Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Kemaman

Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Kemaman YAB. DR. AHMAD SAMSURI BIN MOKHTAR

[Ahli Parlimen Kemaman]

β˜• NGOPI ANAK MUDA KEMAMAN BERSAMA DR. SAM!Jom anak muda Kemaman! Petang-petang kita ngopi sambil sembang santai, bertuka...
10/08/2026

β˜• NGOPI ANAK MUDA KEMAMAN BERSAMA DR. SAM!

Jom anak muda Kemaman! Petang-petang kita ngopi sambil sembang santai, bertukar idea dan dengar perkongsian bersama YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar (Dr. Sam), Ahli Parlimen Kemaman.

πŸ“… 15 Ogos 2026 | Sabtu
⏰ 5.00 Petang
πŸ“ The Bunga Event Space & Cafe, Binjai
(https://share.google/66vEwGMq1XIhKrygq)

πŸ™‹πŸ»β€β™‚οΈπŸ™‹πŸ»β€β™€οΈ Terbuka kepada semua anak muda Kemaman, lelaki & perempuan!

🎁 Jangan lupa, ada cabutan bertuah menarik menanti korang!

πŸ“² Nak join? Imbas QR Code pada poster untuk pendaftaran atau klik link di bawah:

https://forms.gle/zeELRPGoBBWQ7qKN8

β˜• Jom sembang. Jom berkongsi. Jom berkembang.

Jumpa 15 Ogos nanti! πŸ™ŒπŸ»

Anjuran: Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Kemaman

Alhamdulillah, kian bertambah kejayaan yang dilakar oleh anak-anak Terengganu, mengharumkan nama negeri di persada keban...
08/08/2026

Alhamdulillah, kian bertambah kejayaan yang dilakar oleh anak-anak Terengganu, mengharumkan nama negeri di persada kebangsaan dan antarabangsa.

Tahniah dan syabas kepada SK Bukit Gasing, Marang yang dinobatkan sebagai Sekolah Digital Terbaik Malaysia dalam Majlis Digital Utilisation and Technology Awards (DUTA) Peringkat Kebangsaan 2026.

Tahniah juga kepada Kelab Inovasi SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman atas kejayaan membawa p**ang pelbagai pingat di 11th Korea International Youth Olympiad (KIYO) 2026 di Seoul.

Seterusnya syabas buat Persatuan Pengakap Terengganu yang diwakili empat sekolah atas pencapaian dalam CPU 4th ASEAN Grand Prix Youth Robotics & eSports Competition 2026 di Nakhon Sawan, Thailand.

Kejayaan ini membuktikan anak-anak Terengganu bukan sahaja mampu bersaing, malah mampu berada di hadapan dalam pendidikan, teknologi, inovasi dan kreativiti. Teruskan melangkah lebih jauh, mengharumkan nama Terengganu dan mengangkat nama Malaysia. Tahniah dan syabas!

Pelaburan yang berkualiti tidak hadir dengan hanya menunggu. Ia perlu dirancang, dipermudah dan dipadankan dengan kekuat...
04/08/2026

Pelaburan yang berkualiti tidak hadir dengan hanya menunggu. Ia perlu dirancang, dipermudah dan dipadankan dengan kekuatan yang dimiliki oleh setiap kawasan.

Atas prinsip itu, Kerajaan Negeri menggariskan enam strategi bagi memperkukuh daya saing Terengganu sebagai destinasi pelaburan berimpak tinggi. Tumpuan diberikan kepada pembangunan kawasan industri secara lebih tersusun, pengukuhan infrastruktur, promosi pelaburan serta kerjasama strategik dengan agensi Persekutuan dan syarikat berkaitan kerajaan.

Setiap kawasan akan dibangunkan berdasarkan kelebihan masing-masing.

Kertih diperkasakan sebagai hab industri berintensif tenaga dan petrokimia hiliran, termasuk sektor hidrogen hijau, ammonia, metanol, biopolimer dan teknologi hijau.

Telok Kalong p**a mempunyai kedudukan strategik untuk industri berat, perkapalan, logistik serta perkhidmatan sokongan minyak dan gas kerana berhampiran Pelabuhan Kemaman.

Di Gong Badak, fokus diberikan kepada industri halal, pemprosesan makanan, pembuatan ringan dan industri bernilai tinggi. Ekosistem perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan juga akan diperkukuh supaya mereka dapat mengambil bahagian dalam rantaian bekalan syarikat yang lebih besar.

Kemudahan ECRL, Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) di Chukai dan pembesaran Pelabuhan Kemaman p**a akan membuka laluan logistik yang lebih cekap, menghubungkan Terengganu dengan pasaran domestik serta antarabangsa.

Yang lebih penting ialah berapa banyak pekerjaan bernilai tinggi dapat diwujudkan, sejauh mana syarikat tempatan terlibat dalam rantaian industri serta bagaimana ilmu, teknologi dan kemahiran dapat dipindahkan kepada anak Terengganu.

Insha-Allah, kita akan terus membina ekosistem pelaburan yang lebih tersusun dan berdaya saing agar kekuatan industri negeri dapat diterjemahkan kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan serta manfaat yang nyata kepada rakyat.

16 tahun yang lalu.Di Velodrom Sukan Komanwel New Delhi 2010, seorang anak Malaysia bernama Azizulhasni Awang berdiri de...
01/08/2026

16 tahun yang lalu.

Di Velodrom Sukan Komanwel New Delhi 2010, seorang anak Malaysia bernama Azizulhasni Awang berdiri dengan impian untuk menghadiahkan emas buat negara. Beliau sudah hampir menggapai kejayaan itu, namun takdir ketika itu menentukan sebaliknya apabila pingat emas yang diraih terpaksa ditarik balik susulan keputusan perlumbaan.

Saya percaya ramai daripada kita masih mengingati detik tersebut. Satu momen yang cukup menguji jiwa seorang atlet yang telah memberikan segalanya demi mengharumkan nama Malaysia.

Namun, seorang pejuang sejati tidak membiarkan sebuah kekecewaan menjadi pengakhiran. Azizulhasni memilih untuk terus mengayuh.

Beliau menjadikan setiap cabaran sebagai kekuatan, setiap ujian sebagai pembakar semangat dan setiap kegagalan sebagai batu loncatan menuju kejayaan.

16 tahun kemudian, di pentas sukan yang sama, kisah itu ditulis semula dengan penuh gemilang.

Datuk Azizulhasni Awang akhirnya menamatkan penantian panjang apabila menghadiahkan pingat emas acara keirin lelaki di Sukan Komanwel Glasgow 2026.

Lebih bermakna, emas ini hadir sebagai penutup tirai penampilan terakhir beliau di pentas Sukan Komanwel. Sebuah pengakhiran yang begitu indah untuk seorang legenda yang telah mendedikasikan sebahagian besar hidupnya demi Jalur Gemilang.

Tahniah, Datuk Azizulhasni Awang atau Jijoe. Perjalanan Datuk membuktikan bahawa kejayaan bukan sekadar tentang kemenangan, tetapi tentang keberanian untuk bangkit, terus percaya dan tidak pernah menyerah.

Terima kasih The Pocket Rocketman, Malaysia berbangga denganmu!

Pandangan rakyat amat penting dalam membantu Kerajaan Negeri Terengganu memahami keadaan sebenar yang sedang dihadapi ol...
23/07/2026

Pandangan rakyat amat penting dalam membantu Kerajaan Negeri Terengganu memahami keadaan sebenar yang sedang dihadapi oleh masyarakat, khususnya berkaitan ekonomi semasa, perbelanjaan harian dan kos sara hidup.

Sehubungan itu, saya ingin mengajak seluruh rakyat Terengganu untuk meluangkan sedikit masa mengisi Tinjauan Keyakinan Pengguna Terengganu 2026 yang sedang dijalankan oleh Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS).

Dialu-alukan berkongsi pandangan kalian menerusi pautan http://tiny.cc/TinjauanKeyakinanPengguna sebelum 25 Julai 2026 ini. Setiap maklum balas kalian amat bermakna demi masa depan Terengganu yang lebih baik. Terima kasih.

Terengganu melihat potensi besar untuk memperkukuh kerjasama dengan Switzerland dalam pelbagai bidang strategik termasuk...
22/07/2026

Terengganu melihat potensi besar untuk memperkukuh kerjasama dengan Switzerland dalam pelbagai bidang strategik termasuk pemindahan teknologi, pembangunan modal insan, pendidikan teknikal dan profesional, pelancongan bernilai tinggi serta ekonomi hijau dan mampan.

Baca artikel di bawah πŸ‘‡

Alhamdulillah, baru-baru ini kita menyaksikan satu demi satu berita membanggakan lahir daripada anak-anak Terengganu yan...
21/07/2026

Alhamdulillah, baru-baru ini kita menyaksikan satu demi satu berita membanggakan lahir daripada anak-anak Terengganu yang mengharumkan nama negeri dan negara di pentas antarabangsa.

Tahniah kepada anakanda Qabil Irfan yang berjaya meraih podium pertama dalam Moto4 European Cup, sebuah kejuaraan yang menjadi medan melahirkan pelumba ke peringkat Moto3 sehingga MotoGP.

Selain itu, tahniah juga buat anakanda Adam Akymie dan Shid A***n Rizqi dari SK Chukai yang kini membawa Jalur Gemilang mewakili Malaysia ke Donosti Cup di San Sebastian, Sepanyol.

Syabas kepada anak Terengganu, saudara Ahmad Redzuan Zulwaqqarizal bersama pasangan regunya Low Zi Yu yang muncul juara Kejohanan Badminton Remaja Asia 2026, sekali gus menamatkan penantian Malaysia selama 19 tahun untuk kembali merangkul gelaran beregu campuran.

Dalam bidang pendidikan p**a, Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Besut mencipta sejarah apabila meraih 26 pingat dan enam Anugerah Khas dalam pertandingan inovasi antarabangsa BIICC/MYSO 2026, membuktikan bahawa institusi pendidikan Islam negeri mampu melahirkan generasi yang cemerlang dalam penyelidikan, inovasi dan teknologi.

Tidak ketinggalan, SK Manir, Kuala Terengganu yang mengharumkan nama Malaysia apabila menerima Active Lifestyles Outstanding Award dalam pertandingan AIA Healthiest Schools di Bangkok, Thailand.

Kejayaan-kejayaan ini bukan berlaku secara kebetulan. Ia lahir daripada usaha yang berterusan, sokongan ibu bapa, dedikasi para guru dan jurulatih, dasar pembangunan pendidikan serta sukan yang konsisten dan yang paling utama, izin Allah SWT.

Semoga lebih ramai anak-anak Terengganu terus melangkah jauh, membawa nama negeri dan Malaysia dengan penuh integriti, kecemerlangan serta jati diri. Terengganu sentiasa berbangga dengan setiap kejayaan kalian.

Semalam saya berpeluang menerima kunjungan hormat Tuan Yang Terutama Naiyl M. Latypov, Duta Besar Persekutuan Rusia ke M...
16/07/2026

Semalam saya berpeluang menerima kunjungan hormat Tuan Yang Terutama Naiyl M. Latypov, Duta Besar Persekutuan Rusia ke Malaysia.

Pertemuan-pertemuan ini mencerminkan minat dan keterbukaan rakan antarabangsa untuk meneroka potensi kerjasama dengan Terengganu, sekali gus membuka ruang bagi memperkukuh hubungan yang dapat diterjemahkan kepada manfaat lebih besar buat negeri dan rakyat.

Antara perkara yang dibincangkan termasuk potensi kerjasama dalam bidang tenaga, sains dan teknologi, pendidikan tinggi, penyelidikan, perdagangan serta pembangunan industri bernilai tinggi yang selari dengan agenda pembangunan Terengganu.

Sebagai sebuah negeri yang sedang melangkah ke hadapan, Terengganu sentiasa terbuka untuk menjalin kerjasama strategik yang berupaya mempercepat pemindahan ilmu dan teknologi, memperkasa pembangunan modal insan, menarik pelaburan berkualiti serta mewujudkan lebih banyak peluang ekonomi kepada rakyat.

Dalam dunia yang semakin saling berhubung, hubungan baik dengan rakan-rakan antarabangsa merupakan aset penting dalam memperluas jaringan kerjasama serta memperkukuh daya saing negeri dan negara.

Mudah-mudahan jalinan yang dibina ini menjadi asas kepada kerjasama yang lebih bermakna, sekali gus menyumbang kepada pembangunan Terengganu yang mampan dan kesejahteraan rakyat.

Wartawan ada bertanya saya, komen mengenai keputusan Kerajaan Persekutuan yang menafikan Terengganu untuk menuntut sebah...
10/07/2026

Wartawan ada bertanya saya, komen mengenai keputusan Kerajaan Persekutuan yang menafikan Terengganu untuk menuntut sebahagian kos LPT2.

Jawapan saya, sudah tentu Terengganu kecewa. Nampaknya ada satu cara sahaja untuk kami perolehi semula hak-hak kami yang dinafikan.

Ini kali, tanpa perlu bahas berjela-jela, satu cara sahaja iaitu kita ubah kerajaan di peringkat Persekutuan dalam PRU16 nanti.

Address

LOT A1 & A2, PEJABAT DAERAH LAMA, MUKIM CHUKAI
Chukai
24000

Opening Hours

Monday 09:00 - 05:00
Tuesday 09:00 - 05:00
Wednesday 09:00 - 05:00
Thursday 09:00 - 03:30
Sunday 09:00 - 05:00

Telephone

+6098591900

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Kemaman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share