dan dipermudahkan.






Alhamdulillah, tahniah kepada semua warga Kampung Wakaf Dua! 🎳​Berikut adalah gambar kenangan dari Pertandingan Bowling ...
21/06/2026

Alhamdulillah, tahniah kepada semua warga Kampung Wakaf Dua! 🎳

​Berikut adalah gambar kenangan dari Pertandingan Bowling Kampung Wakaf Dua yang sangat meriah dan penuh keriangan yang telah dianjurkan oleh JPKK Wakaf Dua Sabtu lepas.

​Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua peserta, daripada adik-adik cilik sehinggalah para dewasa, yang telah hadir dan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.

​Kelihatan wajah-wajah ceria dan senyuman gembira semua orang dalam gambar kumpulan ini! 🤩 Ia benar-benar mengeratkan hubungan silaturahim sesama kita.

​Bertempat di:

📍 WT TITANS BOWL CENTRE, WAKAF TAPAI SPORT COMPLEX

​Jangan lupa untuk terus menyokong aktiviti-aktiviti kemasyarakatan JPKK Wakaf Dua yang akan datang!






Santai Petang di Bazar Ramadan Wakaf Dua! 🍛🥤​Meriah suasana Bazar Ramadan Wakaf Dua petang tadi dengan kehadiran Yang Di...
25/02/2026

Santai Petang di Bazar Ramadan Wakaf Dua! 🍛🥤

​Meriah suasana Bazar Ramadan Wakaf Dua petang tadi dengan kehadiran Yang Dipertua Majlis Daerah Marang (MDM) bersama YB Dato' Haji Arifin Deraman (Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna merangkap ADUN Alur Limbat).

Bukan sekadar jalan-jalan cari juadah berbuka, tapi beliau turut singgah menyantuni peniaga-peniaga kita dengan pemberian Apron.

​Pihak Jabatan Kesihatan pun ada sekali tadi bagi memantau kebersihan makanan. Bagus macam ni, kita yang membeli pun rasa lebih yakin dan selamat. Juadah nampak sedap-sedap belaka!

​Korang dah beli apa petang ni kat Wakaf Dua? Cuba komen sikit menu 'killer' kat sini! 👇






🌙 RAMADAN DAH DEKAT, KURMA DAH SAMPAI! 🌙​Persediaan menyambut bulan mulia kini bermula. Pihak JPKK Wakaf Dua telah mula ...
17/02/2026

🌙 RAMADAN DAH DEKAT, KURMA DAH SAMPAI! 🌙

​Persediaan menyambut bulan mulia kini bermula. Pihak JPKK Wakaf Dua telah mula mengedarkan sumbangan kurma kepada penduduk setempat sebagai tanda ingatan dan penghargaan.

​Semoga sedikit buah tangan ini dapat memaniskan lagi ukhuwah kita sesama jiran tetangga dan menambah keberkatan dalam persediaan kita menempuh bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi. 🤲✨

​Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam urusan agihan ini.

Selamat menyambut Ramadan buat seluruh warga Wakaf Dua!






Alhamdulillah, hari ini wakil JPKK Wakaf Dua telah bersempat meluangkan masa menziarahi Majlis Penutup Gelanggang Sempen...
14/02/2026

Alhamdulillah, hari ini wakil JPKK Wakaf Dua telah bersempat meluangkan masa menziarahi Majlis Penutup Gelanggang Sempena Ramadhan yang dianjurkan oleh Persatuan Seni Silat Gerak Diam Terengganu.

​Program yang berlangsung di Gelanggang Pusat Gerak Diam, Wakaf Dua ini merupakan acara simbolik bagi menghormati ketibaan bulan suci Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi.

​Tarikh: 14 Februari 2026 (Sabtu)
​Lokasi: Gelanggang Pusat Gerak Diam

​Kehadiran pihak JPKK adalah sebagai tanda sokongan padu terhadap aktiviti kebudayaan dan mempertahankan warisan seni mempertahankan diri Melayu dalam kalangan anak muda kita.

Syabas diucapkan kepada barisan kepimpinan Persatuan Seni Silat Gerak Diam atas penganjuran yang cukup bermakna ini.

​Semoga ukhuwah antara komuniti Wakaf Dua dan penggiat seni silat terus terjalin erat. Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak buat semua pesilat dan warga setempat!






Alhamdulillah, selesai sesi 'last call' latihan pasukan Kronos di Padang Bola Kampung Wakaf Dua petang tadi. ⚽️​Sempat j...
13/02/2026

Alhamdulillah, selesai sesi 'last call' latihan pasukan Kronos di Padang Bola Kampung Wakaf Dua petang tadi. ⚽️

​Sempat juga JPKK Wakaf Dua turun padang untuk agihan buah kurma kepada para Jurulatih sebagai tanda ingatan sebelum kita melangkah ke bulan Ramadan yang mulia ini. 🌙✨

​Terima kasih semua! Semoga ibadah puasa kita tahun ini diberkati dan berjalan lancar. Jumpa lagi selepas raya! 👋😊






12/02/2026

" RAMADAN YANG DINANTI "

Disampaikan oleh Ustazah Noor ‘Afiyah binti Kadir

🌴Hari :Sabtu
🌴Tarikh : 14 Februari 2026
🌴Masa : 9.00 pagi
🌴Tempat :Masjid Tasek






🧧 GONG XI FA CAI! SEMANGAT MUHIBBAH DI KG WAKAF DUA 🧧​Hari ini, barisan kepimpinan JPKK Wakaf Dua telah turun padang ber...
06/02/2026

🧧 GONG XI FA CAI! SEMANGAT MUHIBBAH DI KG WAKAF DUA 🧧

​Hari ini, barisan kepimpinan JPKK Wakaf Dua telah turun padang bersama Ustaz Wan Ahmad Zuki Wan Ismail wakil Dun Alor Limbat bagi menjayakan Ziarah Mesra Masyarakat Tionghoa sempena sambutan Tahun Baru Cina. 🍊✨

​Keharmonian dan perpaduan adalah nadi kampung kita. Walaupun berbeza budaya, kita tetap satu keluarga di Wakaf Dua. Selain bertanya khabar, sedikit buah tangan turut disampaikan sebagai tanda ingatan dan keceriaan bersama.

​Semoga tahun baru ini membawa kemakmuran, kesihatan yang baik, dan kebahagiaan buat semua penduduk yang merayakannya.






"Bila tiga kampung bersatu, memang meriah sungguh! ​Syukur ke hadrat Ilahi, perjalanan pergi dan balik rombongan JPKK Wa...
01/02/2026

"Bila tiga kampung bersatu, memang meriah sungguh!

​Syukur ke hadrat Ilahi, perjalanan pergi dan balik rombongan JPKK Wakaf Dua, JPKK Tasek, dan JPKK Banggol Pak Ali ke Melaka & KL (30-31 Jan) berjalan lancar.

​Banyak ilmu ditimba, banyak juga gambar dalam galeri!

Terima kasih kepada barisan jawatankuasa yang bertungkus-lumus menguruskan perjalanan kami. Terbaik! 👍"






Alhamdulillah.Keberangkatan awal pagi perjalanan...Trip 2H1M ke Melaka dan Kuala Lumpur penduduk Wakaf Dua, Tasek dan Ba...
30/01/2026

Alhamdulillah.

Keberangkatan awal pagi perjalanan...

Trip 2H1M ke Melaka dan Kuala Lumpur penduduk Wakaf Dua, Tasek dan Banggol Pak Ali.

Program ini dianjurkan untuk mengeratkan ukhuwah antara penduduk tiga kampung.

Semoga peserta dapat berehat sekaligus membawa mood gembira usai pulang ke kampung nanti.

良い休日を






Address

Balai Raya Kampung Wakaf Dua
Bukit Payong
21400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK Wakaf Dua posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share