31/07/2026
Islam mengajar kita berbuat ihsan kepada semua makhluk, termasuk anjing.
Walaupun terdapat hukum tertentu berkaitan anjing dalam fiqh, Islam sama sekali tidak menghalalkan kezaliman terhadap haiwan.
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Sesungguhnya Allah telah menetapkan ihsan dalam setiap perkara."
(Hadis Riwayat Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah ﷺ menceritakan tentang seorang wanita yang diampunkan dosanya kerana memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan. Sebaliknya, seorang wanita diazab kerana menzalimi seekor kucing sehingga mati.
Ini membuktikan bahawa kasih sayang terhadap haiwan adalah sebahagian daripada akhlak seorang Muslim.
Telah berlaku penganiayaan terhadap seekor anjing seperti yang tular, biarlah siasatan dijalankan secara adil. Namun sebagai umat Islam, pendirian kita jelas:
Menolak kezaliman, menegakkan ihsan.
Islam tidak mengajar kita membenci haiwan. Islam mengajar kita berlaku adil dan berbuat ihsan kepada semua makhluk ciptaan Allah.
Jika satu kelompok orang berbuat zalim, usahlah dipukul rata semuanya. Usahlah dijadikan isu perkauman. Pemuda UMNO Bandar Cyberjaya menggalakkan anjing jalanan diuruskan dengan baik dan diletakkan di shelter yang diuruskan oleh NGO.
---
Islam teaches us to show compassion and kindness to all of Allah's creations, including dogs.
While Islamic jurisprudence contains specific rulings regarding dogs, Islam never permits cruelty or abuse towards any animal.
The Prophet Muhammad ﷺ said:
"Indeed, Allah has prescribed excellence (ihsan) in all things."
(Sahih Muslim)
In another hadith, the Prophet ﷺ told of a woman whose sins were forgiven because he gave water to a thirsty dog. In contrast, a woman was punished for mistreating a cat until it died.
These narrations clearly demonstrate that compassion towards animals is an integral part of Islamic character and ethics.
Regarding the alleged abuse of a dog that has gone viral, the matter should be investigated thoroughly and fairly. As Muslims, however, our position is clear:
We reject cruelty and uphold compassion (ihsan).
Islam does not teach us to hate animals. Rather, it teaches us to act with justice, mercy, and kindness towards all of Allah's creations.
If a small group of individuals commits an act of cruelty, it should not be used to condemn an entire community or be turned into a racial issue.
Pemuda UMNO Bandar Cyberjaya advocates for the humane management of stray dogs, including placing them in properly managed shelters operated by qualified non-governmental organisations (NGOs), ensuring both animal welfare and public safety.