JPJ Cawangan Raub

JPJ Cawangan Raub Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from JPJ Cawangan Raub, Government Organization, JPJ Cawangan Raub, KM. 4, Jalan Cheroh, Cheroh.

02/09/2026

‎اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن

𝗔𝗟-𝗙𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗛: 𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗧𝗔𝗞𝗭𝗜𝗔𝗛 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛𝗬𝗔𝗥𝗛𝗔𝗠𝗔𝗛 𝗡𝗔𝗦𝗛𝗜𝗥𝗔𝗛 𝗕𝗜𝗡𝗧𝗜 𝗠𝗔𝗧 𝗦𝗔’𝗔𝗥𝗜, 𝗝𝗣𝗝 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡𝗚

Pengarah serta seluruh warga kerja Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pahang merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarhamah Nashirah binti Mat Sa'ari, Pembantu Tadbir Gred N2, yang telah kembali ke rahmatullah pada hari ini.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama para solehin.

Al-Fatihah :-
‎سْــــــــمِ اللَّــــــــهِ الرَّحْمَــــــــنِ الرَّحِيــــــــمِ {1} الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ {2} الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ {3} مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ {4} إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ {5} اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ {6} صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَالضَّآلِّينَ {7}

31/08/2026
🇲🇾 SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-69 TAHUN 🇲🇾PERINGKAT DAERAH RAUB TAHUN 2026RAUB, 31 OGOS 2026 – JPJ Cawangan Ra...
31/08/2026

🇲🇾 SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-69 TAHUN 🇲🇾
PERINGKAT DAERAH RAUB TAHUN 2026

RAUB, 31 OGOS 2026 –

JPJ Cawangan Raub telah menghantar seramai 34 orang anggota yang terdiri daripada anggota JPJ Cawangan Raub dan JPJ Cawangan Bentong bagi menyertai acara perbarisan Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-69 Tahun Peringkat Daerah Raub Tahun 2026 yang berlangsung di Dataran Raub pada hari ini.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen serta semangat patriotisme warga Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dalam bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan serta menyemarakkan semangat cintakan negara.

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua anggota yang terlibat secara langsung dalam menjayakan acara perbarisan pada hari ini.

🏆 SYABAS DAN TAHNIAH! 🏆
Tahniah diucapkan kepada pasukan JPJ Cawangan Raub atas kejayaan meraih Naib Johan bagi Kategori Badan Beruniform.

Kejayaan ini merupakan hasil daripada komitmen, disiplin, kerjasama dan semangat berpasukan yang tinggi daripada seluruh anggota yang terlibat.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan penyertaan JPJ Cawangan Raub pada sambutan kali ini.
Tahniah sekali lagi kepada seluruh warga JPJ Cawangan Raub dan JPJ Cawangan Bentong! 🇲🇾

🇲🇾 MALAYSIA MADANI: JIWA MERDEKA 🇲🇾







31/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69

Semoga semangat kemerdekaan terus menyemarakkan rasa cinta kepada negara, memperkukuh perpaduan serta menyatukan seluruh rakyat Malaysia dalam tekad membina negara yang aman, makmur dan sejahtera.

“Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati”

Ikhlas daripada
Ketua Pengarah
& Seluruh Warga Kerja JPJ Malaysia



31/08/2026

📢 𝗟𝗘𝗟𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗠 𝗞𝗘𝗡𝗗𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗝𝗣𝗝 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗘𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗧𝗔𝗟𝗜𝗔𝗡 📢

Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pahang akan mengadakan Lelongan Awam Kenderaan secara dalam talian melalui JPJvBid yang melibatkan sebanyak 75 buah kenderaan.

📌 Tarikh Jualan E-Katalog
📅 26 Ogos 2026 (Rabu) hingga 6 September 2026 (Ahad)

📌 Tarikh Bidaan
🗓️ Bermula: 2 September 2026 (Rabu), 8.00 pagi
🗓️ Berakhir: 6 September 2026 (Ahad), 9.00 malam

🚘 Jumlah kenderaan yang dilelong: 75 buah kenderaan
🏍️ 70 buah motosikal
🚗 4 buah motokar
🚚 1 buah kenderaan barangan

Orang ramai yang berminat adalah dipelawa untuk menyertai lelongan ini dan membuat bidaan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

☎️ Untuk maklumat lanjut:
09-5736622 samb. 354
⏰ 8.00 pagi – 5.00 petang (Isnin hingga Jumaat)

Maklumat lanjut serta akses berkaitan boleh dirujuk melalui kod QR yang tertera pada poster.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Lelongan Awam Kenderaan JPJ Negeri Pahang!............................
Ikuti kami | Like kami:
https://www.facebook.com/JPJNegeriPahang
https://tiktok.com/
https://www.instagram.com/jpjnegeripahang
https://youtube.com/
https://www.threads.com/












31/08/2026

🇲🇾 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗘-𝟲𝟵 🇲🇾

Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pahang mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semoga semangat kemerdekaan terus menyemarakkan rasa cinta kepada negara, memperkukuh perpaduan serta menyatukan kita dalam membina Malaysia yang aman, harmoni dan sejahtera.

Ayuh kita bersama-sama menghargai erti kemerdekaan dan meneruskan legasi perjuangan demi generasi akan datang.
Selamat Hari Kebangsaan! 🇲🇾

"Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati"

Ikhlas Daripada :
Pengarah serta Seluruh Warga Kerja JPJ Negeri Pahang
............................
Ikuti kami | Like kami:
https://www.facebook.com/JPJNegeriPahang
https://tiktok.com/
https://www.instagram.com/jpjnegeripahang
https://youtube.com/
https://www.threads.com/












Sedang Berlangsung...Program Derma Darah
13/08/2026

Sedang Berlangsung...Program Derma Darah

10/08/2026
*Hebahan Program Derma Darah di JPJ Cawangan Raub*Assalamualaikum.. Kepada tuan/puan yang berminat untuk menyertai progr...
10/08/2026

*Hebahan Program Derma Darah di JPJ Cawangan Raub*

Assalamualaikum.. Kepada tuan/puan yang berminat untuk menyertai program derma darah, sila hadir pada ketetapan berikut:-

Tarikh: 13 Ogos 2026(Khamis)
Masa: 8.00 pg hingga 2.00 ptg.
Tempat: Bilik Semarak, JPJ Cawangan Raub.

Mohon kerjasama juga tuan/puan untuk membuat hebahan dan war-warkn perkara ini kepada pelanggan, kenalan dan masyarakat sekitar untuk hadir. Kerjasama dan tindakan tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

Address

JPJ Cawangan Raub, KM. 4, Jalan Cheroh
Cheroh
27600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPJ Cawangan Raub posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JPJ Cawangan Raub:

Shortcuts

Share