14/06/2023
HABIB UMAR : SYIHABUDIN AHMAD VS YUSOF AZMI
Dalam Islam dan undang-undang sivil, yang menuduh wajib membawa bukti atas tuduhannya. Jika tidak, yang menuduh tanpa bukti sahih boleh dihukum sebagai penipu.
Ini adalah konteks yang hendak saya sampaikan rentetan daripada isu kecelaruan masyarakat berhubung isu Habib Umar : Syihabudin Ahmad vs Yusof Azmi
Apabila kita hendak menyampaikan maklumat kepada orang ramai, kita tidak boleh membiarkan mereka membuat pembayangan. Perhatian mesti diberikan untuk memastikan mereka memahami konteks; agar mereka merasakan keperluan untuk mendengar dengan tekun dan melancarkan proses penyampaian anda kepada mereka. Hal ini terpakai kepada semua pemimpin samada anda seorang Menteri, guru, penceramah, ustaz mahupun seorang Social Influencer.
Konteks ialah keadaan yang anda hadapi dalam pembentangan anda. Memahami konteks akan memberikan panduan untuk anda bercerita dengan data.
Sebelum memahami konteks, anda mesti mengetahui satu perbezaan penting antara analisis penerokaan dan analisis penjelasan.
Apabila kita melakukan analisis penerokaan, ia seperti kita memburu mutiara di dalam tiram. Kita mungkin perlu membuka 100 biji tiram untuk mencari 2 biji mutiara.
Apabila kitai menyampaikan analisis kepada penonton, kita perlu berada di ruang penerangan. Maksudnya, kita perlu ada sesuatu yang spesifik yang perlu kita jelaskan. Kisah khusus yang ingin diceritakan, ialah tentang 2 biji mutiara.
Terlalu kerap kita tersilap dan menganggap tidak mengapa untuk menunjukkan analisis penerokaan—cuma tunjukkan data, 100 biji mutiara tersebut apabila kita sebenarnya perlu memberikan penjelasan.
Ini adalah kesilapan yang mudah difahami. Selepas membentangkan semua analisis tersebut, kita terangsang untuk menunjukkan semua data kepada pendengar untuk membuktikan yang kita telah menjalankan banyak kajian sebelum menemui jawapan yang diperolehi.
Kita mesti menahan keinginan kita untuk menunjukkan semua data; ibarat meminta pendengar membuka semula semua tiram satu persatu. Tumpukan perhatian kepada mutiara, iaitu maklumat yang perlu diketahui oleh khalayak kita.
Oleh itu, tumpuan perlulah diberikan kepada analisis penjelasan.
https://www.youtube.com//channels
Send a message to learn more