10/06/2025
[Aplikasi Terkini di GAMMA.my]
π± Kini lebih mudah, pantas dan boleh diakses di mana-mana, bila-bila masa!
Sistem Aduan JIPS β Saluran Telus Aduan Integriti PDRM
Sistem Aduan JIPS, inisiatif oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), merupakan sebuah platform digital yang direka khas untuk memudahkan rakyat melaporkan isu-isu integriti yang melibatkan anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).
π Kenapa Sistem Aduan JIPS?
β
Mudah Diakses
Orang awam kini boleh membuat aduan dengan cepat, bila-bila masa dan di mana sahaja. Sistem ini mesra pengguna dan mudah digunakan oleh semua lapisan masyarakat.
β
Telus & Selamat
Setiap aduan dikendalikan dengan penuh kerahsiaan, memastikan pelapor bebas daripada ketakutan atau prejudis.
β
Tingkatkan Kepercayaan Awam
Dengan menyediakan saluran aduan yang rasmi dan boleh dipercayai, ia mengukuhkan keyakinan orang ramai terhadap profesionalisme PDRM.
β
Perkasa Tindakan Dalaman
Membantu JIPS mengurus, memantau dan menyiasat aduan dengan lebih cekap, mengenal pasti βhotspotβ salah laku dan memperkukuh kawalan dalaman.
β
Sokong Prinsip Tadbir Urus Baik
Sistem ini mematuhi piawaian keselamatan data dan undang-undang sedia ada, sejajar dengan amalan tadbir urus terbaik sektor awam.
π‘Pengguna boleh muat turun aplikasi ini melalui Gamma.my di https://gamma.malaysia.gov.my/app-details/990
Jabatan Digital Negara
#πππ π‘πππππ΅ππ‘π’ππ΅πππ’ππ’ππ‘π’ππ’π