Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah Laman Facebook rasmi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah ( KETENGAH)
(1)

Assalamualaikum W.B.T Salam sejahtera dan selamat datang ke laman web KETENGAH. Selaku agensi yang diamanahkan untuk membangun masyarakat luar bandar di dalam Wilayah KETENGAH, KETENGAH sentiasa berusaha memberi maklumat dan perkhidmatan serta bersedia menerima maklumbalas dari para pengunjung. Perkembangan pesat yang berlaku di peringkat global, ditambah dengan kepantasan kemajuan teknologi maklumat, telah mendorong kita supaya peka kepada perubahan. Sebagai sebuah agensi pembangunan, maklumat yang cepat dan tepat sangat penting untuk meningkatkan lagi keupayaan perkhidmatan kepada kumpulan sasar. Justeru itu, saya menaruh harapan yang tinggi agar laman web ini dapat menyumbangkan kepada keperluan masa kini.. Seterusnya saya mengalu-alukan pandangan pengunjung demi memantapkan lagi laman web untuk faedah bersama. Wassalam TUAN HAJI OMAR BIN ISMAIL PENGURUS BESAR Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)

Tahniah YB Datuk Dr. Haji Abd Latiff bin Haji Ahmad atas pelantikan sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar.#kplb #luarb...
10/03/2020

Tahniah YB Datuk Dr. Haji Abd Latiff bin Haji Ahmad atas pelantikan sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar.

#kplb #luarbandarsejahtera #ketengah #bersamamembangun

10/03/2020
Sinar Harian

Sinar Harian

[LIVE] MAJLIS ANGKAT SUMPAH MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI

#Repost @kplb_gov (@get_repost)・・・Langkah-langkah Pencegahan COVID-19 Di Pusat Membeli-Belah Sumber : Kementerian Kesiha...
09/03/2020

#Repost @kplb_gov (@get_repost)
・・・
Langkah-langkah Pencegahan COVID-19 Di Pusat Membeli-Belah

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia ⠀

Kunjungan dari pengurusan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) ke KETENGAH pada 7 hingga 8 Mac 2020.
08/03/2020

Kunjungan dari pengurusan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) ke KETENGAH pada 7 hingga 8 Mac 2020.

Kami Warga Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Tan Sri Muhyiddi...
01/03/2020

Kami Warga Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin atas perlantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Setinggi-tinggi Tahniah kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin atas perlantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Daripada seluruh warga Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

#kplb #luarbandarsejahtera #sayangimalaysiaku

Kementerian Pembangunan Luar Bandar
28/02/2020

Kementerian Pembangunan Luar Bandar

Hebahan Takwim Program di PKD seluruh Malaysia bagi bulan Mac 2020.

Boleh hubungi PKD yang berkenaan untuk maklumat lanjut.

#kplb #pkdmalaysia #luarbandarsejahtera

Majlis Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Agensi Tahun 2019 Sidang 1 yang melibatkan ...
24/02/2020

Majlis Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Agensi Tahun 2019 Sidang 1 yang melibatkan seramai 1,029 orang penerima telah diadakan pada 24 Februari 2019 di Putrajaya International Convention Centre.

Majlis disempurnakan oleh YBhg. Dato' Dr. Ahmad Jailani Bin Muhamed Yunus, KSU KPLB mewakili YB Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri KPLB. Majlis ini diadakan sebagai penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pegawai dan anggota di KPLB dan semua Jabatan/Agensi di bawahnya yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang khususnya sepanjang tahun 2019. #kplb #luarbandarsejahtera #ketengah #bersamamembangun @tgahmadnadzri

Kelab Keluarga KETENGAH akan menganjurkan JOM NGAIL DI TASIK BALORA AL MUKTAFI BILLAH SHAH, DUNGUN pada 14 Mac 2020 (Sab...
24/02/2020

Kelab Keluarga KETENGAH akan menganjurkan JOM NGAIL DI TASIK BALORA AL MUKTAFI BILLAH SHAH, DUNGUN pada 14 Mac 2020 (Sabtu).Tahun ini merupakan penganjuran bagi tahun kelima berturut-turut.
Yuran penyertaan adalah RM20 (1 joran 2 mata kail) dan percuma Reversible Bucket Hat yang berlogo khas untuk 300 penyertaan pertama.
Pendaftaran awal adalah pada 13 Mac 2020 (Jumaat) di Pusat Komuniti Desa (PKD) Terengganu bermula jam 3 hingga 6 petang. Pendaftaran juga boleh dibuat di tapak pada hari program 14 Mac 2020 (Sabtu) bermula jam 7 pagi.
Selain wang tunai bagi pemenang (Tempat 1-30) turut diadakan 33 cabutan bertuah termasuk 3 CABUTAN UTAMA.
Sebagaimana tahun-tahun yang lepas Kelab juga menjemput para usahawan untuk berurusniaga bagi memeriahkan suasana program ini.
Terima kasih.

#luarbandarsejahtera
#kplb
#bersamamembangun
#ketengah

19/02/2020
Institut Kemahiran Tinggi Perda (PERDA-TECH)

Institut Kemahiran Tinggi Perda (PERDA-TECH)

Apa habaq orang terangganu 😍

kami orang penang menjemput semua belia lepasan SPM untuk mai sambung pelajaran ke PERDA-TECH, Nibong Tebal🥇

apa kelebihan dia :

💰pengajian kemahiran percuma
🏦elaun sara hidup
🏢 asrama disediakan
📶free wifi & internet 4G

kami menawarkan 6 program diploma kemahiran, 9 program sijil dan 4 program khas SAKTI😎

💻cara memohon :
https://intake.perda-tech.edu.my/

☑️maklumat lanjut :
www.perda-tech.gov.my

#jommasukperdatech
#jomubahhidupanda

PEMBERITAHUAN TAWARAN BESI BURUK TERPAKAI DI KETENGAH JAYA SDN.BHD. TAHUN 2020NO TENDER : KJSB/SI/2020-01LAWATAN TAPAK :...
16/02/2020
Tender Besi Buruk Terpakai — Ketengah Holding Sdn. Bhd.

PEMBERITAHUAN TAWARAN BESI BURUK TERPAKAI DI KETENGAH JAYA SDN.BHD. TAHUN 2020

NO TENDER : KJSB/SI/2020-01

LAWATAN TAPAK : 20 FEBRUARI 2020 (KHAMIS)
MASA : 10.00 PAGI
TEMPAT : KETENGAH JAYA SDN.BHD, BANDAR SERI BANDI, 24200 KEMAMAN, TERENGGANU

TARIKH TUTUP TENDER : *27 FEBRUARI 2020 (KHAMIS)
MASA : 12.00 TENGAH HARI

maklumat lanjut klik pada pautan ini : https://ketengahholding.com.my/tender-besi-buruk-terpakai/2100

Tender Besi Buruk Terpakai Feb 16, 2020 Tender Tender Besi Buruk Terpakai PEMBERITAHUAN TAWARAN BESI BURUK TERPAKAI DI KETENGAH JAYA SDN.BHD. TAHUN 2020 NO TENDER : KJSB/SI/2020-01 LAWATAN TAPAK : 20 FEBRUARI 2020 (KHAMIS) MASA : 10.00 PAGI TEMPAT : KETENGAH JAYA SDN.BHD, BANDAR SERI BANDI, 24200 KE...

2 Februari 2020Pengurusan KETENGAH yang diketuai oleh YM Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH telah ...
09/02/2020

2 Februari 2020
Pengurusan KETENGAH yang diketuai oleh YM Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH telah mengunjungi kediaman dan menyampaikan bayaran pampasan Skim Insurans Takaful Berkelompok KETENGAH berjumlah RM32,000.00 kepada setiap waris seorang pesara dan dua (2) orang kakitangan KETENGAH yang meninggal dunia pada tahun 2019. Setiap waris melahirkan rasa syukur di atas keprihatinan pihak KETENGAH menjaga kebajikan kakitangan dan bayaran ini serba sedikit dapat meringan beban yang ditanggung.

#luarbandarsejahtera
#kplb
#ketengah
#bersamamembangun

09/02/2020
Projek PROSPEK

Apa itu Projek PROSPEK ?
Projek PROSPEK adalah singkatan kepada Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung. Ianya diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar di bawah menterinya YB Datuk Seri Rina Mohd Harun. Sebagai perintis, sebanyak 2 buah kampung telah dipilih iaitu kampung Sidam, Kulim, Kedah dan Kampung Pasir Raja, Dungun, Terengganu. Objektif utama projek ini adalah mengeluarkan peserta daripada garis kemiskinan, meningkatkan kualiti prasarana asas, meningkatkan pendapatan peserta, mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat.

#luarbandarsejahtera
#kplb
#ketengah
#bersamamembangun

09/02/2020
Bukit Besi Agro Exotic Farm

Bukit Besi Agro Exotic Farm merupakan sebuah taman agro yang berkonsepkan penternakan dan pelancongan. Taman Agro ini terletak di Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Jarak perjalanan dari Kuala Terengganu mengambil masa kira-kira 1 jam 15 minit dan jarak dari bandar Kuantan pula mengambil masa selama 1 jam 50 minit. Apa yang menarik di sini ialah pengunjung boleh melakukan 3 aktiviti iaitu petting zoo, memancing dan bermandi manda di kolam air bukit yang segar.
#luarbandarsejahtera
#kplb
#ketengah
#bersamamembangun
#amazingterengganu

Program Turun Padang Pengurusan KETENGAH3 Februari 2020 : Kampung Landas, Hulu Terengganu. Terengganu.Pengurusan KETENGA...
04/02/2020

Program Turun Padang Pengurusan KETENGAH

3 Februari 2020 : Kampung Landas, Hulu Terengganu. Terengganu.

Pengurusan KETENGAH yang diketuai oleh YM Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH turun padang menghadiri Program Santai Menanam Jagung bagi projek tanaman jagung berkelompok di Kampung Landas. Seramai 8 orang peserta telah mengusahakan tanaman ini dan pihak KETENGAH telah menyumbang input pertanian dan kemudahan infrastruktur berupa pagar bagi projek tersebut. Projek ini mampu memberikan pendapatan sebanyak RM2,000 apabila jagung dituai kelak. Jabatan Pertanian Daerah turut memberikan khidmat nasihat dan bantuan benih kepada para peserta.
#luarbandarsejahtera
#kplb
#bersamamembangun
#ketengah

PEMBERITAHUAN TAWARAN PERABOT TERPAKAI KETENGAH TAHUN 2020NO SEBUTHARGA :  LKTT: KP(A) / 01 / 2020muat turun borang di l...
04/02/2020

PEMBERITAHUAN TAWARAN PERABOT TERPAKAI KETENGAH TAHUN 2020

NO SEBUTHARGA : LKTT: KP(A) / 01 / 2020

muat turun borang di link
https://www.ketengah.gov.my/wp-content/uploads/2020/01/KEW-PA.-28-BORANG-SH.pdf

Kementerian Pembangunan Luar Bandar
02/02/2020

Kementerian Pembangunan Luar Bandar

Sekitar Majlis Ramah Mesra YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia Bersama Rakan Strategik Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) pada 30 Januari 2020 di PICC, Putrajaya.

Majlis ini dianjurkan untuk mempromosi dan memberikan penerangan berkaitan program-program KPLB melalui penyertaan syarikat-syarikat swasta dan korporat yang baharu dan berpotensi untuk menjadi Rakan Strategik KPLB dalam usaha membangunkan sosio ekonomi masyarakat kawasan luar bandar di seluruh negara.

Sehingga kini, sebanyak enam puluh tiga (63) syarikat swasta telah menjadi rakan strategik KPLB membabitkan sejumlah besar peruntukan bagi pembangunan luar bandar.
#kplb #luarbandarsejahtera

Yayasan Pelajaran MARA - YPM
02/02/2020

Yayasan Pelajaran MARA - YPM

Terima kasih kepada penaja-penaja yang sudi menjadi rakan strategik dan menyumbang kepada Yayasan Pelajaran MARA dalam usaha melonjak pendidikan pelajar Melayu & Bumiputera.

#yayasanpelajaranmara
#mjhep
#KPLB
#MARA
#YPM
#luarbandarsejahtera
#ypmendah
#instagram
#socialmedia
#mediasosial

@rinamohdharun
@sivarasa_rasiah
@jailani_yunus
@cms1513
@norisonramli
@rubiyahrahman
@kplb_gov
@majlisamanahrakyat @ Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya

Jadual aktiviti dan program yang dianjurkan oleh Pusat Komuniti Desa (PKD) sepanjang Februari 2020#luarbandarsejahtera#k...
02/02/2020

Jadual aktiviti dan program yang dianjurkan oleh Pusat Komuniti Desa (PKD) sepanjang Februari 2020

#luarbandarsejahtera
#kplb
#bersamamembangun
#ketengah

29 Januari 2020 : Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) melalui Unit Integriti dengan kerjasama Rakan Pembimbing...
30/01/2020

29 Januari 2020 : Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) melalui Unit Integriti dengan kerjasama Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB KETENGAH) dan Kelab Keluarga KETENGAH telah mengadakan satu program ceramah motivasi bertajuk “Serlah Potensi Diri” bertempat di Ibu Pejabat KETENGAH. Program ceramah ini telah dikendalikan oleh penceramah selebriti Dato Dr. Ridzuan Mohd Sagir dari Syarikat Impact Training Team Sdn. Bhd. Seramai 300 orang pegawai dan kakitangan KETENGAH, Syarikat Anak KETENGAH dan Unit JKR KETENGAH telah menghadiri program tersebut.

#luarbandarsejahtera
#kplb
#bersamamembangun
#ketengah

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
29/01/2020

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Sekadar perkongsian untuk semua.#luarbandarsejahtera#kplb#bersamamembangun#ketengah
29/01/2020

Sekadar perkongsian untuk semua.

#luarbandarsejahtera
#kplb
#bersamamembangun
#ketengah

20 Januari 2019 : Felda Kerteh 1, Ketengah Jaya, Terengganu.Sumbangan kepada mangsa kebakaran rumah Puan Zaleha Khalid b...
22/01/2020

20 Januari 2019 : Felda Kerteh 1, Ketengah Jaya, Terengganu.

Sumbangan kepada mangsa kebakaran rumah Puan Zaleha Khalid bertempat di bandar Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu. Kejadian tersebut telah memusnahkan hampir keseluruhan rumahnya berlaku pada 12 Januari 2020 lepas kira-kira jam 9.30 malam. Semasa kejadian tiada penghuni di rumah kerana keluarga Zaleha dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang. YBhg. Tuan Haji Zulkifli Ali, Ahli Jemaah Lembaga KETENGAH telah menyerahkan sumbangan tersebut kepada keluarga mangsa. Hadir sama Tuan Haji Mahdi Amin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH.

#luarbandarsejahtera
#kplb
#ketengah
#bersamamembangun

RM70 juta tubuhkan MPKKP di negeri pembangkang: Rina
21/01/2020
RM70 juta tubuhkan MPKKP di negeri pembangkang: Rina

RM70 juta tubuhkan MPKKP di negeri pembangkang: Rina

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM70 juta bagi menubuhkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) di lima buah negeri pembangkang. Jumlah itu melibatkan penubuhan sebanyak 8,587 MPKKP dengan keseluruhan seramai 111,631 anggota di lima negeri melibatkan....

Kementerian Pembangunan Luar Bandar
21/01/2020

Kementerian Pembangunan Luar Bandar

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Kepada MPKKP Negeri Terengganu telah disempurnakan oleh YB DS @rinamohdharun , Menteri Pembangunan Luar Bandar di TH Hotel & Convention Centre, Kuala Terengganu.

Hadir sama YB Mulia Senator Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah ibni Raja Ahmad Baharuddin Shah, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Penyelaras MPKKP Terengganu .

Seramai 1,046 orang MPKKP Negeri Terengganu ditubuhkan di lapan parlimen di negeri ini.

Kementerian berharap anggota MPKKP yang dilantik dapat menyalurkan maklumat yang lebih jelas mengenai dasar-dasar Kerajaan Persekutuan kepada rakyat terutama berkaitan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Mereka juga diharapkan dapat membawa suara akar umbi sehingga ke peringkat Kerajaan Persekutuan.

Secara amnya, MPKKP berperanan utk merancang & melaksanakan pelan pmbgnan kampung dengan penglibatan komuniti setempat mggnakan pendekatan bottom-up approach ke arah mewujudkan kampung yg maju & sejahtera.

#kplb #luarbandarsejahtera #mpkkp2020 @ Official TH Hotel & Convention Centre Terengganu

Booth KETENGAH dan Pusat Komuniti Desa TerengganuDi Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Anggota Majlis Pengurusan Komu...
21/01/2020

Booth KETENGAH dan Pusat Komuniti Desa Terengganu

Di Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Anggota Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) Negeri Terengganu

#LuarBandarSejahtera
#bersamamembangun
#kplb
#ketengah

@tgahmadnadzri @ Official TH Hotel & Convention Centre Terengganu

Sekitar Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Anggota Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) Negeri Tere...
21/01/2020

Sekitar Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Anggota Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) Negeri Terengganu

#LuarBandarSejahtera
#bersamamembangun
#kplb
#ketengah

@tgahmadnadzri @ Official TH Hotel & Convention Centre Terengganu

19 Jan 2020 : Hari Bertemu Pelanggan KETENGAH 1/2020Pusat Komuniti Desa (PKD) Al Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun Tere...
20/01/2020

19 Jan 2020 : Hari Bertemu Pelanggan KETENGAH 1/2020

Pusat Komuniti Desa (PKD) Al Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun Terengganu, 19 Januari 2020 KETENGAH membuka ruang kepada masyarakat untuk menyalur aduan dan mendapatkan info terkini mengenai perkhidmatan KETENGAH dengan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan yang dilaksanakan pada 2 bulan sekali. Program ini berlangsung jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

19 Januari 2020 : Telah berakhir program Kem Balas 'Buat Apa Lepas SPM' anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPL...
20/01/2020

19 Januari 2020 : Telah berakhir program Kem Balas 'Buat Apa Lepas SPM' anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Yayasan Suara Wanita (YASNITA), PTPTN dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) yang bertempat di Kolej KETENGAH Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu. Program yang bermula pada 17 hingga 19 Januari 2020 ini disertai oleh seramai 160 pelajar lepasan SPM di seluruh Wilayah KETENGAH. Objektif program ini adalah, untuk memberi suntikan inspirasi, dan membantu peserta, membina wawasan diri yang kukuh, dalam pendidikan dan kerjaya.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Zulkifli Mohamad, Pengerusi KETENGAH. Turut hadir Encik Wan Saiful Wan Jan, Pengerusi PTPTN, YM Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa; Pengurus Besar KETENGAH, Tuan Haji Ahmad Fakaruddin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif KETENGAH Holding, Encik Zainuddin Md Zaki, Pengerusi Kolej KETENGAH dan Encik Emisham Embong, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej KETENGAH.

#luarbandarsejahtera
#kplb
#ketengah
#bersamamembangun

Terima Kasih MBS..
20/01/2020

Terima Kasih MBS..

Seremban, 16 Januari 2020 - Lawatan Kerja Pegawai Dan Kakitangan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) ke Majlis Bandaraya Seremban

Seramai 14 orang pegawai dan kakitangan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) yang diketuai oleh En. Zainuddin bin Md Zaki, Timbalan Pengurus Besar Pembangunan, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah mengadakan lawatan ke Nilai Square dan Pasar Borong Nilai 3

Lawatan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan penerangan berkenaan cara dan kaedah pengurusan pengoperasian bagi bangunan dan premis perniagaan serta sistem sewaan yang dilaksanakan oleh Pentadbiran Majlis terutama di Pasar Borong Nilai 3 dan Nilai Square

Seterusnya semua ahli lawatan dibawa ke Wisma MBS di Seremban bagi mendengar taklimat bersama YBhg. Dato’ Haji Zazali bin Salehudin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban. Taklimat telah disampaikan oleh En. Mohd Lotffee bin Abdullah, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Bandar dan Kesihatan, Majlis Bandaraya Seremban

Turut hadir ialah pegawai- pegawai dari Jabatan Pembangunan Masyarakat & Pelancongan, Jabatan Perkhidmatan Bandar & Kesihatan dan Unit Komunikasi Korporat, Majlis Bandaraya Seremban

Anda ingin membuat sebarang pertanyaan, cadangan atau apa-apa sahaja berkaitan isu terkini mengenai perkhidmatan KETENGA...
20/01/2020

Anda ingin membuat sebarang pertanyaan, cadangan atau apa-apa sahaja berkaitan isu terkini mengenai perkhidmatan KETENGAH?

Anda dijemput datang ke TH Hotel & Convention Centre, Kuala Nerus, Terengganu esok 21 Januari 2020 (Selasa) sempena "HARI BERTEMU PELANGGAN KETENGAH 2020"

#LuarBandarSejahtera
#bersamamembangun
#kplb
#ketengah

@tgahmadnadzri

Jangan Lupa.. Hari Bertemu Pelanggan Ketengah 2020 pada hari ini 19 Januari 2020 bermula jam 10.00am hingga 12 tghr bert...
19/01/2020

Jangan Lupa.. Hari Bertemu Pelanggan Ketengah 2020 pada hari ini 19 Januari 2020 bermula jam 10.00am hingga 12 tghr bertempat di Pusat Komuniti Desa (PKD), AMBS

#LuarBandarSejahtera
#bersamamembangun
#kplb
#ketengah

16/01/2020
Usahawan Tani

Sektor pertanian merupakan satu sektor yang mampu menjana pendapatan tetap kepada mereka yang berani dan tabah dalam mengusahakannya. Ikuti temubual bersama salah seorang peserta projek tanaman sayuran KETENGAH di bandar Al Muktafi Billah Shah, Terengganu, Puan Norhuda Mokhtar. Beliau bersama-sama suaminya telah mengusahakan tanaman sayur-sayuran ini dan menjual sendiri hasilnya. Perniagaan berasaskan tani ini mampu menjana pendapatan yang menguntungkan dan mereka mampu menjana pendapatan sehingga RM12 ribu sebulan.

#luarbandarsejahtera
#kplb
#ketengah
#bersamamembangun

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) akan mengadakan Program Hari Bertemu Pelanggan pada 19 Januari 2019 (Ahad)...
16/01/2020

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) akan mengadakan Program Hari Bertemu Pelanggan pada 19 Januari 2019 (Ahad) bertempat di Pusat Komuniti Desa (PKD) Bandar Al Muktafi Billah Shah, Terengganu. Program akan bermula pada jam 10.00 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari. Semua penduduk wilayah KETENGAH dijemput hadir.

#kplb
#luarbandarsejahtera
#ketengah
#bersamamembangun

Address

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No.3
Dungun
23400

General information

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) adalah merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang telah diperbadankan pada 12 April 1973 melalui Akta Parlimen Bil. 104/73 dengan diberi kuasa untuk menjalankan pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan seluas 443,876 hektar meliputi pedalaman Daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu. Pada 12 Jun 1993, Kawasan Pembangunan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu seluas 209,199 hektar telah digezetkan melalui P.U.(B) 356 dan pelan warta kawasan No. PW486 sebagai sebahagian daripada kawasan KETENGAH menjadikan keseluruhan wilayah KETENGAH berjumlah 653,075 hektar atau kira-kira satu perdua daripada keluasan Negeri Terengganu.

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

09-8231000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah:

Videos

Nearby government services


Other Government Organizations in Dungun

Show All

Comments

2 HARI LAGI UNTUK DAFTAR!! Kursus Puding 3D Viral Klik disini untuk daftar www.wassap.my/+60139432848/puding3dviral
*BENGKEL ASAS REFLEKSOLOGI* 🌟🌟🌟Kursus BERKUALITI pada harga RENDAH. Mengapa perlu bayar LEBIH kalau ada yang BERBALOI 😲Hanya tinggal 5 tempat sahaja lagi. 1) Mengenalpasti ISU & Reflek Yang perlu diurut 2) Kaedah Mengurut & Urutan Yang Betul 3) Usahawan Refleksology **Tarikh*: 15/2/2020 (Sabtu) *Masa*: 9.30pg-12.30tgh *Lokasi* : Pusat Komuniti Desa Tok Has, Jln Madrasah Kg. Tok Has, 22000 Jerteh, Besut Terengganu. 💸 *Yuran*: RM55 Yuran biasa : RM150 - RM 300 😲😲😲 *(Yuran perlu dijelaskan sebelum 13/2/2020 untuk penyediaan barang barang)* 📲 *Pendaftaran* wasap.my/+60139432848/rekfleksologi
Jom #sempoilunch
🎉🎉❗❗PROMOSI CUTI SEKOLAH❗❗ 🎉🎉 ASSALAMUALAIKUM...MUSIM CUTI SEKOLAH DAH MULA .. BAGI MAK AYAH YANG KEKURANGAN MODAL NAK PERGI BERCUTI ATAU NAK BELI BARANG SEKOLAH.. BOLEH BUAT PINJAMAN KAT IZA SERENDAH RM 100 (SATU RATUS).. RM 200 (DUA RATUS) KE ATAS.. CUBA LA DULU DEH.. TENGOK GUANE CITE✌✌😏😏😘😘 Syaratnya ringkas je 👇 🎊 1 BULAN, 2 BULAN ATAU 3 BULAN SLIP GAJI 🎊 1 BULAN, 2 BULAN ATAU 3 BULAN STATEMENT BANK 🎊 BAWAK BIL AIR ATAU API TAHUN 2019 🎊 PEKERJA KERAJAAN, SWASTA, PERKESO, PENCEN, JKM, PERKERJA COWAY DAN CUCKOO 📣 NO TEL : 09-8581500 📣 klik je link wasap bawah untuk tanya IZA pasal pinjaman http://www.wassap.my/60179330713/PINJAMANSEKOLAH🏆 🍟👉SYARIKAT MELAYU TUNGGAL DI KEMAMAN👈🍟 🍟👉BUKAN AH LONG / CINA👈🍟 🍟👉TAK AMBIK CAGARAN👈🍟
Alhamdulillah...syukrannn... Saya sebagai wakil Ranting Kampung Teladas dan juga orang kampung mengucapkankan ribuan terima kasih yang tak terhingga pada pihak Ketengah. Pihak Ketengah telah bersungguh sungguh untuk membantu kami memajukan Kampung kami dari segi perindustrian pertanian. Terima kasih Pengurus Besar Ketengah,terima kasih En.Zulkifli bin Yunus Pegawai bahagian Ekonomi dan Usahawan Ketengah yang banyak membantu kami. Dengan kehadiran pihak Ketengah untuk taklimat Cadangan baik pulih tanah padi terbiar pada 3hb November 2019 dan mengadakan kursus tanaman pisang pada 3 Disember 2019 kami orang kampung amat gembira dan berterima kasih. Caknaan yang amat besar untuk kampung kami. Moga pihak Ketengah terus maju dan sentiasa sudi untuk membantu orang kampung di kampung kami dan juga wilayah jajahannya.
done like dan jemput like page kami juga tq https://www.facebook.com/homestayselayangbaru
Tarikh baru dah update...!! Save the date semua... CABARAN MEMANCING Nordin KTJ Fishing KAMI DAH PULANG STANBY JORAN SEMUA.... 📣📣📣 Tarikh:25-10-2019(jumaat) Masa:8.30am-11.30am Kaunter perdaftaran di buka pada 24-10-2019(khamis) Pukul 2 petang Lokasi-Tasik stadium Gong badak kuala terengganu Yuran:Rm100(1mata kail sahaja)(500 helai T-shirt di urusetia sahaja) ‼️Pls Take Attention ‼️ syarat baru pentandingan Had joran/Rod ➡️9 kaki kebawah ➡️1mata kail ➡️1 pemberat (timah) ⚠️ikan keli sahaja untuk dipertandingan hadiah utama ⚠️ Kategori spesis ➡️Patin -5×Rm200 ➡️Toman/bujuk/Haruan/ubi- 5×Rm200 ➡️Talapia -5×Rm100 ➡️lampang-5×Rm100 ➡️Pacu-5×Rm100 Cabutan Bertuah 🎊🎉 10×barangan elektrik (‼️cabutan bertuah untuk mancing berdafta sahaja) ⚠️⚠️yamaha ysuku 150x2 (*y15 bohhh..... mari cuba nasib xdop ikan blh motor.. 🥳🥳) (1x cabutan berkupon Rm10)(Terbuka untuk semua pengunjung) ‼️JUARA (RM30,000) ‼️NAIB JUARA(RM7000) NO-3(Rm3000) NO-4(RM2000) NO-5(Rm1000) NO-6(Rm900) NO7-(Rm800) NO-8(Rm700) NO-9(RM600) NO10-20(RM500) NO21-80(RM300) any question-011-55041966(Sedi)☎︎ HADIAH SAPU BERSIH!! Jumpe semua disana...! pakat share share share!!
Assalamualaikum wbt..maaf mencelah..sekarang Agrobabk Dungun sedang mempromosikan pembiayaan peribadi untuk kakitangan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah ( Ketengah ).. Bagi yg berminat boleh wasap.my/601131219723/pl_ketengah/
SERI INDAH RESORT BATU BUROK, KUALA TERENGGANU. Reservation: 09 622 2633 / 1564 Group booking: 019 927 1633 Online booking: teaveloka
Kedai sewa dengan ketengah tapi penyewa bagi sewa dekat org luar? boleh ke macam tu? macam tiada tindakakan pun dari ketengah. #KetengahJaya
*MPKK Terengganu Sentiasa Pamer Kerjasama Terbaik* _KUALA TERENGGANU,29 Ogos- Ahli-ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sentiasa bersatu dan mempamerkan kerja serta kualiti yang baik._ _Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, isu perpecahan timbul bukan kerana masalah yang berlaku dikalangan MPKK._ _Baca selanjutnya di,_ https://www.teganukita.net/2019/08/mpkk-terengganu-sentiasa-pamer.html #TerengganuMajuBerkatSejahtera #Updi #Teganukita #TvDarulIman #Terengganu #BeautifulTerengganuMalaysia