Perpustakaan Awam Dato' Seri Husni

Perpustakaan Awam Dato' Seri Husni Perpustakaan Awam untuk semua

Perpustakaan Awam Dato' Seri Husni ditubuhkan pada tahun 2013 bagi memberikan kemudahan pembelajaran dan ICT kepada warga penduduk pekan Chemor

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 🇲🇾
29/08/2026

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 🇲🇾

INFO MERDEKA | Penetapan Tarikh Merdeka

Tahukah anda, tarikh 31 Ogos 1957 sebagai Hari Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dipilih selepas Tunku Abdul Rahman Putra dan beberapa pemimpin UMNO mendapatkan pandangan daripada Sheikh Abdullah Fahim.

Beliau berpandangan bahawa tarikh tersebut membawa petanda yang baik. Dalam bahasa Arab, 31 Ogos 1957 dikenali sebagai 'Am Khir Atana', yang bermaksud "Tahun Baik Datang Kepada Kita."

📚 Sumber: Arkib Negara Malaysia

Jom sertai..👍
22/08/2026

Jom sertai..👍

🌟 JOM SERTAI KAMI SEBAGAI SUKARELAWAN! 🌟

Anda berminat menyertai program Sukarelawan Sempena Hari Terbuka Perpustakaan Awam Negeri & Digital serta Festival Sastera & Seni Kanak-Kanak?

📚 Tarikh: 11 – 12 September 2026
📍 Tempat: Perpustakaan Awam Negeri dan Digital, Ipoh, Perak

Jom sertai kami dan terokai pelbagai aktiviti menarik serta kemahiran baharu bersama-sama! 🤩

📌 Pendaftaran dibuka sehingga:
3 September 2026 (Khamis)

📝 Daftar sekarang melalui pautan:
https://forms.gle/FJAzdeqSj1yhL38f8

📲 Atau imbas Kod QR pada poster untuk pendaftaran dan maklumat syarat penyertaan.

📞 Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Cik Azrina – 011- 20723791

✨ Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman bermakna ini!




Pada 22 Ogos 2026 (Sabtu) bersamaan 9 Rabiulawwal 1448Bersempena bulan Ogos Bulan Kemerdekaan Malaysia 🇲🇾Perpustakaan Aw...
22/08/2026

Pada 22 Ogos 2026 (Sabtu) bersamaan 9 Rabiulawwal 1448
Bersempena bulan Ogos Bulan Kemerdekaan Malaysia 🇲🇾
Perpustakaan Awam Cawangan Dato' Seri Husni telah mengadakan Soalan Kuiz Bersempena Bulan Kemerdekaan 🇲🇾

📌Teka bilangan Bendera Malaysia 🇲🇾
📌Teka Muka Surat Buku Bertema Kemerdekaan 🇲🇾

Bagi yang berminat menyertai Kuiz Kemerdekaan ini, tuan puan perlu mengunjungi Perpustakaan Awam Cawangan Dato' Seri Husni, Chemor.

Hadiah istimewa menanti para pemenang
Jom ke perpustakaan.

Sebarang pertanyaan boleh bertanyakan @ menghubungi kakitangan yang bertugas.




Alhamdulillah, Program Inspirasi Anak Merdeka @ Jom Ke Perpustakaan telah berlangsung dengan jayanya pada 15 Ogos 2026 (...
15/08/2026

Alhamdulillah, Program Inspirasi Anak Merdeka @ Jom Ke Perpustakaan telah berlangsung dengan jayanya pada 15 Ogos 2026 (Sabtu) bertempat di Perpustakaan Awam Dato’ Seri Husni, Chemor.

Program ini diadakan bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam kalangan anak-anak di samping menggalakkan budaya membaca serta menjadikan perpustakaan sebagai pusat ilmu, pembelajaran dan aktiviti yang bermanfaat.

Program turut diserikan dengan kehadiran Tuan Azhari bin Saad, Penghulu Mukim Hulu Kinta, Kawasan Chemor, selaku tetamu jemputan.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program bagi memberikan pengalaman yang menyeronokkan, mendidik serta mencetuskan minat anak-anak untuk terus mendekati dunia ilmu dan membaca.

Semoga program seperti ini dapat terus memupuk semangat patriotisme, kecintaan terhadap ilmu dan budaya membaca dalam kalangan generasi muda.

📅Pada 15 Ogos 2026 (Sabtu) bersamaan 2 RabiulAwwal 1448 Perpustakaan Awam Cawangan Dato' Seri Husni akan mengadakan Prog...
13/08/2026

📅Pada 15 Ogos 2026 (Sabtu) bersamaan 2 RabiulAwwal 1448
Perpustakaan Awam Cawangan Dato' Seri Husni akan mengadakan
Program Inspirasi Anak Merdeka @ Jom ke Perpustakaan

Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan pada hari tersebut seperti yang dinyatakan dalam poster di bawah..

Jangan lepaskan peluang untuk sama-sama mengimarahkan program bersempena bulan Kemerdekaan Malaysia tercinta 🇲🇾




See

Pada 12 Ogos 2026 (Sabtu) bersamaan 28 Safar 1448Bersempena Bulan Kemerdekaan Negara Malaysia tercinta.Berlangsung pamer...
13/08/2026

Pada 12 Ogos 2026 (Sabtu) bersamaan 28 Safar 1448
Bersempena Bulan Kemerdekaan Negara Malaysia tercinta.
Berlangsung pameran Logo dan Tema Hari Kebangsaan
Berserta senarai perdana menteri Malaysia 🇲🇾




See See less See less

📅Pada 8 Ogos 2026 (Sabtu) bersamaan 24 Safar 1448     📝PROGRAM BIMBINGAN TEATER HUJUNG MINGGU ( Sesi Akhir )     🎬Teroka...
13/08/2026

📅Pada 8 Ogos 2026 (Sabtu) bersamaan 24 Safar 1448
📝PROGRAM BIMBINGAN TEATER HUJUNG MINGGU ( Sesi Akhir )

🎬Terokai Bakat 📖Bina Ilmu 🎥Hidupkan Cerita

Teater itu merangkumi semuanya bukan sekadar lakonan sahaja
dimana ada pentas (walau di mana sahaja) dimana ada
PEMAIN/PELAKU dan situ ada PENONTON. Maka itulah Teater.
Teater perlu dekat dengan masyarakat. Ia adalah cerminan
kehidupan.
📌Modul Pembelajaran
Portcast bersama Cikgu Dawam

Terima kasih di atas kesudian Cikgu Dawam menerima jemputan
Perpustakaan Awam Cawangan Dato' Seri Husni berkongsi pengalaman sebagai bekas
penari di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak sebelum ini.

Perkongsian ilmu yang sangat menarik kepada pelajar bimbingan Bengkel Teater Hujung
Minggu pernah mengadakan persembahan mewakili Malaysia di luar negara seperti di
Sepanyol, Paris, Indonesia, London.




See See less

Pada 5 Ogos 2026 (Rabu) bersamaan 21 Safar 1448Perpustakaan Awam Cawangan Dato' Seri Husni Telah menerima lawatan serama...
13/08/2026

Pada 5 Ogos 2026 (Rabu) bersamaan 21 Safar 1448
Perpustakaan Awam Cawangan Dato' Seri Husni
Telah menerima lawatan seramai 25 pelajar dari Tadika Kemas Batu 10 (1) pada hari rabu yang lepas.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bersama pelajar-pelajar tadika ini, Aktiviti pagi senaman ringan untuk pelajar-pelajar bersempena ogos adalah bulan kemerdekaan pelajar di ajar mengenali warna -warna yang ada di bendera Malaysia.

Jom membaca bersama 10 minit memberi pendedahan pentingnya budaya membaca dan mempromosi keahlian perpustakaan kepada pelajar dan ibu bapa.




See

📅Pada 1 Ogos 2026 (Sabtu) bersamaan 17 Safar 1448     📝PROGRAM BIMBINGAN TEATER HUJUNG MINGGU ( Sesi 9 )     🎬Terokai Ba...
13/08/2026

📅Pada 1 Ogos 2026 (Sabtu) bersamaan 17 Safar 1448
📝PROGRAM BIMBINGAN TEATER HUJUNG MINGGU ( Sesi 9 )
🎬Terokai Bakat 📖Bina Ilmu 🎥Hidupkan Cerita
Teater itu merangkumi semuanya bukan sekadar lakonan sahaja
dimana ada pentas (walau di mana sahaja) dimana ada
PEMAIN/PELAKU dan situ ada PENONTON. Maka itulah Teater.
Teater perlu dekat dengan masyarakat. Ia adalah cerminan
kehidupan.
📌Modul Pembelajaran
▪️Oleh Tubuh
▪️Vokal (Artikulasi)
▪️Teater Games
▪️Improvisasi
▪️Lakonan ( Pergerakan Tubuh, Keyakinan Diri dan Sedar ruang
pentas)
▪️Diskusi



See

Sejarah Negeri Perak.. 👍
28/07/2026

Sejarah Negeri Perak.. 👍

Pedang Cura Simanjakini bukan sekadar alat kebesaran diraja, malah disebut dalam Sulalatus Salatin sebagai warisan yang dikaitkan dengan Sang Sapurba, diteruskan kepada Kesultanan Melaka dan kemudiannya dikurniakan kepada Sultan Muzaffar Shah, Sultan Perak yang pertama. Ramai hanya mengenali nama Parameswara, tetapi tidak mengetahui bahawa pedang yang dikaitkan dengan pemerintahan baginda itu terus menjadi lambang kedaulatan Kesultanan Perak hingga ke hari ini.

Lebih menarik, pedang ini turut dikaitkan dengan waadat terkenal antara Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun yang menjadi asas hubungan antara raja dan rakyat dalam tradisi Melayu. Dalam istiadat pertabalan Sultan Perak, Pedang Cura Simanjakini masih memainkan peranan penting apabila dipersembahkan kepada Sultan sebelum baginda menghunus dan mengucup hulunya sebagai sebahagian daripada adat yang diwarisi turun-temurun. Malah, pernah juga timbul kisah bahawa pedang ini dibawa ke England ketika pergolakan politik Perak pada abad ke-19 sebelum akhirnya terus kekal sebagai regalia negeri.

Semakin diselidik, semakin banyak kisah yang jarang diceritakan muncul di sebalik pedang ini. Ada yang melihatnya sebagai lambang kedaulatan, ada yang menganggapnya bukti kesinambungan Kesultanan Melayu sejak zaman Melaka, manakala ada juga yang tertanya-tanya sejauh mana kisah dalam Sulalatus Salatin berkait dengan fakta sejarah yang diketahui hari ini. Inilah antara warisan yang membuatkan sejarah Melayu sentiasa menjadi topik yang mengundang pelbagai pandangan dan perbincangan.

Address

Chemor

Opening Hours

Tuesday 09:00 - 13:00
14:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 13:00
14:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 13:00
14:00 - 17:30
Friday 09:00 - 12:15
14:45 - 17:30
Saturday 09:00 - 13:00
14:00 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Awam Dato' Seri Husni posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perpustakaan Awam Dato' Seri Husni:

Shortcuts

Share

Category