MyDigital ID

MyDigital ID Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MyDigital ID, Government Organization, Aras 16, IOI City Tower 2, Lebuh IRC, IOI Resort City.

MyDigital ID ialah platform identiti digital rasmi, dikawal selia oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA)

Hubungi helpdesk kami di [email protected] atau talian hotline di +603 8687 2772 untuk bantuan.

Ayat yang terlalu mesra, terlalu mendesak atau terlalu menguntungkan patut membuatkan kita lebih berhati-hati. Jangan mu...
11/08/2026

Ayat yang terlalu mesra, terlalu mendesak atau terlalu menguntungkan patut membuatkan kita lebih berhati-hati. Jangan mudah percaya. Semak sebelum bertindak.

Urusan digital jadi lebih lancar apabila anda hanya memerlukan satu identiti yang dipercayai. Daripada log masuk hingga ...
10/08/2026

Urusan digital jadi lebih lancar apabila anda hanya memerlukan satu identiti yang dipercayai. Daripada log masuk hingga menghantar aduan, semuanya lebih mudah dengan MyDigital ID. Aktifkan MyDigital ID untuk akses yang lebih pantas dan selamat.

Warga Ampang, kami datang!Nak daftar atau dapatkan bantuan berkaitan MyDigital ID? Temui pasukan kami di The Campus, Amp...
10/08/2026

Warga Ampang, kami datang!

Nak daftar atau dapatkan bantuan berkaitan MyDigital ID? Temui pasukan kami di The Campus, Ampang dan kami sedia membantu anda sepanjang program berlangsung.

11 โ€“ 12 Ogos 2026 (Selasa โ€“ Rabu)
9.00 pagi โ€“ 5.30 petang
The Campus, Ampang, Selangor

Jumpa anda di sana!

Muat turun sekarang di digital-id.my/download

Bila urusan penting jadi lebih mudah diakses, lebih banyak masa boleh diberi kepada perkara yang benar-benar bermakna, t...
09/08/2026

Bila urusan penting jadi lebih mudah diakses, lebih banyak masa boleh diberi kepada perkara yang benar-benar bermakna, termasuk merancang masa depan anak. Akses MyPTPTN menggunakan MyDigital ID. Mulakan pengalaman digital yang lebih mudah dengan MyDigital ID.

09/08/2026
๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐’๐š๐ซ๐š๐ฐ๐š๐ค ๐ค๐ข๐ง๐ข ๐›๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐ฆ๐ž๐ง๐๐š๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ ๐Œ๐ฒ๐ƒ๐ข๐ ๐ข๐ญ๐š๐ฅ ๐ˆ๐ƒ ๐ฌ๐ž๐œ๐š๐ซ๐š ๐ญ๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐ข ๐š๐ฉ๐ฅ๐ข๐ค๐š๐ฌ๐ข ๐’๐š๐ซ๐š๐ฐ๐š๐ค๐๐š๐ฌ๐ฌ, membuka lebih banyak kemudah...
09/08/2026

๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐’๐š๐ซ๐š๐ฐ๐š๐ค ๐ค๐ข๐ง๐ข ๐›๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐ฆ๐ž๐ง๐๐š๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ ๐Œ๐ฒ๐ƒ๐ข๐ ๐ข๐ญ๐š๐ฅ ๐ˆ๐ƒ ๐ฌ๐ž๐œ๐š๐ซ๐š ๐ญ๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐ข ๐š๐ฉ๐ฅ๐ข๐ค๐š๐ฌ๐ข ๐’๐š๐ซ๐š๐ฐ๐š๐ค๐๐š๐ฌ๐ฌ, membuka lebih banyak kemudahan untuk mengakses perkhidmatan digital Kerajaan Sarawak dengan pengesahan identiti yang selamat.

Integrasi antara MyDigital ID dan SarawakPass turut membolehkan pengguna mengimbas kod QR antara kedua-dua platform, memberikan pengalaman akses yang lebih lancar di samping memperkukuh keselamatan identiti digital.

Perkembangan ini diketengahkan di Majlis Pelancaran Rasmi Sarawakku Sayang (SKS) di Sarikei, Sarawak pada 8 Ogos 2026. YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, turut mengadakan lawatan ke Pavilion SKS yang mempamerkan kerjasama antara SarawakPass dan MyDigital ID.

Sebagai gerbang selamat kepada perkhidmatan digital Kerajaan Sarawak, SarawakPass memberi tumpuan kepada kemudahan akses dan pengalaman pengguna. Integrasi dengan MyDigital ID p**a menyokong pengesahan identiti dan log masuk ke sistem yang berkaitan secara lebih selamat.

Kerjasama ini merupakan susulan daripada Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada 28 November 2025 antara Kerajaan Sarawak dan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) bagi mengintegrasikan SarawakPass dengan MyDigital ID. [ Rujuk berita: https://www.tvsarawak.my/2025/11/28/sarawakpass-diintegrasi-dengan-mydigital-id/ ]

Integrasi ini mencerminkan usaha berterusan untuk membangunkan ekosistem identiti digital yang lebih selamat, dipercayai dan mudah diakses, demi memberikan pengalaman perkhidmatan digital yang lebih baik kepada rakyat.

Kepada rakyat Sarawak yang mahu mendaftar MyDigital ID, pasukan kami sedia membantu secara bersemuka di lokasi-lokasi program Sarawakku Sayang yang dijadualkan berlangsung sehingga hujung November tahun ini.

๐’๐š๐ญ๐ฎ ๐ˆ๐๐ž๐ง๐ญ๐ข๐ญ๐ข ๐ƒ๐ข๐ ๐ข๐ญ๐š๐ฅ. ๐‹๐ž๐›๐ข๐ก ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ, ๐๐š๐ง๐ญ๐š๐ฌ ๐๐š๐ง ๐Œ๐ฎ๐๐š๐ก.

Perlukan bantuan?
Hubungi kami di talian +60386872772 atau emelkan kepada [email protected]

Maklumat lanjut, layari www.digital-id.my

Log Masuk MyNiise lebih pantas dan mudah dengan MyDigital ID. Alami pengalaman perjalanan yang lancar dan menenangkan. T...
08/08/2026

Log Masuk MyNiise lebih pantas dan mudah dengan MyDigital ID. Alami pengalaman perjalanan yang lancar dan menenangkan. Tak pening kepala nak beratur panjang tau.

Perhatian Pengguna MyDigital ID Adalah dimaklumkan bahawa applikasi MyDigital ID akan menjalani penyelenggaraan untuk me...
08/08/2026

Perhatian Pengguna MyDigital ID

Adalah dimaklumkan bahawa applikasi MyDigital ID akan menjalani penyelenggaraan untuk mengemaskini sistem yang dijadualkan pada :

Tarikh : Ahad, 9 Ogos 2026
Masa : 1.00 pagi - 5.00 pagi

Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku dan amat menghargai kerjasama serta pemahaman anda.

Nak travel lebih smooth? QR peribadi di MyNIISe bantu percepatkan proses keluar masuk negara.Gunakan MyNIISe untuk penga...
07/08/2026

Nak travel lebih smooth? QR peribadi di MyNIISe bantu percepatkan proses keluar masuk negara.
Gunakan MyNIISe untuk pengalaman perjalanan yang lebih mudah.

07/08/2026

Jom tengok Miss ID tunjuk cara mudah daftar MyDigital ID di kiosk! Ikuti setiap langkah dalam video ini dan mulakan pendaftaran anda dengan lebih mudah dan pantas.

Semak lokasi kiosk MyDigital ID berhampiran anda:
https://www.digital-id.my/support

Muat turun sekarang di www.digital-id.my/download

Address

Aras 16, IOI City Tower 2, Lebuh IRC
Ioi Resort City
62502

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MyDigital ID posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MyDigital ID:

Share